43.You Yang Cabar I

63 1 0
                                    

Katrina mula risau bila merasakan hubungan semakin jauh daripada Syed Ismeth. Lelaki sudah tidak memperdulikannya lagi dan rasa menyesal mula timbul dalam hatinya kerana memberi cabaran kepada kepada lelaki itu. Lima bulan terlalu lama Katrina sudah tidak sabar menunggu tempoh lima bulan itu berakhir.
"I masih ada dua bulan dan I tak mahu you ganggu I dalam tempoh tu. Kalau I berjaya dapatkan cinta I dalam tempoh tu I nak kita teruskan hidup masing-masing. Please Kat I tak mahu perubahan apa-apa sekarang. You yang cabar I dan I dah setuju jadi jangan rosak segalanya" Katrina sekali lagi menemuinya di pejabat hari itu.
"Kenapa you beria-ria sangat sedangkan sudah tiga bulan masa berlalu. Dua bulan tidak akan memberi apa-apa pada you. Please Is, I nak kita macam dulu" Katrina mula merayu.
"Macam dulu, apa maksud you ni sebenarnya" keningnya bertaut memandang Katrina.
"Maksud I, I bebas jumpa you kita lupakan cabaran tu. Kita fikir tentang masa depan hubungan kita. You pernah cakap you sayangkan I dan minta I beri you masa" Katrina cuba mengingatkan lelaki itu tentang hubungan mereka dulu.
"Memang I pernah cakap sayangkan you tapi bukan maksudnya I cintakan you. You tak boleh bezakah antara sayang dan cinta. I sayang semua orang di sekeliling I tapi yang I cinta cuma satu dan itu yang I nak pastikan siapakan orangnya you ataupun orang lain" Katrina mengetapkan bibirnya mendengar jawapan Syed Ismeth .
"Kalau you benar-benar mahu, cinta tu boleh kita pupuk selepas kahwin. I cuma nak perhubungan kita diakhiri dengan ikatan perkahwinan. Semua orang dah tahu I bakal isteri you kalau tak jadi tentu I dan family I akan dapat malu"ungkapan berbau ugutan dan itu yang Syed Ismeth paling tidak suka mendengarnya.
"You yang pandai-pandai buat kenyataan sedang I tak pernah pun setuju. Diam bukannya bererti I setuju tapi demi menjaga hati you. Kalau I tak boleh terima, you tak berhak untuk paksa I. Kita berhak untuk tentukan hidup sendiri. I berhak untuk cari kebahagian I. Insyaallah I akan dapat juga apa yang cari selama ini" Tiada jawapan untuknya menjawab penjelasan Syed Ismeth. Bukan mudah untuknya menawan hati lelaki itu walaupun mengenalinya sekian lama. Untuk melepas lelaki itu kepada gadis lain tidak sama sekali dan Katrina tidak akan mengalah kalau ada perempuan lain yang akan berjaya mengambil alih tempatnya sebagai ratu di hati lelaki itu.
"Please Is, you takkan gembira dengan perempuan lain sebab mereka tak kenal you. Hanya I yang kenal you selama ni" Syed Ismeth berdegus mendengar kata-kata Katrina yang masih degil dan tidak faham.
"Kat, you yang sebenarnya tak faham dan kenal siapa I. Kalau you kenal I takkan bodoh merayu dengan I begini. You jangan buat I kata over dengan you dalam semua perkara sampai I langsung tak nak tengok muka you lagi. I hanya dapat terima you sebagai seorang kawan tapi bukan sebagai seorang kekasih atau isteri I. Harap you faham dan jangan tanya mengapa. Jawapannya ada dalam diri you sendiri" Syed Ismeth terus mencapai briefcase lalu keluar dari bilik mesyuarat. Selepas tamat mesyuarat petang tadi Katrina menahannya di situ kerana satu perkara yang hendak dibincangkan dengan lelaki itu.
Katrina ingin mengejar Syed Ismeth namun dia berdegus apabila melihat lelaki itu melangkah laju meninggalkannya. Lif yang terus tertutup rapat tanpa sempat dia menunggunya membuatkan Katrina kecewa. Dirinya yang sudah seperti perigi mencari timba membuatkan Katrina semakin binggung. Papanya semakin mendesak kerana syarikat keluarga memerlukan suntikan modal untuk menyesalkan beberapa masalah kewangan yang membelenggu syarikat papa sejak kebelakangan ini. Kesilapan ayahnya melabur dalam sebuah syarikat antarabangsa di US yang tiba-tiba muflis menjahanamkan kedudukan kewangan ayahnya. Lelaki itu perlu untuknya menyelesaikan masalah kewangan dan menyelamatkan syarikat keluarganya.
"Sayang, masuk bilik sekarang" Aryani yang sedang mengemas mejanya terkejut melihat lelaki itu tergesa-gesa seperti di kejar sesuatu. Sudah hampir pukul enam setengah petang dan semua pekerja yang berada di pejabat bahagian pengurusan induk itu sudah balik sekitar jam lima setengah petang tadi. Terkocoh-kocoh Aryani membuntuti tunangnya masuk ke bilik. Syed Ismeth terus mengunci pintu sebaik Aryani sudah masuk ke dalam kemudian dia memberi isyarat jari di mulutnya supaya Aryani diam.
"Saya tak mahu Kat ganggu saya dan awak, tolong diam dan jangan layan kalau ada sesiapa pulas tombol tu, buat macam tak da orang" main sorok-sorok pula mamat ni. bisik Aryani dalam hatinya. Memang benar beberapa minit selepas itu tombol pintu bergerak-gerak dan beberapa kali ketukan dari luar. Aryani dan Syed Ismeth saling berpandangan.
"I tahu you ada kat dalam, bukalah Is" suara perempuan memanggilnya dari luar. Syed Ismeth menarik tangan Aryani mengajaknya duduk dekat sofa tamu. Ketika duduk lelaki itu memicit-micitkan kepalanya.
"Sayang, jangan pedulikan perempuan tu, kalau jemu baliklah tu" bisiknya perlahan ke telinga tunangnya.
'Kalau dia degil jugak tak nak balik?"
"Kita tidur sini sampai esok"
"Tak nak, mengada" Aryani menjegilkan matanya membuatkan lelaki itu tersenyum.
"Áwak ni makin marah, makin comel" Aryani mencebik bibirnya membuatkan Syed Ismeth tergelak. Aryani segera memberi isyarat supaya diam. Risau kedengaran sampai ke luar.
"Awak ada ikan tak?" Syed Ismeth mengerutkan dahi hairan mendengar soalan pelik Aryani.
"Ikan, ikan apa?" soalnya pula.
"Apa-apa je, saya nak bagi kucing kat luar tu makan"
"Kucing?" Syed Ismeth mengerutkan dahinya lagi.
"Kat kat luar tu lapar sebab tu asyik mengiau-ngiau" Apabila faham maksudnya Syed Ismeth sudah tergelak tapi segera mulut lelaki itu ditutup Aryani dengan tangannya.
"Bisinglah awak ni" Larang Aryani sambil membutangkan matanya.
"Kita balik lewat sikit saya nak siapkan satu proposal sebelum kita kahwin" Lelaki itu membuka komputer riba lalu memulakan kerjanya.
"Projek baru ke?"
"Ya bersama WCC tu, saya cuba dapatkan kepercayaan ahli lembaga pengarah dulu sebelum jalinankan kerjasama dengan WCC".Selepas mengangguk mendengar jawapan Syed Ismeth Aryani kemudian mendapatkan iphone miliknya lalu bergerak menuju ke meja CEO. Tubuh kecilnya tenggelam bersandar di kerusi kebesaran milik CEO syarikat Al-Walid Mega. memusing tempat duduknya menghadap dinding kaca di belakangnya memudahkannya menatap sebahagian daripada panorama indah Bandaraya Kuala Lumpur yang boleh dilihat dengan Aryani jelas melalui tingkat 20 bangunan tersebut.
Matanya semakin layu mendengar lagu-lagu indah dari memori telefon bimbit yang didengarnya melalui alat di telinganya. Layu dan semakin layu akhir Aryani terlena dalam dakapan mimpi indahnya.
"Alhamdulillah, siap! Lepas ni bolehlah fikir pasal honeymoon pulak". Sambil melihat jam dipergelangan tangannya yang sudah menunjukkan pukul sembilan malam. Tadi sewaktu berhenti sekejap untuk menunaikan solat Maghrib Syed Ismeth tersenyum melihat Aryani sedang lena tidur di kerusinya. Teringat Aryani uzur kerana subuh tadi Aryani tidak muncul untuk solat berjemaah bersama datuk dan mamanya Syed Ismeth membiarkan gadis itu meneruskan tidurnya. Perlahan-lahan dia masuk ke bilik air yang memang terdapat dalam biliknya lalu berwuduk dan menunaikan solat di satu sudut dalam bilik biliknya.
Ketika menoleh Aryani sudah berdiri dan kemudian berjalan menuju ke arah sofa. Berkerut matanya melihat wajah Aryani yang seperti tidak nampak kewujudan.
"Nek, nanti kejutkan Yani ya. Yani nak ikut atok pergi mancing. Kejut ya!" Aryani melabuhkan tubuhnya di sebelah Syed Ismeth kemudian melabuhkan kepala di atas riba lelaki itu.
"Ya Allah mengigaulah pulak budak ni" Syed Ismeth tersenyum apabila Aryani terus lena di atas riba. Wajah Aryani dielusnya perlahan-lahan dengan penuh rasa kasih sambil bibir mengukir senyuman.
"Sayang! Tak nak balik ke atau nak terus tidur di sini?" sambil tangannya dengan perlahan mengerakkan tubuh Aryani.
"Kejaplah nek!"
"Ni bukan neneklah sayang. Ni sayalah tunang awak!"
Aryani membuka mata mengamati wajah lelaki yang sedang tersenyum memandangnya.
"Hah!" Aryani tersentak lalu terus bangun. Wajahnya terus merona kemerahan. Tangan memalit sesuatu di pipinya, mana tahu kalau ada air liurnya yang meleleh semasa tidur tadi. Syed Ismeth tergelak melihat aksi Aryani, sungguh lucu Aryani dalam keadaan kelam kabut seperti itu.
"Kenapa saya boleh tidur dekat situ" sambil tangannya menunding ke paha lelaki itu. Syed Ismeth menggelengkan kepalanya kemudian tersenyum.
"Cakaplah, macam mana saya boleh ada dekat situ" tanyanya pada lelaki itu.
"Awak berjalan dalam tidur tadi, siap pulak panggil kita nenek dia" Aryani menutup mukanya menahan rasa malunya.
"Kenapa awak tak sedarkan saya tadi, malunya ya Allah"
"Saya pun hairan bila dengar awak panggil saya nenek dan lepas tu awak baring atas paha saya, tak sampai hati nak kejutkan awak terus" jelasnya sambil merenung wajah Aryani.
"Tak sampai hati ke atau awak memang seronok?" tidak puas hati mendengar jawapan lelaki itu.
"Kedua-duanya, saya memang seronok kalau boleh saya pun nak rebah di sisi awak"
"Huh gatalnya!" Syed Ismeth tergelak mendengar jawapan Aryani. Seronok dia melihat wajah Aryani ketika diusiknya begitu.
"Jom kita balik, dah lewat ni"
"Pukul berapa sekarang?" tanya Aryani lalu mencapai telefon bimbit dan tas tangannya.
"Sembilan dua puluh lima"
"Hah, saya ingat masih siang lagi" Aryani terkejut mendengar jawapan Syed Ismeth . Syed Ismeth ketawa mendengar jawapan Aryani. Tangan Aryani ditariknya dan mereka sama-sama melangkah keluar dari bilik tersebut. Suasana di luar pejabat sunyi sepi dan mereka berdua teringat Katrina menunggu di luar bilik itu petang tadi. Setelah pasti tiada sesiapa pasangan tersebut bergegas meninggalkan pejabatnya.

Maafkanlah AkuWhere stories live. Discover now