51.Tidak Pernah Memberinya Harapan

54 1 0
                                    

Bab 52
Setelah dua bulan mengikuti semester pertama pengajiannya di Open University, Aryani sudah boleh menyesuaikan diri dengan pengajian yang diikutinya. Ada juga pekerja Al-Walid Mega yang turut menyambung pengajian di unversiti yang sama sebagai pelajar separuh masa bagi meningkat gred atau jawatan. Damia salah seorang daripadanya yang bekerja di bahagian pemasaran turut mengikuti pengajian separuh masa di situ akhirnya menjadi teman rapat Aryani. Usia mereka yang sebaya membuatkan Aryani selesa berkawan dengan Damia.
Aryani masih ingat lagi bagaimana perkenalan dengan Damia masa hari pertama mereka datang untuk menghadiri kuliah. Aryani terkejut bagaimana Damia mengenalinya.
"Hai Puan Aryani" sapa Damia sewaktu mengambil tempat duduk di sebelahnya.
"Awak kenal saya?" tanya Aryani hairan gadis apabila gadis hitam manis itu mengenalinya.
"Siapa yang tak kenal isteri bos kita orang yang cantik jelita ni" balas Damia sambil tersenyum kemudian menghulurkan tangannya untuk bersalam.
"Awak bekerja di Al Walid Mega ke?" tanya Aryani sewaktu menyambut salam Damia.
"Ya, di bahagian pemasaran" Aryani tersenyum lalu mengangguk kepalanya.
"Masa sampai tadi pun saya nampak puan turun dari kereta bos" Damia menyambung lagi.
"Oh..kalau macam ni seronoklah saya sebab ada kawan" sahut Aryani sambil tersenyum.
"Puan nak berkawan dengan saya ke?" Aryani mengerutkan dahinya pelik mendengar soalan Damia.
"Kenapa, tak boleh ke atau awak tak mahu berkawan dengan saya" tanya Aryani sambil merenung wajah Damia.
"Tak puan, bukan macam tu. saya sebenar tak berani sebab puan kan isteri bos, mana layak atau apa kelas puan nak berkawan dengan saya" Aryani sudah tergelak melihat wajah Damia selepas gadis itu membuat pengakuan.
"Awak ni, saya bukan macam tulah. Saya sedia berkawan dengan sesiapa saja. Awak janganlah risau" Damia lega mendengar jawapan Aryani. Dulu semua pekerja Al-Walid Mega termasuk dirinya memuji kecantikan isteri majikan mereka tapi sekarang setelah mengenali Aryani lebih dekat tidak hairanlah mengapa Syed Ismeth jatuh cinta dengan Rose Aryani. Segala yang Rose Aryani miliki mampu membuatkan sesiapa saja suka kepadanya. Damia tidak jemu memandang wajah Aryani setiap kali mereka berjumpa untuk menghadiri kuliah.
"Panggil saya Yani saje ya, tak usah berpuan-puan, tak selesa saya mendengarnya" Damia tersenyum lalu mengangguk mendengar permintaan Aryani.
Seharian berada di universiti sewaktu menghadiri kuliah yang bermula dari pukul lapan setengah pagi dan berakhir pukul lapan setengah malam, Damia menjadi teman setia Aryani ketika mengunjungi kantin dan pergi ke surau. Sikap Aryani yang terbuka membuatkan Damia tidak kekok bergaul dengannya.
"Yani, bodyguard awak tu tak letih jaga awak setiap saat?" sambil mata Damia memerhati dua pengawal peribadi yang diupah oleh Syed Ismeth untuk menjaga keselamatan isterinya. Seorang lelaki cina dan seorang wanita melayu itu akan berada di luar dewan sewaktu Aryani menghadiri kuliahnya setiap minggu.
"Dah kerja mereka, mulanya saya rimas jugak tapi lama-lama alah bisa tegal biasa" balas Aryani selepas selesai menghirup minuman di dalam gelasnya. Kewujudan dua lelaki sasa itu setiap kali Aryani menghadiri sesi kuliahnya membuatkan pihak universiti terutama pensyarahnya mengenali personaliti Aryani.
"Petang ni tak ada kuliah jadi kita boleh balik awal. Dr Khalid ada kecemasan, isterinya keguguran dan beliau tak sempat cari lecture lain untuk menggantinya" Ramli pelajar yang dilantik sebagai pewakilan kumpulan mereka mengumumkan sesuatu di hadapan kelas. Aryani melonjak kegembiraan dalam hati. Bolehlah dia bertolak ke Pulau Pinang lebih awal. Aryani segera menghantar whatsapp kepada suaminya dan beberapa minit selepas itu Aryani kembali terseny0um apabila membuka whatsapp yang masuk ke telefon bimbitnya.
"Kenapa Yani?" tanya Damia yang dari tadi memerhati gelagat Aryani yang tiba-tiba senyum sendiri.
"Saya nak ke Penang petang nanti, suami tunggu di sana. Dia ajak saya ke Langkawi besok" sahut Aryani dengan wajah yang begitu
ceria.
"Oh ya ke, seronoknya! Bolehlah awak bersuka-suka di Langkawi nanti. Belilah saya buah tangan bila awak balik nanti" sahut Damia lagi.
"Awak nak apa?" tanya Aryani sambil memandang wajah Damia.
"Coklat, beli ya"sahut Damia pantas.
"Patutlah kau gemuk suka makan coklat" usik Aryani. Damia hanya tersengih dan mendiamkan diri.
Tepat jam enam petang Aryani ditemani Jackson dan Eta bertolak dari universiti terus menuju ke lebuh raya PLUS untuk ke Pulau Pinang. Sepanjang perjalanan yang memakan masa empat jam itu, Aryani tidak memberi arahan kepada Jackson yang sedang memandu kereta BMW yang membawanya untuk singgah di mana-mana perhentian rehat kerana Aryani mengambil keputusan untuk menjamakkan solat maghribnya dalam waktu solat Isya' bila tiba di Pulau Pinang nanti.
Majlis makan malam yang dianjurkan oleh GIG Coporations bermula pukul 8.30 malam dan dihadiri oleh ramai kenalan serta rakan kongsi syarikat tersebut. Syed Ismeth merupakan salah seorang pemegang saham syarikat tersebut adalah salah seorang tetamu jemputan VIP pada malam tersebut.
"Is, its you?" Syed Ismeth menoleh apabila seorang suara seorang gadis menegurnya. Gadis itu tersenyum lalu mendekatinya. Syed Ismeth terpana menatap wajah yang hampir lima tahun meninggalkan bumi Malaysia itu.
"Shasha!, bila you balik?" tegur Syed Ismeth apabila dia memang sudah pasti gadis cantik itu adalah Shasha anak Tan Sri Dahlan, rakan niaga Al-Walid Mega.
"Last month, you apa khabar? You tak berubah malah makin handsem dan berseri-seri" Syed Ismeth tergelak kecil mendengar pujian Shasha.
"Fine, thanks" pendek saja jawapannya. Shasha dikenali semasa di UK semasa melanjut Master dalam bidang pengajiannya dan gadis itu agak rapat dengannya dan ramai yang fikir mereka adalah pasangan kekasih. Syed Ismeth senang dengan cara dan sikap Shasha yang baik dan peramah. Syed Ismeth pernah terfikir untuk mencuba lebih serius pada Shasha tapi entah kenapa sampai tamat pengajian selama dua tahun perkataan cinta itu tidak pernah terungkap di bibirnya sehingga dia kembali ke Malaysia. Shasha juga pernah menyatakan dia sukakan Syed Ismeth dan bersedia sekiranya lelaki itu benar-benar ingin serius dalam hubungan mereka.
Sekembalinya ke Malaysia kerana kesibukan mengalas tanggungjawab menerajui dan mengukuhkan Al-Walid Mega, hubungan dengan Shasha semakin sepi dan Shasa juga tidak pernah cuba untuk menghubunginya lagi. Kehadiran Katrina yang sering mencuri masanya membuatkan Shasha terus lenyap dari ingatannya.
"Tamat belajar dulu you ke mana dan apa you buat apa sekarang?" sekian lama tidak mendengar khabar gadis itu Syed Ismeth ingin tahu serba sedikit perkembangan gadis itu.
"I pinjam modal dari papa I buka restoran di US, restoran I maju dan membanggakan tapi I terpaksa tinggalkan dan serahkan kepada rakan kongsi I untuk uruskan semuanya sebab mama I panggil I balik.
Papa I tak sihat dan sebagai anak tunggal nak tak nak I terpaksa uruskan syarikat papa I. Untung jumpa you I harap boleh belajar dari you. I kagum tengok nama dan gambar you keluar akhbar dan majalah" Shasha tersenyum merenung Syed Ismeth. Sama seperti lima tahun yang lalu, wajah itu masih tetap menggetarkan hatinya tapi kenapa perhubungan mereka tidak pernah memberinya harapan. Dia tertunggu-tunggu lelaki itu melafazkan kalimah itu terlebih dahulu kepadanya. Shasha risau kalau dirinya bertepuk sebelah tangan dan seperti perigi mencari timba.
"I pun masih baru lagi dalam dunia ni tapi apa yang I terima dan warisi adalah sebuah syarikat yang kukuh jadi tugas I cuma mempertahan dan meluaskannya" balas Syed Ismeth sambil membalas renungan Shasha.
"Tapi you bukan saja ada master dalam bidang ni tapi you mewarisi bakat niaga dari datuk you.Kalau you tak ada semua tu takkan dalam tempoh yang begitu singkat you cepat dikenali dan berjaya menumbangkan pesaing-pesaing you yang lebih veteran dalam bidang ni" Syed Ismeth tergelak mendengar jawapan Shasha.
"I usaha lebih sikit dan selebihnya I minta pertolonganNYA" balas Syed Ismeth di penghujung tawanya.
"Bila you balik KL?" Shasha mengubah topik perbualan mereka.
"May be lusa sebab esok I nak bertolak ke suatu tempat" teringat destinasi yang hendak ditujunya esok bersama Aryani. Kerana asyik berbual dia terlupa tentang isterinya. Melihat jam di tangannya sudah menunjukkan hampir pukul dua belas malam Syed Ismeth menyesali dirinya kerana lupa pada isterinya yang menunggu di bilik hotel.
"Kenapa Is you macam ada masalah?" tanya Shasha melihat lelaki itu tidak fokus lagi kepadanya.
"I terlupa sesuatu, I minta diri dulu. Next time kita jumpa dan bercerita lagi" belum sempat lelaki itu melangkah Shasha menghalangnya.
"Give me your phone nombor" Shasha merenungnya sambil tersenyum. Lelaki itu mengangguk lalu mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya. Shasha menyebut satu persatu nombor telefon bimbit untuk lelaki itu membuat satu panggilan kepadanya.
"Ok, jangan lupa save, I pergi dulu" Syed Ismeth melangkah laju meninggalkan Shasha. Di bibir dan di matanya hanya terbayangdan terukir nama dan wajah isterinya. Cuba dihubunginya telefon bimbit Aryani namun tiada jawapan.
Shasha tersenyum selepas menyimpan nama lelaki itu di dalam telefon bimbit juga dalam hatiya.
"Aku tak nak terseksa lagi menunggu kau berterus terang. Aku akan memulakannya kalau itu yang kau mahukan" bisik hati kecilnya yang menggunung beribu harapan.







Maafkanlah AkuWhere stories live. Discover now