87.Pasangan Yang Memang Sepadan

120 0 0
                                    

Dato’ Dani dan Datin Izzah terkejut apabila Katrina membawa balik seorang kanak-kanak  lelaki ke rumah mereka.
“Anak siapa ni, mana kamu dapat budak ni?” tanya Datin Izzah sambil merenung wajah comel kanak-kanak lelaki yang berkulit putih bersih itu.
“Anak kawan Kat mama, kawan yang membantu Kat menyelesaikan hutang dan menyelamatkan syarikat papa. Ibunya meninggal semalam dan sekarang budak ini akan jadi anak angkat Kat sebab Kat sudah berjanji dengan ayahnya. Nama dia Fazlee dan Kat akan besarkan dia seperti anak sendiri. Kat harap papa dan mama bantu Kat besarkan dia sebab Kat Yakin Fazlee memberi makna  besar untuk kita suatu masa nanti”. Dato’ Dani dan Datin Izzah saling berpandangan  mendengar cerita yang disampaikan oleh Katrina. 
Untuk menutup identiti kanak-kanak itu, Katrina telah menukar nama Frankie Lee kepada Fazlee. Suatu masa nanti Fazlee akan berguna kepadanya kerana kanak-kanak itu adalah pewaris saham Desmond dalam WCC. Dua perkara yang akan Fazlee lakukan untuknya bila Fazlee dewasa kelak, dendam dan kekayaan. Katrina tersenyum apabila memikirkannya.
Panggilan telefon dari seseorang membuatkan Katrina  berlalu meninggalkan Fazlee dengan Datin Izzah.
“Ya sayang, I on the way nak ke sana, sorrylah ya sebab you terpaksa tunggu I” suara manja Katrina membuatkan Helmi tersenyum. Terbayang lengok tubuh Katrina semasa berjalan mendekatinya. Gadis yang mengantikan tempat Rose Aryani di hatinya. Walaupun dia tak mampu mendapat bunga ros yang cantik dan masih segar tapi  bunga tulip yang berada di tangannya kini tetap berwarna cantik dan menawan hatinya.
“Hai! Tegur Katrina lalu melabuhkan punggung di sebelah Helmi. Helmi terus merangkul pinggang Katrina lalu mencium pipi Katrina.
“Macam mana dengan lamaran I” Helmi sudah tidak sabar lagi untuk memiliki Katrina secara sah. Hubungannya dengan Katrina sudah berkali-kali berakhir di bilik tidur dan dia juga tahu Katrina bukan anak dara lagi selepas pertama kali menidurinya.
“You know I not virgin. You tak menyesal ke selepas kahwin dengan I” tanya Katrina untuk menduga ketetapan hati Halmi.
“Memang  I tahu you sudah ditiduri oleh lelaki lain dan sudah beberapa kali dengan I”  Katrina merenung wajah Helmi ingin mendengar ayat yang seterusnya.
“Dan I pun bukannya lelaki teruna, I duda dan sudah beberapa kali meniduri perempuan lain selain you. Jadi kita seri dan I nak ajak you buka buku baru. Kita jalani kehidupan yang sempurna sebagai suami isteri. Bina keluarga seperti orang lain. Perkahwinan pertama I tak berjaya dan tidak sampai ke penghujungnya kerana dia pilihan family I dan kami tidak pernah mencintai satu sama lain” Katrina mengangguk setelah mendengar jawapan Helmi. Apa salah dia menerima lamaran lelaki itu lebih-lebih lagi sekarang dia memerlukan lelaki yang bergelar suami yang sah untuk untuk menjadi ayah angkat kepada Fazlee.
“Buat pengetahuan you, I ada seorang anak angkat lelaki berumur tiga tahun. I harap you boleh menerimanya selepas berkahwin dengan I” Helmi tersenyum mendengar permintaan Katrina.
“Maksudnya you terima lamaran I” Katrina mengangguk kepala sambil tersenyum memandang Helmi.
“Kita makan dulu, lepas tu kita bincang tentang majlis kahwin kita. I tak sabar lagi nak berkahwin dengan you” beritahu Helmi melihat makanan yang dipesannya sudah tiba di meja. Katrina hanya mengangguk, cepat atau  lambat perkahwinan dengan lelaki sudah tidak memberi erti. Apa yang sepatutnya berlaku kepada pasangan suami isteri selepas berkahwin sudah berkali-kali dirasai dan dilaluinya. Katrina sudah pakar benar dalam bidang itu selepas menjadi perempuan simpanan Desmond  beberapa bulan yang lalu. Nafsu Desmond lebih muda dan hebat dari usia yang hampir mencapai 50 tahun.
Aryani gembira apabila suaminya sudah dibenarkan keluar hospital. Di rumah mentuanya mereka boleh bersama setiap hari dan malam. Tan Sri Dato' Wong memberi keizinan datang lewat ke pejabat dan balik awal memandangkan keadaan suaminya masih perlukan perhatiannya.
“Mama nak buat majlis doa selamat dan kesyukuran untuk abang hujung minggu  nanti sebab minggu depan atok dan nenek akan berangkat ke tanah suci” beritahu Aryani pada suaminya tentang perkara yang dibincangkan oleh Puan Sharifah Ratnah bersama Bakar dan Siti semalam.
“Hampir terlupa abang pasal atok dan nenek nak berangkat ke tanah suci. Abang harap pihak pakej tabung haji tu boleh jaga mereka dengan baik dan semoga mereka selamat pergi dan kembali semula ke sini” sudah niatnya untuk menghantar Bakar dan Siti mengerja umrah dan haji tahun itu dan doanya  semoga kedua insan yang banyak berjasa kepada isterinya itu dapat pergi ke tanah suci selepas bertemu semula dengan cucu kesayangan. Salah satu niatnya menghantar Bakar dan Siti ke tanah suci adalah supaya pasangan suami isteri tersebut dapat tolong  mendoakan agar Aryani kembali semula kepangkuannya dalam keadaan selamat dan sihat.
“Ini kad jemputan Tengku Firhan dan Tengku Redya. Bulan depan mereka kahwin. Rasanya abang boleh pergikan? Kita datang ya tengok dia orang kahwin. Ku Dya kawan baik Yani dan Tengku Firhan pulak kawan baik abang” beritahunya  selepas membaca kad jemputan perkahwinan Tengku Firhan dan Ku Redya yang sampai di tangannya sebelum balik dari pejabat petang tadi.
“Tak sihat pun abang kena pergi jugak untuk teman isteri abang. Dulu kita pernah kecewakan hati Syed Kazi dan Shima tapi sekarang abang tak nak kecewakan mereka berdua pula” Aryani senyum mendengar jawapan suaminya.
“Abang nak ke mana tu?” melihat suaminya cuba bangun dari katil.
“Abang pun ada terima satu kad jemputan tengah hari tadi. Mereka hantar bersama kad jemputan mama dan datuk.  Sayang jangan pula terkejut bila baca nama pasangannya. Abang belum boleh angkat benda yang berat ni, mana tahu sayang tiba-tiba pengsan selepas membacanya”. Beritahu Syed Ismeth  sambil tersenyum menjerling isterinya.
“Siapa nak kahwin?” kad jemputan berwarna ungu di tangan suaminya diambil lalu dibacanya.
“What, biar betul. Katrina binti Dato’ Dani akan berkahwin dengan Helmi bin Dato’ Kadir. Jadi yang kita pernah tengok dulu tu rupa-rupa kisah benar, menakjubkan” Syed Ismeth  sudah tergelak mendengar ayat isterinya.
“Pasangan yang memang sepadan. Kalau sayang nak tahu Helmi tu cukup pakej. Kat pula makin teruk sekarang. Sumber yang abang dengar dia yang dapatkan duit untuk bayar hutang ayahnya. Dia sanggup jual dirinya dengan seorang jutawan cina tapi abang tak pasti siapa pulak jutawan cina tu” Aryani menggelengkan kepalanya mendengar cerita suaminya tentang Helmi dan Katrina.
“Abang nak datang tak majlis mereka nanti?” tanya Aryani sambil memandang wajah suaminya.
“Tengoklah kalau abang berminat. Awal sangat tu minggu depan. Abang ada alasan tak boleh datang” beritahu Syed Ismeth kepada isterinya.
“Alasan Yani lagi besar bang, sebab nak jaga suami kesayangan Yani ni!” Syed Ismeth tersenyum mendengar jawapan isterinya.
“Abang nak makan? Kalau nak Yani sediakan sekarang” tanyanya sambil mengangkat kening memandang suaminya.
“Sayang masak apa?”
“Abang kan tak boleh makan keras dulu. Yani buat bubur nasi ayam untuk abang. Sedap tau. Nanti Yani suapkan abang”. Seraya memujuk suaminya.
Kalau sayang suap apa-apa pun sedap” Aryani sudah tergelak mendengar jawapan suaminya. Bahagianya hanya tuhan yang tahu.




Maafkanlah AkuWhere stories live. Discover now