Setiap kali lalu dan kadang-kadang dia sengaja pergi di situ Syed Ismeth akan memberhentikan kereta. Dia berdiri memerhati disetiap penjuru lokasi kejadian kemalangan yang berlaku empat tahun yang lalu. Tragedi yang menyebabkan dia kehilangan isteri tercinta. Kalau boleh diundur masa dia akan menahan isterinya keluar dari bilik dan memujuknya agar mendengar segala penjelasannya. Dia akan turuti apa sahaja kehendak isterinya. Kalau isterinya tidak suka pada Shasha walaupun cuma sebagai seorang kawan, demi kerana Aryani segala sanggup dia lakukan.
Sekarang apakah makna kehidupan tanpa Aryani? mengejar hari tua seorang diri dengan bersemangat yang sudah padam. Tanpa cinta dan perasaan. Syed Ismeth menyeka air mata yang mengalir dari kelopak matanya. Dia ingin menjerit di situ untuk memanggil isteri agar kembali.
"Ya Allah, dalam banyak-banyak perkara yang aku mohon dariMu hanya satu ini yang harap KAU percepat tunaikan. Pertemukan semula aku dengan dia isteriku" doanya sambil matanya memerhati bangkai kereta yang tidak pernah dipindahkan dari tempat kejadian.
"Is ke tempat tu lagi ke?" tanya Puan Sharifah Ratnah apabila melihat kesan bunga-bunga kemuncup yang melekat di seluar anaknya.
"Is takkan berputus asa mama, Dia segala-gala pada Is.. Sebahagian dari hidup Is ada padanya. Is bukan hilang satu tapi dua ma" sambil meraup tangan di kepalanya.
"Banyaklah bersolat dan berdoa Is. Mungkin ini ujian yang harus Is tempoh untuk mendapat kebahagian sebenar untuk hari esok" Pujuk dan nasihat Puan Sharifah Ratnah untuk menenangkan perasaan anaknya. Syed Ismeth menyandarkan tubuhnya pada sofa ketika matanya ditumpukan pada dinding di ruangan itu. Matanya beralih-alih melihat gambar-gambar yang tergantung di dinding tersebut. Tumpuan melekat pada sekeping gambar zaman kanak-kanaknya.
"Bertapa tahun umur Is dalam gambar tu mama?"
"Gambar yang mana?" tanya Puan Sharifah Ratnah sambil turut memerhati gambar yang maksudkan oleh anaknya. Ada banyak gambar Syed Ismeth tergantung di situ.
"Gambar yang pakai baju merah tu"
"Oh tu kalau tak silap mama, masa tu Is umur empat tahun, Is sambut hari jadi masa tu" sahut Puan Sharifah Ratnah pula. Lama mata Syed Ismeth melekat pada gambar itu kemudian dia teringatkan sesuatu. Segera dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Sekejap matanya melihat gambar di dinding dan kemudian beralih pada gambar pada telefon bimbitnya.
"Cuba mama tengok gambar ni" katanya sambil menunjukkan gambar dalam bimbitnya pada Puan Sharifah Ratnah.
"Gambar Is yang mana Is simpan dekat telefon ni. Tak ada mama simpan gambar Is yang guna baju" Syed Ismeth tersenyum mendengar jawapan mama setelah melihat gambar Adam.
"Tu bukan gambar Is lah mama, gambar Adam. Budak tu tinggal sama block dengan kondo Is. Comelkan mama?" Puan Sharifah Ratnah mengangguk sebelum bersuara.
"Kalau Is bohongkan mama tadi mama percaya tu gambar Is masa kecil-kecil dulu, sebijik macam Is. Kalau cakap anak Is pun orang akan percaya" ujar Puan Sharifah Ratnah sambil tersenyum. Matanya masih lagi melekat melihat gambar Adam. Syed Ismeth bagaikan terpana mendengar jawapan mamanya. Anak? Ingatannya terus kembali pada Aryani. Kalau anaknya dan Aryani masih ada tentu sebaya dan sebesar Adam. Adakah masih ada peluang untuknya bertemu sekali lagi dengan insan-insan yang sayangi dan dicintainya itu.
Sejak kewujudan Adam di situ menjadi salah satu sebab Syed Ismeth semakin kerap kembali ke kondo terutama pada sebelah petang. Semalam sekali lagi Adam dengan ramah menghampirinya. Adam seperti menunggu kemunculan setiap hari kerana menurut pengasuhnya yang memperkenalkan dirinya sebagai Kak Nora, Adam sering keluar dari rumah dan bermain di hadapan pintu rumahnya sambil tertinjau-tinjau seolah-olah sedang menunggu kedatangan seseorang.
"Mungkin budak ni sunyi encik sebab dalam rumah dia cuma ada puan dan saya. Datuk puan jarang dia jumpa sebab mereka cuma pergi ke rumah pada hujung minggu. Kalau ada ayah mungkin dia tak menumpang kasih orang lain" Syed Ismeth terpana mendengar cerita Kak Nora.
"Mana ayah budak ni" Syed Ismeth berminat ingin tahu tentang Adam .
"Tak da, mereka sudah berpisah. Puan dan Adam sebelum ni menetap di Australia dan baru balik ke sini dua minggu yang lepas" cerita yang makin menarik minat Syed Ismeth .
"Siapa nama ibu Adam ?" tanya Syed Ismeth sambil menggosok kepala Adam yang sedang mendonggak memandangnya.
"Rose?" jawab Adam pantas.
"Datuk, nenek dan kawan-kawan dia panggil Rose, nama penuh puan Vyviany Rose binti Abdullah" tambah Kak Nora lagi.
Hilang sedikit debaran di hati Syed Ismeth mendengar jawapan Kak Nora.
"Oh saudara baru" sambung Syed Ismeth pula.
"Tak rasanya encik, kata puan ayah dia melayu, ibu dia yang cina. Sekarang yang menjaganya datuk dan nenek cina dialah. Sebab tu dia tak bawa Adam tinggal bersama datuk dan neneknya. Risau takut Adam tersilap makan nanti" beritahu Kak Nora lagi. Syed Ismeth menganggukkan kepala sambil tersenyum memandang Adam. Kak Nora kemudian meminta diri untuk membawa Adam pergi ke taman.
Dalam tempoh setahun setelah keadaannya kembali normal, dia menjadi workaholic. Kegilaannya menumpukan seluruh jiwa dan raganya pada kerja, nama Al-Walid Mega semakin menjulang naik. Sebahagian dari puncanya kenapa Syed Ismeth macam lupa dunia semasa bekerja. Syed Ismeth menjadikan kerja sebagai saluran terbaik untuk melekakan daripada terus mengingati isterinya. Tanpa memikirkan kerja hanya wajah dan nama Aryani yang akan muncul mengganggu jiwanya.
Jalinan kerjasama Al-Walid Mega dan WCC telah mendatangkan pulangan yang memberangsangan. Semua pemegang-pemegang saham dari kedua-dua pihak memuji kejayaan kerjasama kepada dua buah syarikat gergasi ini. Semasa ketiadaan Syed Ismeth yang bertapa kerana kehilangan isterinya, Tan Sri Dato' Syed Bahrin sendiri terpaksa mengambil alih semula Al-Walid Mega walaupun dalam keadaan kesihatan yang tidak stabil. Tan Sri Dato' Syed Bahrin terpaksa berurusan sendiri dengan Tan Sri Dato' Wong dan hasil dari rundingan dan kesepakatan dua pemimpin syarikat yang matang dan kaya dengan pengalaman itu telah membuahkan hasil yang mengembirakan kedua belah pihak.
Sekarang Tan Sri Dato' Syed Bahrin mulai berehat semula setelah Syed Ismeth kembali. Kemunculan untuk kali kedua begitu menggerunkan pesaing-pesaingnya. Kerjanya sudah tidak mengenal siang dan malam. Masa rehatnya hanya ketika mengerjakan solat dan tidurnya tidak melebih tiga jam setiap hari. Puan Sharifah Ratnah kadang-kadang risau melihat perubahan anaknya. Sikap peliknya yang kadang-kadang seperti manusia yang tidak normal. Tidur bertemankan dan berselimutan pakaian isterinya. Gambar Aryani bergantungan di setiap penjuru bilik dan tidak membenarkan sesiapa menyentuh pakaian serta barangan milik isterinya. "Gila kamu ni adalah gila yang paling pelik dalam dunia"ujar Puan Sharifah Ratnah di hadapan anaknya.
"Dan ubatnya hanya Yani mama, hanya Yani. Is akan tunggu Yani sampai hembusan nafas Is yang terakhir" Puan Sharifah Ratnah tidak mampu menahan air matanya mendengar jawapan anaknya itu.
YOU ARE READING
Maafkanlah Aku
RomanceRose Aryani begitu terluka dan kecewa setelah mendengar seorang wanita mengakui sebagai kekasih suaminya. Aryani yang merasa cintanya hanya bertepuk sebelah tangan akhirnya tidak lagi mampu untuk bertahan. Aryani akhirnya pergi membawa diri untuk me...