EMPAT TAHUN KEMUDIAN
Hidup dikejauhan dalam dunia asing demi melupakan peristiwa hitam yang hampir meragutnya. Pertemuan semula dengan keluarga ibunya memberi cahaya untuknya meneruskan hidup. Biarlah segalanya menjadi sejarah yang tersimpan kemas dalam lubuk hatinya. Datuk dan neneknya tidak pernah diceritakan kenapa dia memandu sendiri kereta pada hari kemalangan menimpanya. Kenapa dia enggan suaminya tahu bahawa dirinya masih hidup dan di mana dirinya berada sekarang.
Sejarah hitam dan pahit yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Cadangan datuknya agar dia menyambung pelajaran keluar negara diterimanya dengan hati yang terbuka kerana memberinya peluang meninggalkan bumi Malaysia buat sementara waktu untuk menenangkan jiwa dan melupakan peristiwa yang menghancur luluhkan seluruh jiwa dan raganya.
"Termenung, rindukan Malaysia?" Vyviani Rose tersenyum apabila Ku Redya menegurnya.
"Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tanah air sendiri" balas Vyviani Rose sambil tersenyum.
"Tempat jatuh ajeke?, tempat jatuh hati tak dikenang ke?" Zarina pula mencelah, Vyviani Rose diam. Memang dia tidak pernah melupakan satu-satu insan yang pernah dicintai sepenuh hati yang tidak pernah padam hingga kini. Insan yang menghadiah sesuatu yang tidak ternilai kepadanya juga insan yang menghadiah sebuah kelukaan yang tidak pernah terubati.
"Kerana Adam Haqimie cintaku padanya tak akan pernah padam. Adam bawa senyumannya padaku setiap hari" luah Vyviani Rose tanpa berdalih. Selagi ada Adam Haqimie selagi itulah dia tidak akan melupakan lelaki itu, statusnya seorang isteri juga masih mengikatnya. Vyviani Rose melarikan dirinya demi mengumpul kekuatan untuk berdepan dengan suami sebelum mereka bertemu secara empat mata untuk menuntut penceraiannya dari lelaki tersebut. Walaupun cintanya masih utuh dan membara pada suaminya namun dirinnya bukanlah wanita yang layak berada di sisi lelaki itu sebagai seorang isterinya. Kehadiran Adam Haqimie cukup bermakna buatnya. Hadiah yang begitu berharga sebagai kenangannya ketika pernah hidup bersama lelaki tersebut.
"Kalau cinta kenapa berpisah?" tanya Zarina pula.
"Kami cuma berpisah kerana I tinggalkan dia untuk mencari jawapannya. Kalau dia cintakan I seperti I cintakan dia, dia akan cari atau tunggu I kembali tapi kalau tidak I akan terus pergi dari hidupnya dan semasa kami tidak bersama sekarang tentu dia sudah ada isteri sebagai pengganti tempat I" Aryani cuba menahan sebak di dadanya bila kejadian di pejabat suaminya terbayang lagi di matanya.
"Jadi Fir akan terus menunggu you?" Vyviani Rose diam lagi. Tengku Firhan Fikrullah, dialah wanita yang menolak tuah kerana tidak pernah serius pada lelaki itu. Semua teman-teman rapat yang menuntut di universiti yang sama hairan kenapa dia menolak lelaki yang menjadi pujaan seluruh pelajar perempuan Malaysia yang menuntut di universiti yang sama.
Tengku Firhan Fikrullah adalah sepupu Ku Redya, kerabat diraja yang membuat pangajian phD di universiti yang sama. Melalui perkenalan rapatnya dengan Ku Redya dia turut mengenali Tengku Firhan. Tengku Firhan selalu muncul ketika dia bersama Ku Redya dan kadang-kadang lelaki itu sengaja mencemarkan duli mengganti tempat Ku Redya untuk menemaninya mengulangkaji pelajaran di perpustakaan. Alasan Tengku Firhan tentang kemunculannya yang tiba-tiba itu kadang-kadang memang tidak masuk akal pada Vyvian Rose.
"I tak pernah beri dia harapan atau menyuruhnya menunggu I". balas Aryani sebagai pencerahan kepada soalan Ku Redya.
"I tak fahamlah Rose kenapa kau tolak Prince Charming tu. Kalau dia nakkan aku dah lama aku ajak dia kahwin" Aryani tersenyum mendengar jawapan Zarina tetapi Ku Redya mengetapkan bibirnya. Antara Ku Redya dan Zarina, Aryani lebih selesa dan rapat dengan Ku Redya kerana gadis itu masih mengekalkan ketimurannya jika dibandingkan dengan Zarina.
"Tiada lelaki lain yang sehebat dia di hati I. I tak tahu sampai bila I boleh berhenti mencintainya" Ku Redya dan Zarina terdiam mendengar jawapan Vyviani Rose. Mereka berpisah seketika untuk membawa haluan masing-masing selepas Vyviani Rose berjanji dengan Ku Redya untuk ke perpustakaan pada pagi esoknya. Zarina pula ada rancangan sendiri tetapi tidak diberitahunya kepada Vyviani Rose dan Ku Redya.
"Dya suruh I temankan you sebab dia letih sangat dan nak berehat" Tengku Firhan tersenyum selepas menyampaikannya pesanan Ku Redya.
"Tapi dia yang nak sangat datang hari ni, I rasa alasan yang you bawa tu tak logik langsung" balas Vyviani Rose sambil memandang wajah Tengku Firhan. Jejaka berusia awal tiga puluhan itu memang kacak. Lelaki bertubuh tinggi dan berkulit cerah itu telah hampir setahun dikenalinya semenjak lelaki itu muncul menyambung pengajiannya di situ.
Vyviani Rose tidak akan membuka pintu hati untuk menerima cinta mana-mana lelaki kerana status yang masih mengikatnya. Selagi suaminya tidak pernah melepaskannya bererti dia masih lagi isteri orang. Dia yang meninggalkan suaminya dan dari segi hukum dia adalah isteri yang nusyuz dan durhaka. Walaupun rasa berdosa namun bila menggenangkan suaminya tidak mencintai dan tidak jujur menikahinya Vyviani Rose merasakan perbuatan melari dan menyembunyikan diri adalah demi kebahagian suaminya juga. Suaminya tidak lagi terasa dibebani dengan kewujudannya. Mungkin sekarang suami sudah bahagian setelah memikirkan dia sudah tiada lagi di dunia ini dan suaminya mungkin sudah pun berkahwin dengan perempuan setaraf yang benar-benar dicintainya.
"What can I do, I hanya menyampaikan dan memberi pertolongan" balasnya sambil menyambung senyumannya yang memang tidak putus sejak tadi. 'Murah betul senyuman anak raja ni', bisik Vyviani Rose dalam hatinya.
"Rose, you ada masalah ke kalau I temankan?" tanyanya pula.
"I tak mahu menyusahkan you" balas Vyviani Rose.
"Untuk you tak pernah menyusahkan malah menggembirakan I" balas Tengku Firhan pula.
"Up to you, tapi jangan ganggu I dengan mulut you yang non stop suka tanya itu ini tu" Tengku Firhan tergelak mendengar jawapan Vyviani Rose. Wajah Vyviani Rose yang semakin manis bila memarahi tatkala dia cuba mencungkil pelbagai jawapan daripada soalannya membuatkan Tengku Firhan semakin seronok mendampingi gadis itu.
"You gadis pertama atas dunia ni yang menolak I untuk menemaninya" kata-kata Tengku Firhan membuatkan Vyviani Rose menoleh semula menatap wajah Tengku Firhan.
"I nak ingatkan you sekali lagi, I bukan gadis. I ibu tunggal yang sudah ada seorang anak. Jangan suka buang masa you dengan I sebab ramai lagi gadis yang menanti untuk ditemani oleh you" sahut Vyviani Rose kemudian meneruskan semula langkahnya menuju ke perpustakaan.
"Tapi I tak nak mereka, I nak you. Apa saja status you I tak kisah sebab I hanya sukakan you" Vivian Rose berdegus mendengar jawapan Tengku Firhan.
"You memang suka memperbodohkan diri you" rungut Vyviani Rose tanpa melihat wajah Tengku Firhan.
"I don't care but I like you".
"Huh!" Tengku Firhan hanya tergelak mendengarnya.
Sepanjang mengumpul bahan dan maklumat untuknya menyiapkan kerja kursusnya Vyviani Rose tidak memperdulikan kewujudan Tengku Firhan walaupun dia tahu lelaki itu tidak pernah berhenti memerhati dan merenungnya.
"Kalau you ke sini sekadar untuk pandang I baik you balik" tegur Vyviani Rose sambil menjerling tajam Tengku Firhan.
"I balik kalau you balik. I pandang you sebab you ada depan mata I" balas Tengku Firhan pula.
"Nah! Benda ni depan you. Pandanglah!" Tengku Firhan tergelak kuat apabila melihat Vyviani Rose meletakkan botol minuman di depannya.
"Kenapa gelak?" tanya Vyviani Rose sambil membutangkan matanya.
"I tak nak pandang botol ni sebab tak cantik macam you, tak pandai marah macam you" balas Tengku Firhan sambil tangan memutar-mutar botol minuman di hadapannya.
"Mengada-ngada" balas Vyviani Rose sambil menyimpan dan mengemas barang-barangnya untuk dibawa balik.
"Nak balik?" Vyviani Rose menganggukkan kepala. Tidak larat lagi untuk bersoal jawab dengan Tengku Firhan.
"Temankan I makan, I laparlah" Tengku Firhan sudah memulakan babak yang baru.
"I nak balik, you pergilah makan sorang atau you ajak je dua orang tu" sambil mulut menunjukkan dua lelaki yang sentiasa menemani lelaki itu.
"I kan dah tolong you tadi, sekarang you tolong temankan I pulak" Tengku Firhan sudah membuat wajah yang minta dikasihani.
"I tak ajak, I tak minta dan I tak pernah paksa you temankan I" suaranya sudah menandakan Vyviani Rose sudah begang dengan Tengku Firhan.
"Sampai hati you cakap macam tu, Tak palah. Orang dah tak sudi nak buat macam mana. Kalau I mati kelaparan lepas ni you tanamlah I dekat mana-mana yoi suka" suaranya sudah menunjukkan lelaki itu seperti berjauh hati.
"Aik, mudahnya nak mati. Jomlah I temankan you. Bukannya I tahu mana nak kubur orang Malaysia yang mati dekat sini" Tengku Firhan sudah tersengih. Akhir Vyviani Rose mengalah juga dengan muslihatnya.
Mujur juga ada beberapa buah restoran makanan Islam yang terdapat di Bandar Sydney. Sepanjang tiga tahun menetap di situ Vyviani Rose telah tahu selok belok kehidupan dan tempat-tempat untuk mendapat keperluan yang halal untuk orang Islam. Ramai pelajar Malaysia yang menuntut di universiti di situ rata-ratanya tinggal dan menyewa secara beramai-ramai.
Vyviani Rose tidak menghadapi masalah tempat kediaman, kenderaan dan kewangan. Semua yang disediakan oleh datuknya dalam keadaan yang serba serbi mewah. Melihat sahaja di mana Vyviani Rose menetap dan kenderaan yang digunakan semasa berada di Sydney teman-temannya sudah tahu Vyviani Rose datang dari keluarga yang kaya raya.
"Boleh kalau I tanya you satu soalan" soal Tengku Firhan ketika mereka sedang menikmati makanan di salah sebuah restoran yang menjadi pilihan Vyviani Rose.
"Satu saja kalau lebih I tak nak jawab yang lebih tu" Tengku Firhan tersenyum.
"Kenapa you jadi ibu tunggal?" Vyviani Rose mengangkat wajahnya memandang Tengku Firhan. Vyviani Rose diam sejenak sebelum menjawab, mungkin sedang mencari idea untuk jawapan yang sesuai.
"Kami berpisah, dah tak ada jodoh" dua ayat membuatkan Tengku Firhan menganggukkan kepala. Mungkin jawapan Vyviani Rose sudah memenuhi skema yang lelaki itu mahukan.
"Nanti I singgah jumpa anak you, boleh?" Vyviani Rose hanya menganggukkan kepala. Memang lelaki itu selalu menemani Ku Redya datang ke rumahnya dan berjumpa dengan Adam Haqimie dan Tengku Firhan seronok melayani kenakalan Adam Haqimie.
"Kalau study I tak sangkut, lepas konvo nanti I dan Adam akan pulang ke Malaysia" Vyviani Rose mula berminat membuka bicaranya.
Tengku Firhan merasakan dialah orang yang paling gembira mendengar keputusan Vyviani Rose memilih untuk kembali ke Malaysia. Ini memberi peluang untuk mereka terus berjumpa dan merapatkan lagi hubungan. Dia ingin memiliki hati dan diri Vyviani Rose.
"You takkan sangkut sebab Ku Dya beritahu I every sem you dapat dekan" balas Tengku Firhan selepas menelan makanan yang ada di mulutnya.
"I pun harap macam tu.I dan Adam sunyi dekat sini. I nak dia rasa kehidupan sebagai rakyat Malaysia dan kenal budaya rakyat Malaysia". Sambung Vyviani Rose lagi.
"Adam lahir di sini ke?"
"I mengandung tiga bulan semasa datang ke sini. I balik sekejap untuk melahirkan Adam sebab I mahu anak I lahir di Malaysia. Sebulan selepas Adam lahir kami balik semula ke sini dan I sambung semulao study" Vyviani Rose mencerita serba sedikit kisah hidupnya kepada Tengku Firhan.
"And you tak pernah balik ke Malaysia sebelum ni?" Vivian Rose menganggukkan kepalanya menjawab soalan Tengku Firhan.
"I tak perlu balik ke sana sebab grandpa dan granny I yang datang ke sini setiap bulan untuk jumpa kami. Kalau cuti semester mereka bawa kami melancong ke mana-mana saja yang I mahukan" balas Vyviani Rose selepas itu. Sejak empat tahun menjadi cucu kepada seorang lelaki cina yang jutawan, setiap tahun mereka membawa Vyviani Rose dan anaknya melancong ke negara-negara yang menjadi pilihan Vyviani Rose untuk dilawati.
"Cuma tempat yang sepatutnya I pergi tapi I tak pergi walaupun lebih berkemampuan. Adam terlalu kecil nak I bawa ke sana. Nak tinggalkan pula I tak sanggup walaupun untuk sehari" tambah Vyviani Rose lagi. Tengku Firhan mengerutkan dahi cuba memikirkan kata-kata Vivian Rose.
"Maksud you?" kerana gagal memikirkan jawapan di kepalanya akhirnya Tengku Firhan bertanya.
"Grandpa dan granny I bukan muslim, I tak boleh nak ajak mereka ke Mekah" jawapan Vivian Rose membuatkan Tengku Firhan senyum dan menganggukkan faham..
"Nanti I temankan you dan Adam pergi sana. Berdosakan kalau mampu tapi tak pergi" sahut Tengku Firhan pula.
"Kalaupun mampu tapi kalau diri you belum bersedia dan belum terbuka hati dan sekadar nak temankan kami baik tak payah. Tuhan takkan terima amalan orang yang tak ikhlas" tambah Vivian Rose lagi.
"You memang pandai buat I rasa serba salah" balas Tengku Firhan pula.
"I cakap yang betul" balas Vivian Rose sambil tersenyum. Tengku Firhan hanya tersenyum ambil menghabiskan makanan di dalam pinggannya.
YOU ARE READING
Maafkanlah Aku
RomanceRose Aryani begitu terluka dan kecewa setelah mendengar seorang wanita mengakui sebagai kekasih suaminya. Aryani yang merasa cintanya hanya bertepuk sebelah tangan akhirnya tidak lagi mampu untuk bertahan. Aryani akhirnya pergi membawa diri untuk me...