85.Rahsianya Telah Terbongkar

107 1 0
                                    

Empat minggu tempoh yang cukup menyeksakan bagi Aryani. Suaminya tetap kaku tanpa suara. Doktor pun tidak pasti kenapa Syed Ismeth  masih tidak sedar sedangkan setelah semua imbasan ke atas tubuhnya dibuat tiada sebarang bahagian kepalanya yang terkena peluru.
“Sabar Yani, kamu baru diuji empat minggu, suami kamu empat tahun diuiji tuhan kerana kehilangan kamu. Walaupun kamu tak boleh bercakap dengannya tapi kamu masih boleh memandangnya setiap hari. Berdoalah banyak-banyak, minta dengan tuhan supaya suami kamu cepat sedar dan sembuh” nasihat Siti sambil memujuk cucunya. Keadaan Aryani yang sedang di peringkat awal kandungannya merisaukan Siti.
“Yani risau takut kalau abang tak sedar sampai bila-bila nek. Yani rindu suaranya dan senyuman abang” Siti hanya mengangguk mendengar jawapan Aryani. Sudah pelbagai kata-kata diucapnya untuk memujuk dan menenangkan Aryani.
‘Rose! You ok ke?” satu suara menegurnya. Aryani berpaling dan matanya terpadang seorang gadis sedang tersenyum kepadanya.
“Ku Dya!” Aryani terus memeluk tubuh Ku Redya. Sudah hampir setengah tahun mereka tidak pernah berjumpa selepas tamat belajar di Australia.
“I banyak dengar cerita pasal you. I jelouse bila tahu siapa suami you. I pun minat dekat dia tu tapi I tak pernah tengok atau jumpa dia secara dekat. I faham kenapa you tak boleh lupakannya dan tetap cintakan dia walaupun Tengku Firhan lelaki yang cukup hebat di mata I dan di mata semua gadis. Dia cintakan you sepenuh hati sebab itu dia tetap setia menunggu you dan sanggup berkorban nyawa untuk you” Aryani mengangguk mendengar kata-kata Ku Redya. Gadis itu nampak ceria dan bahagia. Tidak seperti dirinya yang tidak bersemangat untuk meneruskan hidup setelah suaminya menerima nasib buruk kerana mencintainya.
“You buat apa sekarang?” tanyanya sambil memandang wajah Ku Redya.
“I tolong mama I di butiknya tapi tak lama lagi I akan menetap di KL sebab mama I akan buka cawangan butiknya di sini dan I yang akan handle butik tu” Aryani tersenyum mendengar jawapan Ku Redya. Ini  memberinya peluang untuk selalu berjumpa dengan Ku Redya nanti.
“I nak kenalkan seseorang pada you. Bakal suami I, dua minggu lepas di baru saja melamar I dan sekarang kami sudah bertunang” Aryani terkejut mendengar cerita Ku Redya. Patutlah wajah Ku Redya berseri-seri.
Tengku Firhan muncul lalu melemparkan senyumannya kepada Aryani. Aryani pula membutangkan matanya memandang Ku Redya.
“Mungkin I tak perlu sebut namanya sebab you memang dah kenal pun” beritahu Tengku Redya sambil tersenyum.
“Hai Rose, I doakan suami you cepat sedar dan sembuh. I tak mahu sahabat baik I terus berkeadaan begini. I rasa berdosa bila memikirkan apa yang I dah buat dengan you berdua. I sanggup bergaduh dengannya dan suruh dia ceraikan you”. Aryani mengerutkan dahi mendengar kata-kata Tengku Firhan. Aryani terus teringat keadaan suaminya yang lebam teruk dan tidak datang menemui selama beberapa hari.
“Maksudnya you berdua pernah berkelahi dan bertumbuk” Tengku Firhan menganggukkan kepalanya.
“Keadaan I pun lebih kurang sama dengannya masa tu. Kami lepaskan geram masing-masing.  I minta maaf sekali lagi. Tanpa sedar I rupa-rupa hampir merobohkan sebuah masjid. I mengapai cinta yang tak mungkin I miliki sedangkan ada cinta yang tetap setia menanti I tinggalkan di belakang” Ku Redya dan Aryani sama-sama tersenyum mendengar ucapan Tengku Firhan.
“You dan Ku Dya tetap sahabat I sampai bila-bila. I tak mampu tinggalkan suami I dan takkan mencintai lelaki lain sampai bila-bila. Walaupun kami berpisah tapi hati kami masih bersatu. I yang sebenar masih mentah dan tidak matang. I gagal memahami hatinya dan tidak memberi peluang untuknya membuktikan cintanya pada I. I doakan jodoh you berdua akan berkekalan sampai ke akhir hayat”. Tengku Firhan dan Ku Redya bahagia mendengar kata-kata Aryani.
“Harap you tabah hadapi semua ni. Kami hanya akan melangsungkan majlis perkahwinan kami kalau  Syed sudah sedar dan sembuh. Kami mahu you berdua hadir sebagai tetamu istimewa kami pada hari tu nanti” Aryani mengangguk dan tersenyum  mendengar kata-kata Tengku Firhan. Dia kembali semula mendapatkan suaminya selepas pasangan tersebut meminta diri untuk beredar.
“Abang! Yani dan Adam rindukan abang. Bangunlah abang supaya boleh bantu Yani jaga dan didik anak-anak kita. Yani tak mampu hidup tanpa abang. Yani perlu tunjuk ajar abang dan pengalaman abang untuk menjalankan tanggungjawab Yani di syarikat. Bangunlah abang agar kita boleh merealisasikan impian kita bersama-sama” Aryani mencium berkali-kali tangan suaminya kemudian meletakkan tangan itu ke pipinya. Dia rindukan tangan suaminya yang selalu membelainya.
Beberapa orang anggota polis sudah berlegar-legar di luar dan di dalam lobi bangunan yang menjadi ibu pejabat syarikat WCC sejak beberapa hari yang lalu. Semua pekerjanya diminta menjalankan tugas seperti biasa. Jumlah dadah yang dijumpai dalam pejabat Desmond bukannya sedikit. Memiliki dadah sebanyak itu memang menjanjikan pemiliknya ke tali gantung. Sepuluh kilo setiap kotak, seram Aryani mendengar cerita yang diberitahu oleh Tan Sri Dato' Wong kepadanya. Tan Sri Dato' Wong tidak menghebahkan cerita tentang kes yang dilakukan oleh Desmond kepada pekerja-pekerja lain di syarikatnya kecuali Aryani memandangkan seburuk-buruk Desmond tetap anak saudaranya juga. 'Mulia sungguh hati lelaki ini', bisik Aryani di dalam hatinya apabila memikirkan tindakan Tan Sri Dato' Wong terhadap Desmond. Tan Sri Dato' Wong menyerahkan kes Desmond kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap semua kesalahan dan menjatuhkan hukuman yang setimpal kepada Desmond.
Semenjak serbuan pihak berkuasa ke atas kelab malam miliknya dan kehilangan dua kotak yang berisi dadah di pejabatnya  Desmond sudah tidak menunjukkan dirinya di mana-mana lagi. Segala rahsianya telah terbongkar dan pihak berkuasa sedang memburunya.
“I terpaksa tinggalkan negara ni. I lepaskan you dari  perjanjian kita tapi I minta tolong supaya tengok-tengokkan  rumah ni sebab rumah ni atas nama Frankie anak I. Vivian isteri I seorang wanita serani, dia sedang sakit tenat sekarang sebab mengidap kanser rahim dan   kalau berlaku apa-apa pada dia you tolong ambil anak I dan bawa dia tinggal bersama you di sini. Tolong jaga dia untuk I. I masih ada hak dalam WCC dan Frankie adalah pewarisi I. I akan masukkan belanja untuk you dan anak I setiap bulan dalam akaun ni” sambil menyerahkan sebuah buku akaun bank atas nama Frankie Lee kepada Katrina. Lelaki itu terlalu banyak berjasa kerana menolongnya dan membantu ayahnya menyelesaikan segala hutang. Kini syarikat ayahnya mampu berdiri semula dan mula bersaing dengan syarikat yang lain.
“You jangan risau. I akan jaga anak you macam anak I sendiri. Terimakasih atas segala bantuan you pada I dan family I.  Tanpa you mungkin bisness father I dah lingkup. I doakan you selamat dan boleh jumpa anak you bila dia besar nanti” balas Katrina sebelum Desmond dan orang-orang pergi meninggalkannya. Frankie Lee baru berumur  tiga tahun dan mengambil tempoh yang lama untuk Katrina membesar kanak-kanak itu sehingga menjadi lelaki dewasa.

Maafkanlah AkuWhere stories live. Discover now