20.Ternampak Bayangan

53 1 0
                                    

Sejak balik dari mesyuarat tadi wajah Syed Ismeth nampak tidak bersemangat. Mungkin ada agenda menyuarat yang merosakkan mood lelaki tersebut. Katrina cuba membuat lelaki kesayangannya itu tersenyum meskipun dalam keadaan marah dan monyok seperti itu lelaki itu tetap nampak kacak dan menggoda. Memang hipokrit kalau ada perempuan yang mengakui tidak tergoda dengan ketampanan lelaki itu.
"Sayang, I tahu kalau menangis pun you tetap comel tapi please I nak tengok you senyum. You tahu tak yang senyuman you adalah penawar semua penyakit I" sambil mengangkat keningnya berkali-kali kepada Syed Ismeth .
"You sakit apa? Kalau betul senyuman I ni penawar penyakit you kayalah I sebab I dah ada pelanggan tetap yang akan beli senyuman I sebagai ubat" sahut Syed Ismeth sambil tergelak kecil. Puas hati Katrina melihat senyuman terbit di bibir lelaki itu.
"Really, you nak tahu apa penyakit I. I sakit rindu dan angau pada you sebab tu hanya senyuman you yang dapat menyembuhkan penyakit I" Kata-kata Katrina terus membuat Syed Ismeth tergelak besar.
"Sudahlah Kat, I malas nak cakap benda-benda macam ni dengan you. I ada banyak masalah yang nak difikirkan" balas Syed Ismeth bila gelaknya sudah berakhir.
"I know you memang lebih pentingkan masalah dan kerja you dari I. Tapi Am please malam ni you datang ya. Kalau you tak ada tak lengkaplah majlis I nanti. Setahun sekali je I sambut birthday I tau" Katrina sudah membuat wajah dan suara merayunya.
"Mana ada orang dalam dunia ni sambut birthday dua kali setahun. You ni kalau nak pujuk I carilah idea yang masik akal sikit" Katrina pula tergelak mendengar jawapan Syed Ismeth, rupa-rupanya lelaki itu cepat menyedari kata-katanya tadi.
"Tak kisahlah you nak kata apa pun tapi malam ni you mesti datang" walaupun agak memaksa tapi Katrina rasa dia memang patut memaksa lelaki itu.
"Tengoklah sebab you kan tahu datuk I masuk hospital semalam. I tak sampai hati nak bergembira sedangkan datuk I sedang bertarung dengan maut. Lepas lunch nanti I nak ke hospital sekejap jengguk datuk I. I nak ganti mama jaga datuk sekejap" semoga Katrina faham kenapa dia tidak dapat memberi jawapan kepada undangan ke majlis hari jadi gadis itu.
"Sorry I tak ingat tentang datuk you tadi. Kalau you tak keberatan I nak ikut pergi hospital. I nak melawat datuk you" untuk memikat lelaki itu dia harus pandai menggunakan peluang yang ada. Rasa simpati dan ambil berat harus ditunjukkan agar hati lelaki itu dapat ditakluki sepenuhnya.
"Tapi I tak dapat hantar you balik. I akan lama sikit di sana nanti sebab terpaksa tunggu mama I datang semula".
"Never mind, I boleh cal driver papa jemput I" Syed Ismeth akhirnya akur dengan kehendak Katrina yang ingin melawat datuknya di hospital.
Bakar tidak bercadang untuk berada lama di rumah Suri nanti dan sebab itu dia lebih awal menempah sebuah bilik hotel murah untuk mereka bertiga menginap semalam sebelum balik semula ke kampung pada tengah hari esoknya. Siti perlu berehat kerana selepas kemalangan kaki masih tdak dapat berdiri lama.
"Kalau kamu nak jumpa Is nanti atok hantar kamu ke hospital. Bila nak balik telefon atok. Nenek kamu dah tidur tak sampai hati nak tinggalkan dia seorang diri lama sangat dalam bilik ni" Aryani setuju dengan cadangan datuknya. Dia ingin mengejutkan tunangnya sebab itu dia tidak mahu menghubungi Syed Ismeth sepanjang dia tiba di KL.
Memandangkan jam sudah menunjukkan pukul hampir satu setengah, Syed Ismeth dan Katrina melangkah laju menuju ke lobi hospital. Katrina merasa dia hampir ditinggalkan oleh Syed Ismeth lantas mengejar lelaki itu lalu memeluk erat lengan Syed Ismeth .
"You ni kalau I tak buat macam ni pasti you tinggalkan I jauh di belakang, berjalan macam orang yang sedang masuk acara walkaton" rungutan Katrina membuatkan Syed Ismeth tergelak kecil.
"Siapa suruh you pakai high heels, lain kami pakai selipar jepun" walaupun tergelak mendengar jawapan lucu dari lelaki itu tapi tangan Katrina pantas mencubit lengannya membuatkan lelaki itu ikut ketawa.
Ketawa dan langkahnya terhenti bila terpandang seorang gadis yang turut memandangnya dalam jarak 15 meter di hadapannya dengan wajah yang serius dan mata yang bundar. Beberapa orang pekerja hospital yang sedang berebut-rebut menyorong streatcher sambil diiringi beberapa orang saudara mara pesakit lalu di hadapan gadis itu membuat gadis itu terlindung dari pandangannya. Bila keadaan kembali lenggang gadis itu sudah tidak kelihatan.
"You ni kenapa Is, macam tengok hantu" Katrina menepuk lengannya membuatkan Syed Ismeth tersedar dari lamunan sambil tercari-cari kelibat seseorang.
"Why Is, you tengok apa?" tanya Katrina lagi apabila soalan pertama tidah dihiraukan oleh lelaki itu.
"Nothing, I macam nampak seseorang, Tapi I rasa mungkin khayalan I saja kot" jawabnya kemudian meneruskan langkahnya. Mungkin kerana terlalu rindukan Aryani sehinggakan dia ternampak bayangan tunangnya di mana-mana sahaja. Mustahil Aryani berada di hospital itu sedangkan tunang kesayangannya berada di kampung. 'Aryani I miss you', bisiknya dalam hati.
Senyuman Puan Sharifah Ratnah padam melihat kemunculan Katrina bersama anaknya. Katrina nampak begitu gembira melangkah bergandingan di sisi Syed Ismeth. Hatinya risau memikirkan perasaan Aryani apabila melihat Syed Ismeth datang bersama perempuan lain walaupun Puan Sharifah Ratnah tahu anaknya tiada hubungan apa-apa dengan Katrina. Wanita itu takut Aryani salah faham. Puan Sharifah Ratnah belum mengenali lebih dekat gadis bernama Aryani. Dapatkah Aryani menerima penjelasan Syed Ismeth begitu saja.
"Apakhabar untie, Tan Sri Dato' macam mana?" walaupun semanis mana wajah dan kata-kata Katrina namun masih tidak boleh menandingi Aryani walaupun Aryani tidak berpenampilan rangi seperti Katrina.
"Sihat, Tan Sri dah sedar pagi tadi tapi doktor suruh dia banyak berehat. Ni dari mana?" balas Puan Sharifah Ratnah sambil menyoal kembali Katrina tetapi matanya menjerling kepada Syed Ismeth .
"Dari ofis, lepas meeting tadi kami lunch lepas tu terus ke sini" sahut Katrina sambil tersenyum.
"Tumpang Is ke?" tanya Puan Sharifah Ratnah lagi.
"Ya, tapi lepas ni Kat suruh driver papa jemput Kat. Malam ni Kat buat birthday party kalau tak boleh Kat temankan untie di sini" Katrina cuba menunjukkan keperhatinannya.
"Ehh..tak payahlah Kat, Tak payah susah-susah sebab kat sini hanya seorang saja yang boleh jaga" Puan Sharifah Ratnah segera menangkis kerja amal yang ingin dibuat oleh Katrina. Puan Sharifah Ratnah risau kalau Aryani tiba-tiba muncul. Tadi Aryani meminta diri untuk ke surau kerana belum solat Zohor katanya. Hendak memberitahu Syed Ismeth, Puan Sharifah Ratnah tidak mahu Katrina mendengarnya.
"Ok Is, driver papa dah sampai, I minta diri dulu ya. I benar-benar sedih dan kecewa kalau you tak datang malam nanti" Syed Ismeth mengangguk lemah dengan sikap tidak berperasaan Katrina. Sudah jelas di depan matanya keadaan Tan Sri Dato' Syed Bahrin yang sedang sakit masih juga memaksanya untuk bergembira.
"Ok untie bye! Kat minta diri dulu", ucap Katrina perlahan sebelum melangkah meninggalkan Puan Sharifah Ratnah dan Syed Ismeth . Berkali-kali Sharifah Ratnah mengucapkan perasaan syukur dalam hatinya apabila melihat Katrina berlalu pergi.
Syed Ismeth masih lalit memerhatikan keadaan datuknya.
"Mana Yani ni, takkan lama sangat solatnya atau jangan-jangan Yani tersesat tak jumpa surau" desis Puan Sharifah Ratnah sambil kepalanya tertinjau-tinjau.
"Mama tunggu siapa?" tanya Syed Ismeth yang hairan memerhati gelagat mamanya yang seperti sedang menanti seseorang.
"Eh Is ni kenapa? Dah kemaruk sangat dengan Kat tu tadi sampai tunang sendiri pun dah lupa. Yani ke surau tadi tapi sampai sekarang tak balik-balik lagi, ni yang buat mama risau ni" rungut Puan Sharifah Ratnah bila Syed Ismeth bagaikan lupa keberadaan tunangnya.
"Apa mama?" hatinya sudah berdebaran.
"Yani, kamu ni tak tahu ke atau kamu dah tak lagi ingat pada tunang kamu. Atok dan neneknya ada di hospital ni pagi tadi datang melawat datuk kamu. Petang ni Yani datang sorang sebab nak jumpa kamu. Atoknya terpaksa temankan nenek yang dah tertidur di hotel. Kalau tak kerana menjaga datuk kamu memang mama ajak mereka ke rumah kita". Panjang lebar ayat yang dituturkan oleh Puan Sharifah Ratnah. Manakala Syed Ismeth pula bungkam mendengar kata-kata mamanya.
"Yani pakai baju warna apa tadi mama?" tanyanya selepas mengingatkan sesuatu.
"Seluar pelazo hitam, blouse dan tudung warna putih" tidak sempat mendengar Puan Sharifah Ratnah menghabiskan ayatnya Syed Ismeth sudah bergegas keluar menuju ke surau wanita. Ditolaknya daun pintu tapi surau kosong tiada sesiapa. Nombor telefon Aryani didailnya berkali-kali tapi hanya peti mel suara yang menjawab. Tahulah Syed Ismeth Aryani menutup telefonnya. Memang Aryani yang dia nampak tadi. Aryani telah nampak dia Katrina yang sedang bergurau senda semasa dalam perjalanan menuju ke wad ICU. Apakah yang Aryani fikir tentang semua tu. Ya Allah, aku tak mahu kehilangan Aryani. Berilah peluang untuk aku meraih hatinya yang sememangnya belum ku miliki.

Maafkanlah AkuWhere stories live. Discover now