Di hadapan rumah Bakar sudah terpasang dengan beberapa buah kanopi sejak dua hari yang lalu. Selepas Zohor tadi muncul beberapa buah kenderaan milik wartawan dari syarikat penyiaran serta penerbitan akhbar dan majalah serta kenderaan juru foto yang akan merakam setiap kenangan pada setiap acara yang berlangsung di majlis bersejarah cucu seorang tokoh perniagaan melayu yang terkaya dan terkenal di Malaysia itu. Tepat pukul empat setengah kelihatan berderet-deret rombongan kereta mewah pelbagai jenama mendahului dan mengiringi sebuah kereta Limousine Ferari hitam yang dihias indah dengan ikatan reben bunga memasuki perkarangan kediaman Bakar. Majlis akad nikah akan berlangsung selepas solat Asar.
Sinaran kerlipan cahaya lampu kamera mula kelihatan sebaik sahaja pintu limousine Ferari dibuka. Seorang pemuda kacak bergaya dengan sepasang baju melayu putih satindan bersongkok melangkah keluar dari kenderaan tersebut kemudian diarak masuk ke dalam rumah.
Sebaik sahaja pengantin lelaki mengambil tempatnya di atas kusyen khas di hadapan tok kadi, pengantin perempuan dibawa keluar kemudian duduk bersimpuh sendirian di atas kusyen khas yang berbentuk sekuntum ros berwarna merah dan sekelilingnya dipagari oleh ribuan kuntuman bunga ros merah dan putih yang segar. Syed Ismeth tersenyum melihat kejelitan bakal isterinya yang cantik menyarung kebaya labuh putih bersulam dengan tudung dan selendang putih yang bergemerlapan dengan libucinya. Persis bidadari yang baru turun dari kayangan desis hati kecilnya.
Puan Puan Sharifah Ratnah berpuas hati dengan penampilan pasangan pengantin tersebut yang begitu sedondon dan menyerlah menggunakan sepersalinan serba putih yang ditempah khas dari butik Rezman untuk upacara akad nikah pada petang tersebut.
"Aku terima nikahnya Rose Aryani binti Mohamad Hardy dengan mahar yang tersebut" Genab dua puluh sembilan tahun umurnya dan sembilan belas tahun umur isteri adalah simbolik angka itu yang menjadi pilihan untuk jumlah mas perkahwinan sebanyak RM dua puluh sembilan ribu dan sembilan belas ringgit.
Sebaik sahaja kedengaran empat kali perkataan 'sah' disebut maka dengan rasminya Rose Aryani binti Mohamad Hardy bergelar isteri kepada Syed Ismeth Syaqimie Al-Walid bin Syed Harun Zayeed. Syed Ismeth Syaqimie tersenyum lega, kini bunga Ros yang harum dan berduri itu sudah sah menjadi miliknya.
Selepas sembahyang sunat, upacara menyarungkan cincin perkahwinan dan membatalkan air sembahyang diteruskan. Syed Ismeth ditemani mamanya Puan Puan Sharifah Ratnah dan nenek isterinya Siti menghampiri Aryani. Selepas menyarungkan bentuk cincin bertatah berlian Syed Ismeth Syaqimie mencium dahi dan pipi isterinya.
"Sayanglah kuntuman bunga ros yang paling cantik dan segar di sini dan saya sudah berjaya memetiknya. I love you so much, forever, always together forever" ayat power itu dibisiknya perlahan dan penuh romantik di telinga isterinya.
"Me too! My husband. I love you" balas Aryani perlahan sambil berbalas senyuman dengan suaminya.
Selesai upacara akad nikad dan bergambar semua jemputan dan tetamu yang berada di rumah Bakar diraikan dengan jamuan makan. Majlis persandingan akan diadakan esok. Syed Ismeth dan rombongannya bermalam di sebuah hotel di bandar Kuantan.
"Malam nanti kita jumpa ya, saya datang sini ambil awak" bisiknya ke telinga isterinya.
"Kalau nenek benarkan saya keluar!" Aryani turut berbisik membalas kata-kata suaminya.
"Apa bendanya yang kamu berdua bisik-bisikan tu Yani, Is" tanya nenek sambil memandang keduanya. Semua mata turut memandang pasangan pengantin baru tersebut.
"Malam ni belum boleh lagi Is, kena ikut mama balik ke resort dulu" celah Puan Sharifah Ratnah pula. Syed Ismeth tersengih memandang mamanya.
"Nak jumpa pun tak boleh?" tanyanya sambil tersengih nakal.
"Tak boleh!" pantas mamanya menjawab. Terdengar keluhan dilepaskan oleh Syed Ismeth. Aryani hanya tersenyum.
"Nenek, saya nak cakap izin nak berdua dengan isteri saya dalam bilik kami sekejap sebelum balik" pintanya sambil memandang wajah Siti.
'Kejap je ingat tu! Kalau lama nenek jerit nanti" Pasangan tersebut sama-sama tersenyum mendengar amaran Siti. Syed Ismeth pantas meraih tangan isterinya menariknya menuju ke bilik. Sampai di bilik Syed Ismeth terus mengunci bilik mereka dari dalam.
"Sayang, sayang cantik sangat macam bidadari yang turun dari kayangan" terus meraih dan memeluk pinggan isteri rapat ke tubuhnya.
"Awak pun apa kurangnya, kacak dan berseri-seri seperti seorang putera raja" Aryani mendongak membalas renungan suaminya. Lama mata mereka saling bertatapan menyulam rasa cinta yang membara.
"Saya dah tak boleh berpisah dengan awak walaupun sesaat. Kalau boleh malam ni saya nak tidur di sini dengan awak" matanya masih redup merenung mata isterinya. Mulut berkata-kata tapi mata masih terus bertatapan.
"Tapi mama dan nenek cakap tak boleh, awak nak buat macam mana?" tambahnya lagi.
"Tu yang buat saya frust tapi saya nak ambil bekal sikit buat ubat rindu malam ni" belum sempat Aryani hendak membalasnya bibirnya sudah ditakluki suaminya dengan ghairah. Aryani merelakan malah memberi respon yang memberangsangan apabila ingat statusnya sudah halal kepada lelaki itu. Ketukan pintu bilik dan jeritan suara nenek membuatkan aktiviti mereka terlerai kemudian berpandangan sambil tersenyum.
"Tak sportinglah nenek ni" Aryani tergelak mendengar tutur suaminya kemudian dia mengalungkan tangannya ke leher suami sebelum mengucap sesuatu,
"Awak, I love you. Happy birthday my beloved husband" ucapnya lalu mencium kedua belah pipi suaminya. Syed Ismeth terpana sebelum tersenyum bahagia lantas dengan cepat menarik kepala isterinya lalu memberikan cium yang membuat isterinya hampir kehabisan nafas.
Aryani bergerak mendekati meja solek untuk mengambil tisu basah untuk membersihkan bibirnya yang sudah comot oleh kesan gincu. Malu kalau orang dalam rumah itu tahu apa yang sempat mereka buat dalam bilik sebentar tadi.
"Awak sini!" sehelai tisu basah ditariknya sebelum mendekati suaminya.
"Apa kamu berdua buat? Nenek kira dah lebih 15 minit kamu berdua dalam bilik ni, mama kamu dah lama tunggu dekat luar tu" tegur nenek ketika pasangan tersebut melangkah keluar dari bilik.
Hati dan perasaan Bakar dan Siti begitu lega bila mana cucu kesayangan yang dibelainya selama ini akhirnya bertemu jodoh dan selamat mendirikan rumah tangga dengan lelaki baik yang boleh menjaga dan melindungi cucunya. Sedih dalam kegembiraan, itulah yang dirasai oleh Bakar dan Siti saat itu.
YOU ARE READING
Maafkanlah Aku
RomanceRose Aryani begitu terluka dan kecewa setelah mendengar seorang wanita mengakui sebagai kekasih suaminya. Aryani yang merasa cintanya hanya bertepuk sebelah tangan akhirnya tidak lagi mampu untuk bertahan. Aryani akhirnya pergi membawa diri untuk me...