05.Nenek Kemalangan

73 3 0
                                    

'Pahang, negeri besar macam ni takkan tak da yang menarik dekat sin' bisiknya dalam hati. Melimpasi Bandar Kuantan kereta dihalakan menuju ke Daerah Pekan. Matanya liar memerhati dan membaca papan tanda yang menunjukkan nama tempat yang dilaluinya. Sudah empat jam dia meninggalkan Kuala Lumpur mengikut kata hatinya yang dia sendiri tidak tahu ke mana hala tuju sebenar dirinya hari itu.
'Kampung Pinang' Syed Ismeth membaca papan tanda nama kampung yang dilaluinya.
'Ni dah macam nama kampung dalam cerita Pendekar Bujang Lapok?' bisiknya perlahan apabila teringatkan sesuatu yang mengaitkan ingatannya tentang nama kampung itu. Kadang-kadang sekali sekala ada juga dia melayan cerita-cerita lama terutama cerita-cerita seniman P. Ramlee kerana Tan Sri Dato' Syed Bahrin adalah peminat setia cerita-cerita lakonan allahyarham seniman P. Ramlee. Sambil menemani datuknya berbual matanya juga terikut menonton cerita-cerita tersebut. Ada adegan-adegan lawak dan lucu dalam filem-filem tersebut yang kadang kala turut membuatnya tergelak apabila mendengar dan melihatnya. Kadang-kadang ada yang terikut menjadi mainan mulutnya.
'Cobaan! Ya Allah cobaan' pemanduannya hilang kawalan apabila terkejut melihat seekor lembu sedang melintas di tengah jalan raya. Seorang wanita tua yang berada di tepi jalan turut menjadi mangsa keretanya ketika Syed Ismeth terpaksa membelok keretanya secara mengejut ke bahu jalan.
'Ya Allah, apa aku dah buat ni, bila masa pulak lembu tu ada dekat situ!" terus memberhentikan keretanya untuk mendapatkan melihat wanita tua yang telah menjadi mangsanya.
"Nenek tak apa-apa ke?" wanita tua yang rebah di bahu jalan itu sedang menahan kesakitan. Matanya menoleh ke kiri dan ke kanan, tiada siapa nampak kejadian itu. Boleh saja kalau ada niat hendak melarikan diri meninggalkan orang tua itu tapi dirinya bukan orang seperti itu. Ketika merintih menahan kesakitan wanita itu itu tidak mampu menjawab soalan Syed Ismeth. Syed Ismeth tidak mahu membuang masa, dengan pantas tubuh kurus wanita tua itu dicempungnya masuk ke dalam kereta.
Mundar madir di hadapan pintu wad kecemasan. Dalam hatinya tidak putus-putus mendoakan wanita tua tersebut selamat dan tidak mengalami apa-apa kecederaan yang teruk. Hampir setengah jam menunggu akhirnya seorang doktor melangkah keluar dari bilik tersebut.
"Saya Doktor Nasier, Encik saudara pesakit ke?" sambil berjabat tangan dengan Syed Ismeth .
"Tak, saya yang bawa dia ke sini tadi" segera menjawab soalan Doktor Nasier.
"Keadaan pesakit sudah stabil. Syukur keadaan tidak berapa membimbangkan. Tiada kecederaan di bahagian kepala cuma kaki kanannya mengalami kecederaan yang agak serius".
"Maksud doktor?" tanya Syed Ismeth yang kurang faham dengan penjelasan Doktor Nasier.
"Tulang kaki kanannya patah dan perlukan pembedahan untuk masukkan besi sokongan" tambah Doktor Nasier lagi.
"Buat yang terbaik doktor saya akan tanggung semuanya" Walaupun rasa bersalah namun Syed Ismeth bersyukur kerananya wanita tua itu dapat diselamatkan. Dia akan menanggung semua rawatan wanita itu sehingga sembuh kerana semuanya berpunca kerana kecuaiannya sewaktu memandu.
"Encik boleh melawatnya selepas kami pindahkan pesakit di wad biasa" Syed Ismeth cuma mengangguk mendengar penerangan Doktor Nasier. Di kaunter pendaftaran tadi Syed Ismeth telah minta wanita tua itu ditempatkan di wad VIP. Akibat kacuaian sebahagian daripada pakej istimewa untuk wanita tua itu.
Siti menatap wajah pemuda yang sedang berdiri di sisi katilnya. Dia masih ingat wajah pemuda itu yang mendekatinya semasa dia dilanggar kereta pagi tadi sewaktu dalam perjalanan ke rumah Beah. Mungkin lelaki itu pemilik kereta yang melanggarnya. Bila teringat lelaki kacak itu juga yang mencempung tubuhnya masuk ke dalam kereta Siti tersenyum sendiri, asyik dan seronok, eh teruklah nenek ni, tua-tua dan monopos pun masih nak menggatal lagi. Siti tersengih menunjukkan pagarnya yang dah roboh sebatang dua. Syed Ismeth membalas senyuman Siti.
"Syukurlah nenek tak apa-apa. Maafkan saya nek sebab tak sengaja terlanggar nenek pagi tadi. Saya tak sempat nak mengelak lembu yang tiba-tiba menyeberang jalan" cerita Syed Ismeth kepada Siti.
"Tak apa cu, cucu bukannya sengaja pun" Siti sebenar sudah terpikat melihat keramahan pemuda yang paling kacak yang pernah dilihatnya sepanjang hayatnya hidup di muka Bumi ini. Tok Bakar pun tak selawa itu masa muda-muda dulu. Kalau masa muda dulu dia jumpa pemuda itu pasti dia akan curang pada Tok Bakar. Hebatlah nenek ni sempat pulak mengalamun era sebelum empat puluh tahun yang lalu.
"Nenek ada nombor telefon yang boleh saya hubungi" tanya Syed Ismeth sambil menatap wajah Siti. Harap-harap nenek ni boleh ingat nombor telefon saudara maranya, bisik Syed Ismeth dalam hatinya. Mujurlah Siti memang ingat benar nombor telefon suaminya yang tercinta, lalu disebutnya satu persatu nombor tersebut dan Syed Ismeth menaip pada telefonnya.
"Nama cucu ni siapa?" Tanya Siti sambil merenung wajah anak muda yang masih berdiri di sisi katilnya.
"Ismeth nek" beritahu Syed Ismeth sambil tersenyum.
"Oh Ismeth Ulam Raja rupanya?"ujar Siti pula membuatkan Syed Ismeth tercenggang kemudian mengerutkan dahinya. Tapi apabila dapat menangkap maksud kata-kata nenek Siti tadi beberapa saat selepas itu akhirnya Syed Ismeth tergelak.
Setelah setengah jam berlalu,
"Nenek!" terpa seorang gadis tiba-tiba muncul bersama seorang lelaki tua.
"Nenek tak apa-apa?, risau Yani tau, siapa langgar nenek, kenapa orang tu buta sangat tak tengok orang tua macam nenek ni. Orang tu letak mata kat lutut kah apa?. Tulah nek suka merayau sorang-sorang. Lain kali jangan jalan sorang-sorang lagi. Cakaplah nek, nenek kenal ke siapa yang langgar nenek tadi. Nenek jangan risau nanti Yani dan atok belasah orang tu cukup-cukup. Yani patah kaki dia biar dia tak boleh jalan. Yani korek mata dia biar dia buta" Aryani melepaskan rasa geram dan marahnya.
Syed Ismeth terpana memerhati wajah gadis yang tiba-tiba muncul dan kemudian bercakap dengan nenek. Walaupun rambutnya berselindung di sebalik tudung yang menutupi kepalanya wajah itu menyerupai seseorang yang selalu dilihatnya tapi dia tidak pasti di mana. Tahi lalat mati di bawah bibir bawahnya menambahkan kemanisan dan keayuan wajah yang putih bersih itu. Setiap inci wajah gadis yang sedang mengutuk orang yang melanggar orang tua itu diamati tanpa berkelip. Gadis itu pula bertalu-talu mengutuknya tanpa henti.
'Opps! Bahaya betul perempuan ini, menakutkan aku', Syed Ismeth sudah kecut. Bicara gadis itu yang tidak putus-putus siap mengutuknya sekali membuat Syed Ismeth berundur setapak demi setapak menjauhkan diri. 'Garangnya perempuan ni, kena belasahlah aku lepas ni' ucapnya dalam hati.
"Nenek tak apa-apalah Yani, nenek selamat. Kaki nenek ni baiklah nanti bila doktor ganti dengan kaki besi. Lepas ni nenek boleh lari laju sebab nenek dah jadi bionic women" dengan bersemangat Siti memberitahu cucunya. Syed Ismeth yang berdiri tidak jauh dari situ tidak dapat menahan ketawa terus saja terkekek-kekek mendengar jawapan Siti pada cucunya. Aryani, Bakar dan Siti saling berpandangan. Aryani memberi isyarat matanya bertanya pada Siti gerangan lelaki yang berada di bilik tersebut. Gelagat lelaki yang tiba-tiba ketawa itu membuatkan Aryani kehairanan.
"Dia Is, dia yang langgar nenek dan hantar nenek kemari" selepas mendengar jawapan nenek, Aryani mengerutkan dahinya kemudian menautkan keningnya. Lelaki itu dipandangnya tanpa berkelip membuatkan Syed Ismeth berhenti ketawa dan kembali dengan wajah yang serius.
"Kau yang langgar nenek aku ya" Aryani terus mendekati Syed Ismeth, lagak gaya seperti singa yang ingin menerkam mangsanya, garangnya!
"Mana kau letak mata hah?" soalnya sambil jarinya menunding mata lelaki itu.
"Kat sini" sahut Syed Ismeth sambil jari tangannya menunjuk matanya, buat muka tidak bersalahnya memandang Aryani.
"Kenapa kau tak nampak nenek aku hah!" tanya Aryani lagi menyoal dengan wajah bengisnya mendonggak memandang wajah Syed Ismeth, siap bercekak pinggang pulak tu, takut!. Lelaki itu terlalu tinggi jadi terpaksalah dia mendongak.
"Saya nampak lembu" jawab Syed Ismeth yang disoal bagai seorang persalah tahanan reman.
"Ooh..lembu kau nampak, nenek aku yang comel tu kau tak nampak" Syed Ismeth hampir nak tergelak tapi terpaksa ditahan.
"Yani! Nenek tahulah nenek ni comel tapi janganlah puji lebih-lebih pulak, malu nenek tau tak" Siti menyampuk.
"Sebab lembu tu besar lagi dari nenek awak" Aryani membutangkan matanya mendengar jawapan lelaki di hadapannya.
"Kau..kau..jangan nak jual lawak dengan aku, nak rasa ni" Aryani terus menumbuk tubuh dan perut Syed Ismeth berkali-kali dan bertubi-tubi. Keras tapi kerana marah Aryani peduli apa.
"Yani!, sudahlah tu Yani, Yani perempuan tak baik tumbuk orang macam lelaki" Bakar yang lama diam akhir masuk campur dan bersuara apabila Aryani sudah mula membongkar hobi lamanya suka membelasah orang. Cuba menghalang tindakan Aryani tapi gadis itu terus menyerang tapi peliknya lelaki itu langsung tidak melawan walaupun tubuh terasa sakit dibelasah oleh Aryani.
"Kau ni lelakikah apa, lawanlah, Yani dah datang hantu ni tolong tangkap budak ni" Bakar cuba menyedarkan Syed Ismeth agar membantunya menghalang Aryani.
Syed Ismeth yang baru tersedar dengan teguran Bakar akhirnya bertindak, tubuh Aryani terus ditangkap dan dipeluknya kuat. Meronta-ronta Aryani cuba melepaskan diri dari pelukan tubuh sasa Syed Ismeth .
"Lepaslah! Apa peluk-peluk orang ni!" amarah Aryani masih lagi menguasai dirinya.
"Saya minta maaf, nenek tak apa-apa. Saya akan bertanggungjab dan tolong awak jaga nenek sampai dia sembuh. Awak cakap apa saja awak nak saya akan tunaikan, tapi janji jangan mengamuk dan pukul saya lagi" Syed Ismeth cuba memujuk Aryani yang berada dalam pelukannya.
"Betul tu Aryani, nenek yang kena ni pun tak marah. Nenek dah maafkan dia. Nenek tahu Is ni budak yang baik" Siti menyokong kata-kata Syed Ismeth .
"Nenek tu memang, pantang tengok lelaki dahi licin sikit. Atok cemburu baru padan muka nenek" Bakar dan Syed Ismeth sudah tergelak mendengar kata-kata Aryani. Lucu betullah budak ni. Muka dahlah comel. Makin comel pulak bila bawa mengamuk macam ni, bisik Syed Ismeth dalam hatinya.
"Lepaslah!" Aryani meronta minta dilepaskan. Perlahan-lahan Syed Ismeth meleraikan pelukannya dengan berhati-hati bimbang Aryani menyambung serangannya lagi.
Buk! Satu tumbukan menghentam perut Syed Ismeth, baru je nak cakap!. Muka lelaki itu sudah merah menahan kesakitan. Bakar dan Siti menggelengkan kepalanya melihat cepatnya Aryani bertindak melepaskan kemarahannya pada Syed Ismeth.

Maafkanlah AkuWhere stories live. Discover now