67.Lebih Rela Kehilangan Nyawa

68 2 0
                                    

Hanya tuhan yang tahu betapa sengsaranya Vyviani Rose berdepan dengan situasinya sekarang. Ingin rasanya berlari meninggalkan majlis namun itu sesuatu yang mustahil dilakukan. Air muka dan nama baik Tengku Firhan kena dijaga juga. Pilihan terbaik adalah cuba mengawal keadaan dan berlagak biasa. Cuba melakonkan dirinya benar-benar Vyviani  Rose, calon isteri Tengku Firhan sebaik yang mungkin dan bukannya Rose Aryani isteri kepada lelaki yang sedang duduk semeja dengannya ketika itu.
Di mata Vyviani Rose, Syed Ismeth nampak agak kurus namun sikapnya kelihatan tenang dan biasa sahaja. Seperti lelaki tersebut tidak terganggu dengan kemunculan setelah sekian lama mereka tidak berjumpa. Mungkin lelaki sudah dapat melupakannya kerana isteri barunya sekarang lebih baik, cantik  dan lebih sempurna daripadanya.
“Eh Syed, you tak makan banyak, you tak suka western food ke?” Tegur Tengku Firhan bila melihat makanan Syed Ismeth  tidak luak dipinggannya.
“I lebih suka masakan melayu lebih-lebih kalau isteri yang masak kari daging untuk I, I boleh makan sampai tiga pinggan licin” Tengku Firhan dan ayahandanya tergelak mendengar jawapan Syed Ismeth . Vyviani Rose hanya menelankan air liur. Sengaja buat tidak mendengar kata-kata Syed Ismeth .
“Mungkin isterinya sekarang pandai masak kari daging yang lebih sedap dari apa yang pernah aku buatkan untuknya dulu sebab tu dia puji isterinya di hadapan semua orang” bisiknya Vyviani  Rose dalam hatinya.
“Rose pun pandai masak kari daging yang sedap sebab I dan Ku Dya selalu singgah makan di rumah dia semasa di Sydney dulu” akui Tengku Firhan yang memuji masakan Vyviani  Rose.
“I masak tak sesedap mana. Tapi tak mungkin dapat  menandingi masakan isteri kawan you” tiba-tiba Vyviani Rose mencelah kata-kata Tengku Firhan tapi matanya fokus kepada makanan yang juga tidak luak sejak tadi.
“Tapi bagi I you masak memang sedap, simple tapi sesuai dengan selera I. Kalau kita kahwin nanti, I nak  makan masakan you setiap hari” Tengku Firhan mempertahankan Vyviani Rose setelah mendengar wanita itu merendahkan dirinya.
Vyviani Rose merasakan renungan Syed Ismeth  seperti ingin menelannya manakala jantung yang tidak berhenti berdenyut membuatkan dia beresiko menghidap penyakit jantung kalau lebih lagi berada di dalam majlis itu.
“I nak ke ladies sekejap”pintanya sebelum berlalu pergi.
“Ya Allah, akhirnya sedikit rindu telah terubat tapi kenapa kami harus bertemu di sini, di hadapan Tengku Firhan. Tak sangka Tengku Firhan dan dia berkawan baik” agak lama Vyviani Rose membuang resah dan ketidakstabilan perasaannya di hadapan cermin tandas perempuan sebelum melangkah keluar.
“Yani, kenapa tinggalkan abang dan datang semula sebagai orang lain. Abang takkan tertipu walau bagaimanapun penyamaran yang Yani buat. Kenapa tak bagi peluang untuk abang jelaskan semuanya dan kita ambil masa untuk berbincang. Yani hukum abang tanpa sempat abang membela diri. Buat pengetahuan Yani, Yani masih isteri abang dan tetap isteri abang sampai bila-bila dan tidak boleh berkahwin dengan lelaki lain”. Tadi semasa Vyviani Rose meminta diri untuk ke tandas, Syed Ismeth  mengekori Vyviani Rose dan menunggunya keluar lalu menegurnya.
“Memang saya Rose Aryani isteri abang yang mencintai abang setulus hatinya tapi tidak dicintai. Kalau awak boleh bersama perempuan lain kenapa saya tidak” kata-kata itu hanya tersekat di kerongkongnya tidak mempu keluar menjadi kata-kata  yang mampu didengar oleh Syed Ismeth .
“Encik cakap apa ni, siapa Yani dan kenapa encik panggil saya Yani. Maaf, saya tak faham. Saya pergi dulu” balasnya lalu meninggalkan lelaki itu. Syed Ismeth  bungkam, apakah mimpinya petang tadi benar-benar jadi kenyataan yang harus dihadapinya sekarang. 'Tidak! Aku tak boleh mengalah, dia masih  isteri aku yang sah dan dia masih hak aku dan aku akan tetap mempertahankannya meskipun nyawa aku akan menjadi galang gantinya', jerit Syed Ismeth  dalam hatinya.
“Dah lebih pukul sepuluh, boleh I minta diri. I tak boleh tunggu lama di sini sebab Adam tak sihat. Masa I keluar tadi badannya panas” bisik Vivian  Rose ke telinga Tengku Firhan.
“Kenapa you tak cakap awal, kesihan Adam. I ikut you balik” balas Tengku Firhan berbalas bisik ke telinga Vyviani Rose.
“Tak apalah, tak manis you datang rumah I malam-malam. Adam  pun mungkin sudah tidur. Kalau you nak jumpa tunggu esok” balas Vyviani  Rose menghalang niat Tengku Firhan.
“Ok esok pagi I jengguk you dan Adam. Take care, I hantar you keluar” Vyviani  Rose mengangguk sebelum meminta diri dari Engku Zakiah dan suaminya. Azab dan seksa jiwanya perlu segera ditamatkan. Syed Ismeth kelihatan sedang menaip sesuatu pada smartphone di tangannya.  Setelah Vyviani Rose keluar dewan bersama Tengku Firhan, Syed Ismeth turut meminta diri untuk berangkat pulang. Aryani tidak akan berjaya menjadi perempuan lain di matanya walaupun apa penyamaran dan penafian yang dibuatnya.
Syed Ismeth  nampaknya tergesa-gesa meninggalkan majlis bersama beberapa orang pengawal peribadinya. Sesuatu yang dia tidak mahu terlepas dan dia ingin cepat mengakhirinya. Cara dan layanan baik Tengku Firhan boleh memburukkan lagi keadaan. Dia tidak mahu kehilangan isterinya buat kali kedua. Kalau Aryani inginkan bukti cintanya yang tulus dan suci itu dia sanggup lakukan apa saja kali ini asalkan Rose Aryani tidak pergi lagi dari hidupnya. Dia lebih rela kehilangan nyawanya daripada kehilangan cintanya.
Syed Ismeth terkejut dan hairan melihat kereta yang diekorinya menuju ke arah kondominiumnya di Bukit Antarabangsa. Pantas kepalanya teringatkan Adam kanak-kanak yang juga tinggal di kondo tersebut dan ibunya bernama Vyviani Rose dan ini bermakna kemungkinan besar Adam adalah anak mereka berdua. Dia semakin yakin Vyviani  Rose adalah Rose Aryani isterinya walaupun  beribu kali perempuan itu menafikannya dan berlakon seolah-olah tidak mengenalinya.
Setelah memakirkan keretanya Vyviani Rose terus melangkah dan masuk ke dalam lif. Langkahnya nampak tergesa-gesa.
“Kak Nora, Macam mana keadaan Adam?” sebaik sahaja pintu dibuka Vyviani  Rose segera melangkah cepat menuju ke bilik Adam .
“Entahlah Puan, sejam tadi badannya tiba-tiba mengejut panas. Meracau-racau sebut itu dan ini sampai uncle yang selalu tegur dia tu pun disebutnya jugak” cerita Nora mengingatkan  perkataan-perkataan yang disebut Adam  ketika kanak-kanak itu meracau.
“Uncle! Uncle mana, masa bila mereka jumpa?” terkejut juga ketika mendengar cerita Nora. Baru sebulan duduk di situ Vyviani Rose sendiri pun belum berkesempatan berkenalan dengan jiran tertangganya.
“Setiap petang keluar ke taman, mereka bertembung dan lelaki itu suka benar melayan Adam dan Adam  pula macam sudah kenal bertahun-tahun dengan lelaki tu. Kacak orangnya puan. Wajah pun ada mirip Adam  macam  ayah dan anak pulak saya tengok” Vyviani Rose mengerutkan dahinya mendengar cerita Nora.
Badan Adam  yang masih kuat panasnya membuatkan Vyviani  Rose mengambil keputusan untuk membawa Adam  ke klinik malam itu juga. Benar kata Nora tadi, mulut Adam  meracau-racau menyebut dan memanggil dan peliknya kali ini Adam  sudah menyebut papa pula.
“Sudahlah Adam, mana mama nak cari papa untuk Adam. Tolonglah sayang jangan buat mama macam ni” Vyviani Rose mengesat air mata yang  mula mengalir dari kelopak matanya.
“Kak Nora, saya nak bawa Adam  ke klinik dulu, tolong buka pintu” Nora menurut arahan majikannya. Vyviani  Rose agak hairan melihat Nora tercegat seperti patung selepas membuka pintu. ‘Masa kecemasan macam dia ni nak buat perangai jugak’ bisiknya dalam hati.
“Tolong cari kunci kereta saya kak Nora. Mana saya letak tadi pun saya dah tak ingat. Mungkin atas katil Adam” tegurnya mendekati Nora yang masih berdiri kaku seperti patung. Mendengar arahan majikan Nora terkocoh-kocoh meninggalkan tempatnya berdiri.
“Berat jugak Adam ni” rungutnya bila terasa berat dan tak larat mencempung tubuh Adam .
“Mari saya bantu awak” Vyviani  Rose terkejut apabila mendengar ada suara yang tiba-tiba mencelah.
“Awak! Eh encik, buat apa encik dekat rumah saya ni” serta merta perasaan terkejutnya bercampur gementar. Getaran suaranya jelas kedengaran.  Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya mengambil tubuh Adam  yang sedang dicempung oleh wanita itu.
“Tak jumpa kuncinya puan” suara Nora menjerit dari dalam bilik Adam. Vivian  Rose menggarukan kepala cuba mengingatikan di mana dia meletak kunci keretanya tadi. Dalam keadaan cemas seperti itu mudah benar dia hilang ingatan.
“Tak pa, guna kereta saya” Tanpa menunggu jawapan Vyviani  Rose tubuh Adam  terus dibawanya pergi. Vyviani  Rose berebut-rebut mencapai keperluan Adam seperti botol minuman dan kasut Adam dan kasut sendiri lalu mengejar langkah lelaki tersebut. Ketika berada dalam lif lelaki itu menatapnya namun Vyviani Rose segera melarikan pandangan ke wajah Adam .
Sampai ke keretanya Syed Ismeth  meletakkan Adam  di atas pangkuan Vyviani Rose dan selepas itu dia segera memandu kereta mencari klinik yang beroperasi 24 jam.

Maafkanlah AkuWhere stories live. Discover now