Aryani terkejut apabila Shima tiba-tiba muncul di pejabat Al-Walid. 'Tak kerjakah perempuan ni sehingga merayau sampai ke sini pulak?' bisik Aryani dalam hatinya. Hospital tempat Shima bertugas agak jauh dari tempat kediamannya dan Shima sering mengambil waktu bertugas syif di sebelah siang membuatkan mereka sukar berjumpa. Aryani dan Shima hanya kerap berhubung dan berbual melalui telefon.
"Hei pompuan, apa kau buat dekat sini?" tegurnya apabila Shima mendekatinya.
"Kau tak suka aku datang ke?" tanya Shima dengan wajah yang sedih.
"Kau jangan nak berlakonlah. Ingat kau boleh menangis tengok muka kau tu. kau tak kerjakah hari ni?" tanya Aryani malas mahu melayan wajah sedih palsu Shima.
"Tak, aku ambil cuti sebab nak jumpa kau" sahut Shima tersenyum. Segera wajah sedihnya tadi bertukar ceria.
"Plastik betullah kau ni. Kenapa nak jumpa aku. Kau ada masalah err?" tanya Aryani terus menyoal siasat Shima.
"Kau memang ada bakat jadi ahli nujum, jom kita keluar" ajak Shima lalu menarik lengan Aryani.
"Kau giler ke, sekarang masa kerja akulah" sambil matanya melihat jam dinding pejabat yang menunjukkan pukul sebelah pagi.
"Ala! Syarikat ni kan laki kau punya. Kau cakaplah kau nak keluar sekejap dengan aku. Ada hal sikit nak bincang. Suami kau bukan tak kenal aku" ujar Shima sambil memandang wajah Aryani.
"Tunggu jap, aku cakap dengan dia dulu" Aryani segera bergerak menuju ke bilik suaminya. Lima minit selepas itu Aryani muncul semula sambil tersenyum kepada Shima.
"Kau nak bawa aku ke mana ni?" tanya Aryani sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam lif.
"Apakata kau belanja aku makan dekat hotel lima bintang" membutang mata Aryani mendengar jawapan Shima manakala Shima tersenyum menanti jawapan Aryani.
"Siapa ajak siapa sebenarnya ni?" tanya Aryani pula.
"Ala kau ni, laki kau kan banyak duit apa salahnya sesekali kau belanja aku" balas Shima lagi.
"Yalah, kita pergi Mega Hotel" Shima tersengih apabila akhirnya Aryani mengalah.
Sampai di Mega Hotel, Aryani memberi peluang Shima membuat pesanan untuk mereka berdua. Aryani bersyukur kerana suaminya tidak keberatan memberi keizinan untuk keluar bersama Shima. Malah suaminya pula menyuruhnya terus makan tengah hari bersama Shima sementara dia pula nanti akan keluar lunch bersama Syed Kazi.
"Hah, apa masalah kau yang besar sangat ni sampai tak menyempat tunggu time aku lunch. Tak pasal-pasal suami aku terpaksa lunch dengan orang lain" rungut Aryani.
"Siapa orang lain tu, perempuan ke?" tanya Shima sambil tersenyum.
"Syed Kazi, kalau dengan perempuan lain memang aku tak izinkan" Shima sudah tergelak mendengar jawapan Aryani.
"Cemburu jugak kau ni ya" usik Shima.
"Mestilah, siapa tak sayang laki oi!. Kau bukan tak tahu laki aku tu siapa. Perempuan bodoh je yang tak gila" tambah Aryani lagi. Sejak kebelakangan ini entah kenapa perasaan kuat cemburu.
"Ala.. aku tengok dalam ofis kau tadi tak da perempuan yang lebih cantik dari kau. Kalau aku tak kerja dekat pejabat tu kau jangan risaulah"
Aryani sudah pecah gelaknya mendengar kata-kata Shima.
"Perasan betullah kau ni. Kalau aku tak mati jangan harap kau boleh ganti tempat aku" balas Aryani sambil tergelak.
"Yalah tu?" sahut Shima bersahaja apabila mendengar kata-kata Aryani tadi.
"Kalau dalam ofis mungkin tak ada yang nak kacau rumah tangga aku tapi kat luar tu manalah kita tahu. Aku ni bukan perempuan glamour, cantik, kaya dan educated yang boleh menyekat suami aku dari tergila-gilakan perempuan lain" Shima mengerutkan dahinya mendengar jawapan Aryani.
"Kenapa kau cakap macam tu, tak confident pada diri kay. Apa kau tak percayakan suami kau err?" tanya Shima selepas menelan makanan dalam mulutnya.
"Aku bukan cakap tak percaya tapi aku akui kekurangan diri aku" balas Aryani perlahan sambil menguis lauk pauk yang ada dalam pinggannya. Baru sekali Aryani menyuapkan makanan ke mulutnya sedangkan lauk Shima sudah tinggal sedikit. Shima memerhati kelakuan Aryani yang seperti tidak berselera menikmati makanannya sedangkan makanan tersebut sudah terlalu sedap bagi Shima.
"Kau macam tak ada selera je ku tengok?"
"Entahlah, sejak seminggu ni aku kurang berselera nak makan, kepala aku pun kerap pening dan cepat rasa lelah. Tak tahulah kenapa?" sahut Aryani menerangkan keadaan yang ditanggungnya sejak kebelakangan itu kepada Shima.
"Jangan-jangan kau mengandung tak?" Aryani mengerutkan dahinya mendengar jawapan Shima.
"Kau ada period tak bulan lepas?" tanya Shima lagi. Aryani seperti mengingatkan sesuatu kemudian dia menggelengkan kepala.
"Aku rasa tekaan aku betul, tapi nak kepastian balik nanti kita singgah farmasi"
"Singgah farmasi, buat apa?" tanya Aryani macam budak bodoh pula.
"Ikut aje, nanti kau tahu" balas Shima selepas menghabiskan saki baki lauk di pinggannya.
"Dah habis makanan kau, tapi kau belum cakap lagi apa masalah kau" tanya Aryani mengingatkan Shima tentang tujuan mereka ke situ. Shima menepuk dahinya mendengar kata-kata Aryani.
"Tulah aku tak nak makan tempat-tempat mahal macam ni. Tak pasal-pasal aku terlupa dengan semua masalah aku" sahut Shima lantasl tersengih.
"Cakaplah cepat" Aryani sudah bosan menunggu.
"Aku nak kahwin" membutang maya Aryani mendengar khabar yang disampaikan oleh Shima.
"Siapa lelaki malang tu" tanya Aryani pantas.
"Jahatnya kau, sampai hati kau kata macam tu"Aryani sudah tergelak melihat wajah sedih Shima.
"Yalah! yalah sorry aku minta maaf. Janganlah marah. Siapa lelaki bertuah tu?" tanya Aryani lagi selepas memujuk Shima.
"Kalau aku cerita jangan kau pengsan pulak " balas Shima dengan mood yang sudah kembali ceria.
Shima mencerita tentang hubungannya dengan Syed Kazi pada Aryani dan sahabatnya itu mendengar dengan begitu khusyuk.
Sementara itu di Wisma Al-Walid. Syed Ismeth terkejut dengan kemunculan tiba-tiba Shasha di pejabatnya. Perempuan itu mengambil kesempatan untuk masuk ke biliknya memandang setiausahanya tiada di luar.
"Hai Is!" tegur Shasha sambil meleparkan senyumannya.
"Shasha, what you doing here, macam mana you boleh masuk ke sini. My secretary tak inform pun I ada tetamu" memang Syed Ismeth benar-benar terkejut melihat kemunculan Shasha secara tiba-tiba.
"Sekarang masa rehat, semua meja dekat luar tu kosong jadi I teruslah curi masuk. You marah ke I buat macam ni?" tanya Shasha lalu terus melabuhkan punggung di atas kerusi di hadapan meja Syed Ismeth . Matanya liar memerhati setiap ceruk bilik lelaki itu.
"Ofis you hebat macam orangnya juga" tegur Shasha setelah habis membuat pemerhatiannya.
"I harap lain kali you tak buat macam ni, tunggu keizinan I baru masuk. Kalau secretary I tak ada you kena tunggu" sedikit pesanan dengan nada bersopan Syed Ismeth memberitahu Shasha agar perempuan itu tidak terasa hati.
"Ok, I faham. I minta maaf lain kali I tak buat lagi. Kenapa you hampakan I semalam?" Shasha terus ke tujuan kedatangannya ke situ.
"Hampakan you, I tak faham maksud you?" berkerut dahinya merenung Shasha.
"I cuba cal tapi you tak angkat and than I hantar masej. I tunggu you sampai pukul sepuluh tapi you tak datang. Kenapa Is? You tak sudi berkawan dengan I lagi ke?" suara Shasa seperti kesal dan terkilan. Syed Ismeth mencapai telefon bimbitnya dan melihat log panggilan masuk, memang ada satu panggilan tidak dijawab, kemudian apps whatsapp dibukanya. Ada masej dari Shasha tapi sudah dibuka malam tadi. Syed Ismeth lantas mengeluh bila teringatkan sesuatu. Mungkin itulah sebabnya kenapa wajah isteri seperti lepas menangis semalam ketika dia menatap wajah isterinya yang sudah terlena. Mungkin Aryani menyangkakan dia bukan bertemu Syed Kazi.
"I terlupa whatsapp you sebab ada urgent jumpa dengan klien malam tadi. I minta maaf" bohongnya bagi menyelamat keadaan.
"Kalau macam tu how kita keluar lunch sekarang?" Shasha sudah bangun dari kerusinya.
"I nak tanya Kaz dulu. I selalu lunch dengan I" sambil jemarinya menekan keypad telefon bimbitnya.
"Siapa Kaz?" tanya Shasha.
"My cousin, dia kerja dengan I" Shasha mengangguk kepala mendengar jawapan Syed Ismeth. Wajah Syed Ismeth nampak kecewa selepas menamatkan panggilannya.
"Kaz tak dapat ikut sebab dia masih ada urusan di bank" Shasha tersenyum mendengar jawapan Syed Ismeth. Peluang untuknya berduaan dengan lelaki itu. Dalam keadaan yang serba salah Syed Ismeth terpaksa menunaikan permintaan Shasha untuk makan tengah hari bersama. Dia berharap tidak bertembung dengan isteri kerana tidak ingin timbul salah faham di antara mereka.
Selepas membeli alat pregnancy test di sebuah farmasi Shima menerangkan pada Aryani cara menggunakannya.
"Kalau dah buat nanti jangan lupa whatsapp aku resultnya" pesan Shima sebelum dia melangkah menahan sebuah teksi. Dia tidak mahu menyusahkan Aryani menghantarnya balik. Melihat jam di tangannya menunjukkan baru saja bermula masa rehat tengah hari. Aryani ingin segera kembali semula ke pejabat agar boleh menemani suaminya makan tengah hari.
Sebaik sahaja melangkah masuk ke pintu lobi bangunan, lemah seluruh lutut dan tubuhnya apabila melihat suaminya sedang berkepit dengan seorang gadis cantik melangkah keluar dari pintu lif. Perempuan itu begitu mesra dan manja memeluk lengan suaminya. Patutlah suaminya tanpa banyak soal mengizinkannya keluar bersama Shima sebab lelaki itu sudah berjanji dengan perempuan lain untuk keluar makan tengah hari. Dua kali nama Syed Kazi dijadikan alasan. Walaupun hatinya hancur bagai serpihan kaca yang terhempas ke batu namun Aryani sedaya upaya cuba mengawal perasaannya. Matanya bertembung dengan mata suaminya manakala gadis yang sedang memeluk erat lengan suaminya terus tersenyum bahagia.
"Maaf sebab saya keluar lama sangat tadi, bos nak keluar lunch ke?" tanya Aryani berbahasa basi. Syed Ismeth yang sudah panik dengan situasi itu tidak sempat menjawab apabila Shasha pantas mencelah.
"You secretary Is ke?, not bad. Sorrylah saya nak bawa kekasih I keluar lunch kejap". Terasa darah sudah meresap ke seluruh urat sarafnya. Baru masuk empat bulan usia perkahwinan mereka. Terlalu awal suaminya menghadiahkan situasi sebegitu kepadanya.
"Enjoy your meals, saya minta diri dulu" sahut Aryani lalu terus berlalu meninggalkan pasangan tersebut. Sehabis tenaga Aryani cuba menahan air matanya. Syed Ismeth mengeluh, dari jawapan dan ayat isterinya dia tahu apa yang bersarang di hati isterinya saat itu.
Sebaik sahaja lif berhenti Aryani terus menuju ke bilik air, mujur tiada sesiapa di situ kerana semua pekerja sudah keluar rehat. Di situ air matanya tumpah tiada henti. Kata-kata Katrina terus terngiang-ngiang di telinganya. Terlupa terus niatnya hendak menguji air kencingnya. Hati dan perasaannya terlebih penting untuk dilayani ketika itu.
"Kenapa?" jerit hati kecil berkali-kali.
"Kenapa aku tak boleh bahagia seperti orang lain. Kenapa kau mesti rampas kembali apa yang sudah kau beri" Aryani menangis dan terus menangis.
"Ibu, ayah! Tolong, ambillah Yani. Yani nak ikut ibu dan ayah. Tak ada sesiapa dalam dunia ni betul-betul sayangkan Yani. Kalau atok dan nenek dah tak ada Yani akan keseorangan" esakan dan tangisan membuatkan matanya hampir bengkak. Cepat-cepat Aryani membasuh mukanya dengan air. Setelah habis berfikir tempat yang paling sesuai difikirnya kala itu adalah surau. Sementara menunggu masuk waktu solat Zohor beberapa minit lagi lebih baik dia berehat di situ.
YOU ARE READING
Maafkanlah Aku
RomanceRose Aryani begitu terluka dan kecewa setelah mendengar seorang wanita mengakui sebagai kekasih suaminya. Aryani yang merasa cintanya hanya bertepuk sebelah tangan akhirnya tidak lagi mampu untuk bertahan. Aryani akhirnya pergi membawa diri untuk me...