Syed Ismeth dan orang-orangnya terus mengerjah masuk ke pejabat WCC setelah mendapat khabar isterinya hampir pengsan sewaktu terjumpa sebilah pisau berdarah dia atas mejanya.
“Where my wife office?” tanyanya kebetulan Susan berada di mejanya. Susan seperti terpana apabila ternampak Syed Ismeth sebelum menunjukkan arah bilik Aryani dengan jarinya.
“Tapi encik, your wife sekarang dalam ofis Tan Sri Dato' Wong sejak tadi” baru saja Syed Ismeth hendak melangkah pintu bilik terbuka dan keluar dua orang anggota polis diikuti isterinya dan Tan Sri Dato' Wong. Sebaik sahaja saling bertatapan Aryani segera mendekati lalu terus memeluk suaminya.
“Sayang are you ok?” tanya Syed Ismeth sambil tangannya menggosok-gosok belakang isterinya. Tubuh isterinya turut dipeluknya erat. Aryani hanya mengangguk.
“Apa sebenarnya berlaku grandpa?” tanya Syed Ismeth turut membahasakan Tan Sri Dato' Wong dengan panggilan itu sejak mengetahui lelaki tersebut adalah datuk kepada isterinya.
“Rasanya ada orang yang cuba menakut-nakut isteri you. Apa motifnya I tak pasti my be musuh dalam selimut yang sedang I siasat sekarang” sahut Tan Sri Wong selepas menjemput Syed Ismeth dan Aryani masuk semula ke pejabatnya selepas kedua-dua anggota polis berlalu pergi.
“Maksud grandpa?” tanya Aryani ingin tahu cerita yang sebenar.
“Dalam syarikat ni sekarang, ada sedikit masalah yang sedang dalam siasatan. Wang syarikat mengalir masuk ke dalam satu akaun asing yang tiada dalam rekod syarikat. Kalau dikira kerugian yang dialami memang banyak kerana akaun ini telah wujud lebih sepuluh tahun" cerita Tan Sri Wong di hadapan cucu dan cucu menantunya.
“Setakat mana penyiasatan sekarang?” tanya Syed Ismeth berminat ingin tahu perkembangan penyiasatan tersebut. Sikap ambil berat mula menular dalam dirinya kerana isterinya akan merajui syarikat itu.
“Hampir menemui jawapannya cuma I perlukan bukti kukuh untuk membawa kes ni ke pihak atasan. Tunggu sedikit masa lagi. Kita boleh lihat keadaan kehidupan orang itu berdasarkan pendapat bulanannya. Semua yang bekerja di bawah kita, kita tahu tahap kemampuan mereka” Syed Ismeth mengangguk mendengar jawapan Tan Sri Dato' Wong.
“Sayang ok ke atau nak ikut abang balik dulu tenangkan fikiran” tanya Syed Ismeth sambil menatap wajah isterinya.
“Yani baliklah ikut suami, tenangkan fikiran. Grandapa bagi cuti hari ini. Grandpa pun ada urusan dekat luar nak jumpa seseorang berkaitan kes ni” Aryani mengangguk mendengar cadangan Tan Sri Wong sebelum melangkah keluar mengekori suaminya.
“Abang! Mungkin ada orang cemburu dan tidak puas hati bila Grandpa namakan Yani sebagai pewarisnya” hatinya mula seram sejuk apabila teringatkan kejadian di pejabat tadi. Darah apakah yang terdapat di pisau itu. Orang itu mungkin memberi isyarat bunuh kepadanya.
“Abang lagilah risau, abang takut tu bukan sekadar amaran. Orang tu memang tidak setuju dengan keputusan Tan Sri Dato' Wong, atau mungkin orang yang ada kaitan dengan kes menggelapkan duit syarikat selama ni” sambung Syed Ismeth pula.
“Mungkin juga orang tu harap dapat mewarisi segala harta dan kekayaan Tan Sri Dato' Wong dan WCC apabila grandpa tiada waris selama ni” tambah Aryani lagi.
“Dalam kes ni abang suspek mesti orang yang sudah lama bekerja dengan Tan Sri Dato' Wong. Tempoh lebih sepuluh tahun tu adalah jangka masa yang panjang. Banyak juga rasanya wang syarikat yang orang tu dah kebas” Syed Ismeth masih teringatkan masalah dalam WCC yang diceritakan oleh Tan Sri Dato' Wong sebentar tadi. Aryani juga sedang memikirkannya tapi dia cuma mendiamkan diri.
“Abang, Yani laparlah?” Syed Ismeth tersenyum mendengar suara isterinya. Sejak mengandung, kebelakangan ini isterinya kerap mengadu lapar dan teringin makan itu dan ini. Mungkin tempoh seorang ibu mengidam ketika mengandung. Jam pun sudah hampir menunjukkan pukul dua belas. Syed Ismeth membawa isterinya singgah makan tengah hari di Restoran Enak, salah sebuah restoran yang bertaraf lima bintang yang terletak di Starhill Gallery, Jalan Bukit Bintang.
Aryani tersenyum sebaik sahaja dapat tahu restoran tersebut menyediakan masakan melayu kampung. Hidangan istimewanya yang tersenarai di menunya seperti Botok-botok, Daging bakar asam jawa, Ayam goreng lengkuas dan manisan kelapa muda enak membuatkan air liurnya hampir meleleh.
“Sayang pernah makan sini?” Aryani menggelengkan kepalanya.
“Tak pernah sebab masak menu kampung Yani no problem tadi sejak dua menjak ni malas pulak nak masak” cerita sambil tersenyum melihat lauk pauk yang sudah tiba di meja.
“Pembawaan babylah tu?” Aryani tersenyum lagi mendengar jawapan suaminya.
Ketika pasangan tersebut hendak menikmati hidangan seseorang tiba-tiba muncul menegur Syed Ismeth.
“Hai Is, long time not see you. How are you?” pasangan tersebut sama-sama menoleh.
“Oh you!” tegur Syed Ismeth selamba. Aryani pun tidak lupa wajah perempuan itu. Semangatnya yang berkobar-kobar untuk menikmati lauk di hadapan mula padam. Syed Ismeth mula mengesan perubahan di wajah isterinya.
“I fine thanks. Oh ya Shasha lama dah I nak kenalkan wife I pada you. Kenalkan my beloved wife Rose Aryani Wong” Aryani cuba memaniskan wajah memandang Shasha dan Shasha nampak bersahaja. 'Berlagak baiklah tu kenalkan aku ni isteri dia, dulu tak pun nak kenalkan aku', desis Aryani dalam hatinya.
“I know coz sekarang gambar you berdua selalu keluar news dan bisness magazine. Dulu I tak tahu dia isteri you. Mana you pergi selepas tu sebab tak pernah nampak you lagi dan Is pun hilangkan diri?” tanya Shasha lagi.
“I sambung study dekat Sydney, my husband pun sama tapi dia habis dulu sebelum I dan I tinggal sana lagi setahun” Syed Ismeth setuju dengan cerita isterinya. Memang mereka sudah sepakat dengan cerita itu kalau ada yang bertanya tentang kehilangan mereka selama empat tahun.
“Sorry ya pasal apa yang berlaku sebelum ni. You jumpa I goda husband you sebab I cintakan dia dan I fikir dia pun cintakan I juga but malangnya I silap. I hampir rosakkan rumah tangga you berdua. You berjaya tawan hati dia lebih dari yang I sangka. Beruntung you dapat cinta dia. Walaupun kami lama kenal dan pernah berkawan rapat tapi cintanya bukan untuk I. I dah terima kenyataan dan redha dia bukan jodoh I. I doakan you berdua bahagia sampai ke akhir hayat. I harap boleh jadi kawan you berdua sampai bila-bila” Syed Ismeth yang mula tersenyum mendengar pengakuan Shasha terhenti apabila melihat Aryani hanya bersahaja seperti tidak beminat untuk mendengar.
‘Ceritalah apa saja Shasha, masa dah tak boleh nak ulang. Empat tahun aku merana kerana perbuatan kau dan sakitnya masih terasa sampai sekarang malah sampai sekarang aku tawar untuk percayakan cinta suami aku’bicara Ariyani dalam hatinya.
“You memang sahabat I dari dulu lagi dan tetap tak berubah sebab I tahu you perempuan yang baik. I doakan you bertemu jodoh lelaki yang baik juga” Shasha tersenyum mendengar jawapan Syed Ismeth sebelum meminta diri untuk beredar meninggalkan pasangan tersebut.
“Sayang! Kenapa ni? Nak abang suapkan” tanyanya apabila melihat Aryani termenung melihat makanan di atas meja. Aryani hanya menggelengkan kepalanya.
“Shasha mungkin benar atau sekadar untuk sedapkan hati saya seperti abang, tak macam Katrina” sahutnya tapi wajah sayu seperti mengingatkan sesuatu.
“Kenapa Katrina?” soalnya sambil mengerutkan dahi.
“Kata-kata Kat seperti satu kebenaran. Kata-katanya masih Yani ingat sampai sekarang dan benda itu kemudian betul-betul terjadi antara abang dan Shasha seperti apa yang Kat cakap sebab tu hati Yani hancur sangat dan fikir nak tinggalkan abang untuk selama-lamanya” matanya mula berkaca-kaca bila kenangan itu mengimbau kembali.
“Dahlah sayang, tak baik menangis depan rezeki. Abang percaya pengakuan Shasa tadi jujur dan ikhlas. Tentang Kat tu abang tak tahu apa yang dia dah buat dah beritahu pada sayang tapi abang yakin ia perkara yang tidak baik dan berniat hendak memecah belahkan kita. Abang marah dia begitu juga Shasha dan lepas tu mereka berdua tak berani lagi jumpa abang” Syed Ismeth menceritakan perkara yang sudah setahun berlalu kepada isterinya.
“Syukurkan Shasha tak ambil hati dan masih mahu tegur abang dan redha dengan apa yang berlaku serta sanggup ceritakan perkara yang sebenar. Katrina abang tak tahu di mana dia sekarang. Abang dengar syarikat papanya hampir muflis tapi beberapa bulan kebelakangan ini abang dengar Dato’ Dani dah bayar semua hutangnya dan syarikatnya kembali mengorak langkah. Dato’ Dani ada potensi sebagai peniaga yang berjaya cuma dulu dia tersilap melabur hingga menjahanamkan syarikatnya. Tak tahu siapa yang tolong dia bayar semua hutangnya. Banyak jumlah yang dia laburkan waktu tu, kalau tak silap abang hampir 50 juta. Tu yang dia beria-ia suruh Katrina ajak abang kahwin. Datuk yang ceritakan semuanya pada abang” Aryani khusyuk mendengar cerita suaminya sambil menikmati makanannya.
“Kerana sememang abang memang tidak cintakan Katrina, abang bagi pelbagai alasan untuk mengelak dan menolak dan alhamdulillah abang jumpa sekuntum bunga rose yang sedang mekar di dalam taman atok dan nenek di kampung Pinang Sebatang..” Aryani tersenyum pahit mendengar cerita suaminya.
“Rose berduri yang sangat cantik dan harum, maka abang petiklah untuk menjadi penyeri hidup abang. Rose bukan saja berduri tapi cepat merajuk. Durinya memang melukakan abang tapi abang tetap sayang dan simpan ia di taman hati abang sebab ia cantik dan berbau harum. Selepas mencium dan menikmati keharumannya barulah mata abang boleh terlena”.
“Tapi ros tu takkan segar sampai bila-bila, bila layu ia akan dibuang juga” tambah Aryani tanpa memandang wajah suaminya sambil terus menikmati makanan di pinggannya.
“Tak sayang, walaupun layu dan kering abang akan awetkan ia kemudian simpan dan jaga sampai ke akhir nafas abang” Aryani sudah tergelak, lucu mendengar jawapan suaminya. Syed Ismeth faham kenapa isterinya ketawa. Aryani tidak akan percaya dengan ucapannya. Matanya terus memandang isterinya dengan renungan yang begitu kasih dan romantik mengharapkan agar isterinya memahami segala isi hatinya. Dia tidak akan menyerah sehingga isterinya menyedari ketulusan hati dan cintanya.
YOU ARE READING
Maafkanlah Aku
RomanceRose Aryani begitu terluka dan kecewa setelah mendengar seorang wanita mengakui sebagai kekasih suaminya. Aryani yang merasa cintanya hanya bertepuk sebelah tangan akhirnya tidak lagi mampu untuk bertahan. Aryani akhirnya pergi membawa diri untuk me...