84.Pemilik Kelab 'Moon Winner'

79 0 0
                                    

Aryani membelai pipi suaminya, seperti ada pertanda kenapa suaminya minta Aryani mencium pipinya sebelum kejadian malang itu terjadi. Aryani bersyukur kerana sempat membuat  suaminya bahagian kerana tanpa tangguh telah mencium pipi itu dengan penuh kasih dan perasaan  tanpa menghiraukan pandangan sekeliling kepada perbuatan mereka berdua.
“Mungkin abang boleh merasakan apa yang akan berlaku pada abang sebelum tu?”  bisiknya perlahan walaupun dia tahu suaminya tidak mampu menjawab. Selepas pembedahan sudah hampir seminggu suaminya dalam keadaan begitu. Kata doktor peluru hampir mengenai organ vitalnya. Tetapi satu lagi telah mengenai buah pinggangnya. Sekarang suaminya hanya menggunakan sebelah buah pinggang sahaja kerana buah pinggang yang terkena peluru telah rosak.
“Abang, Yani tahu abang dengar suara Yani. Bertahan dan kuatlah semangat demi Yani dan anak-anak kita. Yani mahu abang sambut kelahiran anak kita nanti. Yani nak abanglah orang pertama dengar tangisan anak kita, orang pertama yang akan mengazan dan iqamat  ke telinganya. Bangunlah kalau abang sayang cintakan Yani” luah dengan linangan air mata yang tidak tertahan.
“Sudahlah Yani, jangan paksa dia menangis di dalam lenanya. Nenek percaya Is kuat untuk menghadapi semua ni. Kamu tak tahu apa yang berlaku pada Is tiga tahun selepas kamu tinggalkan dia dulu” walaupun Syed Ismeth  melarang Siti dan Bakar atau mama dan datuk menceritakan perkara tersebut tapi sekarang Siti merasa Aryani patut tahu tentang perkara tersebut.
“Kenapa dengan abang tiga tahun tu nek” beberapa kali perkara itu ditimbulkan namun Aryani tidak pernah mendengar penyudah ceritanya.
“Selepas kereta kamu ditimpa kemalangan dan kamu tidak dijumpai, tiga tahun Is mengurungkan dirinya dalam bilik dan tak nak bercakap dengan sesiapa pun, tak mandi dan dia tak salin baju yang hari terakhir dia pakai bersama kamu. Makan hanya sesudu dua itupun ketika nenek dan mamanya yang suapkan. Rupanya nenek dah tak pandai nak bayangkan, seperti mayat hidup. Siang malam sebut nama kamu sehinggakan pernah kami fikir Is akan meninggal kerana keadaannya sudah terlalu teruk.
Dia pulih tiga tahun selepas tu pada tarikh sama kamu ditimpa kemalangan. Katanya kamu datang jumpa dia dan suruh dia cari kamu. Mulai hari itulah dia mula keluar bilik tapi jadi tak serupa orang. Dia jadi lelaki yang pemarah dan kuat bekerja. Hidup dalam dunianya sendiri. Siang dan malam masanya hanya pada kerjanya supaya dia boleh melupakan kamu sekejap. Hujung  minggu dia keluar mencari kamu dan pergi di tempat-tempat yang mungkin kamu pernah pergi. Dia tunggu juga di rumah kita kalau kamu teringat untuk  balik ke sana” Aryani ternganga mendengar cerita Siti. Tidak pernah terfikir sampai begitu sekali penderitaan suami semasa ditinggalkannya. Di berada di Australia bersama Adam  tidaklah sesulit mana malah masih mampu tersenyum dan ketawa bersama Adam dan kawan-kawannya. Dia ingatkan suaminya sudah gembira hidup bersama Shasha dan sudah melupakannya. Tanggapannya selama ini begitu jauh meleset.
“Abang maafkan Yani. Yani sememang tidak layak menerima cinta lelaki sebaik abang. Yani gembira di saat abang bersedih. Yani tinggalkan abang tapi abang masih setia menanti Yani dan tanpa sebarang syarat dan alasan menerima Yani kembali” pipi Aryani sudah lecap dengan air matanya.
“Is ada berpesan pada nenek, kalau dia tidak sempat bertemu kamu kalau kamu kembali nanti, dia minta nenek beritahu kamu kenapa dia terlalu cinta dan sayangkan kamu dan dia takkan cari perempuan lain dan kamu tetap isteri dia sampai bila-bila?. Kalau kamu mahukan jawapannya kamu pergilah ke kondonya. Semua jawapannya ada di situ” Aryani membutang mendengar cerita Siti. Rupa-rupa Siti banyak menyimpan rahsia cucu menantunya..
“Kamu nak ke mana?” Siti terkejut apabila Aryani tidak-tiba hendak pergi meninggalkan hospital.
“Tengok jawapannya” selepas menjawab soalan Siti Aryani meminta kunci kondo suaminya daripada Norman.
Aryani memang tidak pernah tahu tentang kewujudan kondo suaminya kerana tempoh perkahwinan yang terlalu singkat mereka sudah berpisah. Semasa mereka sudah bersama semula hanya suaminya yang menjengguk ke kondonya dan bermalam di situ bersamanya.
Terbeliak matanya ketika melangkah masuk ke dalam kondo suaminya.   Dia tidak tahi suaminya rupa-rupa mempunyai bakat seni  melukis potret. Apa yang mengejutkan Aryani semua lukisan potret tersebut mirip wajahnya. Ketika masuk ke bilik tidur matanya terus tertumpu pada satu potret yang sudah berwarna.
Tarikh siap lukisan sudah lapan tahun yang lalu. Tiga tahun sebelum perkahwinan mereka. ‘Lukisan Wajah Cinta’ Aryani terus terduduk di birai katil.
“Kenapa aku selalu meragui ketulusan cintanya, kenapa aku tak percaya dengan cintanya. Kenapa aku lukakan hatinya” Aryani sudah tidak mampu mencari kata-kata yang boleh mewakili perasaannya di kala itu. Kejam sungguh kerana sering meragui suaminya. Lelaki itu tidak pernah sekalipun mencari salah dan buruknya. Menerima segala kelemahan malah melengkapi segala  kekurangannya. Aryani merebahkan tubuhnya di katil suaminya, dari situ suaminya boleh memerhati gambar itu dengan jelas sebelum melelapkan mata. 'Suamiku maafkanlah aku kerana membuatkanmu derita selama ini’ bisiknya sebelum melenakan matanya di situ untuk seketika.
Di sebuah ruangan dalam Wisma WCC, Tan Sri Dato' Wong sengaja balik lewat hari itu kerana telah berjanji dengan seseorang.
“Ini kunci biliknya, you cari apa saja maklumat yang boleh membantu. Orang-orang saya berjaga di luar” lelaki itu tersenyum lalu terus bergerak ke bilik yang dimaksudkan.
Beberapa surat dan dokumen yang menunjukkan perkataan ‘Moon Club’. Rasa-rasa dia nilah manager kelab tu, desis lelaki itu dalam hatinya. Satu keratan cek tertulis perkataan ‘Moon Winner’ membuatkan senyuman semakin lebar. Matanya membutang apabila membuka salah satu kotak di bawah meja. Bungkusan serbuk kecil-kecil itu memang mudah dikenali apa bendanya. Diangkatnya semua bahan bukti terus dibawa ke bilik Tan Sri Dato' Wong.
“Memang dia pemilik kelab tu, ini buktinya. Duit syarikat yang masuk berjuta-juta tu rupanya untuk modal dia jual benda ni. Kalau pihak berkuasa tahu syarikat Tan Sri Dato' akan terlibat sama sebab benda ni tersorok di dalam salah satu pejabat di syarikat Tan Sri Dato'" Tan Sri Wong menggelengkan kepalanya mendengar semua maklumat yang diberitahu oleh lelaki itu.
“Saya sudah jalankan tugas saya dan terpulang kepada Tan Sri Dato' untuk tindakan yang selanjutnya. Esok kalau dia tahu barang ni hilang tentu dia syak sesuatu. Baik Tan Sri Dato' segera bertindak. Dan pasal kes cubaan membunuh cucu Tan Sri Dato' itu mungkin juga kaitan dengan orang yang sama” selepas menggeleng kini Tan Sri Dato' Wong mengangguk pula ketika mendengar nasihat yang diberikan oleh penyiasat pendirian yang diupahnya.
“Saya sudah menghubungi polis. Mereka akan sampai sekejap lagi. Sebaiknya barang ini kembalikan ke tempat asalnya. Biar pihak polis mengambilnya sendiri. Terimakasih dengan bantuan awak dan ini ganjarannya. Lelaki itu tersenyum setelah mendapat cek habuannya sebelum meminta diri untuk beredar. 
Berita Vince masih hidup dan sedang dikawal ketat oleh pihak polis di hospital membuatkan Desmond tidak tenteram. Kalau Vince disoal siasat lalu membocorkan rahsia bermakna dia tidak dapat lagi menunjukkan  mukanya di WCC. Berita tentang Tan Sri Dato' Wong sudah mengetahui kewujudan akaun asing yang menerima wang syarikat sejak bertahun-tahun juga sudah sampai ke telinganya. Tan Sri Dato' Wong terus membekukan aliran masuk wang syarikat ke akaun tersebut sejak tahu kewujudan akaun tersebut. Minggu lepas ada seorang lelaki bertanyakan nama dan pemilik Moon Club.
“Hans, pukul satu nanti you pergi ke WCC, stok baru I simpan di sana. Urusniaga kita pukul empat pagi. Kumpul orang-orang kita sebelum pukul empat. Jangan ada sebarang kesilapan” arah Desmond kepada Hans. Selain Shawn, Hans juga antara pengikutnya yang paling setia dan cekap.
“Bos! Ada sebuan. Kita kena lari sekarang” Shawn tiba-tiba muncul.
“Jahanam!” Desmond terus melangkah keluar meninggalkan kelab melalui pintu rahsianya.
“Kita singgah WCC ambil barang tu, malam ni kita terpaksa kumpul orang-orang kita di tempat lain” mendengar arahan Desmond,  Hans terus memutar stearing keretanya menunju ke pejabat WCC.
“I letak bawah meja, ada dua kotak semuanya” beritahunya kepada Shawn dan Hans. Sebelum kedua-dua lelaki tersebut mengambil kunci di tangannya lalu menyusup masuk ke lobi bangunan Wisma WCC.
“Barang tu dah tak ada bos” beritahu Shawn melalui telefon bimbitnya. Shawn tidak boleh membayangkan bagaimana wajah Desmond apabila mendengar berita yang disampaikan olehnya.
“You dah tengok betul-betul bawah meja I atau you salah masuk bilik”
“Sudah bos, mana boleh salah bilik. Kalau salah bilik takkan kunci ni oleh guna”.
“Sudah, turun cepat sebelum ada perkara lebih buruk berlaku. Arahnya kepada Shawn dan Hans. Marah sudah mencapai darjah yang paling tinggi. Siapa yang berani masuk ke dalam biliknya dan mengambil semua barang-barang tersebut. Satu kotak bernilai lebih sepuluh juta, dia akan kerugian berpuluh juta ringgit kerana kehilangan benda tersebut. Duit syarikat tidak lagi mengalir dalam akaun jadi perniagaan itu merupakan sumber  terpenting untuk memperolehi wang yang banyak.

Maafkanlah AkuWhere stories live. Discover now