41.Balasan Dari Perbuatan

56 1 0
                                    

Seawal jam lapan pagi lagi selepas sarapan menggunakan kereta sendiri Bakar dan Siti telah pergi ke hospital menjengguk Aman. Menurut Watie Aman sudah sedar dalam lingkungan pukul 10 malam tadi.
"Kamu ok kah nak?" tanya Siti sambil mengusap kepala anaknya.
"Maafkan saya mak! ayah! memang ini belasan yang patut saya terima kerana dosa saya pada ayah dan emak selama ni" air matanya mengalir tanpa henti..
"Rehat dulu nak, tubuh kamu masih lemah. Kamu perlu banyak berehat" Siti membelai rambut anaknya, air mata yang berlinangan di kelopak matanya disekanya berkali-kali.
"Yani mana mak! ayah?"
"Dekat rumah, sekejap lagi Yani dan tunangnya akan sampai melawat kamu. Petang nanti mereka akan balik semula ke KL" beritahu Siti sambil memandang anaknya penuh perasaan kasih.
"Balik KL! Yani pun?"
"Ya, Yani kerja dengan tunangnya sendiri ganti tempat setiusahanya yang sedang cuti bersalin" Bakar mencelah menjawab soalan Aman.
"Saya mimpi tentang Yani sepanjang saya tak sedarkan diri sebab tu saya teringin sangat nak jumpa Yani mak! ayah!" terang Aman menjelaskan sebab dia teringin melihat Aryani. Kalau boleh sewaktu membuka matanya, wajah anak saudaranya itu yang ingin dilihatnya terlebih dulu. Aman kesal dengan sikapnya yang telah banyak melukakan hati Aryani.
"Sabar Man tak lama lagi dia datang jengguk kamu" selepas habis memberitahu Aman pintu wad yang menempatkan dua katil orang pesakit itu terbuka, Suri dan dua anak perempuannya dan Roshela anak Aman muncul. Keempat-empat mereka mendekati Bakar dan Siti untuk bersalam.
"Shela tak ke kolej ke hari ni?" tanya Bakar sambil memandang wajah Roshela. Ketiga-tiga cucu perempuannya tidak menutup aurat terutama Maisarah yang menggunakan skirt pendek begitu menyakitkan mata Bakar yang melihatnya.
"Yani mana nek?" tanya Munirah selepas bersalam dengan Siti.
"Sekejap lagi sampailah tu" sahut Siti sambil tersenyum memandang Munirah. Antara empat orang cucunya itu hanya Munirah sudi mengingati dan menghormatinya dan Bakar berbanding Maisarah kakaknya dan anak dua anak Aman. Munirah juga selalu bertanyakan tentang Aryani apabila mereka berjumpa.
Selang beberapa minit hampir menjejak pukul sepuluh pagi pintu bilik wad terbuka dan dua orang lelaki bertubuh sasa menggunakan suit hitam muncul membuka daun pintu kemudian muncul pasangan yang dinanti-nantikan oleh Siti dan Bakar. Pasangan tersebut diiringinya oleh dua lagi lelaki sasa di belakang mereka. Semua mata yang berada di wad tersebut tanpa berkelip melihat kemunculan pasangan tersebut.
Aryani melemparkan senyuman kepada semua yang memandangnya sebelum mendekati Aman yang sedang terbaring di katilnya.
"Assalammualaikum Pak Long!" tegur Aryani lalu mencapai tangan Aman lalu menciumnya. Mata Aman tidak berkelip memandang wajah Aryani. Wajah tenang, putih dan bersih, begitu mendamaikan pandangannya.
"Assalammualaikun, Yani sihat ke?" sahut Aman sambil sebaris senyuman terukir di bibirnya.
"Sihat Pak Long, ini Yani kenalkan tunang Yani Syed Ismeth Syaqimie" Syed Ismeth yang berdiri di belakang Aryani bergerak ke depan mendekati Aman lalu menghulurkan tangannya sambil tersenyum.
"Apa khabar Pak Long" suara bariton seorang lelaki terdengar bertanya pada Aman. Semua yang berada di wad tersenyum dan masih terpegun melihat pasangan tersebut terutama Maisarah, Munirah dan Roshela.
"Alhamdulillah" mendengar nama dan melihat wajahnya Aman memang mengenali lelaki itu. Wajah yang pernah dilihatnya dalam rancangan bual biz di televisyen beberapa bulan yang lalu. Gaya, penampilan dan karisme Syed Ismeth yang jelas menunjukkan dirinya seorang ahli perniagaan dan lelaki yang berpengaruh dan berkedudukan membuatkan Aman rasa malu dan rendah diri.
"Yani, maafkan Pak Long sebab selama ni Pak Long langsung tak pedulikan Yani. Pak Long lupa tanggungjawab besar yang tuhan amanahkan pada Pak Long. Pak Long sepatutnya mendahului kedua orang tua Pak Long dan bertanggungjawab kepada anak saudara Pak Long yang sudah menjadi yatim piatu dan inilah balasan dari perbuatan Pak Long selama ini" sebelah tangan yang masih mampu bergerak menyeka air mata di pipinya.
"Yani tak pernah berdendam dan bencikan Pak Long. Malah Yani sebenar ingin selalu tengok wajah Pak Long sebab Yani nak lihat wajah arwah ayah Yani di sebalik wajah Pak Long. Nenek kata senyuman ayah sama macam senyuman Pak Long itulah yang Yani ingin sangat nak lihat selama ini. Yani tunggu setiap kali Pak Long datang dan tersenyum pada Yani" kata-kata terhenti apabila Aman mencelah.
"Tapi Pak Long tak pernah pun senyum pada Yani malah Pak Long marah dan hina Yani" Aryani menganggukkan kepala sambil menyeka air matanya.
"Walaupun Pak Long macam tu tapi Yani masih ada Pak Long dan tak pernah ambil hati pun. Yani tetap sayangkan Pak Long sampai bila-bila" Aryani mengenggam tangan Aman dan menciumnya penuh kasih.
"Yani memang anak yang baik. Bertuah arwah Hardy kerana dikurniakan anak macam Yani. Atok dan nenek juga bertuah ada cucu macam Yani walaupun arwah ayah Yani tinggalkan mereka tapi permata yang arwah Hardy tinggalkan begitu bernilai harganya. Sepanjang Pak Long koma Pak Long bermimpi pasal Yani" Aman teringat semua mimpinya sepanjang tempoh dia tidak sedarkan diri. Aman berjumpa arwah adiknya Hardy. Aman juga nampak Bibyana Wong ibu Aryani dalam mimpinya. Aryani cuba mengejar ibunya Bibyana Wong tetapi Aryani tidak dapat bergerak kerana ditahan oleh pasangan suami isteri yang sudah tua. Pasangan tua tersebut bukan Bakar dan Siti dan Aman tidak mengenalinya.
"Pak Long rehatlah ya, tak perlu risau pasal mimpi Pak Long tu. Insyaallah Yani tak apa-apa. Yani pun selalu mimpikan mereka" Aryani menggosok tangan Aman yang tersenyum menatapnya. Aman tahu mereka yang Aryani maksudkan.
Selepas melihat Aman sudah tenang dan melelapkan mata selepas doktor memeriksanya Aryani memperkenalkan Suri ibu saudaranya kepada Syed Ismeth . Wanita itu tersenyum dan memandang Syed Ismeth dan Aryani tanpa berkelip.
Aryani membiarkan Syed Ismeth bersembang dengan Bakar di suatu sudut kemudian dia bergerak mendekati ketiga-tiga sepupunya yang mendiamkan diri sejak tadi. Hanya Munirah yang sesekali tersenyum kepadanya sebelum Aryani mendekatinya mereka bertiga. Memang jarang berjumpa terutama setelah masing-masing meningkat remaja kerana sepupunya jarang dan ada yang tidak pernah menjengguk rumah atoknya di kampung.
"Ni kak Maisarahkan, Munirah dan Kak Roshela" tegur Aryani sambil tersenyum dan menghulurkan tangannya untuk bersalam. Hanya Munirah yang seusia dengannya nampak mesra lalu memeluk dan mencium pipi Aryani.
"Yani kerja mana sekarang?" Munirah menarik Aryani dekat dengannya. Tubuh Aryani yang tinggi lampai dan langsing begitu cantik mengenakan seluar slek dan blouse Armani yang melekat di tubuhnya. Selendang yang melilit di kepalanya membuatkan wajah yang licin dan cerah begitu memukau mata yang memandangnya.
"Kerja dekat Al-Walid Mega, syarikat dia tu" sambil menunjukkan tunangnya yang sedang berbual dengan Bakar.
"Ohh....tunang Yani ada syarikat sendiri rupanya. Yani kerja apa dengan dia?" Munirah memang sengaja ingin tahu lebih lanjut perihal sepupunya yang cantik jelita itu.
"Ya, dia CEO dan secretary dia yang sebenar sedang cuti bersalin jadi dia minta tolong Yani ganti tempat tu buat sementara waktu" Munirah mengangguk kepalanya.
"Yani dekat KL tinggal mana?, kenapa tak pergi rumah?" Aryani tersenyum melihat keramahan sepupunya yang seorang itu.
"Rumah keluarga dia, insyaallah kalau ada masa nanti lepas kahwin kami pergi rumah Mun. Kahwin Yani nanti datang tau. Ni kad jemputan" Aryani mengeluarkan kad jemputan dari tas tangannya. Munirah mengangguk sambil melihat kad jemputan di tangannya.
Semasa Aryani sedang berbual dengan Munirah, Maisarah dan Roshela cuma sebagai pendengar tapi mata mereka berdua asyik memerhati Aryani dari atas ke bawah. Kecantikan rupa paras Aryani dengan kulit yang licin, gebu dan putih melepak di samping penampilan Aryani yang begitu cantik dan menyerlah dengan pakaian jenama yang mahal menimbul perasaan iri hati di hati kedua-dua sepupunya itu.
Aryani terkejut melihat kemunculan Syed Ismeth di sisinya.
"Sayang sembang apa?, ni siapa? tak nak perkenalkan dengan saya ke?" Syed Ismeth memandang wajah Munirah. Tiada persamaan dengan Aryani walaupun hatinya meneka kemungkinan gadis itu sepupu Aryani.
"Oh! Ni Munirah dan Maisarah anak Mak Ngah dan Ni Roshela anak Pak Long" Syed Ismeth tersenyum memandang ketiga-tiganya.
"Handsem giler mamat ni" bisik hati ketiga-tiga gadis tersebut ketika Aryani dan tunangnya beredar ke satu sudut yang lain.
"Awak bual apa dengan atok tadi nampak serius je saya tengok" tanya Aryani selepas menyerahkan kad jemputan perkahwinannya kepada Watie.
"Sedikit problem kecil tapi dah settle. Bila ada masa saya cerita tapi something not important" jelas Syed Ismeth ketika mengusap perlahan bahu tunangannya.
"Bagi awak memanglah semua masalah kecik dan mudah" Syed Ismeth tersenyum mendengar jawapan Aryani.
"Kita kena bertolak balik KL sekarang kalau tak lewat sampai sana nanti. Mama dah masej tak sabar tunggu awak sampai" Aryani beredar semula mendekati semua ahli keluarga untuk meminta diri.
"Kamu jaga diri elok-elok, jaga maruah dan perangai. Dengar cakap mama Is tu, dia sayang sangat dengan kamu sampai pakaian dalam pun dia yang belikan untuk kamu" Aryani cepat-cepat menutup mulut nenek.
"Nenek ni kenapa sebut benda tu kat sini. Malulah" Syed Ismeth sudah tergelak. Aryani segera memeluk dan mencium kedua belah pipi Siti.
"Nenek pun jaga diri jugak. Kalau nak awek muda rajin-rajinlah ajak atok pergi jogging. Jangan asyik chat dengan kekasih gelap nenek tu je, malam nanti Yani video call nenek ya" Siti memicit hidung Aryani geram mendengar jawapan nakal cucu kesayangannya itu.
"Dia ni memang nakal nek" celah Syed Ismeth ketika mendekati Siti untuk bersalam.
"Jaga Yani baik-baik ya nak, salam pada mama dan datuk kamu" Syed Ismeth menganggukkan kepala selepas mencium tangan Siti.
"Insyaallah nek, minggu depan saya hantar Yani balik, saya bagi dia cuti seminggu sebelum kami kahwin" Selepas bersalam dengan semua orang kecuali Aryani sahaja bersalam dengan ketiga-tiga sepupunya mereka berdua meninggalkan wad tersebut bersama keempat-empat pengawal peribadi mereka.


Maafkanlah AkuWhere stories live. Discover now