07.Perasaan Sebenar

74 2 0
                                    

Tanpa diundang Syed Kazi muncul menemui Syed Ismeth di pejabatnya sebaik sahaja Fatima setiausaha CEO Al-Walid Mega itu memaklumkan tentang kedatangan majikannya.
"Lama you bercuti?" tegur Syed Kazi sambil ketika melabuhkan punggungnya di atas kerusi di hadapan meja Syed Ismeth .
"Kenapa, syarikat ada masalah ke?" tanyanya sambil menatap wajah Syed Kazi.
"Taklah, nampak happy je muka you sejak balik bercuti kali ni. Kat ikut you bercuti ke?" Syed Kazi tersenyum sengaja bertanya soalan itu sedangkan semalam dia baru sahaja berjumpa Katrina di kelab.
"Sorang je dan kalau pun I bawa teman tak semestinya I bawa Kat, dia bukan isteri atau muhrim I yang nak I seret ke hulu ke hilir".Syed Kazi sudah tergelak mendengar jawapan Syed Ismeth kemudian lelaki tersebut menggelengkan kepala.
"Sejak bila you berfikiran macam lelaki warak ni, you nampak macam dah tak berminat dengan Kat lagi. Rugi tau kalau you lepaskan perempuan cantik dan glamour macam Kat tu" pelik mengenangkan sikap dan layanan Syed Ismeth kepada Katrina. Kenapa Syed Ismeth begitu dingin pada Katrina sedangkan dia begitu lama menaruh perasaan kepada Katrina dan pernah meluahkan perasaannya cuma Katrina yang tidak pernah menerimanya kerana lelaki di hadapannya sekarang. Namun di sebalik penolakannya Katrina masih lagi sudi membuka ruang apabila diajak keluar walaupun sudah terukir di hati wanita itu dengan nama Syed Ismeth Syaqimie Al-Walid.
"I sayangkan dia tapi I belum pasti perasaan sebenar I padanya" selamba sahaja Syed Ismeth memberi jawapannya membuatkan mata Syed Kazi membutang.
"Really, maksudnya selama ini you tak cintakan Kat" Syed Kazi cuba mengorek perasaan sebenar Syed Ismeth terhadap Katrina.
"I tak sure sebab I tak pernah ada rasa rindu atau teruja untuk memilikinya. Dan I tak pernah sedikit pun rasa cemburu bila nampak Kat bersama lelaki lain" Syed Kazi tersenyum mendengar penjelasan Syed Ismeth .
"I tak faham kenapa you berkata begitu. Pada I Kat tu dah tersenarai sebagai high class dalam ketegori wanita idaman lelaki. Cukup sempurna di mata I cuma yang jadi masalahnya dia tak pandang I sebab dia cuma mahukan you. Dia cintakan you" memang itu jawapan yang pernah Katrina beritahunya selepas dia mencurahkan perasaannya kepada gadis itu.
"Mungkin itu perasaan Kat pada I tapi I sebaliknya. Sayang yang I lafazkan pada Kat I bukan datang dari hati yang ikhlas. I rasa macam tipu Kat dan diri I sendiri" balas Syed Ismeth sambil memandang Syed Kazi. Selepas menemui Aryani, Syed Ismeth semakin pasti perasaan sebenarnya pada Katrina.
"Apa you sudah bincang dengan Kat pasal perkara ni" tanya Syed Kazi pula. Walaupun Syed Ismeth ada pertalian saudara dengannya tapi Syed Kazi tidak mahu lelaki tersebut terus mengikat Katrina dengan cinta yang tak pastinya sedang ada lelaki lain yang begitu mencintai gadis itu. Siapa lagi kalau bukan dirinya.
"Dah, Kat juga faham tapi kami dah buat persetujuan" Dahi Syed Kazi bertaut mendengar jawapan Syed Ismeth .
"Persetujuan apa?" Syed Ismeth tersenyum mendengar soalan Syed Kazi.
"Kat berikan I masa lima bulan. Kat cabar I cari gadis dan cinta yang boleh buat I tak perlukan dia lagi. Tapi kalau gagal I akan kembali pada Kat" jawapan Syed Ismeth membuatkan Syed Kazi menggelengkan kepalanya.
"Lebih tepat untuk menguji perasaan sebenar I pada Kat" tambah Syed Ismeth lagi. Syed Kazi tersenyum ada sesuatu sedang difikirkannya.
"I sokong idea Kat tu dan I doakan you jumpa jawapannya nanti" celah Syed Kazi sambil tersenyum seribu maksud yang tersurat. Kalau boleh dia ingin membantu Syed Ismeth bertemu gadis lain yang boleh membuat lelaki itu lupakan Katrina.
Kemunculan Fatima membuatkan perbualan kedua-dua lelaki itu terganggu.
"Tuan, Ini surat permohonan cuti saya" Syed Ismeth menyambut surat yang dihulurkan oleh Fatima.
"Awak dah mengandung berapa bulan sekarang" sambil memandang perut setiausahanya yang sudah mula memboyot.
"Enam bulan tuan, tapi saya ada masalah tekanan darah tinggi sebab tu saya hantar surat permohonan cuti tu awal sikit. Berisiko melahirkan anak pramatang?" balas Fatima sambil tangannya menyentuh perutnya.
"Tak apalah, saya luluskan cuti awak bila-bila masa bila awak perlukannya. Saya harap awak dan baby awak selamat" balasnya sambil tangannya melipat semula surat permohonan cuti setiausahanya kemudian menyimpannya semula ke dalam sampul.
"Ok tuan saya minta diri dulu" Fatima meminta izin untuk beredar. Syed Ismeth hanya menganggukkan kepalanya.
"Hujung minggu ni you free tak?"
"Why?, you ada something yang menarik?" tanya Syed Ismeth lagi.
"Kita dah lama tak turun berlatih"sejak kebelakangan ini kerana kesibukan bekerja memang Syed Kazi maupun Syed Ismeth sudah lama tidak menjalani latihan tinju. Kedua-dua lelaki ini mempunyai minat yang sama dalam bidang ini.
"Minggu ni I rasa tak dapat, I dah ada plan lain" Syed Ismeth teringatkan Kampung Pinang akan kembali ke kampung itu kerana janjinya untuk memancing bersama Bakar. Ada sesuatu yang turut menariknya merindui kampung yang permai itu.
"Kalau you tak ada I pun malas tapi kalau you ubah plan beritahu I" Syed Ismeth mengangguk mendengar jawapan Syed Kazi. Syed Kazi kemudian meminta diri untuk beredar meninggalkan Syed Ismeth .
'Aryani!, kenapa aku rasa dah tak boleh berpisah dengan dia ni' Syed Ismeth terus menerus teringat gadis bernama Aryani Rosa. Hampir seminggu berkenalan dengan keluarga Bakar dan Siti tapi gadis itu seperti tidak berminat untuk menegurnya apatah lagi berbual dengannya. Kenapa Aryani marah sangat kepadanya. Dadanya berdebar kuat dengan irama yang pelbagai rentak setiap kali panahan tajam mata gadis itu ketika menjerling padanya. Kecuaiannya yang menyebabkan nenekgadis itu kemalangan bagaikan satu rahmat dan takdir untuknya berjumpa keluarga Tok Bakar justeru menemui gadis bernama Rose Aryani.
Balik dari kampung dan ketika bermalam di kondonya barulah Syed Ismeth menyedari mengapa dirinya merasakan seolah-olah pernah ternampak Aryani sebelum ini. Wajah Aryani mirip wajah gadis dalam lukisan wajah kekasih yang ada dalam bilik tidurnya. Seperti dalam lukisannya Aryani memiliki seulas bibir yang seksi dan menghairahkan. Segera Syed Ismeth mencapai pencil lalu melukis tahi lalat di bawah bibir lukisannya. 'Barulah sebijik macam Aryani' bisiknya dalam hati. 'Syukur Ya Allah kerana KAU ketemuikan aku dengan gadis dalam lukisan hatiku ini'. Doanya selepas usai menunaikan soal Isya'nya malam itu.
Hujung minggu nanti Syed Ismeth akan kembali semula ke kampung itu untuk menemui atok kerana janjinya untuk memancing bersama orang tua tersebut. Walaupun itu sekadar alasannya untuk ke sana namun perasaan berbunga indah setiap kali mengingatkan sesuatu yang lebih bererti untuk terus menariknya ke kampung itu. Kepercayaan dan keyakinan datuk dan nenek perlu diperolehinya agar mudah dia berkunjung ke kampung itu tanpa diragui. Sebelum memikat cucunya biarlah memikat hati datuk dan neneknya dulu. Syed Ismeth tersengih sendiri apabila idea itu terbit di mindanya.



Maafkanlah AkuWhere stories live. Discover now