13.Aku Ceraikan Dia

111 4 0
                                    

Bakar gembira begitu juga Siti. Syed Ismeth umpama menantu pilihan. Kemunculan dalam keluarga Bakar adalah rahmat yang tidak terhingga. Syed Ismeth meninggalkan dua keping cek kosong kepada Bakar. Satu untuk menebus gadaian tanah dan satu lagi untuk perbelanjaan Bakar dan persiapan untuk majlis pertunangannya dengan Aryani yang akan berlangsung dua minggu lagi.
"Atok pergilah ke bandar dan pilih sebuah kereta yang atok suka. Atok perlu kereta untuk bergerak terutama untuk bawa nenek buat pemeriksaan di hospital setiap bulan. Kalau berkenan suruh mereka hubungi nombor ini" sambil menyerahkan sekeping kertas kecil yang tertulis sebaris nombor kepada Bakar.
"Tak payah ke bandar pun atok dah tahu kereta yang atok suka"
"Kereta apa tok?"
"Atok nak kereta produa Axia, ramai yang cakap kereta tu jimat minyak" Syed Ismeth tergelak mendengar jawapan Bakar.
"Saya ingatkan atok nak kereta Ferari tadi".
"Ke situ pulak kamu" sahut Bakar yang tergelak mendengar gurauan Ismeth .
"Kalau macam tu nanti saya uruskan. Atok tunggu je dekat rumah" Bakar hanya mengangguk mendengar jawapan Syed Ismeth .
"Is! atok terima Is sebab atok yakin Is adalah lelaki yang terbaik untuk Yani. Seseorang yang bolrh memikul tanggungjawab menjaga dan menyayangi Yani apabila atok dah nenek sudah tak ada nanti" Syed Ismeth yang terharu lantas mengangguk mendengar pesanan Bakar. Tubuh Bakar dirangkulnya erat sambil tersenyum. Selepas bersalam dan mencium tangan Siti, Syed Ismeth mendekati Aryani lalu memandang wajah gadis itu yang bakal menjadi penyeri hidupnya tidak lama lagi.
"Awak jangan ubah fikiran. Bersedialah jadi tunang saya. Saya ikhlas menerima awak dan saya harap awak pun begitu" Aryani yang awalnya hanya mengangguk faham kemudian berduara.
"Awak boleh saya tanya satu soalan?"
"Awak nak tanya apa?" Syed Ismeth mengangkat keningnya memandang Aryani.
"Siapa sebenarnya awak?, berapa umur awak? dari awak dapat duit yang banyak untuk tebus tanah pusaka atok tu?"soal Aryani sambil memandang wajah Syed Ismeth .
"Awak kata nak tanya satu tapi tanya tiga soalan sekaligus" Aryani tersenyum mendengar teguran lelaki itu.
"Maaf sebab saya sudah tanya lebih" Aryani mengakui silapnya.
"Tak apa, saya jawab. Saya manusia biasa, umur saya 28 tahun, dan wang tu kepunyaan saya sendiri, ada lagi awak nak tahu" Aryani menggelengkan kepala walaupun belum puas mendengar jawapan lelaki itu.
"Awak, tolong rindukan saya" ucapnya kemudian tersenyum manis. Senyuman yang bisa mencairkan hati para gadis tidak terkecuali Aryani namum gadis itu sebaliknya membutangkan matanya. Tidak sempat Aryani mengucap sesuatu Syed Ismeth meninggalkannya terpingga-pingga begitu saja. Syed Ismeth sebenarnya sudah tidak sabar menunggu tempoh dua minggu yang telah dipersetujui untuk majlis pertunangan dia dan Aryani.
Helmi tidak dapat mengenakan bunga ke atas tanah tersebut kerana arwah ayahnya dalam senyap-senyap telah meninggalkan sepucuk surat kepada peguamnya berkaitan dengan tanah tersebut. Selang tiga hari selepas menyampaikan hajatnya, Helmi terkejut menerima sekeping cek bernilai RM50K bersama cincin miliknya dikembalikan oleh Bakar. Lebih mengejutkan Helmi Bakar telah memberitahu Helmi bahawa cucunya tidak lama lagi akan bertunang dengan kekasihnya sendiri. Memang janggal kalau gadis secantik itu tiada mempunyai kekasih hati. Helmi menerima keputusan dan berita yang disampaikan oleh Bakar dengan perasaan yang kecewa.
Helmi teringat tentang kereta mewah yang dilihatnya tersadai di hadapan rumah Bakar. Mungkin cucu angkatnya yang membantu Bakar menebus tanah pusakanya. Harapannya punah untuk memiliki Aryani, gadis cantik yang menjadi igauan tidurnya sejak kali pertama memandang gadis tersebut. Hatinya begitu kecewa bila rancangan untuk memerangkap Bakar dengan muslihatnya telah gagal.
"Selagi gadis itu belum jadi isteri sesiapa aku masih berpeluang untuk mendapatkannya" bisik Helmi sambil menggenggam penumbuknya. Ketika mengetuk-getukkan mejanya dengan pen yang ada di tangannya Helmi teringatkan perbualannya bersama Agus dua hari sebelum dia berjumpa dengan Bakar.
"Aku tengok kau termenung dari tadi" Agus yang tiba-tiba muncul dalam biliknya terus menyapa. Helmi yang diam kemudian menggelangkan kepalanya. Seperti terkena penyakit angau pun ada.
"Helmi, hujung minggu ni macam mana? kau pergi tak ke majlis ulang tahun PPM tu. Rugi kalau kau tak datang. Ramai CEO-CEO kelas G yang datang. Mana tahu ada rezeki dapat jalinkan kerja sama atau setidak-tidaknya kita boleh tackle seorang pemegang lesen kelas G6 atau G7" Agus sepupu Helmi bekerja di Syarikat K&F sejak arwah Dato' Kadir masih hidup. Jawatannya sebagai penolong pengarah masih dikekalkan oleh Helmi kerana pesanan dan amanah ayahnya. Ayah Agus juga merupakan salah seorang pemegang saham dalam Syarikat K&F.
"Kenapa pulak tak jadi. Kita dijemput mestilah aku pergi. Inilah peluang kita untuk mengembangkan perniagaan. Kita perlu dapatkan pelabur-pelabur dari kalangan G7 barulah kita boleh join dalam projek-projek yang mega" Agus setuju dengan pendapat Helmi. Anak bapak! seteruk-teruk perangai Helmi yang kaki perempuan dan pemabuk namun darah seorang ahli perniagaan tetap mengalir dalam tubuh lelaki tersebut.
"Kau nampak macam tak ada semangat sebab tu aku tanya?" kau ada masalah ke dengan kekasih-kekasih gelap kau atau PM minta tolong kau fikirkan salah satu masalah negara?" tanya Agus lagi. Sejak dari kemunculan Helmi di pejabat pagi tadi wajah lelaki itu tidak ceria.
"Kau ingat tak Bakar bekas driver ayah aku dulu" tanya Helmi sambil mengangkat keningnya memandang Agus.
"Mana boleh aku lupa orang tua tu, kenapa?" Agus hairan kenapa Helmi tiba-tiba menyebut nama Bakar.
"Dia ada seorang cucu perempuan yang sangat cantik., cantik sangat macam bidadari. Tak pernah aku lihat wajah selembut dan semanis tu. Aku berminat nak ambil sebagai isteri aku" Agus membutangkan matanya mendengar cerita Helmi.
"Isteri kau sekarang nak letak mana?" tanya Agus sambil tersenyum sinis.
"Kalau dia tak mahu bermadu aku ceraikan dia" begitu mudah Helmi membuat keputusan.
"Senangnya kau buat keputusan. Kau tak kesihan ke tengok muka anak kau. Pak Bakar tu pulak, nak ke cucu dia kahwin dengan kau. Aku rasa Pak Bakar tu kenal sangat siapa kau" balas Agus yang sebenar tidak suka mendengar cerita yang disampaikan oleh Helmi.
"Memanglah dia kenal aku tapi aku nak buat dia percaya yang aku ikhlas mahukan cucu dia yang cantik tu" tambah Helmi lagi.
"Dalam hal ni aku tak mahu masuk campur. Kau buatlah sendiri tapi cuma nasihat aku gunalah jalan dan saluran yang betul" beritahu Agus sebelum keluar meninggalkan Helmi keseorangan dalam biliknya.

Maafkanlah AkuWhere stories live. Discover now