37.Helmi Dan Katrina

54 1 0
                                    

Aryani meneroka ipad milik Syed Ismeth ketika kedua-dua lelaki itu bersembang semasa menunggu makanan yang dipesan tiba di meja mereka. Syed Kazi terkejut tapi gembira apabila Syed Ismeth mengajaknya makan di restoran hotel yang bertaraf lima bintang pada tengah hari itu.
"I dapat offer bisness yang baru dan I nak dengar pendapat you" Syed Ismeth teringat tawaran Tan Sri Dato' Wong kepadanya dua hari lepas. Perniagaan mereka selama ini adalah tertumpu kepada bidang hartanah dan perhotelan.
"Perkilangan dan perindustrian. Memang terlalu baru tu. Siapa yang nak tarik kita ke situ?" Syed Ismeth tidak jadi menjawab soalan Syed Kazi apabila makanan tiba di meja mereka. Menunggu dua pelayan yang menghantar makanan berlalu pergi barulah Syed Ismeth membuka mulutnya.
"WCC, aku bersembang sendiri dengan Tan Sri Dato' Wong dua hari lepas"
"What! Wong Capital Company, Tan Sri Dato' Wong Soo Lai. Hebat tu! macam mana kau boleh bersembang dengan dia. Aku selalu dengar pasal dia tu, kalau perniagaan muda lebih-lebih lagi orang bumiputera langsung tak nak bagi muka. Siapa peniaga melayu yang berani join venture dengan perniaga Cina lebih-lebih lagi dengan bisnesman cina yang terkaya di Malaysia tu. Dia putar belitkan kita habis cerita. Bukan kau tak tahu niat bangsa tu nak menjahanamkan bangsa kita" Syed Kazi sebenarnya agak terkejut dan gerun apabila Syed Ismeth ingin menceburi diri dalam perniagaan baru yang melibatkan hubungan dan kerja sama dengan peniaga cina.
"Jangan terlalu berfikiran negatif. Aku rasa Tan Sri Dato' Wong tidak seperti yang kita sangkakan sebab inilah kali pertama dia membuka pintunya untuk syarikat melayu. Dia mahu syarikat melayu yang kukuh barulah dia mahu berurusan. Kilang yang ingin dibukanya kali ini adalah empat kilang pemasangan elektronik yang terbesar di Malaysia. Dia kendalikan empat jenama utama dipasaran sekarang iaitu Panasonic, Sharp, Samsung dan Toshiba. Dia perlukan 50 peratus suntikan modal dari kedua-dua belah pihak dan seperti biasa keuntungan bersih dibahagi sama rata. Mengikut syarat perjanjian lisan yang dia sebut salah satu kilang adalah milik penuh pemegang saham maksudnya syarikat WCC dan Al-Walid Mega dan dua buah syarikat pula separuh atau pengkongsian" sambil menikmati makanannya Syed Kazi mengangguk mendengar penjelasan Syed Ismeth .
"Kau dah bincang dengan datuk kau pasal ni. Minta pendapat dia maksud aku" Syed Kazi teringatkan Tan Sri Dato' Syed Bahrin orang yang paling berpegalaman dalam bidang perniagaan dan juga pengerusi dan pemegang saham terbesar Al- Walid Mega.
"Sudah, dia tidak membantah malah sokong keinginan aku cuma dia ingin berjumpa sendiri dengan Tan Sri Dato' Wong dan minta aku buatkan proposal untuk dibentangkan di hadapan semua ahli lembaga pengarah Al-Walid Mega bulan depan. Mungkin aku kena buat dari sekarang dan selepas balik honeymoon dengan buah hati aku ni nanti aku akan bentangkan pada mereka semua" Syed Kazi hanya menganggukkan kepala tapi tidak memberi sebarang komen. Dia terus menikmati makanan di hadapannya dengan berselera.
Ketika Aryani sedang menikmati hampir separuh makanannya mata terpadang seorang lelaki yang sedang ditemani oleh seorang gadis. Aryani memang mengenali kedua-duanya.
"Awak, cuba pandang sebelah sana, meja hujung sebelah kiri. Kalau tak silap tukan Cik Katrina" Syed Ismeth dan Syed Kazi sama-sama menoleh mendengar suara Aryani.
Syed Ismeth menganggukkan kepalanya sementara Syed Kazi meneruskan semula menikmati makanannya.
"Yang lelaki itu awak tak ingin kenal ke?" bisik Aryani ke telinga tunangnya. Syed Ismeth berpaling memandang Aryani disebelahnya.
"Maksud sayang?"
"Tulah Encik Helmi anak arwah Datuk Kadir, bekas majikan atok" Syed Ismeth membutangkan matanya mendengar jawapan Aryani. Helmi, lelaki yang pernah ingin cuba mendapatkan Aryani tapi dia cepat-cepat memintas laluan lelaki itu. Sekarang Helmi dan Katrina sedang berdua-dua dan makan bersama.
"Boleh tahan buaya lelaki itu tapi taklah handsem mana pun kalau dibandingkan dengan Syed Kazi" Syed Kazi mendongak memandang Syed Ismeth mendengar apa yang lelaki itu tuturkan. Membandingkan dirinya dengan lelaki yang bersama Katrina waktu itu.
"Kalau dibandingkan dengan kau?" tanya Syed Kazi sambil mengangkat keningnya.
"Aku memanglah dia tak boleh lawan, kan sayang" balas Syed Ismeth sambil menoleh Aryani di sebelahnya. Aryani tersenyum sambil menggelengkan kepalanya mendengar usik mengusik antara dua lelaki di meja itu.
"Kejap! Ada something" Aryani melihat dan menyentuh pipi Syed Ismeth . Tangannya mengeluarkan tisu dari tas tangannya lalu mengelap sisa makanan di sebelah atas bibir tunangnya.
"Thanks sayang" Syed Ismeth menghadiahkan senyuman untuk Aryani. Syed Kazi yang menjadi pemerhati situasi romantik itu berdengus dengan perasaan berbau cemburu melihat kebahagian Syed Ismeth bersama wanita kesayangannya.
"Bilalah agaknya aku ni boleh bahagia macam kau orang berdua, burung yang aku nak kejar pun nampaknya dah masuk ke perangkap orang lain" Syed Ismeth dan Aryani saling berpandangan mendengar luahan hati Syed Kazi.
"Bunga buka sekuntum Kaz, bukankah kau buaya tembaga yang paling kelas dan paling laku di pasaran" usik dan kutuk Syed Ismeth kepada Syed Kazi.
"Opps sorry, bukan sudah transform buaya besi buruk ke?, mana ada clas lagi bro" Syed Ismeth sudah tergelak, dia baru teringat dengan gelaran yang baru dinobatkan kepada lelaki itu beberapa jam yang lalu. Syed Kazi hanya menggelengkan kepala redha saja bro!
Tidak mahu Katrina menyedari kemunculan mereka bertiga di situ, Syed Ismeth mencadangkan mereka segera beredar meninggalkan tempat tersebut setelah selesai menikmati makanan masing-masing. Tempat duduk pasangan tersebut yang agak privasi dan jauh dari pintu restoran menyelamatkan mereka bertiga daripada pandangan Katrina.
"Is, masih awal ni, kita nak singgah kedai buku sekejap, I nak beli majalah" Syed Ismeth membelok kereta menuju ke kedai buku yang terletak tidak jauh dari bangunan Wisma Walid, terus kereta BMW 6 series yang dipandunya parkir di hadapan ruang parkir yang kebetulan kosong di hadapan kedai buku tersebut.
Aryani turut melangkah keluar dari kereta apabila mendapat isyarat daripada Syed Ismeth. Ruang novel dan buku masakan menjadi pilihan Aryani. Sebuah novel karya Eman-Sufi dan sebuah buku resepi 365 menjadi pilihannya.
"Yani!" satu suara perempuan menegur membuatkan Aryani menoleh.
"Shima! Kau buat apa dekat sini?" terkejut apabila terjumpa sahabat baiknya di situ.
"Beli bukulah takkan beli pizza kot kat sini, apalah kau ni Yani. Rasa mimpi pulak jumpa kau dekat KL ni. Kau datang dengan atok dan nenek kau ke, mana dia orang?" tanya Shima sambil menoleh ke kiri dan ke kanan.
"Tak! datang dengan tunang aku, dia ke sebelah sana tadi" beritahu Aryani sambil tersenyum kepada Shima.
"Ooo! Tapi bila kau sampai KL. Aku tengok kau pakai macam wanita ekslusif berkerjaya yang kerja dekat pejabat je ni. Kau dah kerja ke Yani" sambil mata memerhati dari atas ke bawah. Aryani memang cantik tapi penampilannya kali ini menyerlahkan lagi keanggunannya sebagai wanita yang berkerjaya.
"Kerja part time je bantu tunang aku. Ganti tempat secretarynya yang sedang cuti bersalin" beritahu Aryani sambil tersenyum melihat kemunculan Syed Ismeth bersama Syed Kazi. Kedua-dua lelaki itu turut tersenyum kepadanya.
"Siapa ni?" tegur Syed Ismeth sambil memandang gadis kecil molek bertudung yang berdiri di sebelah Aryani. Shima cantik dan manis orangnya walaupun tidaklah mampu mengalahkan Aryani yang lebih banyak kelebihan berbanding dirinya. Walaupun Aryani ketua gangster perempuan melayu terakhir di Kampung Pinang tetapi tetap menjadi pujaan semua pelajar lelaki di sekolahnya dan pemuda-pemuda di kampung mereka.
"Inilah Shima yang pernah saya ceritakan dekat awak dulu. Cantikkan orangnya" Syed Ismeth mengerutkan dahi kemudian tersenyum dan mengangguk. Syed Kazi juga turut tersenyum sambil matanya tidak berkelip memandang Shima. Walaupun tidak secantik Aryani tapi lebih manis dan lembut berbanding Katrina.
"Kau tinggal dekat mana?"
"Sri Kembangan, kau bila kahwin. Kalau tak silap kau bertunang tiga bulan ajekan" tanya Shima apabila teringatkan perkahwinan Aryani.
"Hujung bulan ni. nanti aku cal tapi kau mesti datang bila aku kahwin nanti" balas Aryani pula.
"Mestilah, akukan nurse mesti aku nak pastikan kau tak pengsan dan bersedia untuk first night kau nanti. Kalau kau nak ubat perangsang aku boleh bagi" bisik Shima ke telinga Aryani.
"Kau gila kah apa? Aku tak mainlah tu semua. Ubat nenek Siti lagi power tau" membalas bisik dengan Shima. Mereka berdua tergelak. Syed Ismeth dan Syed Kazi saling berpandangan.





Maafkanlah AkuWhere stories live. Discover now