61.Tak Perlu Ada Sesiapa

65 1 0
                                    

Kehidupan yang serba mewah tetap tidak memberi makna kepadanya kerana tinggal di negara asing dikelilingi oleh orang-orang yang tidak dikenali. Semua jirannya berbangsa asing yang membawa cara hidup dan budaya sendiri. Datuk dan neneknya ada mencadangkan pada Vyviani Rose agar mereka berdua terus menetap di Australia kerana Australia adalah negara asal neneknya. Tapi kenapa pulanenek memilih untuk menetap di Malaysia.
"Tak nak grandpa, Rose nak Adam tahu tentang Malaysia dan budaya masyarakat di sana. Rose nak Adam bersekolah di sana. Bukankah tujuan grandpa hantar Rose belajar supaya dapat tolong bisness grandpa nanti" Pasangan tersebut saling berpandangan kemudian sama-sama memberi persetujuan terpaksa menuruti kehendak cucu tunggal kesayangan mereka.
"Bila you dan Adam berangkat balik" tanya Tengku Firhan semasa menemani lelaki itu mencari bahan untuk kajian di sebuah muzium. Vivian Rose semakin rapat dengan Tengku Firhan dan hubungan mereka semakin mesra kerana Tengku Firhan cukup sabar melayani sikap dan kerenahnya yang kadang-kadang bertindak mengikut mood dan masa.
"Dua minggu lagi, kawan-kawan I nak buat something sebelum kami berpisah.Kenapa you nak ikut I balik ke?" suka mengusik lelaki itu untuk melihat reaksinya yang kadang-kadang tidak diduga.
"Why not! kalau you betul-betul serius I any time aje" Vyviani Rose pula jadi takut melihat reaksi dan jawapan Tengku Firhan.
"I gurau je. Ku Dya you nak letak mana?"
"Kenapa pulak you perlu babitkan pasal Ku Dya pula ni. Cerita yang you dengar tu cuma plan family saja. Mereka tidak akan memaksa kalau I dah ada pilihan sendiri. Mana-mana perempuan yang I pilih keluarga I takkan menolak. Kuasa di tangan I?" terang Tengku Firhan agar wanita itu faham kedudukan yang sebenarnya.
"I faham tapi you seharusnya jangan pandang negatif dulu plan family you. You kena lihat dengan mata hati siapa Ku Redya. Kalau sudut pandangan I Ku Redya tak da kurangnya, cantik dan anak dara. Hari ni I nak cakap satu rahsia pada you" Tengku Firhan merenung wajah Vyviani Rose. Wajah yang telah menutup pintu hatinya untuk wanita lain walaupun dia tahu Ku Redya adalah pilihan yang terbaik di antara ramai-ramai sepupunya yang hendak dijodohkan kepadanya tapi Vyviani Rose tetap pilihan hatinya.
"Cakaplah" sahut lelaki itu.
"Walaupun you dan Ku Dya disatukan atas kehendak keluarga tapi sebenarnya dia memang suka dan cintakan you. I pernah jumpa gambar you dalam bukunya dan apa yang tertulis di belakang gambar you membayangkan apa yang ada di hatinya" cerita Vyviani Rose membuat Tengku Firhan menaut keningnya membalas tatapan Vyviani Rose.
"Boleh I tahu apa dia tulis?" lelaki itu sepertinya berminat ingin tahu, Vyviani Rose tersenyum sebelum menjawab.
"Hanya KAU yang mengerti betapa aku mencintainya dulu kini dan selamanya" setiap bait cuba diingati dan diucapnya.
"Sebenarnya I tahu Dya memang sukakan I sebab kami rapat sejak kecil" akui Tengku Firhan perlahan setelah mendengar ayat itu dari mulut Vyviani Rose.
"Jadi kenapa you tak fokus padanya?" tanya Vyviani Rose saraya memandang wajah Tengku Firhan.
"Sebab I jumpa you, hati dan perasaan kita tidak boleh kawal dan paksa".Vyviani Rose diam mendengar jawapan Tengku Firhan. Ku Redya memang cukup sempurna dan sesuai untuk Tengku Firhan dan dialah orang yang paling seronok dan bahagia jika Tengku Firhan dan Ku Redya bersatu.
"Tunggu I di sana nanti kerana hujung bulan depan I balik Malaysia" Vyviani Rose hanya mendiamkan diri. Menggangguk tidak menggeleng pun tidak. Dia tidak mahu memberi harapan yang tidak pasti. Hati masih utuh mencintai papa Adam walaupun mungkin sekarang lelaki sudah bahagia bersama perempuan orang lain.
"Kenapa susah sangat you nak beri jawapan pada I?" tidak puas hati apabila Vyviani Rose hanya mendiamkan diri.
"You tak pernah menempuh pengalaman seperti I. Sejarah dan pengalaman menjadikan I lebih berhati-hati. I dah ada Adam dan hidup kami bahagia dan tak perlu ada sesiapa di antara kami" Tengku Firhan sedikit kecewa mendengar jawapan Vyviani Rose.
"I cuma nak tambah dan tumpang kebahagian you dan Adam. I nak melengkapkan apa yang kurang dalam sebuah keluarga dan yang paling utama I sayangkan Adam dan I cintakan you" Tengku Firhan buat pertama kali cuba menyentuh tangan Vyviani Rose tapi pantas Vyviani Rose menariknya.
"Sorry, I cuma nak menguatkan apa yang I ucapkan tadi datang dari hati I yang ikhlas dan suci. You pilihan hati I dan first time jumpa you hati I melekat dan tak pernah terfikir untuk mencari yang lagi" Vyviani Rose menyandarkan tubuhnya pada pagar besi di belakang tempatnya berdiri. Apakah dia perlu menyatakan statusnya yang sebenar kepada lelaki itu dan siapa suami yang ditinggalkannya.
"I tahu you memang jujur pada I dan kalau boleh I nak cuba terima you tapi I bukan yang sesuai untuk you. I takut hubungan kita terlalu banyak halangan dan apa yang you harapkan tidak kesampaian. I tak mahu lihat you kecewa kerana menggapai yang tak pasti sedangkan sudah ada yang sedia menunggu". Separuh sudah terkeluar tapi sebahagian masih tersembunyi.
"You masih cinta bekas suami youkan?" Vyviani Rose tidak menjawab hanya menundukkan kepalanya. Memang dia tidak mampu memadam perasaan itu. Lelaki yang pernah diserahnya seluruh jiwa dan raganya. Walaupun kini dia hanya mencintai bayang yang dititipkan melalui Adam namun itu sudah memadai.
"I tak akan berputus asa. I akan buktikan yang I mampu buka kunci itu untuk I masuk ke dalamnya". Tengku Firhan mencapai semula tangan Vyviani Rose, kali ini sentuhannya begitu kuat untuk Vyviani menariknya. Tangan itu di bawanya ke bibir lalu dikucupnya lama.
"I akan tetap terus mencuba. I akan miliki you secara sah untuk mendapatkan lebih dari apa yang I mampu buat hari ini" Vyviani Rose menarik kuat tangannya dan terus memasukkan ke dalam jaket tebal di tubuhnya. Tengku Firhan memandangnya sambil tersenyum. Apa yang dilakukannya tadi adalah bekalannya untuk perpisahan mereka sebelum bertemu semula di Malaysia kelak.
Vyviani Rose dan Adam Haqimie tiba di lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur disambut oleh orang suruhan datuknya. Kemunculan gadis tinggi lampai yang berkulit cerah bertudung dan bercermin mata gelap sedang memimpin tangan seorang budak lelaki yang berusia tiga tahun menarik perhatian sesiapa saya yang melihatnya.
Semua mata yang memandangnya mentafsirkan ketampanan budak lelaki kecil itu adalah mewarisi kejelitaan ibunya yang memiliki wajah yang berdarah kacukan Cina dan Inggeris. Rose dan Adam melemparkan senyumannya kepada sesiapa yang memandang mereka.
"Mama, Malaysia is my country, its true mama?" soal anak kecil yang fasih bertutur Inggeris dan Cina itu kepada ibunya.
"Ya sayang, Kita akan tinggal di sini dan Adam akan bersekolah di sini. Di sini tempat orang melayu macam kita" beritahu Vyviani Rose sambil tersenyum memandang wajah anaknya.
"Kita tinggal rumah mana nanti mama?" Adam Haqimie memang anak yang petah berbicara.
"Grandpa sudah beli sebuah kondo untuk kita. Kita tak boleh duduk dengan mereka sebab grandpa dan granny bukan muslim" Adam Haqimie tidak lagi bertanya, mungkin segala maklumat yang diperlukan sudah diperolehinya. Sebuah Mercedes limousine menunggu di hadapan lobi ketibaan. Sebaik sahaja Vivian Rose dan anaknya melangkah masuk, kereta tersebut terus bergerak meninggalkan KLIA menuju ke arah kondominium Bukit Bintang.
Vyviani Rose tidak mahu datuknya mengupah pengawal peribadi untuk mengawal dia dan Adam. Kata Vyviani tiada siapa yang akan tahu dirinya cucu seorang ahli perniagaan cina yang terkenal dan jutawan. Keputusannya untuk tinggal berasingan bersama anaknya adalah salah satu cara untuk menyembunyikan identitinya demi keselamatan dirinya dan Adam.
Vyviani Rose dan Adam akan menginap di kondominium mereka bersama seorang pengasuh untuk adam dan kalau ada kelapangan mereka berdua akan melawat rumah grandpa dan granny. Vyviani Rose tidak mahu membawa Adam kerap berkunjung ke situ kerana suasana rumah datuk dan neneknya tidak sesuai untuk kanak-kanak Islam seperti Adam. Anjing comel kesayangan milik neneknya sentiasa merayau-rayau di dalam rumah dan Vyviani Rose risau kalau Adam turut menyentuh dan membelai anjing tersebut. Minuman keras dan makanan juga menjadi halangan untuk Vyviani Rose membawa anaknya tinggal di situ.
Persekitaran taman kondominium mewah itu dilengkapi dengan kemudahan taman permainan kanak-kanak dan kolam renang. Semua keperluan dan kewangan Vyviani Rose dan anaknya disediakan oleh datuknya.. Sebelum tiba masanya Vyviana Rose membantu datuknya dalam di syarikat, Vyviani Rose menumpukan sepenuh perhatian dan tanggungjawabnya untuk Adam Haqimie.

Maafkanlah AkuWhere stories live. Discover now