Hari pertama masuk ke pejabat bersama tunangnya Aryani menjadi perhatian semua pekerja yang berada di bangunan Wisma Al-Walid. Meja Fatima yang kelihatan kemas dan teratur kini menjadi miiknya buat sementara waktu menyandang jawatan sebagai setiausaha sementara di situ. Syed Ismeth menerangkan satu-persatu tugas yang Aryani perlu dilakukan sebagai seorang setiausahanya.
"Sayang! cuma satu perkara yang nak saya beritahu awak. Saya harap awak faham dan tidak cepat melatah nanti. Saya pun tidak suka tapi saya tidak boleh menghalangnya". Perihal kemunculan Katrina yang kerap datang mengunjuginya dan sikapnya Katrina yang kadang-kadang di luar dugaan bimbang melukakan perasaan Aryani.
"Awak tak boleh elak ke?" Syed Ismeth menggelengkan kepala.
"Dia dan semua pekerja di sini tidak tahu saya sudah bertunang dan awak adalah tunang saya. Saya cuma akan hebahkan bila kad jemputan kita sudah diedarkan nanti tapi mereka mungkin tak tahu siapa perempuan yang bakal menjadi isteri saya dan sebab tu saya tak mahu memperkenalkan nama sebenar awak kepada sesiapa" Aryani mengerutkan dahinya mendengar penjelasan Syed Ismeth .
"Kenapa, sebab saya tak sepadan dengan awak ke atau awak malu nak mengaku saya ni bakal isteri awak sebab saya ni perempuan kampung yang cuma belajar setakat SPM" jauh hati dan rendah diri bila memikirkan penjelasan Syed Ismeth kepadanya tadi.
"Tak sayang, bukan sebab tu malah saya tak terfikir langsung pun pasal tu. Memandangkan awak seperti terasa hati baik saya berterus terang sekarang. Saya risaukan Katrina. Dia ni lain sikit dan saya rasa tidak sedap hati setiap kali saya bincangkan tentang hubungan kami. Kat macam tak boleh terima kenyataan yang saya tidak cintakan dia malah dia mendesak supaya saya melamarnya. Dia bersungguh-sungguh agar perhubungan kami sampai kealam perkahwinan sedangkan mama dan datuk pun tidak setuju kalau saya mengahwini Katrina. Pelbagai alasan sudah saya berikan tapi Kat macam tak mahu faham malah semakin mendesak. Saya takut Kat akan bertindak di luar dugaan kalau tahu tentang kita. Saya takut awak mengalah dengan ugutannya. Saya tak mahu kehilangan awak. Kalau dia tahu selepas kita sudah ada ikatan yang sah mungkin dia akan mengalah dan tidak mengganggu kita" Aryani mengangguk menunjuk kefahamannya pada penjelasan Syed Ismeth .
"Tapi awak yakin ke yang perempuan tu akan terima begitu saja perkahwinan kita sedangkan dari apa yang saya dengar dan faham cerita awak perempuan tu macam pencinta finatik awak. Maksud finatik ni mesti awak fahamkan, sanggup lakukan apa saya demi mendapatkan sesuatu. Harap awak faham maksud saya" giliran Syed Ismeth pula menganggukkan kepalanya.
"Saya akan lindungi awak, rumah tangga kita walaupun nyawa saya menjadi galang gantinya" lantas mendekati Aryani lalu memeluk dan mencium kepala gadis itu.
"Saya tak mahu awak korbankan nyawa untuk saya. Saya tak mahu awak tinggalkan saya seorang diri seperti ibu dan ayah tinggalkan saya sejak lahir. Saya tidak sanggup hidup tanpa awak. Saya nak jadi isteri awak sepanjang hayat saya" Aryani membalas pelukan di pinggang tunangnya. Mereka berdakapan buat beberapa ketika di dalam bilik pejabat tunangnya sebelum Aryani meleraikan pelukannya untuk meminta diri untuk melihat tugas-tugas yang ditinggalkan oleh Fatima.
"You datang dengan bos kita, you siapa dengan dia?" tanya salah seorang pekerja perempuan syarikat Al-Walid Mega yang mendekati mejanya.
"Kami berkawan dan dia minta tolong saya di sini sepanjang tempoh Fatima bercuti" balas Aryani sambil membalas senyuman rakan sekerjanya Masitah yang minta Aryani memanggilnya Kak Mas.
"Nak panggil nama apa?"
"Panggil Yani aje" sahut Aryani sambil tersenyum. Masitah mengangguk sebelum kembali semula ke mejanya.
Aryani merenung dari kaki sebelum bergerak ke atas melihat perempuan yang berdiri di depan mejanya. Skirt pendek paras lutut dengan blouse tanpa lengan dan butang di bahagian paling atas bajunya dibiarkan terbuka. Tanpa kasut tumit tinggi mungkin dalam ketinggian lima kaki lima inci, berkulit sawo matang dan hidung tidak begitu mancung menampakkan jelas dirinya memang minah salleh celup dengan warna rambutnya yang kekuningan seperti warna bulu tupai. Mengamati wajah itu Aryani pantas mengingati sesuatu. Dialah Katrina, gadis yang pernah dilihatnya bersama Syed Ismeth sewaktu menziarahi Tan Sri Dato' Syed Bahrin di hospital bulan lepas.
"Kau pekerja baru yang ganti tempat Fatima ke?" tanyanya sedang nada yang kasar. Aryani menganggukkan kepalanya. 'Berani kau cakap kasar macam ni dengan gangster Perempuan Melayu terakhir Kampung Pinang' rungut Aryani dalam hatinya.
"Kekasih I ada dalam bilik dia ke, I nak jumpa dia" Aryani menelan air liur mendengar perkataan kekasih yang disebut oleh Katrina.
"Tunggu sekejap saya nak tanya bos dulu, nanti dia marahkan saya kalau tak minta kebenaran untuk benarkan sesiapa masuk" sambil jarinya menekan butang telefon direct line di atas di atas meja.
"Bos!",
"Ya sayang, kenapa?"
"Cik Katrina, kekasih bos nak jumpa boleh ke?"
"Sayang please, saya tak sukalah awak sebut perkataan tu. Dia bukan kekasih saya but you my dear" ada nada kesal pada suaranya. Aryani juga merasa sepertinya.
"Boleh ke?" tanyanya untuk kepastian sekali lagi.
"Cakap saya sibuk, ada meeting 15 minit lagi"
"Ok, nanti saya cakap pada dia" kembali melihat Katrina selepas menamat panggilan.
"Cik Kat, Tuan Syed sibuk sebab 15 minit nanti dia ada meeting" Katrina berdegus mendengar jawapan Aryani. Dia tahu itu sekadar alasan lelaki itu untuk mengelak bertemunya. Katrina terus merempuh bilik Syed Ismeth dengan wajah yang masam mencuka. Aryani terpingga-pingga dibuatnya.
"Maaf bos, saya dah cuba halang tapi"
"Its ok, awak duduk sini sebab saya ada sesuatu nak cakap sebelum keluar meeting sekejap lagi" Aryani mengangguk lalu mengambil tempat duduk di hadapan meja majikannya tanpa memperdulikan kewujudan Katrina dalam bilik itu.
"Is, you sengaja cari alasan untuk menggelak jumpa I kan? Why Is?"
"Sorry Kat, I betul-betul sibuk sebab lepas ni ada meeting. I malas nak bersembang perkara yang tidak penting dengan you sampai mengganggu preprations I untuk mesyuarat nanti. Sahutnya sambil membelek-belek sebuah fail di atas meja.
"I nak tanya you kenapa you tak minta tolong I carikan you secretary baru untuk ganti sementara tempat Fatima atau kenapa you tak lantik mana-mana pekerja lama you yang lebih berpengalaman. Mana you jumpa dia ni. Boleh ke budak mentah macam ni buat kerja" sakit hatinya apabila desas desus yang didengarnya bahawa secretary baru yang mengganti tempat Fatima seorang gadis yang muda dan sangat cantik. Lebih menyakitkan apabila mendengar laporan dari informernya yang ada di syarikat tersebut yang Syed Ismeth begitu mesra dengan secretary barunya dan setiap hari gadis tersebut menumpang kereta Syed Ismeth. Apabila melihat sendiri Aryani hatinya semakin risau dan sakit apabila mendapati Aryani jauh lebih cantik berbanding apa yang dibayangkan olehnya.
Syed Ismeth mengeluh mendengar komen Katrina.
"Kat, ni syarikat I. I tahu apa yang I buat dan you tak perlu masuk campur. Dan buat pengetahuan you mama I yang calonkan dia sebagai secretary I" Katrina mengetapkan bibirnya mendengar jawapan Syed Ismeth .
"Kenapa dia tumpang kereta you setiap hari?"Syed Ismeth tidak pasti dari mana Katrina dapat sumber tersebut.
"Kereta I Kat, ikut suka I nak bawa siapa, mama I sendiri pun tak kisah"
"Asyik-asyik mama you. Sampai bila you nak dengar cakap mama you" marah Katrina mula memuncak.
"I cuma ada dia Kat, syurga seorang anak di bawah telapak kaki ibu. You tidak pernah rasa macam mana jadi anak yatim atau yatim piatu" Katrina berdegus mendengar jawapan Syed Ismeth, lelaki itu macam sengaja mahu menyakitkan hatinya.
"Papa dan mama I jemput ke rumah hujung minggu ni, anniversary dia orang" beritahu tentang tujuan kedatangannya pada hari itu.
"You boleh cakap benda tu dalam telefon"
"Banyak kali I cal tapi you tak angkat fon"
"I sibuk, you boleh whatsapp" jawan lelaki itu selamba.
"You mana pernah tak sibuk. Marah Katrina lagi. Aryani hanya jadi pendengar setia. Dia hairan apa perlunya Syed Ismeth menahannya supaya duduk di dalam bilik itu. Kalau sekadar mendengar perdebatan yang tak tahu apa tajuk dan tak ada isi pentingnya lebih baik dia ke pantry untuk buat segelas neslo untuk dirinya sendiri.
"Tengoklah nanti kalau I ada masa" sahut lelaki itu kemudian.
"I dah agak itu jawapan you. Malam ni I tunggu di tempat kita selalu makan dulu. Mesti tau dalam pukul 8. I tak nak dengar sebarang alasan dari you" ucapnya sebelum berlalu keluar dari bilik tersebut. Sebelum melangkah tadi matanya tajam menjerling Aryani.
"I dah agak itu jawapan you, malam ni I tunggu ditempat kita selalu makan dulu" ejek Aryani dengan suara yang dibuat-buat membuatkan Syed Ismeth tergelak melihat gaya dan aksi Aryani meniru ayat yang dituturkan oleh Katrina.
"Awak pergi tak nanti" tanyanya sambil memanang wajah Syed Ismeth .
"Awak rasa macam mana, saya nak pendapat awak?" ingin kepastian dari Aryani.
"Pergilah tapi jangan balik lewat sangat" risau kalau lelaki itu terpaksa membuat keputusan kerana demi menjaga hatinya.
"Tengoklah nanti kalau saya tak letih atau berminat nak pergi" Aryani diam sahaja mendengar jawapan lelaki itu.
"Saya minta diri dulu, ada kerja nak buat" beritahunya sebelum berlalu meninggalkan bilik CEO Al-Walid Mega.
YOU ARE READING
Maafkanlah Aku
RomanceRose Aryani begitu terluka dan kecewa setelah mendengar seorang wanita mengakui sebagai kekasih suaminya. Aryani yang merasa cintanya hanya bertepuk sebelah tangan akhirnya tidak lagi mampu untuk bertahan. Aryani akhirnya pergi membawa diri untuk me...