56.Positif

78 1 0
                                    

Fikiran Syed Ismeth sudah kusut, mahu saja di balik untuk menemui isterinya. Apa yang sedang Aryani fikirkan setelah mendengar kata-kata Shasha yang memperkenalkan dirinya sebagai kekasih sebentar tadi.
"Cantik secretary you, you tak terpikat ke jumpa perempuan cantik macam tu setiap hari" tanya Shasha sewaktu mereka tiba di restoran ekslusif yang berdekatan Wisma Walid. Lelaki itu tidak menjawab soalan Shasha. Sengaja menyibukkan diri dengan telefon bimbit di tangannya. Nombor Aryani didailnya untuk cuba menghubungi isterinya tapi panggilannya tidak diangkat.
"You cal siapa, macam urgent je I tengok?"
"I tak boleh lama keluar lunch dengan you sebab I kena preprations untuk meeting I pukul dua setengah nanti" harap Shasha tidak banyak soal kenapa dia perlu segera beredar selepas mereka selesai makan. Shasha hanya menganggukkan kepalanya.
Shasha agak terkejut lelaki itu terlalu cepat menghabiskan makanan. Dia ingin berbual dan menghabiskan masanya lebih lama lagi bersama lelaki itu.
"Setiap hari memang I kena macam ni sebab dalam bisness kena kejar masa. I minta diri dulu" Shasha kecewa kerana Syed Ismeth tidak berniat untuk menghantarnya baik ke pejabat. Terpaksalah dia menghubungi pemandu keluarganya untuk menjemputnya balik.
Meja Aryani yang kosong membuat hatinya tertanya-tanya ke mana pergi isterinya. Takkan Aryani marah lalu melarikan diri. Tadi dia masih nampak Eta dan Jackson berada ruang menunggu di lobi bangunan. Syed Ismeth segera berlalu ke biliknya untuk menenangkan fikiran. Kalau dirinya berada di tempat isterinya apakah yang akan dia lakukan kalau terserempak isterinya berkepit dengan jantan lain. Syed Ismeth mengeluh sambil meraup wajahnya dengan kedua belah tangannya.
Aryani langsung tidak masuk ke biliknya sepanjang petang itu. Apabila dia keluar untuk balik meja Aryani kelihatan kosong. Menurut pengawal peribadinya isterinya sudah balik bersama Jackson dan Eta. Walaupun hatinya sedikit lega isterinya selamat tapi kerisauan terus membunuh perasaannya. Bagaimana hendak menjelaskan kepada Aryani bahawa dia tidak ada apa-apa hubungan istimewa dengan Shasha.
Sampai di rumah dia lega melihat isterinya sedang membantu mamanya menyediakan makanan malam di dapur. Dia tahu Aryani sedang marah benar kepadanya kerana isterinya tidak langsung memandang dan menegurnya.
"Is, malam ni kita ada lauk special, Yani masak kari daging untuk lauk kita malam ini" beritahu Puan Sharifah Ratnah sebaik sahaja ternampak kelibat anaknya.
"Betulkah mama? Berseleralah Is makan malam ni kalau macam tu" sahutnya cuba mengambil hati isterinya namun wajah Aryani langsung tidak memberi perhatian mendengar apa yang diucapnya.
Syed Ismeth terkejut apabila melihat isteri sedang menunaikan solat Maghrib sendirian, tidak menunggunya untuk berjemaah.
"Kenapa sayang tak nak solat berjemaah" Aryani tidak menjawab malah terus menyimpan telekung di penyindainya. Syed Ismeth terpaksa mengerjakan solatnya sendirian tanpa bermakmumkan isterinya. Khusyuk suaminya berdoa, mungkin minta kekasih baru yang dicintai akan menjadi cinta sejatinya yang berkekalan. Aryani mengeluh ketika kepalanya terlintas memikirkan perkara itu. Telefon bimbit suaminya berbunyi dijerlingnya dengan ekor mata, kebetulan dia berdiri di situ selepas mengambil sesuatu dari tas tangannya, nama Shasha terpamer di skrinnya.
"Kekasih abang cal tu, nanti dia marah kalau abang tak angkat pon" selepas menuturkannya Aryani terus berlalu pantas menuju ke bilik air lalu mengurung dirinya di situ. Di situ segalanya dilepaskan. Semua paip air dalam bilik itu dibukanya agar bunyi tangisan tidak kedengaran di luar. Aryani menghabiskan masanya dalam bilik air sehingga beberapa kali pintu diketuk dari luar. Alat urine test yang menunjukkan keputusan yang positif cepat-cepat disembunyikan di tingkat paling atas tempat meletakkan peralatan mandi dalam bilik tersebut.
"Sayang, dengar dulu penjelasan abang, abang dan perempuan tu tak ada apa-apa" Aryani tidak mengendah kata-kata suaminya terus berlalu menuju ke pintu meninggalkan suaminya bersendirian dalam bilik. Bilik bacaan di tingkat atas menjadi tujuannya. Di situ dia cuba menenangkan diri dan duduk bertafakul sambil duduk memeluk kedua belah pahanya.
Di dalam rahim kini sudah ada zuriat yang akan membesar. Yang tercipta dari ikatan dan perhubungan yang halal dan suci. Zuriat yang berkembang dalam rahimnya perlu dirahsiakan. Aryani tidak mahu zuriat itu menjadi penyebab suaminya terpaksa terus berbohong kepadanya. Terpaksa menerima kerana anak itu bukan kerana mencintainya. Aryani tidak mahu anak itu menjadi penghalang suami meneruskan cinta dengan kekasih sejatinya. Biarlah tiada sebarang penghalang untuk suaminya melepaskannya ketika dia mengalah dan berundur nanti. Aryani sedar dia tidak memiliki satu pun kekuatannya untuk bersaing dengan kekasih suaminya itu.
Aryani kembali semula ke bilik apabila fikiran sudah tenang tetapi suami sudah tiada di situ. Mungkin sudah keluar menemui kekasihnya, fikirnya dalam hati. Pantas tangannya menaip perkataan 'positif' pada telefon bimbitnya lalu menghantarnya pada nombor telefon Shima. Satu perkataan sudah cukup untuk Shima supaya teman baiknya itu tidak tertunggu-tunggu. Balasan masej dari Shima membuat bibirnya tersenyum pahit.
Aryani tidak perlu memikirkan sama ada suaminya akan balik atau tidak. Dia tahu suami bahagia, sihat dan selamat di luar sana bersama kekasih hatinya. Suaminya tidak meninggalkan sebarang pesan hendak pergi ke mana. Lelaki itu juga tidak berniat hendak mencarinya semasa dia berada di dalam bilik bacaan tadi. Nampak sangat dirinya sudah tidak memberi makna kepada suaminya. Dia tidak berkesempatan meraikan saat-saat bahagia pada hari pertama mengetahui dirinya bakal bergelar seorang ibu.
Syed Ismeth membuat keputusan untuk keluar mencari ketenangan dan idea untuk memujuk isterinya. Dalam saat tertekan seperti itu tempat yang menjadi hala tujunya adalah kondominium miliknya yang terletak di Bukit Antarabangsa. Lukisan potret wajah cinta yang berada dalam bilik tidurnya ditatapnya tanpa berkelip. Memang hampir 90 peratus mirip wajah isterinya. Lukisan yang sudah berusia hampir empat tahun itu tidak pernah jemu ditatapnya. 'Rose Aryani' nama itu sudah lengkap tercoret di bawah lukisan itu.
"Aku sudah memilikmu dan kita akan terus bersatu sampai bila-bila" lelaki itu berbicara sendiri dengan potret kaku di hadapannya.
Hampir pukul dua belas Syed Ismeth kembali semula ke rumah keluarganya. Tidur malamnya tidak akan lena tanpa Aryani di sisinya. Syed Ismeth tidak ada peluang untuk mejelaskan pada isterinya tentang Shasha. Dia tidak boleh berkasar atau bersikap kurang ajar pada Shasha kerana dia telah lama mengenali gadis itu. Persahabatannya dengan Shasha sudah terjaling begitu lama dan Shasha juga begitu memahaminya perasaannya. Dia perlu mencari masa yang sesuai untuk menjelaskan pada Shasha tentang Aryani dan mempertemukan Aryani dan Shasa dalam suasana yang baik tanpa perselisihan faham. Dia tidak mahu persahabatan dengan Shasha rosak kerana kehadiran Aryani begitu juga sebaliknya.
Syed Ismeth tahu di mana Aryani berada semasa dia keluar rumah tadi tapi dia tidak mahu mengganggu Aryani kerana memikirkan isteri masih memerlukan waktu dan masih belum bersedia untuk berbincang dan mendengar penjelasannya. Dia menunggu Aryani betul-betul sejuk dan tenang kerana dia tahu isterinya lembut hati dan mudah diajak berbincang. Dia terus memikirkan jalan untuk mempertemukan Shasha dan Aryani.
Sesuatu yang melingkar pinggangnya membuatkan Aryani merasakan sukar untuk menggerakan tubuhnya. Entah bila suaminya balik malam tadi. Perlahan-lahan tangan suaminya dipindahkan dan Aryani terus bangun untuk melangkah ke bilik air. Solat subuh harus dikerjakan sebelum terlepas waktu. Usai solat Aryani berpaling memandang suaminya yang masih enak dibuai mimpi. 'Lewat sangat ke lelaki ni balik malam tadi sampai tak boleh terjaga waktu Subuh' bisiknya dalam hati.
"Abang, bangun bang, solat Subuh" Aryani menggoyang tubuh suaminya. Syed Ismeth mengeliat sebelum membuka mata.
"Dah pukul berapa sayang?" Aryani tidak menjawab hanya menunjuk jam dinding yang sudah menunjukkan pukul enam setengah dengan bibirnya. Syed Ismeth segera bangun lalu terus melangkah menuju ke bilik air. Aryani pula segera meninggalkan bilik untuk ke dapur membantu apa-apa yang perlu semasa pembantu rumah tersebut menyediakan sarapan pagi. Suaminya hanya mahu air neslo bancuhan tangan isterinya setiap hari. Walaupun hatinya terluka namun kewajipan itu tidak mungkin diabaikan.

Maafkanlah AkuWhere stories live. Discover now