Al-Walid Mega tetap berdiri megah di bawah teraju Syed Ismeth. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar suaminya, Rose Aryani juga mampu mempertahan dan memajukan WCC setanding zaman kegemilangan di bawah teraju Tan Sri Dato' Wong dan mampu bersaing dengan syarikat gergasi yang lain.
Anak-anak Syed Ismeth dan Aryani pula membesar dengan sempurna. Papanya dan Adam adalah adi wira dalam keluarga mereka. Biarpun baru berusia sebelas tahun di sebalik ketampanan, Adam mempunyai potensi besar menjadi seorang lelaki tampan yang berkarisme, tegas, berpengaruh serta tidak mudah tunduk pada sesiapa.
Di sekolahnya, siapa yang tak kenal Syed Adam Haqimie Al-Walid, meskipun baru darjah lima murid darjah enam pun gerun dan tidak berani menegur apa lagi mengganggunya. Hanya adiknya Sharifah Rossa Aryana yang selalu menjadi penasihat abangnya tatkala abangnya sudah mengamuk kalau ada sedikit kesilapan berlaku.
"Hoi, Kau ni kenapa tak nampak orang ke, Adam marah apabila seorang budak lelaki berkulit putih itu hampir terlanggar minuman milo tabur yang sedang di tatangnya menuju ke meja makan di kantin sekolahnya. Dua gelas besar minuman yang dibawanya adalah untuk dirinya sendiri dan adiknya Sharifah Rossa Aryana yang baru saja darjah satu. Adam sudah di pesan dan diamanahkan oleh papa dan mamanya agar menjaga adiknya.
Adam terus meletakkan gelas minumannya yang sedikit tumpah itu di hadapan Aryana dan segera kembali semula mendekati budak lelaki yang melanggarnya sebentar tadi.
Adam yang terkenal dengan garangnya dan tidak pernah mahu kalah dengan sesiapa memang ditakuti oleh semua murid lelaki di sekolahnya. Tubuh badan yang lebih besar dan tinggi walaupun baru darjah lima merupakan salah satu sebab mengapa murid darjah enam pun tunduk dan gerun kepadanya. Tiada siapa yang berani menentangnya kalau Adam sudah melenting. Di sebalik sikapnya yang garang namum pencapaian akademik yang cemerlang dan membanggakan membuatkan tiada siapa berani mengusiknya malah akan menjauhkan diri kalau anak billionaire ini naik angin. Apatah lagi empat orang pengawal peribadi yang selalu menjaganya membuatkan tiada murid lain berani mengganggu Adam dan Aryana.
"Lain kali mata tu letak dekat muka jangan letak dekat lutut" marah Adam sambil menolak tubuh budak lelaki tersebut. Murid-murid yang berada di situ terus menjauhkan diri. Kalau hero sekolah tersebut sudah mengamuk siapa yang berani campur tangan."Saya minta maaf, saya tak sengaja" balas budak lelaki itu lagi. Adam sebenarnya kenal budak lelaki yang bertubuh kurus dan tinggi itu. Budak tersebut merupakan murid baru di kelasnya yang baru masuk sebulan yang lalu. Adam hanya sekadar mendengar rakan sekelasnya memanggil namanya Fazlee. Dia tidak berminat mengenali sesiapa di sekolahnya kecuali guru yang mengajarnya. Adam bukan sombong tapi cuma dia tidak minat berbual dengan sesiapa. Papanya sudah ada sebagai kawan tepatnya bercerita dan teman untuknya ke mana-mana. Memang Adam bff papanya dan Aryana bff mamanya. Masa lapangnya dia lebih suka ke perpustakaan atau bermain game dalam komputer di biliknya. Hujung minggu pula, setiap hari Sabtu pada sebelah pagi anak-anak akan ke kelas tuisyen bahasa Cina dan kelas taekwondo pada sebelah petang. Seperti ibunya, kedua-dua anak pasangan tersebut dapat menguasai bahasa cina dengan baik. Hari Ahad dan cuti sekolah mereka sekeluarga akan menghabiskan masa di rumah atau di luar rumah dengan suatu permainan dan ke kelab menunggang kuda bersama papanya".
"Abang sudahlah tu, abang tak ingat ke apa pesan papa dan mama supaya jangan buat gaduh di sekolah" Aryana mendekati abangnya supaya tidak terus memarahi budak lelaki tersebut. Adam kembali reda setelah mendengar teguran adiknya.
"Awak pergilah cepat sebelum abang saya ni marahkan awak lagi" beritahu Yana kepada budak lelaki yang terlanggar abangnya tadi. Budak lelaki itu tersenyum memandang Aryana sebelum mengangguk dan berlalu meninggal tempat tersebut.
Walaupun pernah menerima aduan dan laporan dari pihak sekolah tentang sifat Adam yang panas baran dan tidak suka bergaul dengan sesiapa namun Syed Ismeth dan Aryani menerimanya dengan hati yang terbuka. Semuanya demi kebaikan anak-anak mereka. Adam anak lelaki dan sikap tegas dan panas barannya mungkin kerana emosi Aryani semasa mengandung dulu menjadi impak yang mempengaruhi jiwa Adam. Namun percapaian akedemik Adam mahupun Rossa Aryana tidak pernah mengecewakan kedua orang tuanya.
"Saya tahu bang, Adam jiwanya lain sikit. Dia tak mahu kalah dan tunduk dengan sesiapa. Dia rasakan dia boleh hidup dan buat semua benda sendiri dan tak perlukan kawan. Mungkin kerana masa Yani mengandung dulu Yani selalu ada niat nak mengasingkan diri. Tapi Adam sebenarnya lebih mewarisi perangai abang" mata Syed Ismeth membutang mendengar ayat terakhir isterinya.
"Abang jugak yang kena, sayang tu apa kurangnya. Kalau merajuk terjun gaung pun sanggup" Aryani sudah tergelak mendengar jawapan suaminya.
"Boleh dikatakan hebat jugak isteri abang ni kan, tak mati walaupun kereta dah tergolek masuk gaung" sambung Aryani pula di hujung tawanya.
"Cerita tu yang abang tak mahu anak-anak kita tahu. Abang takut mereka cuba buat aksi stunt macam mamanya jugak suatu hari nanti" Aryani terkekek kuat mendengar ayat suaminya.
"Abang! Hampir dua belas tahun kita hidup bersama, macam baru semalam je kita kahwin. Kita tak pernah lagi bertengkar dan berselisih faham macam dulu. Yani harap itulah yang pertama dan akhir yang akan menjadi sejarah dalam rumah tangga kita. Kalau tuhan berikan rezeki selepas anak ketiga ni lahir Yani nak mengandung lagi anak abang" Aryani memandang wajah suaminya ketika kepalanya sudah berada di paha suaminya.
"Opps! Cukup, ini yang last abang tak nak sayang mengandung lagi selepas ni. Abang takut lihat keadaan dan penderitaan sayang masa mengandung dan melahirkan Aryana dulu. Doktor pun juga sudah beri nasihat pada abang agar isteri abang jangan mengandung lagi selepas anak ini lahir. Saya mengidap anemia yang teruk, resikonya tinggi semasa melahirkan. Abang tak mampu ulangi detik kedua hidup tanpa sayang di sisi abang. Tiga orang anak kita sudah lebih dari cukup membuktikan sayang perempuan yang sempurna di mata dan di hati abang. Sekiranya kita tidak dikurniakan anak sekalipun hanya sayang wanita pertama dan terakhir untuk abang. Abang sanggup hidup berdua dengan sayang sampai ke akhir hayat abang" Aryani mengalami anemia yang teruk sejak mengandung Aryana. Bacaan hemoglobin yang terlalu rendah menyebabkan Aryani sentiasa pucat, lemas, cepat lelah, lemah dan selalu pening kepala, sesak nafas dan sering pengsan sepanjang mengandung Aryana. Semasa melahirkan Aryana, Aryani kekurangan tenaga dan oksigen untuk berteran menyebabkan Aryana mengambil masa yang lama untuk dilahirkan dan bayinya hampir lemas di dalam perut ibunya. Selepas sahaja Rossa Aryana lahir Aryani terus mengalami kesakitan kerana urinya masih tertinggal di dalam rahim dan mengalami tumpah darah yang banyak. Aryani terpaksa dikejarkan ke bilik pembedahan dan dibius untuk mengeluarkan uri menggunakan vakum. Sampai sakarang Aryani masih lagi mengidap anemia dan selalu lemah kerana sering kekurangan oksigen di dalam tubuhnya. Aryani berkeras untuk mengandung lagi walaupun Syed Ismeth tidak menyetujuinya kerana Aryani mungkin akan mengulangi masalah yang sama sekali lagi. Aryani merahsiakan kandungan sehingga berumur lima bulan. Syed Ismeth terpaksa redha dengan keinginan isterinya untuk terus mempertahankan kandungannya. Sekarang usia kandungan Aryani sudah masuk tujuh bulan dan doktor mengesahkan kandungannya seorang bayi lelaki.
Aryani tersenyum kemudian terus bangun lalu mencium pipi dan memeluk tubuh suaminya dan Syed Ismeth membalasnya dengan pelakuan yang sama dengan penuh cinta yang hangat dan membara. Cinta yang utuh terbina antara mereka takkan mampu diungkapkan dengan kata-kata. Tak mampu dibayangkan dengan perbuatan. Kalau dibayangkan memang lebih luas dari samudera Pasifik dan lebih tinggi dari puncak Himalaya. Kau pasanganku, kau kesayanganku, kaulah syurgaku dan kau kekasihku yang tercinta. Moga tuhan merestui dan memberkati jodoh antara kita agar kekal bahagia di dunia dan di syurga.-TAMAT-
YOU ARE READING
Maafkanlah Aku
RomanceRose Aryani begitu terluka dan kecewa setelah mendengar seorang wanita mengakui sebagai kekasih suaminya. Aryani yang merasa cintanya hanya bertepuk sebelah tangan akhirnya tidak lagi mampu untuk bertahan. Aryani akhirnya pergi membawa diri untuk me...