52.Bercuti Di Langkawi

53 1 0
                                    

Mereka tiba di Mega Hotel Penang pukul 10.15 malam. Ada sedikit kesesakan jalan raya semasa dalam perjalanan menuju ke hotel tersebut. Aryani segera ke kaunter untuk mengambil kunci suite suaminya. Lega hatinya kerana selamat sampai ke destinasi.
Pertama kali selepas berkahwin Aryani berkunjung ke Penang dan menginap disalah satu rangkaian hotel lima bintang milik suaminya. Aryani mencapai sepasang pakaian suaminya berada di atas katil. Minyak wangi yang diguna suaminya bernilai ribuan ringgit dan hidungnya sudah hafal benar bauan yang diguna oleh suaminya. Walaupun baru separuh hari tidak berjumpa Aryani sudah merindui suaminya dan baju itu menjadi sasaran awalnya melepaskan rindunya. Bauan yang melekat di baju itu masih segar dan meransangkan nalurinya walaupun baju itu mungkin seharian sudah melekat di tubuh suaminya.
Selesai membersihkan dirinya Aryani segera menunaikan solat-solatnya yang belum dikerjakan. Usai mengerjakan perkara yang wajib itu Aryani melabuhkan tubuhnya di atas tilam. Lengguh pinggangnya kerana seharian duduk di bilik kuliah dan kereta. Perutnya mula meminta sesuatu tapi tiada sesuatu yang boleh dijadikan alas perutnya. Teringat sebungkus keropok kentang di dalam beg galasnya Aryani segera bangun lalu mengambilnya. Kerana terlalu lapar lahap dikerjanya keropok itu dengan sebotol air mineral. Boleh saja dia meminta pihak hotel menghantar makanan ke bilik tapi Aryani tidak mahu mengamalkan makan berat di tengah malam. Tidak baik untuk kesihatan, itu pesan nenek kepadanya.
Mudah saja matanya berasa ngantuk apabila perutnya dipenuhi air kosong dan sebungkus keropok. Aryani segera menarik selimut menutup tubuhnya apabila tubuhnya yang tersarung sehelai gaun tidur yang nipis mula terasa begitu dingin. Tidak sampai beberapa minit Aryani terus hanyut dibuai mimpi indah. Sejak kebelakangan ini Aryani memang sukar melawan matanya yang terasa mengantuk dan mudah sangat dia akan terlena.
"Puan ada dalam bilik bos, mungkin sudah tidur" Eta segera keluar dari bilik sebelah apabila melihat melalui cctv majikan sudah pulang.
"Isteri saya ada minta makanan dihantar ke bilik?" risau kalau isterinya kelaparan.
"Saya ada tanya tapi puan tak mahu"
"Ok tak apalah, you boleh pergi" pegawal peribadinya segera berlalu ke bilik sebelah apabila majikannya sudah melangkah masuk ke bilik. Bunyi televisyen yang terpasang menandakan isterinya berada di bilik tidur. Syed Ismeth tersenyum melihat sekujur tubuh yang sedang ditutup kemas dengan selimut tebal sampai ke paras dada. Syed Ismeth menggelengkan kepala melihat bekas minuman dan bungkusan keropok yang ada di atas sofa.
Selepas menanggalkan blazer lcoat gelap di tubuhnya Syed Ismeth terus duduk di birai katil di sebelah isterinya. Wajah isterinya direnungnya penuh perasaan cinta dan sayang. Perasaan yang tidak pernah ada atau wujud pada perempuan lain sebelum ini. Walaupun pernah mencuba dan menyemainya pada Shasha atau Katrina namun ia gagal bercambah. Benih yang hendak disemai kering begitu saja.
Pipi halus dan lembut itu dielusnya perlahan dan satu ciuman sayang mendarat di pipi isterinya. Sentuhan hangat itu membuatkan Aryani terjaga lantas tersenyum melihat figura yang duduk di birai katil di sisinya.
"Abang, rindulah. Baru balik ya?" ucapnya lalu bangun lantas terus memeluk tubuh suaminya. Syed Ismeth tergelak kecil melihat perangai isterinya yang begitu manja dan keanak-anakan itu. Kemudian dia membalaskan erat pelukan isterinya.
"Abang terleka berbual dengan kawan tadi sampai terlupa pulak dengan isteri abang dah ada dekat bilik. Sayang kenapa tak minta makanan?" tanyanya kerana risau kalau isterinya kelaparan.
"Tak apalah, saya dah makan banyak tengah hari tadi, tak lapar sangat" balasnya sambil tersenyum.
"Sekarang memanglah tak lapar tapi kalau tengah malam nanti lapar macam mana?"
'"Tak!. saya dah biasa tak makan malam sebelum ni"
"Tu dulu, sekarang hidup dengan abang kena makan walaupun sedikit. Abang tak nak sayang sakit?" nasihatnya sungguh-sungguh pada isteriya.
"Ok, lain kali saya makan ya" tidak mahu memanjangkan lagi topik mengenai makan.
Syed Ismeth mengangguk kemudian tersenyum merenung isterinya. Separuh hari tidak berjumpa membuatkannya rindu dan ingin merenung wajah isteri sepuas-puasnya.
"Abang! Kenapa ni?. Hidung saya dah hilangkah?" tanya Aryani bila sedar lelaki iu tidak berkelip merenungnya. Syed Ismeth tergelak mendengar teguran isternya.
"Abang nak lepaskan kerinduan abang pada sayang" sahut suaminya dengan nada perlahan dan romantik.
"Ingat apa bendanya tadi, risau jugak kalau betul-betul hidung saya ni dah tak ada" Aryani tidak sempat menggelak apabila Syed Ismeth menarik hidung mancungnya.
"Sakitlah!" jeritnya lalu menepis tangan suaminya.
"Abang pergilah tukar pakaian dulu" apabila sedar suaminya belum bertukar pakaian.
"Ok, abang pun belum solat Isyai'" balasnya lalu bergerak bangun dari katil kemudian menanggal satu-satu pakaian di hadapan isterinya. Aryani memerhati gerak laku suaminya kemudian matanya membutang melihat suaminya sudah tidak memakai apa-apa.
"Abang!" jeritnya lalu segera bangun dari katil dan terus mencapai tuala kemudian melontarkan kepada suaminya.
"Malulah malaikat tengok abang macam tu" rungut Aryani lagi.
"Tapi isteri abang sukakan?" usiknya membuatkan Aryani segera mencubit lengannya.
"Melampaulah abang ni, hah sedap tak?" Syed Ismeth mengaduh menahan sakit tapi selepas itu dia tergelak pula sebelum berlalu menuju ke bilik air. Aryani hanya mempu menggelengkan kepalanya melihat kelibat suaminya menuju ke bilik air.
Walaupun cuma sempat bercuti sehari di Langkawi Aryani dan suaminya menggunakan sebaik-baiknya kesempatan yang ada untuk menikmati keindahan alam di situ. Perkahwinan yang baru mencecah usia dua bulan pasangan tersebut masih dalam mood bulan madu. Aryani tidak cukup tangan dan mulut melayan usikan dan gurauan suaminya. Ke mana saja berada pasangan tersebut menjadi perhatian insan-insan di sekelilingnya.
"Cantikkan?" Syed Ismeth mencempung tubuh isterinya menghampiri pantai untuk melihat indahnya matahari terbenam di ufuk barat.
"Sayang, selagi matahari terbit di timur dan terbenam di barat, abang takkan tinggalkan sayang dan berpaling pada yang lain. Hanya Rose Aryani yang layak memiliki cinta abang dan bertahta di hati abang sampai bila-bila" ikrarnya kemudian menatap sayang wajah isteri di hadapannya sambil tersenyum. Pipi isterinya dikucupnya dengan penuh kasih yang membara.
"Abang, selagi matahari terbit di waktu pagi dan terbenam di kala senja, Syed Ismeth Syaqimie adalah suami yang Rose Aryani cintai dan kasihi untuk selama-lamanya. Rose Aryani tidak akan pergi tinggalkan suaminya tanpa menghadiahkan satu ciuman di pipinya" Syed Ismeth tersenyum mendengar lafaz ikrar isterinya. Aryani memeluk tengkuk suami kemudian mencium pipi suaminya. Cintanya memang tidak berbelah bagi untuk suaminya. Cinta dan kasih mereka lebih luas dari samudera yang terbentang luas di hadapan mereka.
"Abang! Kalau ditakdirkan Yani pergi dulu sebelum abang, roh Yani akan ke sini untuk mengutip kenangan hari ini" Syed Ismeth terpana mendengar bicara isterinya.
"Jangan tinggalkan abang sayang. Jangan bawa jiwa dan perasaan abang pergi. Abang tak akan mampu hidup kalau jasad abang sudah kosong tanpa jiwa dan perasaan" Aryani melentokkan kepalanya di bahu suaminya.
"Yani pun sama bang, kalau Yani tak hilang ingatan Yani takkan lupakan abang". Syed Ismeth lega mendengar jawapan isterinya.

Maafkanlah AkuWhere stories live. Discover now