79. Memperkenalkan Pewaris Tunggal

88 1 0
                                    

Syed Ismeth tersenyum melihat penampilan anggun isterinya menggunakan kebaya labuh bersulam berwarna merah dengan sehelai selendang warna yang sama. Kombinasi warna baju dan warna kulit isteri begitu menyerlahkan penampilannya malam itu. Syed Ismeth pula menyarungkan sepasang kameja merah  dengan dasi kupu-kupu berwarna hitam di lehernya dan di luarnya kot dan seluar berwarna hitam.
Syed Ismeth muncul di kondo isterinya setelah bersiap di  kondonya sendiri.  Nora terkejut melihat kemunculan lelaki kacak itu di ruang tamu rumah majikannya. Penampilan segaknya bagaikan hendak menghadiri suatu majlis korporat.
“Kak Nora, kenalkan suami saya Syed Ismeth Syaqimie, papa Adam" Nora mengerutkan keningnya  mendengar kata-kata majikannya.
“Sebenar kami hanya berpisah bukan bercerai. Saya dan suami saya sudah bersama semula lebih sebulan yang lalu. Dia yang selalu datang jumpa saya selama ini dan tidur di bilik saya” tambah Aryani lagi.
“Papa!” Adam  yang baru muncul dari bilik berlari mendapatkan Syed Ismeth .
“Handcemnya papa, papa dan mama nak pergi mana?” tanya Adam  sambil mendonggak melihat wajah papanya.
“Papa keluar dengan mama kejap. Adam  tinggal rumah dengan makcik Nora ya, jangan nakal-nakal tau” kanak-kanak itu mengangguk mendengar  jawapan papanya.
“Sayang papa” Syed Ismeth  membongkokkan tubuhnya mendekati Adam .
“Sayang papa aje ke, mama tak sayang?” Adam  terus mencium pipi mama apabila Aryani turut mendekati wajahnya.
Suasana di rumah Tan Sri Wong sudah dipenuhi oleh rakan kongsi dan niaganya yang kebanyakkan berketurunan cina, ahli-ahli lembaga pengarah WCC, pelabur-pelabur, pekerja-pekerja WCC dan wartawan-wartawan akhbar dan majalah yang turut hadir untuk mendapatkan bahan serta maklumat untuk disiarkan oleh syarikat penerbitan masing-masing.
“Kami dapat maklumat pada malam ni Tan Sri Dato' Wong turut menjemput seorang ahli perniagaan melayu yang cukup di kenali di negara ini” tanya seorang wartawan kepada Tan Sri Dato' Wong sementara menunggu ketibaan tetamu ke majlis tersebut.
“Ya, CEO Al-Walid Mega. Syarikat ini merupakan syarikat melayu pertama yang terpilih untuk  menjalinkan kerjasama dengan WCC” balas Tan Sri Dato' Wong kepada wartawan tersebut.
“Dikatakan oleh sesetengah pihak, WCC memilih Al-Walid Mega kerana Al-Walid Mega Mega adalah syarikat melayu yang terkenal dan paling kukuh serta mempunyai kepimpinan yang berwibawa, bolehkan Tan Sri Dato' Wong memberi komen sejauh manakah kebenarannya kenyataan ini” Tan Sri wong tersenyum sebelum menjawabnya.
“Memang Al-Walid Mega adalah pilihan yang tepat untuk kami menjalinkan kerjasama. Kerjasama ini telah terjalin selama hampir empat tahun dan hasilnya begitu membanggakan. Kedua-dua syarikat semakin mendapat tempat yang kukuh di hati pelabur masing-masing”
“Dengar khabarnya Tan Sri Dato' Wong akan membuat satu pengumuman penting malam ini”
“Tunggu dan dengar saja bila tiba masanya nanti” balas Tan Sri Dato' Wong apabila diajukan wartawan soalan tersebut.
Sebagai timbalan CEO WCC, Desmond turut melayan para tetamu yang hadir. Suasana di persekitan kediaman mewah yang luas di lengkapi kolam renang yang besar di bahagian tepi memang nampak meriah dan berwarna warni bermandikan cahaya lampu serta kilauan barangan kemas yang tersarung di tubuh isteri para tertamu jemputan yang terdiri  daripada golongan kaya raya, berpengaruh dan ternama.
Kemunculan sebuah Ferari limousine berwarna hitam yang merupakan kereta rasmi Al-Walid Mega diiringi dua buah BMW X5 series menarik perhatian semua tetamu. Tetamu istimewa yang dinanti oleh tuan rumah tersebut sudah pun sampai. Enam orang pengawal peribadi Syed Ismeth terus melompat keluar dari kereta masing lalu mendekati Ferari Limousine yang berhenti di hadapan parkir utama kediaman Tan Sri Dato' Wong.
Desmond hairan melihat CEO Al-Walid Mega tersebut diberi penghormatan yang sebegitu rupa. Dia belum pernah lagi bertentang mata dengan CEO Al-Walid Mega tersebut kerana semasa menandatangani perjanjian kerjasama dengan WCC, Al-Walid Mega diwakili Tan Sri Dato’ Syed Bahrin Pengerusi Esekutif Al-Walid Holding yang khabarnya juga sedang memangku  tugas CEO sebenarnya yang ketika itu sedang berada di luar negara.
Semua memberi tumpuan kepada pasangan muda yang  melangkah keluar dari kenderaan mewah tersebut. “Lelaki melayu terhebat di alaf ini. Muda lagi CEO Al-Walid Mega ni rupanya” bisik Desmond dalam hatinya melihat Syed Ismeth bersalaman sambil bertegur sapa dengan tetamu yang hadir di majlis tersebut. CEO Al-Walid Mega hadir bersama Isterinya yang kini sedang meleparkan senyuman  manisnya sambil memeluk erat lengan suaminya. ‘Pasangan yang sama cantik sama padan, bisik Desmond lagi dalam hatinya.
Pasangan tersebut mendekati Tan Sri Dato' Wong dan Puan Sri Datin Lissa untuk bersalaman dan kemudian kelihatan mereka saling berpelukan. Isteri CEO Al-Walid kelihatan begitu mesra mencium pipi Puan Sri Datin Lissa sebelum mengambil tempat duduk di sebelah suaminya.
“Hadirin dan hadirat. Selamat malam dan  salam maju jaya dalam kerjaya masing-masing.  Malam ini adalah majlis sempena jubli emas perkahwinan Tan Sri Dato' Wong dan Puan Sri Datin Lissa Wong. Kita doakan rumah tangga Tan Sri Dato' dan Puan Sri Datin terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Untuk mengisi aturcara majlis pada malam ini kita persilakan Tan Sri Dato' Wong untuk menyampaikan sedikit kata-kata ucapan dan renungan atau tip untuk kita semua bagaimana untuk menjadi seorang peniaga dan suami yang berjaya”. Ujar Desmond selaku jurucakap pada malam tersebut. 
“Yang amat saya hargai tetamu jemputan terhormat dan teristimewa kami pada malam ini iaitu pasangan suami isteri CEO Al-Walid Mega, Syed Ismeth Syaqimie Al-Walid dan isterinya yang dikasihi dan semua tetamu jemputan yang dihormati sekalian. Saya…….”.
Semua khusyuk mendengar Tan Sri Dato' Wong memberi kata-kata ucapannya. Hampir 50 tahun menceburi dunia perniagaan rebah bangun adalah  perkara biasa dan keyakinan diri dan semangat adalah inti utama pada sesuatu kejayaan. Kejujuran adalah amat perlu untuk mendapat kepercayaan agar kita akan terus diterima sampai bila-bila. Itu antara inti pati ucapan Tan Sri Wong yang menarik perhatian semua tetamunya.
“Sudah menjadi resam dan fitrahnya, seperti manusia lain saya pun tidak akan boleh bertahan lama dalam dunia ini. Usia semakin tua dan  tenaga semakin kurang berkemampuan untuk bersaing dengan tenaga muda yang sedang agresif mencapai matlamatnya membuatkan saya ingin bersara dan berehat.
Untuk bersara dari  dunia yang banyak memberi pengalaman dan kenangan dalam hidup ini saya merasakan calon yang terpilih untuk menerajui WCC dan mewarisi apa saja yang saya dan isteri saya miliki ketika ketiadaan kami nanti sudah berada di sini. Saya akan menyerah sepenuhnya WCC kepadanya mulai tahun hadapan.
Di tarikh, di hari, di malam dan di saat yang bahagia dan keramat ini saya ingin memperkenal pewaris tunggal dan cucu perempuan kesayangan saya, beliau yang dimaksudkan adalah Rose Aryani Wong binti Mohammad Hardy, anak perempuan tunggal kepada arwah Vivian  Wong ibunya”. Puan Sri Lissa segera membawa Aryani bangun dan berdiri di sisi Tan Sri Dato' Wong.
Tan Sri Dato' Wong meminta Aryani berucap dalam loghat Hokkein kepada semua tetamu yang hadir untuk memperkenalkan dirinya.
“Saya Rose Aryani Wong binti Mohammad Hardy, anak yatim piatu apabila ibu dan ayah saya meninggal kerana terlibat dalam kemalangan jalan 23 tahun yang lalu. Saya dibesarkan oleh datuk dan nenek sebelah ayah di kampung kerana saya seorang muslim. Saya bertemu, berkenalan kemudian berkahwin dengan lelaki yang saya cintai iaitu suami saya sekarang Syed Ismeth Syaqimie Al-Walid dan kami sudah dikurnia seorang cahaya mata and coming soon seorang lagi. Terimakasih kepada my grandpa sebab menghantar Rose ke Australia untuk menyambung pelajaran dalam bidang perniagaan semata-mata untuk membantunya di WCC. Terimakasih grandpa, granny, Rose sayangkan kalian berdua”
Semua tetamu terkejut dengan pengumuman Tan Sri Dato' Wong tentang kewujudan pewarisnya yang selama ini tidak siapa yang mengenalnya. Para tetamu juga turut teruja mendengar kelancaran dan kefasihan Aryani berucap dalan loghat Hokkein.
“Grandpa, Granny, kami ada hadiah untuk  kamu berdua malam ni” Ujar Aryani kemudian menjerling suaminya yang duduk di sebelah Tan Sri Dato' Wong. Syed Ismeth yang sudah dapat menangkap maksud isterinya kemudian turut tersenyum.
Aryani meraih tangan suaminya kemudian pasangan tersebut  bergerak mendekati seorang pemain piano yang  ada di situ untuk meminta izin menggunakan piano tersebut.
“Sebuah lagu kami tujukan khas untuk My Grandpa Tan Sri Dato' Wong and My Granny Puan Sri Datin Lissa Wong” Aryani duduk merapati suaminya di hadapan piano tersebut. Sambil tersenyum  Syed Ismeth  mula menekan piano  dengan jemarinya dan Aryani mula membuka suaranya,
Takkan pernah aku menyerah
Walau harus terpisah ruang
Hanya bisa bermimpi
Terlukis dalam khayal
Betapaku tunjuk setia

Biar waktu terus berlalu
Hati takkan pernah berhenti
Menyanyikan lagumu membaca puisimu
Selamanya aku rindu

Biar hujan yang turun membasahahi jiwa ini
Ku tetap setia menanti dirimu

Kerna cinta ku mampu mematahkan sepi
Ku sanggup menunggu dirimu
Walau seumur hidup
Kerna cinta ruang tak menjadi misteri
Hanya ku melihat dirimu datang memeluk daku

Desmond sudah meninggalkan majlis tersebut. Dia tidak sanggup lagi berdepan dengan situasi yang membuatnya hampir gila. Tan Sri Dato' Wong lebih bijak darinya. Dia tidak pernah terfikir cucu perempuan Tan Sri Dato' Wong adalah isteri kepada Al-Walid Mega peniaga melayu yang paling kaya di Malaysia itu. Penggabungan dua empayar perniagaan yang menggerunkan. Tan Sri Dato' Wong lebih bijak  meletakkan cucunya dan mencatur permainannya.
Berita itu bukan sahaja menggempar tetamu yang hadir pada malam tersebut tetapi seluruh negara. Rose Aryani Wong adalah pewaris tunggal Tan Sri Dato' Wong. WCC jatuh ke tangan pewarisnya cucunya yang berdarah melayu. WCC akan bergabung dengan Al-Walid Mega. Penggabungan dua waris terkaya di Malaysia. Pertemuan jodoh dua waris terkaya di Malaysia. Pengabungan dua kuasa yang menggerunkan melalui perkahwinan. Pelbagai tajuk yang telah menjadi berita utama akhbar seluruh negara.
“What?” Tengku Firhan seperti tidak percaya apa yang sedang dibacanya.
“Kalau macam ni siapa yang boleh kalahkan Syed Ismeth lagi. Syed Ismeth dan Rose pasti akan menggabungkan dua syarikat ini menjadi satu” Tengku Firhan menggelengkan  kepala gerun apabila memikir apa yang sudah menjadi hak milik pasangan tersebut.
“Kenapa Fir? Tanya ayahandanya.
“Ini ayahanda tengoklah, Al-Walid Mega dan WCC sudah bergabung melalui perkahwinan. Fir tak boleh bayangkan kedudukan mereka sekarang” Tengku Mahkota Zhafiruddin juga menggelengkan kepala selepas membaca petikan akhbar di tangannya.
“Bukankah perempuan ni Vyviani Rose yang Fir kenalkan pada kami malam tu kan?” Tanya ayahanda sambil memandang wajah Tengku Firhan.
“Ya, tapi masa tu Fir tak tahu dia sebenarnya Rose Aryani dan sepanjang Fir kenal dia Fir tak tahu dia masih isteri orang dan isteri kawan baik Fir sendiri. Mereka berpisah tapi tidak bercerai sebab berlaku sedikit salah faham. Mereka saling mencintai dan tetap setia walaupun terpisah jauh dan sebab itu dia tak pernah terima cinta Fir dan Fir gagal menyuntingnya sebagai isteri. Sekarang mereka telah bersatu semula dan mempunyai keluarga yang lengkap. Walaupun kecewa kerana cinta tak kesampaian namun Fir tetap doakan kebahagian mereka kerana kedua-dua Fir sayang” Tengku Putera Zhafiruddin menepuk bahu anaknya dan berbangga dengan pengakuan anak lelakinya.



Maafkanlah AkuWhere stories live. Discover now