86.Abang Hero Yani Dan Anak-anak

109 1 0
                                    

Aryani terkejut apabila melihat katil suaminya di ICU sudah kosong. Air matanya mula berlinangan apabila sesuatu mula muncul di fikirannya.
“Nurse, mana suami saya?” tanya dengan suara yang terketar-ketar kepada dua orang jururawat yang sedang mengemas katil tersebut sebelum digunakan pesakit lain.
“Sabar puan, suami puan sudah..”
“Oh puan Rose, boleh puan jumpa saya sekejap” suara Doktor Hilman yang merawat suaminya selama ini menganggu perbualannya dengan salah seorang jururawat tadi.
“Puan pergilah jumpa Doktor Hilman. Dia akan pada terangkan semuanya pada puan nanti” tambah jururawat itu lagi.
Dengan semangat yang sudah hilang, dengan langkah yang lemah dan dada yang berdebar-debar Aryani membuntuti Doktor Hilman masuk ke biliknya. Sebelum melangkah sekali lagi dia berpaling melihat katil kosong yang pernah menempatkan suaminya.
“Ya Allah, andai ini takdirnya berilah aku kekuatan untuk meneruskan hidup” bisiknya dalam hati ketika melangkah masuk ke dalam bilik Doktor Hilman.
“Suami puan sebenarnya sudah sedar  waktu subuh pagi tadi. Kami pindahkan Tuan Syed di bilik pemulihan untuk melihat perkembangan seterusnya. Insyaallah kalau keadaan betul-betul dah ok dan pulih dalam tempoh beberapa jam lagi kami akan pindahkan Tuan Syed ke wad biasa. Di sana nanti puan boleh melawat dan menjaganya”. Berita yang membuat wajah Aryani segera kembali berubah ceria. Detik kegembiraan yang sukar untuk digambarkan.
“Syukur Ya Allah suami aku dah sedar”  ucapnya sambil menadah tangan.
Semalam pihak polis sudah mendapat membongkar maklumat dan identiti  perancang cubaan membunuh pasangan suami isteri jutawan setelah menyoal siasat Vince yang merupakan salah seorang penyerang bersenjatakan pistol  yang masih hidup dan sedang dirawat dan dikawal ketat di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Tan Sri Dato' Wong sudah tidak mampu lagi menyembunyikan kesalahan Desmond apabila pihak polis telah mendedahkan identiti dan gambar Desmond di dalam akhbar. Kini Desmond sudah lari dan menyembunyikan diri di luar negara. Polis tidak dapat mengesan dan menahanya kerana Desmond sudah berjaya melepaskan diri ke Siam dan dari lapangan terbang di negara tersebut lelaki itu yang berkemungkinan menggunakan identiti  palsu dan sudah melarikan diri ke tempat yang lebih jauh.
Desmond rupa-rupanya mengetuai kumpulan pengedar dadah yang terbesar dan paling lama beroperasi di Bandaraya Kuala Lumpur. Bertahun-tahun lelaki itu menggunakan duit dari WCC sebagai modal untuk mendapatkan stok bekalan dadahnya.
Desmond juga ada kaitan dengan  peristiwa cubaan membunuh Syed Ismeth  Al Walid dan Rose Aryani cucu Tan Sri Dayo' Wong  yang bermotif ingin menghapuskan waris tunggal Tan Sri Dato' Wong yang menjadi halangan untuknya mengusai kekayaan Tan Sri Dato' Wong.
“Abang!, Alhamdulillah abang dah sedar” Aryani segera menerpa dan memeluk tubuh suaminya yang tersenyum memandangnya.
“Abang bersyukur sebab isteri abang selamat. Abang akan sentiasa dan melindungi dan mempertahankan isteri abang selagi abang bernafas. Abang tak mahu lihat isteri abang disakiti dan dilukai oleh sesiapa pun” Aryani terharu mendengar kata-kata suaminya. Wajah suaminya dibelai dan diciumnya berkali-kali.
“Abang hampir korbankan nyawa abang untuk Yani. Abang terlalu baik untuk Yani. Yani yang sepatutnya terbaring di katil ini dan bukannya abang” balas Aryani selepas mengucup tangan suaminya.
“Tak sayang, ini sebahagian kewajipan dan tanggungjawab abang sebagai suaminya. Abang memang tak mahu sayang yang terkena tembakan itu. Sayang sedang mengandung anak kita. Resikonya terlalu besar sekiranya sayang yang tercedera. Abang sanggup pertaruhan nyawa untuk melindungi dua insan yang abang cinta dan sayang” Aryani menyeka air matanya sambil tersenyum memandang suaminya. Walaupun apa alasan suami dia tahu suaminya melakukan semuanya kerana cinta lelaki itu terhadapnya.
“Abang hero Yani dan anak-anak kita. Sampai bila-bila abang lelaki yang paling istimewa di hati Yani. Yani janji akan jadi isteri yang terbaik untuk abang dan ibu yang terbaik untuk anak-anak kita” Syed Ismeth  tersenyum dan bahagia mendengar ucapan isterinya. Sepanjang tempoh komanya yang hampir sebulan dia boleh merasa kehadiran Aryani yang sering menemaninya.  Dia boleh merasa sentuhan lembut tangan dan sentuhan hangat bibir isterinya mencium pipinya.
“Papakan hero, kenapa papa tak tembak juga penjahat tu?” tanya Adam  ketika duduk di sebelah katil papanya.
“Papa tak bawa pistollah sayang. Papa tak mahu mama dan adik kena tembak. Tengok sekarang papa dah tak apa-apakan?, mama dan adikpun selamat” sambil menggosok-gosok perut isterinya yang sudah mula kelihatan. Aryani semakin berseri-seri sejak mengandung anak ke dua mereka. Pagi tadi Aryani membuat pemeriksaan  pada kandungannya dan menurut Doktor Aini, doktor kandungan Aryani,  Aryani disedang mengandung bayi perempuan. Berita itu telah disampaikan kepada suaminya.
“Abang harap bunga ros dalam rahim isteri abang ni seharum dan secantik mamanya” Aryani tersenyum dan terharu mendengar ucapan suaminya.
“Dan dia akan berduri  tajam sebab duri melindunginya supaya orang tak boleh memetiknya sesuka hati” Aryani sudah tergelak mendengar ayat-ayat sastera suaminya.
“Lepas yang kedua ni lahirlah ramai lagi hero dan ros berduri untuk abang ya”  Aryani sudah membutangkan matanya mendengar ayat suaminya.
“Abang ni tak ingat ke buah pinggang tu dah tinggal satu” Aryani cuba mengusik suaminya yang sudah mula merapu yang bukan-bukan.
“Buah pinggang tinggal satu bukan beertinya abang dah tak boleh hebat macam dulu. Abang masih kuat dan bertenagalah tengok ni” sambil menunjukkan lengannya yang berketul-ketul.
“Ya lah tu, luka dekat perut abang tu belum sembuh lagi nanti tak pasal-pasal masuk ICU semula” Syed Ismeth sudah tergelak mendengar jawapan isterinya.
Tengku Firhan tidak melepas peluang melawat sahabat baiknya setelah Syed Ismeth sedar dah keadaan sudah beransur pulih. Tengku Firhan menggunakan peluang itu untuk meminta maaf kepada Syed Ismeth. Dia tahu persahabatan mereka hampir rosak kerana kedegilan dan keegoannya ingin mendapatkan Vyviani Rose atau Rose Aryani.
“I berdosa kerana mencintai dan cuba merampas isteri you sedangkan I tahu Rose tak pernah cintakan I. I memang tak sangka Rose isteri you. Pertama kali I jumpa dan kenal dia I sudah jatuh hati padanya. Dia lain dari perempuan yang pernah I kenal dah I tak percaya suaminya tidak mencintai dan sanggup meninggalkannya. I cemburu bila dia beritahu I yang dia tetap cintakan suaminya walaupun suaminya tidak mencintainya. I boleh bayangkan bertapa hebatnya lelaki tu kerana masih boleh mengunci hati Rose walaupun mereka sudah berpisah dan tidak bersama” Syed Ismeth tersenyum mendengar kata-kata Tengku Firhan.
“I memang tahu dia juga cintakan I tapi dia masih terlalu muda dan mentah untuk memahami cinta dan perasaan I padanya.  Darah mudanya membuatkan dia cepat merajuk  dan cemburu dan cepat berfikir yang bukan-bukan.  I terlalu cintakannya dan menyayanginya lebih dari I sayangkan diri I sendiri. I tak sempat pujuk dia sebab tak fikir dia akan melakukan perkara yang bukan-bukan sebab tu I tak boleh maafkan diri I bila dia ditimpa kemalangan selepas tu menjauhkan diri dari I. I tak nak perempuan lain selain dia sebab dialah gadis lukisan wajah cinta I selama ini. I tak boleh tukarkannya dengan perempuan lain walaupun yang muncul itu ratu cantik dunia ataupun bidadari yang berjuta-juta kali lebih cantik dan baik darinya” lapang dadanya selepas dapat meluahkan segalanya di hadapan sahabat baiknya. Syed Ismeth harap Tengku Firhan sudah faham kenapa dia tidak boleh melupakan atau melepaskan malah kenapa dia sanggup korbankan nyawanya untuk dari Rose Aryani.

Maafkanlah AkuWhere stories live. Discover now