38.Buat-buat Tak Nampak

55 1 0
                                    

Aryani meletakkan barang-barang keperluan penting yang dibelinya untuk majlis perkahwinannya ke dalam kereta BMW pacuan empat roda yang dipandu oleh pengawal peribadi Syed Ismeth. Setelah dua minggu berada di Kula Lumpur hujung minggu itu Aryani dan tunangnya balik ke kampung untuk menghantar keperluan perkahwinan mereka ke rumah baru atok dan neneknya yang sudah didiami minggu lepas. Rumah lama akan diroboh selepas selesai majlis perkahwinan Aryani nanti.
Semalam Aryani menghubungi atoknya dan menurut Bakar semalam sebuah lori sampai menghantar set perabot bilik tidur untuk semua bilik di rumah tersebut termasuk sebuah sofa untuk ruang tamu. Cuma bilik tidur Aryani yang juga akan digunakan sebagai bilik pengantin masih kosong. Aryani tersenyum mendengar cerita Bakar sebab semalam dia dan Syed Ismeth telah pergi ke sebuah kedai perabot mewah dan Syed Ismeth meminta Aryani memilih sendiri perabot untuk bilik tidur mereka.
"Sayang, kedai perabot yang kita beli semalam cal saya tadi. Perabot bilik tidur kita mereka dah hantar pagi tadi, malam ni bolehlah kita try?" membutang Aryani mendengar berita yang didengarnya.
"Kita nak try? Awak ni dah tak betulkah apa?. Awak trylah sorang-sorang malam ni saya tidur bilik lain" Syed Ismeth tergelak memikirkan kata-katanya tadi. Tidak sedar masa meluahkannya.
"Sorry, saya lupa excited sangat. Saya tidur dulu petang nanti lepas Zohor dan awak malam nanti dekat situ. Macam tu bolehkan?"
"Macam tu tak apalah. Kalau boleh malam nanti nak tidur dengan nenek, rindu sangat sebab dua minggu tak jumpa nenek" balas Aryani sambil memandang tunangnya yang sedang memandu di sebelahnya. Kepulangan kali ini Syed Ismeth memandu kereta Lamborghini Sian, salah satu daripada beberapa koleksi kereta mewah kesayangan yang terdiri antara sebuah Porsche 918 Spyder Concept, Alfa Romeo Brera, BMW 6 series dan sebuah Dodge Dart.
"Oh terlupa pulak, sudah dua minggu saya memisahkan seorang nenek dengan cucu kesayangannya mestilah orang tu rindukan?" tambah Syed sambil tersenyum.
"Yalah tu, kang saya tak nak ikut awak balik KL macam mana?" cuba menduga hati tunangnya.
"Don't do like thatlah sayang, saya boleh gila kalau macam ni. Apa saya nak buat dalam pejabat tu kalau awak tak ada" balasnya bagai memohon ehsan dan simpati Aryani.
"Oo..Jadi pasal kerjalah saya penting pada awak" balas Aryani dengan nada suara yang merajuk. Syed Ismeth tersedar jawapannya tadi membuatkan Aryani berjauh hati.
"Sayang! Tak dalah pasal kerja tu yang penting bagi saya. Jangan salah faham ya. Kerja tu nombor dua tapi penting jugak sebab kerana kerjalah awak ada hari-hari bersama saya di pejabat. Kalau diberi pilihan antara kerja dan awak mestilah saya pilih awak sebab awakkan separuh daripada nyawa dan semangat saya. Kehidupan saya tidak akan bererti tanpa awak. Walaupun orang nampak saya hidup, boleh berjalan dan bernafas kalau awak tiada di sisi saya sebenar saya hidup tanpa nyawa dan perasaan. Semuanya ada pada awak, percayalah dan suatu hari nanti awak akan memahaminya" Aryani merenung wajah tunang cuba memahami kata-kata yang dizahirkan oleh lelaki itu kemudian dia tersenyum sendiri.
"Kenapa awak senyum, saya cakap yang lucu err..?" hairan melihat Aryani tersenyum mendengar kata-katanya tadi.
"Tak, saya terharu mendengarnya. Saya janji akan tetap berada di sisi awak sepanjang hayat saya. Walaupun terpisah mungkin pada jasadnya bukan hati dan perasaan saya. Hati dan perasaan saya pada awak, untuk awak dan milik awak untuk selamanya" giliran Syed Ismeth pula tersenyum selepas mendengar jawapan Aryani.
"Awak cakap nak beli KFC untuk atok dan nenek tadikan, jom kita singgah bandar dulu. Kalau beli dekat KL tadi tentu sejuk baru sampai rumah, tak sedap pulak" Aryani setuju dengan cadangan Syed Ismeth . Lamborghini Sian laju membelah jalan memasuki laluan menuju ke Bandar Kuantan. Kereta BMW pancuan empat roda yang dipandu pengawal peribadinya terpaksa mengikut rentak pemanduan majikan supaya sentiasa di belakang kereta tersebut.
Dahi Helmi berkerut melihat sebuah Lamborghini Sian yang diiringi sebuah BMW pancuan empat roda tiba-tiba muncul di Bandar Kuantan. Seperti pernah dia nampak kereta tersebut sebelum ini tetapi kemunculan kereta tersebut di bandar Kuantan membuatkan dia agak terkejut.
Helmi baru selesai menguruskan kes penceraiannya. Setelah Datuk Kadir tiada lagi hubungannya dengan Norliza terpaksa juga ditamatkan kerana perempuan tersebut adalah pilihan Datuk Kadir untuknya. Soal anaknya yang berusia lima tahun itu diserahnya di bawah jagaan bekas isterinya Norliza yang mempunyai pekerjaan tetap sebagai seorang guru sekolah rendah.
Helmi mengambil keputusan untuk mengikut kereta tersebut untuk memastikan apa yang sedang difikirkan di kepalanya tepat tentang pemilik kereta mewah yang tiba-tiba mncul di Bandar Kuantan hari itu. Helmi tahu bahawa pacuan empat roda yang membawa empat orang di dalamnya yang sentiasa membuntuti perjalanan kereta tersebut adalah kereta pengawal peribadi pemilik Kereta Lamborghini Sian.
Syed Ismeth memberhentikan kereta di petak kosong di hadapan bangunan sebuah restoran KFC dan kereta pengawal peribadinya mengisi petak kosong yang bersebelahan. Melihat lelaki yang melangkah keluar dari kereta tersebut Helmi tersenyum apabila tekaannya tepat cuma dia tidak pasti tujuan lelaki tersebut datang ke Bandar Kuantan.
"Apa billionaire ni buat dekat sini?" Helmi terus memerhati lelaki tersebut bergerak menuju ke pintu sebelahnya lalu membukanya dan seorang perempuan bertudung melangkah keluar dari pintu kereta tersebut. Helmi tidak dapat melihat dengan jelas wajah perempuan tersebut kerana dilindungi oleh tubuh Syed Ismeth Syaqimie.
Helmi mencapai majalah niaga dalam keretanya yang dibelinya semalam dan kalau tidak silap ada cerita mengenai lelaki jutawan itu dan muka depan majalah itu adalah wajah lelaki tersebut serta biodatanya dimuatkan sekali.
'Bulan depan baru masuk dua puluh sembilan tahun dan masih bujang' Helmi membaca setiap maklumat yang ditulis tentang biodata lelaki tersebut. "Tak sangka pulak test lelaki ni perempuan bertudung tapi tak mustahil kalau perempuan tu cantik. Apa salahnya aku pergi dekat situ mana tahu ada rezeki dia sudi berkenalan, dapat juga kembangkan bisness ayah aku" Helmi berdialog sendiri sambil melangkah keluar dari kereta yang dipangkir tidak jauh dari situ.
Lelaki tersebut nampak begitu mesra dan bergurau senda dengan teman wanita. Semasa melangkah memasuki pintu utama bangunan KFC lelaki itu memeluk pinggang teman wanitanya dari belakang selepas itu mereka melangkah beriringan masuk ke dalam. Pasangan tersebut memesan set famili bucket sebanyak empat set untuk dibawa balik. Semuanya diserahkan kepada salah seorang dari dua orang pengawal peribadinya untuk di bawa balik.
Semasa bergerak keluar barulah Helmi dapat melihat dengan jelas wajah teman wanita lelaki tersebut. Terbeliak matanya apabila terpandang gerangan gadis tersebut. Pelbagai persoalan mula menyesak kepalanya memikirkan apa yang dia nampak di depan matanya sekarang. Jadi inilah sebab kenapa Pak Bakar dapat menebus tanah dan mendirikan sebuah rumah besar di kampungnya. Pak Bakar menolak lamarannya dengan alasan cucunya sudah ada pilihan sendiri dan tidak lama lagi akan bertunang dan berkahwin. Kalau inilah lelaki yang dimaksudnya semangat Helmi sudah lemah. Lebih baik mengundurkan diri kerana dia bukan saingan lelaki itu. Sepuluh buah syarikat seperti ayahnya lelaki itu mampu membelinya.
Persoalan yang masih tiada jawapan adalah macam mana Aryani boleh menjadi kekasih lelaki jutawan itu sedangkan lelaki itu tinggal di Kuala Lumpur dan Aryani adalah gadis kampung yang jarang keluar rumah. Dalam memikirkan jawapan Helmi tidak sedar dirinya sudah berdiri di hadapan pasangan tersebut dan hampir terlanggar tubuh Aryani. Mata Helmi bertembung dengan mata Aryani. 'cantiknya dia' bisiknya dalam hati. Situasi yang membuatkan Syed Ismeth akhirnya campur tangan.
"Sayang ok tak?" Syed lantas memaut tubuh Aryani dekat dengannya apabila melihat lelaki itu terus merenung Aryani tanpa berkelip.
"Encik any problems?, kenapa jalan tak pandang depan. Nasib baik tidak terlanggar my fiancée" suara Syed Ismeth yang sedikit tinggi menyedarkan Helmi. "Maaf, saya tak nampak" sahut Helmi.
"Tak nampak atau buat-buat tak nampak" Syed Ismeth dapat rasakan lelaki itu ada sesuatu.
"Encik Helmikan?" Aryani bersuara membuatkan Syed Ismeth memandang Aryani kemudian memandang lelaki di depannya. Terukir senyuman nipis di bibir Helmi apabila Aryani mengenalinya dan menyebut namanya.
"Sayang kenal ke?" Syed Ismeth mengamati wajah lelaki itu. Sengaja dia seperti tidak mengenali lelaki itu.
"Betulkan awak Encik Helmi anak Datuk Kadir, bekas majikan atok saya" Helmi menganggukkan kepala mengiakan soalan Aryani.
"Kenalkan tunang saya Syed Ismeth Syaqimie" Aryani berbahasa basi memperkenalkan Syed Ismeth Syaqimie kepada Helmi. Aryani tersenyum melihat wajah tunangnya yang mencuka menyambut tangan Helmi. Cemburulah tu, desis Aryani dalam hatinya.
"Ok kami minta diri dulu. Jom sayang kita balik" Syed Ismeth terus menarik tangan Aryani lalu segera melangkah menuju ke kereta.
"Tak baik tau awak buat macam tu" Aryani bersuara sebaik kereta mereka bergerak keluar menuju ke jalan raya.
"Pada lelaki tu saje saya macam tu. Saya kenal dia tu tadi" sahut Syed Ismeth sambil mata memandang ke jalan raya.
"Awak kenal dia?" tanya Aryani sambil mengerutkan dahinya memandang Syed Ismeth .
"Bukankah dia yang kita jumpa bersama Katrina dekat restoran hari tu, awak dah lupa ke?. Saya cam lagi wajah tu walaupun tak tengok dekat-dekat"beritahu lelaki tersebut sambil fokus pada pemanduannya.
"Ya tak ya juga, saya lupa. Tapi dia kenal awak tak?" Aryani menyoal kembali.
"Awak, atok dan nenek aje yang tak kenal siapa saya" Aryani mengerutkan dahinya mendengar jawapan Syed Ismeth.
"Saya, atok dan nenek. awak ni biar betul. Awak ni terkenal sangat ke?" Syed Ismeth sudah tergelak mendengar jawapan Aryani.
"Lebih kurang macam tulah sayang oi. Awak je yang tak kenal siapa saya" nada suara seperti sedang kecewa.
"Sebab muka awak tak pernah keluar dalam iklan kicap dekat tv. Sebab tu saya, atok dan nenek tak kenal awak" Syed Ismeth geram mendengar jawapan Aryani pantas hidung gadis itu dipicit dan ditariknya.
"Oi sakitlah!" Aryani menepis kuat tangan Syed Ismeth kemudian menggosok hidungnya yang sudah bertukar warna merah. Kesihan pula Syed Ismeth melihat hidung tunangnya sudah seperti badut.
"Betul awak memang tak kenal saya?" Aryani mengangguk mendengar soalan Syed Ismeth .
"Saya tak perlu tahu siapa awak mengikut pandangan mata orang lain. Cukuplah saya kenal awak tunang saya, lelaki yang saya sayang sepenuh hati, lelaki yang bakal menjadi suami dan imam saya, insyaallah ayah kepada anak-anak saya nanti dan peneman saya hingga ke hari tua sehingga saya menutup mata".Syed Ismeth tersenyum mendengar jawapan yang membawa maksud yang mendalam.
"Macam saya kenal awak, seorang gadis yang sentiasa asli dengan dirinya yang sebenar, gadis yang sentiasa membuat saya rasa rindu dan bahagia, gadis yang sentiasa dalam hati saya, gadis yang saya cinta sepenuh jiwa dan raga. Saya gembira kerana memiliki gadis yang tidak menipu dirinya sendiri dan orang lain. Gadis yang tahu menjaga kehormatan diri dan yang paling penting gadis yang memiliki wajah yang sentiasa menjadi lukisan di hati saya sejak dulu, kini dan selamanya" Aryani tersenyum menatap wajah tunangnya ketika tangan lelaki itu mengelus perlahan pipinya. Bahagia hatinya di kala itu hanya tuhan saja yang tahu.






Maafkanlah AkuWhere stories live. Discover now