72.You Lelaki Idaman Wanita

76 1 0
                                    

Rindunya benar-benar terubat ketika melihat wanita yang dirinduinya muncul bersama seorang kanak-kanak lelaki yang comel. Sambil tersenyum dan menyandar tubuhnya pada kerusi jari-jarinya mengetuk meja di hadapannya.
"Hai!. Lama tunggu?" tegur Aryani sambil tersenyum. Kemudian dia menyuruh Adam bersalam dengan Tengku Firhan. Kanak-kanak itu akur dan taat dengan arahan mamanya.
"Fifteen minutes, Adam macam mana, sihat" sambil tangannya menggosok-gosok kepala kanak-kanak tersebut.
"Adam dah tak cakit lagilah uncle" petah Adam menjawab soalannya.
"I dah order untuk kita, harap you suka"
"I suka je kalau makan free" balas Aryani dengan senyuman yang begitu manis di mata Tengku Firhan.
Suasana makan malam itu diselang seli dengan perbualan. Aryani sekejap-sekejap melihat telefon bimbit dan membalas masej yang masuk. Tengku Firhan merasa diri wanita di hadapannya tidak sepenuhnya berada bersamanya malam itu. Separuh jiwa wanita itu berada entah di mana.
Adam pula selepas menyudahkan makanannya yang hanya mahukan seketul ayam goreng sedang asyik bermain dengan game dalam ipad mamanya.
"I tak boleh lama sebab Adam ikut malam ni, sekejap lagi I kena bagi dia makan ubat" Tengku Firhan kelihatan mengangguk.
"Rose! Macam mana dengan kita? Bonda I minta I uruskan tentang kita. Dia berkenan sangat dekat you" Aryani bungkam seketika selepas mendengar perkara yang disebut oleh Tengku Firhan. Keadaan bukan saja rumit malah situasinya juga sekarang sudah dikira berdosa walaupun suaminya tahu dia ke mana dan berjumpa siapa.
"Maaf Fir, terus terang I katakan I tak dapat tunaikan permintaan you walaupun sekuat mana cinta you pada I. I kena pulang cincin ini pada you. I hanya boleh terima dan suka you sebagai seorang kawan dan tak lebih dari itu. Sampai bila-bila pun I tak boleh balas cinta you. You ikutlah pilihan keluarga you atau cari perempuan lain yang boleh ganti tempat I" Aryani melepaskan cincin di jarinya kemudian meletakkan di atas meja di hadapan Tengku Firhan sebelum mengalih pandangan melihat Adam yang sedang asyik dengan mainannya.
"Tapi kenapa Rose, apa kurang I sampai you tak boleh terima I. I akan tunaikan apa saja you nak" Tengku Firhan begitu kecewa mendengar jawapan wanita itu sebentar tadi.
"Tak ada yang kurang. You lelaki idaman wanita tapi I bukan dikalangan wanita itu. I cuma nak you lupakan I. I tak boleh terima you sampai bila-bila. I pernah mencintai lelaki tapi akhirnya I kecewa dan sejak itu I tak pernah percaya cinta lelaki terutama lelaki yang ada segalanya macam you" malam itu Aryani terpaksa tegas dengan jawapannya.
"Rose, kalau you masih perlukan masa I akan berikan. I tak mahu dengar jawapannya sekarang. Jawapan you tadi boleh buat I gila, tolonglah Rose fikir sekali lagi tentang lamaran I. I tak pernah terfikir ingin mempermainkan you. I cintakan you sepenuh hati I dan I ingin hidup dengan you sepanjang hayat I" Tengku Firhan sudah memulakan episode merayunya. Kalau dia Vyviani Rose yang sebenar mungkin dia akan buka laluan untuk lelaki ini tetapi dia Rose Aryani. Cinta dan diriku adalah milik suamiku Syed Ismeth Syaqimie Al-Walid meskipun cinta lelaki itu bukan milikku.
Walaupun jelas di raut wajah lelaki itu kehampaan, kesayuan dan kekecewaan namun Aryani tidak dapat memberi peluang itu kepadanya. Tangan Adam dicapainya lalu meminta diri untuk pulang.
"Thanks Fir sebab belanja kami berdua makan malam ni". Ucapnya sebelum berlalu meninggalkan Tengku Firhan sendirian.
"Kenapa payah sangat nak dapat perempuan ni" rungut Tengku Firhan lalu menghalakan Ferari Berlinetta menuju ke Rich Club untuk menghilangkan keresahan dan tekanannya.
"Kat, kau tengok siapa yang datang tu. Geruda bangsawan! Beruntung kalau dapat, handsem dan berharta" Katrina segera berpaling mendengar bisikan Wani ke telinganya. Matanya tidak berkelip melihat kemunculan Tengku Firhan yang diiringi empat pengawal peribadinya masuk ke kelab ekslusif yang terkenal di bandaraya Kuala Lumpur itu.
Tengku Firhan tidak menghiraukan perempuan-perempuan yang tersenyum dan menegur. Tujuan ke situ sekadar melepaskan tekanannya. Matanya mencari tempat duduk yang sesuai untuknya menenangkan diri di samping mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh penghibur kelab tersebut.
"Hai, you Tengku Firhankan, I Katrina Dato' Dani" Tengku Firhan berpaling apabila seorang gadis menegurnya. Tengku Firhan hanya menganggukkan kepala. Matanya memerhati Katrina dari atas ke bawah. Terlalu banyak yang perlu diubah untuk menyaingi Vyviani Rose, wanita pujaannya.
"Macam mana you boleh kenal I" Tanya Tengku Firhan bersahaja.
"Father I bisnessman dan I bantu dia. Apa-apa perkembangan dalam dunia bisness ni I kena tahu jugak" balas Katrina sambil tersenyum.
"Really!, maknanya you kenallah semua bisnessman yang ada di Malaysia ni?".
"Not all, yang dalam KL may be" balas Katrina pula.
"Pasti you kenal yang paling grand, richest and famouse sekarang ni"
"Tu sudah semestinya Al-Walid. Tak da orang yang tak tahu terutama peniaga melayu. Perniaga melayu terkaya di Malaysia. You pun pasti tahu pasal ni kan?" Tengku Firhan hanya menganggukkan kepalanya. Panggilan telefon yang diterimanya membuatkan lelaki itu meminta diri untuk beredar mencari tempat yang sunyi untuk menjawab panggilannya. Katrina kecewa apabila lelaki itu terus beredar selepas menamatkan panggilan. Kehadirannya tadi nampak sangat tidak menimbulkan sebarang erti kepada lelaki tersebut.
Semasa sampai di kondo, Nora terus memberikan Adam makan ubat antibiotik yang perlu dihabiskan sebelum masuk ke bilik semula bersama Adam untuk menyambung tidurnya. Sejak mendiami kondo yang disediakan oleh Tan Sri Dato' Wong, Adam diletaknya tidur bersama Nora yang telah menjaga Adam sejak lahir. Nora seorang andalusia yang bekerja di sebuah rumah kebajikan milik Puan Sri Datin Lissa. Tan Sri Dato' Wong yang mencadangkan Nora bekerja menjaga Adam dan mengikutnya berhijrah ke Australia selama empat tahun.
Tidak sampai lima minit Nora dan Adam sudah terlelap. Aryani faham benar dengan tabiat tidur mati Nora. Sekiranya orang melempar bom di atas tilam pun belum tentu lagi Nora akan sedar. Bunyi loceng pintu membuatkan lamunan Aryani terganggu. Syed Ismeth sudah terpacak di depan pintu kondonya.
"Awak buat apa dekat rumah saya ni?" tanya Aryani sambil memandang lelaki itu tanpa berkelip.
"Awak?" membutang matanya mendengar Aryani memanggilnya awak.
"Ehh..maaf, saya lupa awak suami saya, masuklah" Aryani membuka luas pintu untuk suaminya masuk.
"Adam dah tidur, abang tak tidur lagi ke?" kondo mereka hanya diselangi sebuah unit kondo yang lain. Penghuninya seorang warga Jepun yang berkerja di Malaysia.
"Abang tak boleh tidur kalau sayang takada" dahi Aryani berkerut mendengar jawapan suaminya.
"Empat tahun dulu tu bolehlah pulak?" sengaja memerangkap suaminya.
"Dah terpaksa, kalau tunggu sayang muncul jugak alamatnya tak tidurlah abang sepanjang tampoh tu dan buat pengetahuan sayang sebab tu kenapa baju sayang berselerak atas katil abang. Abang gunakan untuk gantikan sayang di sisi abang" Aryani menelan air liur, sudah banyak kali suaminya memberitahunya tentang perkara itu, dan setiap kali mendengarnya akan terbit rasa sebak dan pilu dalam hatinya. Namun kesangsiannya masih tebal membalut tangkai hatinya.
"Jomlah masuk bilik" ucapnya sambil meraih tangan suaminya lalu mengajaknya masuk ke bilik tidurnya. Syed Ismeth tersenyum dan bahagia dengan layanan mesra isterinya. Rumah tangga akan dipertahankannya hingga ke hujung nyawa. Rose Aryani adalah miliknya untuk selama-lamanya. Dia akan berusaha meraih kepercayaan Aryani pada ketulusan cintanya.

Maafkanlah AkuWhere stories live. Discover now