34.Tunang ku Gangster

62 1 0
                                    

Sewaktu dalam perjalanan balik selepas majlis penutupan seminar berakhir Aryani tahu Syed Ismeth pasti akan menyoal tentang perkara itu.
"Kenapa awak tak pernah cerita pada saya awak tahu speak bahasa tu, bukan main rancak lagi awak berbual dengan orang tua tu tadi" tanya Syed Ismeth ketika mereka dalam perjalanan menuju ke kereta.
"Kitakan masih dalam tempoh suai kenal. Tak supriselah kalau saya ceritakan semuanya. Ada satu lagi yang awak belum tahu tentang saya" balas Aryani sambil tersenyum.
"Apa dia, cakaplah!" bisik Syed Ismeth ke telinga tunangnya sambil tangannya terus melingkari pinggang Aryani.
"Betul awak nak tahu?" balas Aryani dengan wajah yang serius. Tangan Syed Ismeth yang melingkari pinggang cuba dilepaskan tetapi gagal. Tangan Syed Ismeth terlalu kuat untuk tenaga perempuannya. Syed Ismeth tersenyum melihat wajah Aryani yang serba salah. Selepas membuka pintu kereta untuk Aryani barulah dia melepaskan tangannya dan membiarkan Aryani meloloskan tubuhnya ke dalam kereta.
"Apa lagi saya tak tahu tu?" kembali menyoal sebaik melabuhkan punggung di tempat duduk pemandu.
"Betul awak nak tahu jugak?" tanya Aryani pula.
"Ya sayang, cakaplah" bisiknya lagi dengan nada yang begitu romantik. Sebaris senyuman terukir di bibir Aryani sebelum jawapan keluar dari lulutnya.
"Saya ni pernah pukul dan belasah orang sejak umur sembilan tahun lagi. nenek cakap saya ni gangster perempuan Kampung Pinang tahu tak?" balasnya dengan nada suara yang garang dan wajah yang serius. Syed Ismeth membutangkan matanya tetapi beberapa saat selepas itu kedengaran lelaki itu tergelak terdekah-dekah.
"Oh..gengster perempuan Kampung Pinang rupanya tunang kesayangan saya ni. Takutnya!" Balasnya bersama gelaknya yang masih bersisa.
"Saya cerita betul ni, awak jangan gelakkan saya. Nanti saya pukul awak baru tahu betul atau tidak" jawapan Aryani membuatkan hati Syed Ismeth semakin gelak seperti digeletek dan dia tidak dapat menahan ketawanya dan dilepasnya sepuas hati.
"Awak tolong jangan ketawa boleh tak?" geram diketawakan oleh tunangnya.
"Ok! Ok! saya tak ketawa lagi. Tapi saya nak test dulu kehebatan gangster perempuan Kampung Pinang Sebatang" sahut Syed Ismeth tapi ketawa masih kedengaran.
"Oi!, bukan Kampung Pinang Sebatanglah, Kampung Pinang sajelah. Jangan pandai-pandai nak ubah nama kampung kita" Aryani marah mendengar kesalahan nama kampungnya disebut oleh lelaki itu. Syed Ismeth menggelengkan kepala tapi dia masih lagi tergelak.
"Ok, apa-apa ajelah, tapi saya memang nak test awak" Aryani mengerutkan dahi.
"Nak test, awak nak saya tumbuk awak ke?" tanya Aryani cuba meneka maksud lelaki itu.
"Tak! Tapi" tidak sempat Aryani menggelak dengan pantas Syed Ismeth menangkap tangannya dan menarik Aryani ke dalam pelukannya membuatkan Aryani dengan penuh cuba melepaskan dirinya.
"Awak, lepaslah!" mukanya sudah merona merah. Pantas Aryani cuba membalas dengan mencekik leher Syed Ismeth tapi lelaki itu terlalu kuat untuk menerima serangannya. Syed Ismeth yang sudah dapat meramal setiap tindakan Aryani lalu terus memeluk kuat tubuh gadis tersebut sekuat tenaganya. Mereka bergelut kerana Aryani meronta untuk cuba melepaskan dirinya. Berkali-kali pipinya cuba menjadi sasaran ciuman Syed Ismeth membuatkan Aryani akhirnya merayu meminta diri untuk dilepaskan.
Ketukan cermin tingkap keretanya membuatkan Syed Ismeth meleraikan Aryani dari pelukan. Aryani gelabah membetulkan tudung dan pakaiannya.
"Kenapa bos, ada masalah ke?. Kami tengok kereta bos bergerak-gerak" Norman, salah seorang pengawal peribadinya berdiri di tepi pintu kereta sebaik sahaja cermin tingkap diturunkan.
"Tak ada apa-apa, saya kena belasah gangster perempuan Kampung Pinang Sebatang"
"Kampung Pinang sajelah" Aryani menumbuk kuat lengan Syed Ismeth membuatkan lelaki mengaduh kesakitan.
"Kami ingat apa tadi bos, saya minta diri dulu" pengawal peribadinya tersenyum sebelum berlalu meninggalkan kereta majikannya.
"Awak kalau buat lagi saya cakap dengan atok dan nenek" marah Aryani sambil menyandarkan tubuh di kerusi kemudian menyilang tangannya ke dada. Geram dan sakit hati perasaan itu bercampur baur dalam hatinya.
"Aiee....ketua gangster pun nak mengadu dengan atok dan nenek" soal Syed Ismeth pula, dia tergelak lagi mendengar amaran Aryani kepadanya. Keretanya perlahan-lahan bergerak meninggalkan Putra Jaya.
"Bencilah kat awak, jangan harap saya nak tegur awak" amaran keduanya selepas Syed Ismeth seolah mempersendakannya..
"Aie..matilah saya macam ni, seminit tak dengar suara awak saya boleh jadi gila tau tak?"
"Saya tak kisah, siapa suruh awak buat macam tu kat saya" balas Aryani pantas dan tegas.
"Awak serang saya jadi saya cuma mempertahankan diri. Tapi rugi pulak kalau saya tak balas balik" sambil tersenyum nakal menjerling Aryani di sebelahnya walaupun sedar Aryani sedang marah kepadanya.
Aryani terus mendiamkan diri sepanjang perjalanan menuju ke rumah mertuanya. Syed Ismeth tidak selesa dengan keadaan begitu walaupun kesunyian dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu yang dimainkan oleh DJ radio Hot FM yang bertugas. Syed Ismeth sengaja memperlahankan pemanduan untuk mencari idea memujuk tunang kesayangannya.
"Sayang.., jangan diam macam ni. Tak best tau" Aryani tetap mendiamkan diri.
"Saya peluk tunang sendiri, tak salahkan?" ujarnya sambil tersenyum nakal menoleh memandang Aryani.
"Siapa kata tak salah, awak buat dosa tahu tak. Kita belum kahwin dan saya belum halal untuk awak" balasnya sambil menjerling Syed Ismeth .
"Sorry, saya minta maaf. Saya tak pernah cium perempuan tapi saya tak boleh kawal diri bila dengan awak. Geram sangat tapi malangnya saya tak dapat cium awak tadi. Lain kali tak buat lagi kalau saya ingat" jawapan Syed Ismeth membuatkan Aryani membutangkan matanya.
"Apa awak cakap tadi? Kalau ingat!. Jadi kalau tak ingat awak buatlah maksudnya" Syed Ismeth sedar dia tersalah cakap, lelaki itu menggarukan kepalanya.
"Sorry, saya silap cakap. Maaf ya sayang. Saya tak sukalah kalau kita tak bercakap. Tak lama lagi kitakan dah nak kahwin. Saya janji saya tak akan buat sebelum kita sah bergelar suami isteri" Syed Ismeth mengangkat tangannya seperti sedang berikrar ketika kereta mereka sudah berada di hadapan banglo keluarganya.
"Maaf ya sayang, saya tak bohong tapi kalau awak rela saya nak je" tambahnya lagi sambil tersenyum nakal.
"Awak ni kan" Aryani terus mencubit lengan Syed Ismeth membuatkan lelaki mengaduh kesakitan sambil tergelak.
"Sayang sakitlah, awak janganlah nak jadi tunangku gangster pulak" Aryani akhirnya tidak dapat menahan gelaknya begitu juga dengan Syed Ismeth.
"Rasakan, padan muka awak, saya masuk dulu. Letih sangat nak tido, selamat malam" Aryani pantas menolak pintu kereta kemudian terus berlalu masuk ke dalam rumah meninggalkan tunangnya yang sedang memandangnya sambil tersenyum. Bahagia perasaan melihat Aryani sudah kembali tersenyum dan ceria, tidak lagi menunjukkan tanda merajuk dan marah lagi kepadanya.

Maafkanlah AkuWhere stories live. Discover now