Vyviani Rose macam tidak percaya melihat figura lelaki yang berdiri depannya. Baru sebulan dia dan Adam balik ke Malaysia tapi tadi lelaki itu menghubunginya mengajaknya berjumpa.
"Seingat I you masih ada sebulan lagi dekat sana, kenapa you dah ada dekat sini?" Tengku Firhan yang sedang tersenggeh terus merenung wanita di hadapannya tanpa berkelip.
"Hey! I Tanya ni, you pandang I macam tu kenapa?" hairan kenapa Tengku Firhan macam tidak memberi respon pada soalannya.
"I dah siapkan segala tugasan I lebih awal dari tempohnya. I tak boleh lama tanpa you. Sebulan tak jumpa you makin jelita, you dan Adam apa khabar?" jawabnya tanpa selindung.
"Sihat!"
"Sayang, I terlalu rindukan you. I love you so much" tanpa menunggu lama ayat itu terus diucapnya di kala matanya terus terpaku memandang wanita di hadapannya.
"Fir, jangan macam ni. I tak nak jadi penghalang you mengejar cita-cita. I bukan tak nak mencuba tapi I memang tak mampu buka hati I untuk you atau untuk sesiapa pun. I tak nak you terus mengharap dan kecewa selepas itu" Vyviani Rose tidak tahu bagaimana lagi untuk menyatakan perasaan sebenarnya pada Tengku Firhan. Walaupun sudah hampir sebulan kembali ke Malaysia, Vyviani Rose belum pernah terserempak dengan papa Adam tapi dia rasa lelaki itu dekat padanya. Vyviani Rose tidak pernah mengharap cuma sesekali dia ingin melepaskan kerinduan pada lelaki itu walaupun cuma dengan melihat bayangnya dari jauh.
Vyviani Rose juga inginkan pengesahan lelaki itu tentang statusnya walaupun bukan niatnya untuk memberi peluang pada lelaki lain mendekatinya. Dari pengalaman yang dilaluinya bukan mudah untuknya membuka pintu hatinya untuk menerima cinta lelaki. Cukup ada Adam sebagai teman penghibur di kala sunyi.
Mengenangkan papa Adam, empat tahun berpisah mustahil baginya lelaki itu belum berkahwin lagi dengan gadis yang dicintainya dan kalau penggantinya perempuan yang benar-benar dicintai maka tiada halangan untuk lelaki itu melepaskannya pergi. Dia redha kalau dipertemuannya nanti dia menerima tengkingan atau sumpah seranahnya namun demi kerena untuk pengesahan statusnya Vyviani Rose sedia menerima apa saja penghinaan.
Memang dia bersalah kerana pergi tanpa keizinan tapi dia bukan keluar dari rumah tapi meninggalkan pejabat. Perginya bertujuan sekadar untuk keluar melepaskan tekanan namun dia tidak menduga kemalangan itu membawanya sampai ke hari ini. Vyviani Rose yakin lelaki itu tidak akan menangisi pemergiannya malah mungkin apa yang berlaku padanya membuka peluang lelaki itu menjalani kehidupan yang lebih sempurna dan bebas meneruskan kehidupan tanpa sebarang halangan.
"Kenapa Rose, you sangsi dengan kejujuran I atau you masih mengharapkan, maksud I papa Adam?" Tengku Firhan merasakan bahawa itulah halangan untuk Vyviani Rose menerimanya.
"Dia tak perlukan I dari dulu lagi dan ketiadaan I akan menggembirakannya. I cuma belum bersedia menyerahkan hati I dengan mana-mana lelaki. Sejarah mengajar I untuk lebih berhati-hati. Malah kehidupan you dan siapa you membuat I semakin takut untuk dekat dengan you. Walaupun grandpa I jutawan tapi I bukan. I baru kenal mereka empat tahun yang lepas dan sebelum ni I cuma anak yatim piatu yang bergelar perempuan kampung. Gelaran itu yang membuat I tak layak menerima cinta lelaki terutama lelaki kaya dan berpengaruh dan ada segala macam you dan papa Adam " Vyviani Rose terus menyeka air matanya menghalang dari jatuh ke pipi.
"I tak sanggup menerima penghinaan lagi dan terluka buat kali yang kedua. I sudah ada Adam, itu dah cukup buat I bahagia" Vyviani Rose tunduk memandang kakinya. Dia tidak mahu Tengku Firhan terus melihat wajahnya yang sudah basah dengan air mata.
"I tak sama dengan bekas suami you. I pilih you dan I yang kejar cinta you. Kalau you rasa I terlalu mendesak, I minta maaf. I lakukannya kerana I terlalu sayang dan cintakan you. Beri I peluang membuktikannya Rose. I sanggup tunggu kalau you perlukan masa tapi janganlah terlalu lama. I sudah tak sabar untuk memiliki you" Tengku Firhan terus melutut di hadapan Vivian Rose membuatkan dia betul-betul terkejut.
"Fir! Kenapa macam ni bangunlah. You tak malukah kalau orang nampak you ma...." belum habis kata-katanya, tiba-tiba ada cahaya terang memancar. Lelaki itu tersenyum melihat Vyviani Rose dan Tengku Firhan. Cara berpakaian dan kemera yang digunakan jelas menunjukkan lelaki tersebut adalah seorang wartawan.
"Biar mereka dengan kerja mereka. Tugas I pada you adalah memastikan yang you terima ni" Tengku Firhan seperti tidak kisah apa yang berlaku di sekelilingnya. Sebentuk cincin disarung ke jari manis Vyviani Rose dan tangan Vyviani Rose dikucupnya lama. Vyviani Rose panik dan tidak mampu bersuara melihat aksi spontan Tengku Firhan.
"You macam memaksa I untuk terima you"
Tengku Firhan tersenyum mendengar jawapan Vyviani Rose.
"Fikirlah, I akan beri you masa berapa lama yang you nak tapi bukan jawapan yang mengecewakan I sebab I mencintai you sepenuh hati. Siang dan malam I teringatkan you". Jawapan tekad yang bulat dari lelaki itu.
Vyviani Rose rasa menyesal mengenali Tengku Firhan. Lelaki itu bukan jenis yang boleh dikatakan tidak. Sama seperti papa Adam, semua perkara di hujung telunjuknya dan akan buat apa yang dicakapkan. Ingin saja dia membawa Adam lari meninggalkan Malaysia semula dan menetap di negara lain yang Tengku Firhan tidak tahu di mana mereka berada.
Bukan kerana dia membenci Tengku Firhan. Lelaki itu cukup sempurna di matanya dan di mata semua gadis. Kalau Tengku Firhan hendak, dia boleh mendapat gadis mana saja yang dia suka tapi kenapa dirinya sudah beranak satu juga yang menjadi pilihan lelaki itu. Rasa rendah diri dan kecurigaan kepada keikhlasan lelaki ke atas dirinya membuatkan dia tidak mahu memikirkan tentang jodoh dan berkahwin lagi. Kalau dibandingkan statusnya dulu dan sekarang makin membuat Vyviani Rose tidak percaya pada lelaki terutama yang ada pekej yang sempurna seperti Tengku Firhan. Ketika anak dara pun dia tidak pernah dihargai dan lelaki tidak ikhlas mencintai apatah lagi setelah statusnya nanti bergelar janda dan ibu tunggal. Apa istimewanya wanita dengan status itu yang malah hina di mata masyarakat.
Bukan Vyviani Rose tidak teringat dan merindui dua insan yang pernah membesar dan mendidiknya menjadi manusia namun Vyviani Rose tidak sanggup melihat tangisan kedua-dua insan tersebut. Vyviani Rose tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan kenapa kemalangan itu boleh berlaku dan kenapa dia meninggalkan suaminya dan menyembunyikan diri selama beberapa tahun ini. Vyviani Rose tahu kehilangannya menjadi tanda tanya kepada keduanya kerana itulah biarlah mereka menyangka kerana kehilangannya maka suaminya terpaksa mengambil keputusan untuk bernikah semula.
Dari jauh Vyviani Rose merenung rumah besar yang dihuni oleh kedua-dua insan yang sangat dirinduinya selama ini. Sunyi dan sepi, sedih hatinya melihat suasana rumah itu. Kalau dia mampu membawa Adam ke situ tentu sekali rumah itu akan berubah warna dan suasana. Memikirkan resiko yang terlalu besar Vyviani Rose memadamkan niatnya. Biarlah buat masa itu Adam tidak mengenali mereka dan papanya. Vyviani Rose mengharapkan suaminya sudah hidup bahagia dan sudah memiliki anak sendiri dengan isteri barunya dan tidak mementingkan kewujudan Adam dalam hidupnya.
Setelah separuh dari rindunya terlerai, Vyviani Rose memecut keretanya meninggalkan rumah kedua insan tersebut. Menghiburkan hatinya sesekali bibirnya ikut tergerak ikut menyanyikan lagu yang diputar di corong radio oleh DJ yang bertugas,Usah kau ingat lagi
Ungkapan kata cinta yang murni
Anggap ia bagai mimpi di kala tidurmu
Biarlah semua kenangan
Ku bawa dalam perantauan
Kerana hati ini pun
Enggan menyambut simpati mu lagi
Hanyalah yang aku tahu
Kusimpan rindu dalam diamku
Sebagai lambang cinta kasih yang suci sejati.Hatinya kemudian tergerak melalui jalan lebuh raya yang menempah memori hitam dalam sejarah hidupnya. Nyawa hampir diragut dalam kejadian itu. Kereta yang dihadiahkan oleh datuknya Porsche Panamera GTS yang diparkirnya tepat di pingggir jalan di tempat kejadian keretanya terbabas empat tahun yang lalu. Melihat bangkai kereta yang rentung masih ada lagi di situ membuat hatinya tiba-tiba menjadi sebak. "Ya Allah, di sini aku dan anakku hampir-hampir menjadi arwah". Bisiknya sambil menyeka air mata yang mula mengalir di kelopaknya.
YOU ARE READING
Maafkanlah Aku
RomanceRose Aryani begitu terluka dan kecewa setelah mendengar seorang wanita mengakui sebagai kekasih suaminya. Aryani yang merasa cintanya hanya bertepuk sebelah tangan akhirnya tidak lagi mampu untuk bertahan. Aryani akhirnya pergi membawa diri untuk me...