Aryani balik ke kampung tiga hari sebelum majlis perkahwinan. Rancangannya hendak balik seminggu lebih awal terpaksa dibatalkan apabila Puan Sharifah Ratnah memintanya membuat sesi terapi di spanya. Perkara itu sudah dimaklumkan oleh Puan Sharifah Ratnah sendiri kepada Siti supaya orang tua itu tidak risau.
Memang Aryani merasai kelainan pada kesihatan tubuh badannya sejak setiap minggu menjalani terapi di spa Ayu kepunyaan Puan Sharifah Ratnah. Tubuhnya lebih segar dan bertenaga dan wajahnya semakin berseri-seri. Semua jiran-jiran yang berkunjung ke rumah Siti untuk bergotong royong menyiapkan persiapan untuk majlis perkahwinan Aryani memuji gadis itu sebaik sahaja Aryani tiba dari Kuala Lumpur di hantar oleh pemandu peribadi keluarga Syed Ismeth. Puan Sharifah Ratnah tidak membenarkan Syed Ismeth menghantar sendiri tunangnya kerana tidak manis di mata jiran-jiran kampung yang sudah mula berkumpul di rumah Aryani untuk membantu keluarga tersebut.
"Siapa yang buat semua persiapan untuk cucu Kak Ti ni. Hebat nampaknya Kak Ti. Tak da sesiapa boleh lawan kalau macam ni gayanya" Tegur Hajah Mahani isteri Haji Jusoh yang baru sampai ke rumah Siti terpegun melihat persiapan perkahwinan Aryani.
"Orang KL yang buat semua tu. Bakal ibu mertuanya upah apa nama tu wedding player"
"Wedding Plannerlah mak" celah Suri membantu sebutan ibunya. Munirah sudah tergelak seorang diri.
Suri sendiri terkejut apabila pekerja Rezman Event Great and Wedding Consultation telah dilantik oleh bakal ibu mertua Aryani datang untuk menyiapkan bilik dan pelamin serta segala persiapan yang berkaitan majlis perkahwinan Aryani. Siapa tidak mengenali syarikat perunding perkahwinan yang sering menjadi pilihan untuk majlis perkahwinan golongan kelas atasan dan terkenal termasuk artis-artis terkenal di Malaysia itu. Walaupun semua pasangan pengantin teringin untuk mengupah syarikat perancangan perkahwinan yang terkenal itu namun hanya golongan yang mampu sahaja boleh merealisasikan impian perkahwinan mereka bersama Rezman Event Great and Wedding Consultation.
"Ya benda tulah yang datang ke sini untuk atur pelamin dan bilik Aryani" sambung Siti lagi.
"Patutlah hebat sangat, kalau orang kita sendiri buat mana boleh macam tu jadinya"
"Tema satu dalam sejuta bunga makcik, tu yang bunga-bunga ros melambak tu dekat dalam rumah ni" sambung Munirah pula.
"Tapi baru separuh tu esok saya dengar satu lori bunga yang akan sampai. Saya tanya seorang pekerja wedding planner tu, pengantin perempuan akan duduk di atas kelopak bunga semasa majlis akad nikah nanti" tambah Watie yang sedang duduk di sebelah Munirah.
Aryani gembira melihat Pak Long Aman dan Mak Ngah Suri dan keluarga masing-masing turut berada di rumah atoknya. Keadaan kesihatan Pak Long Aman yang beransur pulih dan sudah boleh berjalan dan bergerak seperti biasa menggembirakan hati Aryani.
"Yani nenek panggil ajak makan" Munirah muncul menolak pintu bilik Aryani. Matanya terbeliak melihat Aryani sedang tidur meniarap di atas katilnya. Tubuhnya tersarung pijama tidur berwarna merah dan rambut panjang dibiarnya terurai begitu saja. Sambil mencuri pandang sekitar bilik Aryani yang sudah sudah berhias indah dengan tema warna merah dan putih Munirah mendekati Aryani yang tidak sedar dengan kemunculannya.
"Yani, bangunlah, nenek panggil makan" dengan gerakan yang lemah Aryani membuka matanya.
"Pukul berapa sekarang?" tanya Aryani dengan wajah yang memai.
"Pukul sembilan setengah, semua orang dekat luar tu dah makan" jelas Munirah sambil tersenyum memandang Aryani. Rambut Aryani yang panjang dan lebat terurai menambahkan kecantikkan Aryani bagai seorang puteri raja.
"Mun dah makan?" tanya Aryani membalas pandangan Munirah sambil tersenyum.
"Belum, nenek suruh Mun kejutkan Yani dan temankan Yani makan" balasnya sambil tersenyum.
"Berapa lama Yani simpan rambut panjang macam ni?" sambil tangannya menyentuh rambut Aryani.
"Sejak tingkatan tiga, nenek yang tak benarkan Yani potong rambut"
"Cantik, Mun tak sangka Yani simpan rambut yang panjang" Aryani tersenyum kemudian dia turun dari katil lalu berdiri di depan cermin meja solek untuk menyikat rambutnya. Rambutnya disanggul kemudian sehelai tudung Ariani dimasuknya di kepalanya.
"Jom kita makan" Aryani terus lalu menarik tangan Munirah keluar bilik.
"Hah Yani, Mun makan, tu ada makanan dah dihidang untukkamu berdua" tegur Siti apabila terpandang kelibat Aryani dan Munirah masuk ke dapur.
"Hah! Baru nampak pengantinnya. Cantik sungguh cucu kamu ni Ti. Kalau bersolek esok tentu bertambah serinya. Siapa mak andamnya ti?" tanya Mak cik Beah, ibu Mat Kenit. Mengingati apa yang pernah dibuatnya pada Mat Kanit anak teruna kesayangan Mak cik Beah Aryani tersenyum sendiri.
"Winda, yang solekkan Yani masa bertunang dulu. Baik orangnya, kata bakal ibu mertua Yani, Winda tu mak andam yang terkenal di KL" sahut Siti menjawab soalan Mak cik Beah.
"Bertuah badan kamu Yani sebab dapat suami orang kaya raya. Kalau kamu kahwin dengan Mat Kenit manalah Mat kenit mampu nak bagi kamu semua ni" tersedak Aryani mendengar kata-kata Mak Beah. Siang tadi Aryani nampak Mat Kenit sibuk membantu melapah daging tiga ekor lembu yang ditumbangkan untuk majlis kahwinnya esok. Rajin sungguh lelaki kerdil yang kini sudah menjadi bujang telajak. Manis ada cuma tinggi je yang tak cukup, itu yang sering disebut oleh Mat kenit kenapa Yani tidak mahukan dia.
"Makan banyak sikit Yani, esok mana kamu ada selera lagi kalau suami kamu dah ada dalam rumah ni" ketawa semua yang berada di dapur rumah itu mendengar gurau Mek Beah.
"Mana satu yang betul Mak Cik, banyak atau sikit" sahut Aryani membalas gurauan Makcik Beah.
"Masih ada idea kamu nak kenakan Mak cik Yani, ingatkan dah jadi pengantin malu nak muka mulut" balas Mak cik Beah pula.
"Yani tu mana kurang idea nak menyakat orang, aku ni siang malam jadi mangsanya" sambung Siti pula. Aryani tersengih memandang neneknya.
"Pergi solat Isya lepas tidur awal. Kamu tu kalau nenek tak pesan macam ni garenti bergayut sampai ke subuh" pesan Siti apabila melihat Aryani sudah mencuci tangannya.
"Yani cutilah nek" balas Aryani sambil tersengih memandang Siti.
"Hah! tak merasalah suami Yani malam esok" Munirah mencelah kamudian terdengar gelak ketawa kuat dari ruangan dapur rumah Siti. Muka Aryani sudah merona lalu terus dia melarikan diri menuju ke biliknya. Silap cakap tak pasal-pasal aku jadi mangsa malam ni. Malulah, rungut Aryani dalam hatinya.
"Assalammualaikum, Sayang sihat ke?" sayup suara Syed Ismeth dalam iphone milik Aryani.
"Sihat, awak dekat mana ni" tanya Aryani sambil berbaring di atas tilam dalam biliknya.
"Dalam bilik baru lepas mandi"
"Baru lepas mandi, dah pukul berapa ni awak baru mandi?" hairan mendengar jawapan tunangnya.
"Saya baru lepas bersenam sebab tu badan berpeluh, kalau tak mandi mana boleh tidur"
"Malam pun awak bersenam, rajinnya awak"
"Mestilah sayang oi, nak tambah stamina untuk malam esok" Syed Ismeth tersenyum sendiri selepas menuturkannya.
"Stamina untuk malam esok? Malam esok ada apa awak nak lumba lari ke?" mulalah Aryani lurus bendul tak bertempat.
"Hai awak lupa ke sayang. Saya mana boleh kalah dekat awak yang tiap-tiap minggu buat terapi dekat spa mama tu. Saya pun nak buat yang terhebat untuk malam esok" suara ketawa tunangnya di talian membuatkan Aryani mengetapkan bibirnya. Sudah merona merah wajahnya menahan malu apabila sudah memahami maksud lelaki itu.
"Awak ni memang dah giler. Kalau awak ada dekat sini gereti saya ketuk kepala awak dengan telefon ni, gatal!" Ketawa tunangnya masih kedengaran.
"Kalau awak tak berhenti jugak ketawa tu saya letak telefon ni kang" marah Aryani.
"Ok, ok saya tak gelak lagi. Awak buat apa tu?"
"Tak buat apa-apa, relax je. Nenek suruh tidur awal tadi tapi mata ni tak malu lelap lagi"
"Kenapa sayang? Awak takut menempuh hari esok ke?" tanyanya dengan nada yang perlahan.
"Tak! cuma sedikit nervous je"
"Semua orang akan merasa yang sama macam kita"
"Tapi saya dengar awak macam biasa je"
"Itu awak dengar tapi hati saya awak tak nampak. Sebab tu saya cuba hilangkannya dengan bersenam supaya dapat kurangkan sedikit gementar saya. Saya tak mahu depan tok kadi esok kena ulang banyak kali. Rugi saya kalau tak jadi kahwin esok" Aryani tergelak kecil mendengar jawapan Syed Ismeth . Dia ingatlan lelaki itu boleh tenang dan tidak risau pasal majlis yang akan berlangsung esok.
Aryani merenung hantaran yang tersusun di suatu sudut dalam biliknya. Semua barang-barang hantaran bagi kedua-dua belah Puan Sharifah Ratnah yang aturkan. Semasa masuk ke biliknya tiga hari yang lalu Aryani terkejut melihat barang-barang hantaran sudah tersedia dan digubah cantik. Dua puluh satu dulang hantaran lelaki akan berbalas dua puluh sembilan dulang dari pihak perempuan. Semua barang hantaran yang diletakkan di atas bekas berbentuk bunga ros berwarna merah. Semalam Makcik Suri dan Munirah yang membantu menginaikan kesemua jarinya. Kerana kulit Aryani yang putih melepak menjadikan merah inai begitu menyerlah terang dijarinya.
YOU ARE READING
Maafkanlah Aku
RomanceRose Aryani begitu terluka dan kecewa setelah mendengar seorang wanita mengakui sebagai kekasih suaminya. Aryani yang merasa cintanya hanya bertepuk sebelah tangan akhirnya tidak lagi mampu untuk bertahan. Aryani akhirnya pergi membawa diri untuk me...