Hampir seminggu Siti terlantar di katil hospital, hospital swasta lagi tu tapi semua kos rawatan lelaki kacak itu yang menanggungnya. Syed Ismeth akhirnya menghabiskan percutian bersama keluarga Bakar dan Siti. Kebetulan ada sebuah resort berdekatan kampung Siti jadi Syed Ismeth mengambil keputusan menginap di resort tersebut.
Hampir setiap hari Syed Ismeth menjengguk Siti di hospital. Syed Ismeth seronok berbual dengan Bakar dan Siti. Melalui pasangan suami isteri itu Syed Ismeth akhirnya mendapat maklumat tentang Aryani cucu pasangan suami isterinya tersebut yang rupa-rupa anak yatim piatu semenjak dilahirkan. Syed Ismeth turut simpati mendengar kisah hidup Rose Aryani binti Muhamad Hardy. Aryani begitu menyayangi Bakar dan Siti yang telah menjaganya sejak kecil sebab itu Aryani cepat rasa tersentuh apabila berlaku sesuatu kepada kedua insan tersebut.
"Yani dapat keputusan SPM yang cemerlang. Puas kami pujuk Yani supaya sambung belajar tapi Yani tak nak. Kami tak tahu kenapa, mungkin dia tidak mahu menyusahkan kami untuk menanggung pengajiannya. Atok ada buat sedikit simpanan untuk pengajian Yani kalau Yani mahu sambung belajar" Syed Ismeth khusyuk mendengar cerita Bakar tentang cucunya.
"Apa Yani buat sekarang atok?" Syed Ismeth berminat hendak mengetahui lebih lanjut tentang Aryani.
"Cashier di kedai alat-alat tulis dekat bandar tu. Kedai tu milik Haji Rahman kawan atok" Syed Ismeth mengangguk mendengar jawapan Bakar.
Khabar Siti dibenarkan keluar hospital mengembirakan Aryani. Khabar yang diberitahu oleh Bakar bahawa Syed Ismeth yang akan menjemput dan menghantar Siti balik ke rumah membatalkan niat Aryani untuk menyewa teksi untuk menjemput neneknya.
Hampir Maghrib barulah Aryani sampai ke rumah. Suara orang sedang berbual diselangi gelak ketawa kedengaran dari ruang tamu membuatkan Aryani tertanya-tanya. Hanya terdapat tiga orang berada di ruang tersebut tapi keriuhannya mengalah tiga puluh orang. Aryani berdegus bila tahu siapa tetamu istimewa di rumah tersebut, siapa lagi kalau bukan cucu angkat kacak kesayangan nenek dan atoknya itu. Aryani tidak berminat untuk tahu nama sebenar lelaki tersebut cukuplah dia memanggil dengan ber'awak' saja.
"Yani baru sampai?" tegur Bakar melihat cucunya melewati ruang tamu.
"Lama dah cuma tak da orang yang nampak" sahutnya dengan nada menyindir.
"Ya ke? Tak tahulah pulak yang cucu nenek ni halimunan" celah Siti.
"Hollowgirllah nek" jawabnya Aryani dengan wajah yang serius.
"Yani lapar ke? Atok sudah masak tadi, lauk yang lain tu Ismeth yang tolong belikan. Kita makan sama ya selepas solat Maghrib" beritahu Bakar namun tiada jawapan dari Aryani. Aryani terus melangkah menuju ke biliknya untuk mandi dan bersiap menunaikan solat Maghrib.
Sepanjang menikmati juadah makan malam Aryani hanya mendiamkan diri. Malas mahu menyampuk perbualan nenek dan atok yang tak ada kesudahannya itu. Aryani pun tak faham kenapa nenek dan atok begitu seronok melayan kedatangan lelaki tersebut. Perbualan mereka bukannya ada topik yang menarikpun, rungut Aryani dalam hatinya.
Hujan yang tiba-tiba mencurah di luar rumah membuatkan seisi rumah yang sudah selesai menikmati makan malam saling berpandangan. Bukan hanya hujan lebat tapi turut disertai kilat dan dentuman guruh yang kuat. Aryani terus bergerak lalu memeluk neneknya apabila satu dentuman guruh yang kuat tiba-tiba kedengaran. Wajahnya pucat dan menggigil ketakutan. Sikap Aryani yang serta merta berubah menjadi manusia yang begitu penakut menarik perhatian Syed Ismeth . Lelaki tersebut tersenyum sendiri melihat Aryani yang menggogoi dalam pelukan neneknya. Ingat brutai sangat, bunyi guruh pun dia takut. Menggutuk sambil tergelak dalam hati.
"Tak payah baliklah Is, bahaya memandu malam-malam dalam keadaan hujan lebat macam ni. Tidur saje rumah atok ni" cadang Bakar apabila melihat Syed Ismeth menjengguk melihat keadaan di luar rumah.
"Tak apa ke atok, saya takut menyusahkan atok dan nenek pulak" malu untuk menerima perlawaan Bakar.
"Apa yang menyusahnya, tidur sini aje" Siti pula mencelah.
Memikirkan layanan baik kedua orang tua itu lebih-lebih lagi ada sesuatu yang mula mengikat tangkai hatinya untuk terus berada di rumah tersebut akhirnya Syed Ismeth mengangguk setuju menerima perlawaan Siti dan Bakar untuk bermalam di rumah tersebut.
"Baiklah tok" sahutnya sambil tersenyum. Mendengar jawapan Syed Ismeth Siti mula bergerak untuk mengemas bilik tidur untuk lelaki tersebut. Syukur juga walaupun rumah mereka tidak sebenar dan secantik mana tetapi ada juga satu bilik tidur yang disediakan khas untuk tetamu yang sudi bermalam di rumah tersebut. Bilik yang dilengkapi dengan sebuah katil bujang dan tilam itu bersebelahan dengan bilik Aryani.
"Nek tunggulah, jangan tinggal Yani" pantas langkah kaki Aryani mengejar Siti menuju ke bilik tamu. Kilat dan guruh yang sesekali masih berdentum kuat membuatnya tidak mahu berada jauh dari neneknya.
"Perangai kamu ni dari kecik sampai sekarang masih tak berubah" tegur Siti sambil tersenyum. Memang dia tahu benar perangai Aryani yang takut bila hari hujan yang disertai kilat dan guruh. Sampai sekarang bila terdengar guruh dan kilat Aryani akan menyusup masuk tidur bersama Bakar dan Siti.
Walaupun sudah biasa dengan kesenangan hidup tidur di katil yang beralaskan tilam empuk dan bilik berhawa dingin tetapi tidurnya semalam begitu selesa dan nyenyak, sampai subuh barulah dia terjaga apabila terdengar laungan azan subuh dari surau berdekatan. Ketukan pintu biliknya membuatkan dia segera bangun membuka mata. Bakar mengejutkannya untuk solat subuh berjemaah.
"Bagaimana semalam boleh tidur ke kamu?" tanya Bakar risau kalau Syed Ismeth tidak boleh tidur dengan selesa di atas katil bujang yang hanya beralaskan tilam nipis. Dari gaya dan penampilan Bakar boleh meneka lelaki itu datang dari golongan berada atau mungkin bukan orang sebarangan.
"Selesa! Atok kejutkan tadi baru saya tersedar" balasnya sambil tersenyum. Bauan harum sarapan pagi yang sedang disediakan oleh Siti dari dapur menyengat ke hidungnya. Entah apa yang nenek sediakan untuk hidangan pagi tersebut. Tentu sesuatu yang menyelerakan, fikirnya Syed Ismeth dalam hati. Kelibat anak dara juga turut kelihatan di dapur membantu neneknya. Sejak pertemuan pertama kali di hospital pada hari nenek ditimpa kemalangan sampai sekarang Aryani tidak pernah memandangnya apa lagi untuk melemparkan senyuman. Marah benar gadis itu kepadanya.
"Jemputlah Is, hanya nasi goreng kampung dan kuih ketayap. Ini aje yang ada untuk kita sarapan pagi ni" Siti tersenyum ketika menjemput Syed Ismeth menikmati sarapan pagi yang disediakannya.
"Syukurlah ni nek, tentu sedapkan nasi goreng dan kuih tu" sahutnya sambil memerhati menu yang terhidang di atas meja makan.
"Nenek buat nasi goreng, kuih ketayap tu Yani yang buat" balas Siti pula. Setelah membaca doa terus tangannya menyentuh kuih ketayap. Ingin merasa air tangan gadis itu, sedap! bisiknya dalam hati sambil tersenyum. Sesekali matanya melirik memandang Aryani namun gadis itu tetap dengan wajah seriusnya. Neutral beauty, tanpa secalit make-up dengan tubuhnya masih lagi berbaju kurung kapas yang digunanya semalam kerana gadis itu belum mandi pagi lagi, wajah tetap manis walaupun rambutnya terselindung di sebalik tudung di kepalanya. Kulit tubuh dan wajah Aryani yang putih melepak dan licin tidak perlukan sebarang bedak lagi untuk menutupinya. Raut wajah yang cantik disempurnakan dengan alis mata yang tebal dan bulu mata yang panjang dan lentik di samping ulas bibir yang sentiasa membuat jantung Syed Ismeth sentiasa bergelora dan tergoda apabila memandangnya. Dari cerita yang didengarnya Aryani menjadi pujaan lelaki di kampung tersebut dan minta-mintalah semoga di kalangan lelaki yang memujanya tiada yang berjaya menarik perhatian Aryani.
"Lama lagi ke cuti kamu?" tanya Bakar memecah kesunyian di meja makan.
"Esok saya balik KL, mungkin sudah banyak kerja yang menunggu kepulangan saya" Aryani yang mencuri dengar sedikit tersentak mendengar jawapan Syed Ismeth . Walaupun marah masih belum reda di hatinya tetapi berita yang disampaikan oleh lelaki itu sedikit mencuit perasaannya.
"Kamu kerja apa?" tanya Bakar sambil memandang wajah Syed Ismeth . "Kerja biasa-biasa saja tok, kerja sendiri" sahutnya selamba sambil tersenyum. Sengaja merahsiakan apa pekerjaannya yang sebenar.
"Di kampung ni ada tempat-tempat yang menarik ke atok?" kalau boleh dia ingin mengenali lebih banyak tentang kampung tersebut dan ingin menghabiskan cutinya di kampung itu. Kepulangannya esok bukan untuk selamanya. Dia pasti akan datang semula ke situ kerana dia tahu rindunya akan bertaut kerana ada sesuatu ada di kampung itu terutama di rumah tersebut.
"Cuma ada pantai je, tapi kalau kamu tahu memancing ada tempat memancing yang sesuai" balas Bakar pula.
"Saya tak pernah lagi memancing tapi ingin jugak nak mencuba" balasnya dengan riak wajah yang seakan berminat benar.
"Tapi masalahnya kamu kena sediakan dulu kail dan umpannya. Dulu atok ada kail tapi lama tak digunakan mungkin dah tak elok lagi" sahut Bakar lagi.
"Bila balik KL nanti saya belikan, insyaallah kalau ada masa terluang hujung minggu nanti saya datang sini kita memancing bersama" balasnya sambil tersenyum memandang Bakar. Entah kenapa perasaan Aryani seolah-olah lega mendengar jawapan lelaki itu. Walaupun akan balik esok tapi lelaki itu ada niat untuk kembali lagi menjenguk ke kampung itu. Aku benci dia tapi kenapa aku fikir pasal dia pulak, biarlah dia nak datang balik atau tidak, marah pAryani pada dirinya.
YOU ARE READING
Maafkanlah Aku
RomanceRose Aryani begitu terluka dan kecewa setelah mendengar seorang wanita mengakui sebagai kekasih suaminya. Aryani yang merasa cintanya hanya bertepuk sebelah tangan akhirnya tidak lagi mampu untuk bertahan. Aryani akhirnya pergi membawa diri untuk me...