Selepas berbual rancak di ruang tamu, Syed Ismeth memandang isterinya yang turut tergelak mendengar cerita Bakar. Melihat jam sudah menunjukkan pukul sepuluh malam Syed Ismeth meminta diri untuk masuk ke bilik dan berehat.
"Well sayang, sayang dah penatkan jom kita masuk bilik" terus kecut jantung Aryani mendengar ayat suaminya. Tangannya yang mula dingin membuatkan suaminya mengerutkan dahi sebaik sahaja menyentuh tangan isterinya.
"Awak masuklah dulu, saya nak jumpa nenek kejap" balas Aryani lalu berlalu meninggalkan suaminya menuju ke dapur.
"Kenapa Yani, muka kamu nampak pucat je nenek tengok. Kalau letih masuklah bilik berehat" tegur Siti melihat kemunculan Aryani mendekatinya.
"Nenek!"
"Ha.. apa dia?"
"Boleh tak kalau Yani tidur bilik nenek malam ni?" Siti merenung Aryani selepas mendengar kata-kata yang dituturkan oleh cucunya. Sejurus selepas itu Siti bersuara.
"Apa dia? nenek kurang dengarlah cu!" jawab Siti sambil memandang wajah cucunya. Bukan tak dengar pun tapi Siti mahu Aryani mengulangiya. Aryani mengulang semula ayatnya sambil memandang wajah Siti
"Tak boleh, kamu sudah berkahwin dan berdosa hukumnya seorang isteri meninggalkan tempat tidur tanpa keizinan suami. Banyak dah nenek ajar kamu sebelum berkahwin dulu takkan kamu dah lupa semua tu" tegas suaranya menasihati cucunya.
"Tapi nenek malam ni je" pujuk Aryani sambil bergaut mesra pada Siti.
"Nenek cakap tak boleh, tak bolehlah. Susah sangat ke kamu nak faham" balas Siti dengan suara yang masih lagi tegas bunyinya.
"Yani takutlah nek"
"Yani takut apa? Bukannya Is tu makan orang" balas Siti sambil menahan gelak dalam hatinya melihat wajah Aryani yang sudah merona merah.
"Tahulah dia tak makan orang. Yani takut dia..dia.."
"Dia apa? rogol kamu?" sambung Siti membuatkan mata Aryani membutang.
'Ke situ pula nenek ni, bencilah Yani dekat nenek ni tak sporting langsung" rungut Aryani sambil menghempaskan punggungnya di atas sebuah kerusi plastik di meja makan.
"Kamu sudah bersihkan? Dah seminggu kamu tak boleh solat takkan tak habis lagi"
"Dah, tadikan Yani ikut berjemaah solat Maghrib. Nenek tak nampak ke?"
"Nampak tapi lupa" balas Siti bersahaja.
"Bolehlah Ya nek. Yani tak sedia lagi" rayu Aryani lagi dengan wajah kesihan.
"No way! Nenek tak nak tolong tanggung dosa" sahut Siti tegas tapi hatinya bagai digeletek hendak ketawa.
"Bencilah kat nenek ni" Aryani bangun dari kerusi dengan muka merajuknya hendak meninggalkan dapur.
"Hah nak ke mana tu?" tanya Siti.
"Ke mana lagi, masuk biliklah layan laki" Siti berpaling menyembunyikan gelaknya selepas mendengar jawapan Aryani. Tempoh subur tu, kalau menjadi malam ni cepatlah aku timang cicit, bisik hati kecil Siti.
Daun pintu terkuak, suaminya tiada dalam bilik tapi kedengaran bunyi sesorang dalam bilik air. Aryani tahu suaminya di situ. Syed Ismeth keluar dari bilik air hanya bertuala membuatkan Aryani jantung Aryani bergetar cepat-cepat dia menoleh ke lain. Syed Ismeth tersenyum melihat tingkah isterinya yang malu melihat keadaannya begitu.
"Ambil wuduk, kita solat Isya' berjemaah" tegur suaminya.
Pertama kali Aryani menanggalkan tudung di kepalanya dan mempamerkan rambutnya di hadapan lelaki selain daripada atok dan Pak Longnya. Walaupun lelaki itu pernah sekali terserempak dengannya pada malam insiden cuaca buruk ketika dia tinggal sendirian dalam rumah malam itu. Tapi dalam keadaan yang gelap kerana bekalan elektrik terputus Aryani yakin lelaki itu tidak nampak jelas bagaimana rupa rambutnya. Syed Ismeth hanya tahu rambutnya panjang sewaktu lelaki itu memeluknya pada malam itu.
Syed Ismeth terpegun menatap wajah isterinya buat pertama kali dengan jelas Aryani tanpa tudung menutupi rambutnya. Matanya tidak berkelip memerhati setiap gerak geri isterinya perlahan-lahan menyanggul rambutnya yang panjang mengurai. Terserlah leher jinjangnya yang putih melepak membuatkan Syed Ismeth menelan air liur.
"Sabarlah dulu wahai jiwa dan hatiku. Tunai dulu kewajipanku kepadaNYA" bisiknya dalam hati.
Pertama kali solat beriman suami tersayang yang bermakmum isteri tercinta. Usai sahaja doa Aryani menyalami dan mencium tangan suaminya dan Syed Ismeth membalasnya dengan kucupan sayang singgah di dahi isterinya.
"Sayang, tarikh yang akan kita raikan setiap empat tahun sekali. Aku mencintai seluruh jiwa dan ragaku" bisiknya penuh romantik di telinga isterinya. Aryani tersenyum dan tertunduk mendengar bisikan romantik suaminya.
"Sayang, mulai malam ni saya tak nak dengar sayang ber'awak' lagi dengan saya" sambil menyentuh dagu dan mengangkat wajah isterinya.
"Nak panggil apa?" tanya Aryani sambil membalas renungan suaminya.
"Abang" sahutnya sambil tersenyum.
"Boleh ke, tak biasalah"
"Tak biasalah kena biasakan" balas suaminya lagi. Aryani menganggukkan kepala kemudian bangun lalu melipat dan menyimpan sajadah dan telekungnya di tempat yang disediakan. Selepas itu Aryani membuka almari pakaian untuk mengambil sepasang pijama tidurnya.
"Pakai yang ni" Syed Ismeth pantas mencapai sehelai gaun tidur berwarna merah hati lalu dihulurnya pada Aryani. Aryani memerhati gaun tidur di tangannya. Sebelum balik ke kampung tiga hari yang lepas Syed Ismeth menghadiahkan gaun tidur itu kepadanya.
"I bought for the first night of our marriage"
"Tapi awak.." belum habis bicaranya suaminya terus menutup mulutnya dengan jari.
"Sayang, don't forget" Aryani mengangguk sedar kesilapannya.Tanpa bertanya lagi Aryani mencapai tuala lalu berlalu ke bilik air.
Syed Ismeth yang sedang menyandar di kepala katil terpegung dan memerhati setiap gerak langkah isterinya yang sedang melangkah keluar dari bilik air. Aryani melepas rambut dan menyikatnya perlahan. Bauan harum losyen yang digunakan oleh isteri semakin membuat naluri lelakinya berkocak hebat.
Aryani terkejut apabila terasa sesuatu melingkar pinggangnya dari belakang. Tangan sasa suaminya sudah memeluk erat pinggangnya. Lehernya sudah menjadi sasaran bibir suaminya membuatkan jantungnya berdegup kencang. Semua perasaan datang dan bercampur aduk di kala itu. Debaran yang membuatkan tubuhnya kedinginan dan seakan menggeletar.
"Abang, boleh tak kalau kita jangan dulu, saya belum bersedia" namun suaminya seperti tidak mendengar pemintaannya. Bibir suami sudah merayap ke destinasi yang lain pula dan Aryani rasa hendak menjerit apabila tubuhnya tiba-tiba terangkat. Tubuhnya sudah ditatang kemas oleh tangan sasa suaminya lalu dibawanya menuju ke rajang pengantin indah milik mereka berdua.
Sentuhan demi sentuhan suaminya membuatkan Aryani hanyut dan lemas dalam belaian asmara malam pertama mereka. Gaun tidurnya tadi entah ke mana perginya, tanggungjawab seorang isteri harus dilaksanakan. Dengan pasrah dan rela akhir Aryani menyerahkan segalanya buat suami tersayang. Pengalaman pertama melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami Syed Ismeth baring sambil tersenyum merebahkan tubuhnya di sisi isterinya. Walaupun dia kasihan melihat isteri kesakitan dan menangis sewaktu dia menuntaskan hasratnya yang mustahil dihentikan. Aryani tersipu malu mengenangkan apa yang sudah berlaku malam itu. Suaminya begitu bertenaga dan kesakitan yang dirasai pada mulanya sedikit demi sedikit pudar dan hilang oleh sentuhan dan belaian suaminya yang akhirnya membawanya ke syurga nirmala. Tangannya pantas menarik selimut tebal untuk menutupi tubuhnya yang terdedah. Kepuasan dan kebahagian di wajah suaminya membuatkan Aryani memanjat kesyukuran kerana berjaya melindungi dan menjaga kesucian dan berjaya mempersembahkan hanya untuk suami tersayang pada malam pertama penikahan mereka.
"Sayang, thanks kerana menjaga dan mempersembahkannya pada abang untuk first night kita. Abang happy sangat sebab tuhan dengar dan terima doa abang selama ini. Menikahi seorang gadis yang masih suci dan sama-sama merasa menjadi yang pertama. Abang harap sayang bahagia menjadi isteri abang" Lantas merangkul tubuh isterinya kemudian mencium kening dan dahi isterinya dengan penuh rasa kasih dan cinta yang membara.
"Abang! Kenapa abang pilih perempuan kampung yang hanya belajar sampai SPM. Perempuan kampung yang tak pandai bergaya dan berfesyen jadi isteri abang. Kenapa abang tak pilih perempuan bandar yang educated, glamour dan seksi. Mereka lebih layak jadi isteri abang. Abang pun tentu tidak malu memperkenalkan mereka pada kawan-kawan abang nanti" wajah suami yang sedang merenungnya dibalasnya dengan pandangan yang redup. Apakah jawapan lelaki itu nanti. adakah kerana lelaki itu sukakan perempuan kampung yang kolot agar mudah untuknya memberi arahan dan tidak berani membantah. Atau mungkin dirinya hanya untuk sementara waktu sehingga bertemu gadis yang benar-benar sesuai maka lelaki itu tidak menghadapi masalah untuk memadu atau melepaskannya.
"Boleh sayang teka kenapa?" soal suaminya sambil mengelus perlahan pipi isterinya dengan tangannya.
"Boleh rasanya"
"Apa dia?" tanyanya merenung kasih ke dalam mata isterinya.
"Sebab perempuan kampung kan pemikirannya kolot. Tidak berani melawan, mudah abang buang atau singkir kalau abang dah tak suka atau sudah bertemu perempuan yang benar-benar sepadan dan layak dengan abang" luah Aryani segala apa yang ada di fikirannya ketika itu.
Syed Ismeth tersenyum mendengar jawapan isterinya.
"Jadi betullah apa saya teka tu" tanya Aryani dengan nada suara yang perlahan.
"Kalau betul?" ingin menduga perasaan isterinya.
"Yani redha kalau itu takdirnya. Tapi Yani tak sanggup dimadukan. Yani sedia berundur asalkan abang bahagia. Yani tak minta apapun dari abang dan takkan menyusahkan abang. Cukuplah apa yang Yani dah dapat sekarang dan terima kasih atas layanan baik abang pada Yani". Ucapnya dengan tenang walaupun hatinya sebak. Cuba tersenyum walaupun batinnya menjerit dan menangis.
"Saya nak tidur dah mengantuk" sempat menyambung ayatnya sebelum memutarkan tubuhnya membelakangkan suaminya. Syed Ismeth diam kenapa lidah kelu setelah mendengar jawapan isterinya. Walaupun segalanya berbeza dari apa yang Aryani fikirkan namun dia terus membiarkan Aryani memutarkan tubuh lalu membelakangkannya.
Air matanya yang mengalir dibiarkan terus mengalir. Dibiarkan dengan mata yang terpejam. Biarlah semua orang menyangkakan dirinya bahagia kerana berkahwin dengan lelaki yang mencintai dan dicintai walaupun pada hakikat bertentangan. Sementara masih ada peluang bergelar isteri dia akan menunaikan kewajipan dan tanggungjawabnya walaupun Aryani sudah tahu kesudahan hidupnya nanti.
"Sayang!" panggilnya namun tiada balasan dan fikirnya Aryani sudahpun terlena. Bagaimana hendak dia menerangkan segalanya kenapa Aryani menjadi pilihannya. Tidakkah bodoh tindakan sekiranya Aryani terus beranggapan begitu kepadanya sedangkan seluruh jiwa, hati dan perasaan adalah untuk Rose Aryani. Cinta mati yang tidak mungkin boleh ditukar ganti.
"Sayang, semua yang rasa dan fikir tu tak benar. Percayalah hanya kerana cinta yang mengila dalam jiwa ini abang melamar dan menikahimu. Kerana cinta yang sentiasa bersemi dan terpahat dalam jiwa ini untukmu abang sudah tidak nampak keistimewaan wanita lain walaupun bertapa hebatnya mereka. Rasa yang luar biasa ini hanya untukmu sayang. Hanya DIA yang tahu bertapa aku mencintaimu" Aryani berpaling dengan air mata yang berlinangan. Wajah suaminya ditatapnya kasih ketika mereka saling bertatapan. Suaminya tersenyum dengan renungan yang penuh erti. Sentuhan hangat bibirnya membuatkan Aryani terus terbuai lagi. Belaian asmara hangat suaminya terus membawa mereka ke syurga yang indah sekali lagi.
"Hanya engkau yang boleh mencintai ku kerna kau mengerti apa inginku". Bisikan yang membuat Aryani tidak meragui lagi cinta suaminya.
YOU ARE READING
Maafkanlah Aku
RomanceRose Aryani begitu terluka dan kecewa setelah mendengar seorang wanita mengakui sebagai kekasih suaminya. Aryani yang merasa cintanya hanya bertepuk sebelah tangan akhirnya tidak lagi mampu untuk bertahan. Aryani akhirnya pergi membawa diri untuk me...