Sudah seminggu Siti memerhati asyik kereta yang sama berada di seberang jalan tidak jauh dari rumahnya. Siti risau kalau-kalau kereta tersebut milik orang jahat ingin merompak rumahnya. Perkara itu sudah dikhabarkan pada suaminya dan hari itu dia dan Bakar sama-sama memerhati pemilik kereta tersebut. Ternyata ada dua orang lelaki berada dalam kereta tersebut. Rupanya seperti lelaki Melayu dan India.
"Mungkin tengok rumah kita besar orang tu ada niat nak merompak agaknya" Siti mula menyuarakan kebimbangannya.
"Payah jugak macam ni. Awak kunci ajelah pintu rumah setiap hari. Jangan layan kalau ada orang yang tidak dikenali beri salam" pesan Bakar pada isterinya.
"Awak pun jangan selalu sangat tinggalkan saya sorang-sorang dalam rumah ni kalau awak masih sayangkan saya" Bakar menggeleng kepala mendengar jawapan isterinya. Sensitif sungguh Siti sejak kebelakangan ini. Mungkin rindukan Aryani yang sudah berhijrah ke Kuala Lumpur mengikut suaminya. Walaupun hampir setiap hari Aryani menghubungi mereka berdua tapi tidak sama kalau Aryani ada di depan mata mereka.
"Awak rindukan cucu kesayangan awak tu, saya tahu" balas Bakar sambil tersenyum.
"Iya. Awak pun sama. Jangan nak tipu saya" Bakar sudah tergelak mendengar kata-kata isterinya.
"Benar Ti, abang memang rindukan keletah cucu kita yang sorang tu. Dari sejak lahir kita bela dia tak pernah berpisah pun sampai kita serahkan dia pada Is. Kita sama-sama doakan Yani bahagia dengan suami dia" Siti mengangguk dan tersenyum mendengar kata-kata suaminya. Gambar perkahwinan Aryani dan Ismeth bukan main besar lagi mereka berdua gantungkan di dinding ruangan menonton televisyen.
"Saya doakan Yani dan Is cepat-cepat dapat cicit untuk kita. Biar mereka berdua beranak ramai-ramai. Harta Is tu tak luak kalau menyara sepuluh orang anak" Bakar sudah tidak dapat menahan gelak mendengar kata-kata Siti.
"Tahankah Yani tu awak suruh beranak sampai sepuluh orang. Awak tu saya suruh beranak sampai lima orang pun dah tak larat" tambah Bakar pula.
"Saya bukan tak larat bang, cuma takut abang tak mampu nak beri makan. Nak besarkan Yani dulu pun kita selalu kena ikat perut" Bakar tidak menafikannya. Keadaan ekonomi waktu itu memang sukar digambarkan. Dia terpaksa mengumpul duit untuk menebus tanah pusaka kerana risau tapak rumah yang mereka duduk terletak di atas tanah pusaka tersebut. Kalau gagal tebus semula tanah pusakanya bermakna rumahnya juga turut tergadai.
Tan Sri Dato' Wong mendengar dengan teliti setiap maklumat yang diterimanya. Sudah lama dia menjejak keluarga lelaki yang dinikahi oleh Babyana Wong anak perempuan tunggalnya. Tan Sri Wong masih tidak boleh lupa nama Mohamad Hardy bin Abu Bakar lelaki yang digilai oleh Bibyana Wong sehingga Bibyana Wong nekad meninggalkan keluarga dan menukar agamanya kerana seorang lelaki melayu yang dicintai itu.
Tan Sri Dato' Wong dan isteri cuba melupakan Bibyana Wong dan menganggap Bibyana Wong tidak pernah wujud dalam keluarganya setelah apa yang Bibyana Wong lakukan kepada mereka berdua. Pertemuan Tan Sri Dato' Wong dengan seorang kawan baik Bibyana Wong yang pernah sama-sama menuntut bersama anaknya membuatkan Tan Sri Dato' Wong menyesal kerana tidak pernah bertolak ansur malah tidak pernah memberi peluang Bibyana Wong menentukan jalan hidupnya sendiri.
Baru lima bulan yang lalu Tan Sri Wong mendapat tahu bahawa anak dan menantunya sudah lama meninggal dunia. Anak dan menantu meninggal dalam kemalangan jalan raya sembilan belas tahun yang lalu. Tan Sri Wong menyesal kerana tidak sempat bertemu dengan anak menantunya untuk membetulkan semula keadaan.
Bibyana mengandung hampir cukup bulan semasa kereta yang dipandu suaminya bertembung dengan sebuah lori. Suaminya meninggal di tempat kejadian tetapi doktor sempat menyelamatkan bayi Bibyana melalui pembedahan. Bibyana meninggal dunia sebelum bayi perempuannya selamat dikeluarkan. Cerita yang sampai kepadanya membuat Tan Sri Dato' Wong sedaya upaya mencari cucunya. Dengan kuasa dan wang ringgit Tan Sri Dato' Wong akhirnya berjaya menjejaki tempat tinggal cucunya bersama datuk dan nenek sebelah ayahnya.
"Rumah tu besar Tan Sri. Kalau ditengokkan keadaan rumah tu datuk dan neneknya orang kaya. Tapi khabarnya cucu Tan Sri tu yang berkahwin dengan lelaki jutawan dan lelaki itulah yang bina rumah tu untuk datuk dan nenek cucu Tan Sri. Sekarang yang tinggal dalam rumah tu cuma datuk dan neneknya sahaja. Cucu Tan Sri sudah mengikut suaminya ke Kuala Lumpur, suaminya pemilik sebuah syarikat perniagaan yang besar" Tan Sri Wong berpuas hati mendengar maklumat yang disampaikan oleh penyiasat pensendirian yang diupahnya.
"You tahu nama syarikat tu?" lelaki itu mengangguk kepalanya sebelum menyebut nama syarikat milik suami cucu Tan Sri Dato' Wong
"Syarikat Al- Walid Mega, CEO syarikat tu adalah suami cucu Tan Sri" Tan Sri Wong benar-benar terperanjat mendengar maklumat yang diterimanya. Rupa-rupa Syed Ismeth Syaqimie Al-Walid adalah suami cucunya dan ini bererti gadis yang pernah bersembang dengannya sewaktu seminar di Putra Jaya dulu adalah cucunya sendiri. Patutlah dia begitu mudah mesra dan selesa sewaktu berbual dengan gadis itu. Wajah gadis itu mirip seseorang yang pernah rapat dengannya. Begitu gaya dan caranya bercakap mengingatkannya pada seseorang yang dirindunya sekian lama.
Tan Sri Dato' Wong segera menggeledah meja kerjanya untuk mencari semula kad jemputan pernikahan yang diterimanya empat bulan yang lalu. Dia menghadiri majlis itu sebagai salah seorang tetamu terhormat tapi malangnya waktu itu dia tidak tahu gadis cantik yang sedang diraikan bersama suaminya itu yang selama ini begitu mesra menyapanya adalah cucunya sendiri. Jauh di sudut hatinya berbangga kerana cucunya boleh bertutur bahasa cina dengan baik dan lancar. Mentua Bibyana telah mengambil tindakan yang betul apabila menghantar cucunya ke sekolah SJKC.
Akhir dia terjumpa juga kad jemputan yang berwarna merah yang dicarinya 'Rose Aryani binti Mohamad Hardy' memang itu cucunya. Tan Sri Dato' Wong tersenyum lebar apabila pencarian tidak sia-sia. Walaupun Bibyana Wong sudah tiada tetapi anaknya telah meninggal sesuatu yang sungguh menilai kepadanya.
Pemilihan untuk menjalinkan kerjasama dengan sebuah syarikat melayu rupa-rupa memberi makna yang besar kepadanya. Tan Sri Dato' Wong tidak risau memikirkan untung dan rugi atau resiko kesan dari jalinan kerjasama pertama yang pernah dibuatnya dengan perniaga melayu itu. Ramai rakan kongsi yang mengkritik keputusan dan idea yang dibuatnya itu.
Kerisauan di kalangan pelabur dan rakan kongsinya membuatkan Tan Sri Dato' Wong terpaksa memilih syarikat melayu yang benar-benar mantap untuk kukuh untuk menjalinkan kerjasama. Kewujudan cucu kandungnya dalam syarikat AL-Walid Mega membuatkan semangatnya semakin kuat untuk berurusan dengan syarikat tersebut.
Puan Sri Lissa Wong sudah berkali-kali mendesaknya agar segera mendekati satu-satunya cucu mereka yang ada itu. Puan Sri Lissa ingin menebus semua kesilapannya pada Bibyana Wong dulu. Rose Aryani harus mengetahui mereka adalah ibu dan ayah kepada Bibyana Wong dan Rose Aryani adalah pewaris kepada semua kekayaan yang akan mereka tinggalkan di dunia ini sekira mereka berdua mati kelak. Tiada siapa lagi yang lebih berhak selepas Bibyana Wong sudah tiada.
"You dah jumpa diakah Wong" tanya Puan Sri Lissa kepada suaminya.
"Kita tidak boleh tergesa-gesa. I dah suruh orang-orang kita sentiasa mengekorinya. Dia sentiasa dikawal oleh dua orang bodyguard suaminya. Sekarang saya tidak ada reason untuk menemuinya" jelas Tan Sri Wong pada isterinya.
"I risau kalau dia tidak boleh terima kita sebagai grandpa dan grannynya. Agama dan budaya juga tidak sama dengan kita" tambah Puan Sri Lissa lagi.
"I tak risau pasal tu sebab first time I berbual dengan cucu kita tu dia seorang yang peramah dan cepat mesra. Cuma sekarang saya tak mahu sesiapa tahu dulu kita ada cucu dan cucu kita tu melayu dan isteri kepada CEO syarikat yang akan menjalin kerjasama dengan syarikat kita. Di samping keselamatannya, saya juga tidak mahu perkara ini dijadikan isu oleh sesiapa saja terutama musuh niaga kita untuk menghancurkan saya" tambah Tan Sri Wong lagi.
"Tapi I harap sangat dapat peluk cucu saya tu, saya rindu sangat pada Yana" kata-kata Puan Sri Lissa begitu menyentuh hati Tan Sri Dato' Wong. Cucunya itulah jawapan kepada segala masalah dan persoalan yang difikirkannya selama ini. Ketiadaan pewaris membuatkan segala yang diperolehinya dan dimilikinya selama ini akan sia-sia sahaja.
YOU ARE READING
Maafkanlah Aku
RomanceRose Aryani begitu terluka dan kecewa setelah mendengar seorang wanita mengakui sebagai kekasih suaminya. Aryani yang merasa cintanya hanya bertepuk sebelah tangan akhirnya tidak lagi mampu untuk bertahan. Aryani akhirnya pergi membawa diri untuk me...