14.Love At First Sight

80 1 0
                                    

Tidak pernah ada perempuan yang membuat dirinya rasa sebahagia itu. Siang malam pagi petang hanya bayangan wajah itu yang sering muncul di depan matanya. Syed Ismeth tersenyum sendiri bila memikirkan tentang Rose Aryani. Sejak hari pertama Aryani muncul di hadapannya, debaran yang dirasanya kekal sampai sekarang. Dia merindui sentuhan pertama tangan Aryani walaupun sentuhan pertama itu adalah satu tumbukan yang menyakitkan.
Puan Sharifah Ratnah menyedari perubahan anaknya sejak kembali dari percutian dua minggu yang lalu. Senyuman yang tidak lekang di bibir anaknya menimbulkan tanda tanya di hatinya. Syed Ismeth rapat dengan Katrina dan mungkin mereka sudah membuat keputusan untuk lebih serius. Katrina cantik orangnya dan datang dari keluarga yang kaya raya, n,amun selama ini Syed Ismeth tidak pernah menyuarakan hasrat untuk memperisterikan Katrina.
Puan Sharifah Ratnah tidak akan menentang siapa pun pilihan anaknya, kaya atau miskin bukan ukuran untuk menentukan kebahagian seseorang. Kalau di antara Syed Ismeth dan Katrina sudah saling jatuh cinta dan membuat keputusan untuk berkahwin Puan Sharifah Ratnah tidak akan menentangnya tetapi ada desas desus yang didengarnya tentang Katrina membuatkan wanita itu meragui hubungan yang terjalin antara Katrina dan Syed Ismeth. Puan Sharifah Ratnah lebih setuju Syed Ismeth memiliki seorang isteri yang lebih mengutamakan suaminya dan rumahtangga dan bukan wanita yang terpaksa membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya.
"Anak mama ni nampak happy, apa ada apa-apa ke yang mama tidak tahu ni?" tegur Sharifah sebaik sahaja Syed Ismeth tersenyum-senyum menuruni tangga menuju ke ruang tamu. Puan Sharifah Ratnah bersyukur dikurniakan seorang anak teruna yang kacak dan bijak seperti Syed Ismeth. Puan Sharifah Ratnah tahu anak terunanya itu mempunyai pakej lengkap yang sudah pasti menjadi kegilaan semua gadis. Gadis mana yang tidak menoleh sekiranya Syed Ismeth lalu di sebelah atau di hadapan mereka. Alhamdulillah dengan didikan agama yang cukup dari Tan Sri Dato' Syed Bahrin, Puan Sharifah Ratnah dan suaminya,Syed Ismeth telah berkembang sempurna akhlaknya yang seimbang antara dunia dan akhirat.
"Mama, Is sudah buat keputusan, Is akan bertunang" ayat tiga perkataan yang diluahkan oleh anaknya membuat mata Puan Sharifah Ratnah membutang memandang anaknya.
"Really, oh patutlah anak mama ni happy semacam, when?" tanya Puan Sharifah Ratnah yang tumpang gembira sebab akan menerima bakal menantu tidak lama lagi.
"Next week mama, Is dah belikan cincin dan dah beritahu datuk, minggu depan dua hari sebelum majlis tu dia akan balik ke sini. Dia nak ikut serta dalam rombongan meminang. Is serahkan pada mama tentang siapa lagi yang mama mahu ajak dalam rombongan kita nanti" sambil tersenyum menceritakan persediaan yang dibuatnya.
"Rupa-rupa kamu betul-betul mencintai Katrina, mama harap dia pilihan yang tepat dan terbaik untuk kamu" Syed Ismeth mengerutkan keningnya mendengar kata-kata mamanya sebelum dia tersenyum dan memberitahu perkara yang sebenar.
"Is bukan nak bertunang dengan dia mama, orang lain" giliran Puan Sharifah Ratnah pula memandang anaknya tanpa berkelip.
"Mama mati-mati ingatkan kamu bercinta dengan Kat selama ni, who that girl, pasti dia hebatkan sebab dapat goda dan tambat hati anak mama yang handsem ni" Puan Sharifah Ratnah begitu teruja ingin mengenali gadis yang bakal tunangan anak kesayangannya itu. Tidak pernah Syed Ismeth memperkenalkan atau membawa mana perempuan menemuinya sebelum ini kerana Puan Sharifah Ratnah tahu anaknya tidak pernah serius berkawan dengan mana-mana perempuan. Katrina lain sedikit kerana gadis itu dikenali oleh Syed Ismeth sejak zaman persekolahannya dan kini menjadi rakan niaga anaknya. Katrina sering muncul bersama orang tuanya dimajlis-majlis yang dianjurkan oleh rakan-rakan mereka dalam dunia perniagaan. Ayahnya juga merupakan ahli perniagaan yang amat dikenali.
"Rose Aryani binti Mohamad Hardy" Syed Ismeth menyebut lancar nama gadis yang bakal menjadi tunangannya itu. Puan Sharifah Ratnah terpana seketika selepas mendengar nama yang dilafaz lancar oleh anaknya.
"Cantik namanya, tentu orangnya cantik jugakkan?. Tak sabar mama nak melihat bakal menantu mama. Nanti mama uruskan semuanya. Pakaian kamu macam mana, kalau belum mama boleh tolong kamu pilihkan".
"Is sudah pergi tengok-tengok dalam butik kawan mama tu tapi beum cornfirm lagi. Kalau mama ada masa free nanti mama jumpa untie Lia dan bincang semula dengan dia. Kalau ada mama rasa nak tukar atau ubah mama buatlah tapi Is nak pakaian kami colour kuning muda",beritahu sambil tersenyum memandang mamanya.
"Insyaallah, esok mama akan ke butik Untie Lia, oh ya, boleh Is ceritakan lagi tentang bakal menantu mama tu" seronok bila Syed Ismeth mengambil keputusan untuk bertunang. Tak lama lagi dia akan dapat menantu dan bila menantunya nanti beranak pasti rumahnya nanti akan riuh rendah dengan suara cucu-cucunya.
"Yani anak yatim piatu mama. Ibu bapanya meninggal ketika Yani masih dalam kandungan dan sekarang dia dijaga oleh datuk dan neneknya di kampung" Syed Ismeth menceritakan bagaimana dia boleh berjumpa Aryani sekeluarga. Puan Sharifah Ratnah khusyuk mendengar cerita anaknya.
"Dua minggu Is terus ambil keputusan untuk bertunang?" tanya untuk mengetahui kenapa Syed Ismeth mengambil keputusan yang agak terburu-buru.
"Sebenarnya mama, Is tak mahu Yani terlepas ke tangan orang lain. Ramai yang nakkan dia sebelum Is tapi Yani dan keluarganya menolak walaupun Yani memang tak ada kekasih" tentang lukisannya Syed Ismeth tidak menceritakannya pada Puan Sharifah Ratnah.
"Is love at first sight pada Yani mama. Yani ada segalanya yang Is mahukan selama ini. Aryani mempunyai ciri perempuan yang Is dambakan rupa dan perangainya. Aryani cukup sempurna di mata Is. Is harap mama dapat terima Aryani seadanya" Puan Sharifah Ratnah hanya diam dan mengangguk mendengar pemintaan anaknya.
"Dia dan keluarganya kenalkah siapa Is yang sebenarnya" perempuan mana yang akan menolak jika tahu siapa lelaki yang melamar mereka.
"Tak mama, mereka cuma kenal Is dengan panggilan Ismeth sahaja. Mulanya Is nak kami terus berkahwin tapi Yani yang minta kami bertunang dulu untuk kenal hati budi masing-masing. Dia takut kalau Is ni orang yang tak baiklah atau kalau dia tak sesuai untuk Is". Puan Sharifah Ratnah cuba meramalkan sikap Aryani yang dimaksudkan oleh anaknya. Dari cerita anaknya memang Aryani dan keluarganya tidak langsung mengenali siapa Syed Ismeth Syaqimie. Menurut Syed Ismeth , Katrina sudah berkali-kali memujuk dan mengajak anaknya berkahwin cuma Syed Ismeth yang berat hati dan menolak dengan pelbagai alasan. Sehinggakan pernah Dato' Dani dan Datin Izzah sendiri yang berjumpa Tan Sri Dato' Syed Bahrin dan Puan Sharifah Ratnah untuk berbincang pasal hubungan Syed Ismeth Syaqimie Al-Walid dengan anak perempuan mereka. Tan Sri Dato' Syed Bahrin terang-terang memberitahu soal jodoh dan pilihan Syed Ismeth adalah terletak di tangan cucunya sendiri. Tan Sri Dato' Syed Bahrin tidak mahu masuk campur dalam urusan peribadi cucunya terutama soal perasaan. Ini yang menyebabkan Dato' Dani dan isterinya tidak berani lagi menimbul tentang perkara tersebut. Cuma mereka menggunakan Katrina untuk mendesak dan memujuk Syed Ismeth supaya cucu tunggal Tan Sri Dato' Syed Bahrin itu setuju untuk melamar dan menerima Katrina sebagai pasangan hidupnya.
Kolam besar itu harus digali melalui ikatan perkahwinan barulah syarikatnya boleh berdiri kukuh. Katrina pasti akan menjadi seorang isteri yang bertuah dan beruntung memandangkan apa yang bakal diwarisi oleh Syed Ismeth Syaqimie sebagai perwaris tunggal Tan Sri Dato' Syed Bahrin. Katrina adalah saluran utama untuk mencapai sesuatu yang menjadi matlamat utama Dato' Dani dan keluarganya.

Maafkanlah AkuWhere stories live. Discover now