Syed Ismeth terus berpaling melihat sebuah kereta Porsche Panamera GTS berhenti bersebelahannya semasa menunggu di lampu isyarat merah. Wanita yang memandunya tidak menoleh tapi dari sisi wajahnya membuatkan Syed Ismeth teringatkan seseorang yang sudah empat tahun meninggalkannya.
Wajah wanita yang putih cerah berkaca mata gelap itu langsung tidak menoleh ke arahnya seperti apa yang diharapkan oleh Syed Ismeth. Saat terakhir sewaktu lampu bertukar warna barulah perempuan tersebut menoleh sekejap dan melemparkan senyuman sebelum memecut laju keretanya meninggalkan Syed Ismeth .
“Yani!” segera stearing keretanya di belok ke kanan untuk mengejar kereta di hadapannya. Syed Ismeth yakin perempuan tadi adalah Aryani isterinya. Kereta tersebut berhenti di hadapan sebuah bank membuatkan hatinya benar-benar lega dan segera memarkirkan keretanya di petak kosong yang berdekatan.
“Yani!” perempuan itu tidak memberi respon tatkala Syed Ismeth memanggilnya. Dia terus beredar sambil tersenyum menemui lelaki yang sedang menunggunya. Syed Ismeth tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Idterinya begitu mesra berbual dengan seorang lelaki yang juga dikenalinya. Dia terus mendekati pasangan tersebut lantas meraih tangan isterinya untuk mengajaknya pergi.
“Hey! Encik ni kenapa, lepaslah!” perempuan itu meronta-ronta cuba menarik dan melepaskan tangannya dari pegangan lelaki yang tiba-tiba muncul hendak membawanya pergi.
“Syed! You ni kenapa, you nak bawa dia kemana?”
“I nak bawa dia ke mana itu urusan I. You jangan masuk dalam urusan rumah tangga I. Dia wife I dan dia hak I” wajahnya merah memandang lelaki yang cuba menghalang tindakannya.
“You cakap apa ni Syed, she is not your wife. She Vyviani Rose my feature wife” balas lelaki itu lagi lalu segera menarik sebelah lagi tangan perempuan tersebut.
“What?, you jangan nak reka cerita, she Rose Aryani my wife. I boleh saman you sebab masuk campur dan cuba merosakkan rumah tangga I” balas Syed Ismeth lagi.
“Awak ni kenapa, saya bukan isteri awaklah. Saya Vyviani Rose. Awak sudah silap orang ni” perempuan itu pula mencelah.
“Tak! Saya tak silap. Saya kenal isteri sendiri walaupun macam mana penampilannya. Awak jangan cuba hendak menipu saya. Awak isteri saya yang tinggalkan saya empat tahun lepas” sambung Syed Ismeth lagi sambil terus merenung perempuan di hadapannya.
“You dengar tu, dia buka isteri you. I kenal dia dan dia bakal isteri I” tambah lelaki itu pula.
“You memang nak rampas dia dari I kan” kolar baju lelaki itu terus di terkam dan satu tumbukan dilepaskan mengenai wajah lelaki tersebut. Lelaki tersebut membalas dan pergelutan terus berlaku. Syed Ismeth sudah seperti dirasuk hantu ketika membelasah lelaki yang cuba merampas isterinya.
“Tolonglah! Lepaskan dia. Saya sayangkan dia. Saya memang isteri awak tapi kita dah lama berpisah. Saya nak jadi isteri dia sekarang awak tolong lepaskan saya. Ceraikan saya supaya saya boleh kahwin dengan lelaki yang benar-benar cintakan saya bukan macam awak yang tipu saya dengan cinta awak yang palsu tu. Awak tak pernah cintakan saya malah awak sakitkan hati saya. Awak ada perempuan lain yang awak cinta dan mesti sekarang awak sudah kahwin dengan perempuan tu. Tolonglah! Saya pun ingin bahagia, lepaskan saya dengan ikatan perkahwinan yang menyakitkan ini” rayu Aryani bersama tangisannya sambil melutut di hadapan Syed Ismeth .
“Abang tak pernah ada perempuan lain yang abang cinta selain Yani, abang tak akan lepaskan Yani. Abang tak pernah tipu Yani, abang cintakan Yani, jangan tinggal abang Yani, jangan tinggalkan abang. Abang nak Yani jadi isteri abang sampai abang mati. Tolonglah Yani jangan minta perpisahan dari abang sebab abang terlalu cintakan Yani, abang cintakan Yani, abang cintakan Yani!! Jangan tinggalkan abang Yani. Kembalilah pada abang Yani!Yani! Yani!”
"Is! Is!! Bangun Is?” baju di tubuh Syed Ismeth sudah basah dengan peluh. Petang tadi Syed Ismeth balik awal berbanding selalu kerana malam nanti ada jemputan makan malam dari kawan lamanya. Selepas balik dari pejabat petang tadi Syed Ismeth terus duduk berehat di sofa ruang tamu hingga terlelap. Puan Sharifah Ratnah yang sedang membantu pembantu rumahnya menyiapkan menu makan malam di dapur terkejut mendengar jeritan anaknya.
“Bangun Is, sudah masuk senja ni tak baik tidur waktu-waktu macam ni” Puan Sharifah Ratnah terus mengerakkan tubuh anaknya.
“Mama! IS mimpi jumpa Yani ma!” matanya berkaca memandang wajah mamanya apabila mengingatkan tentang mimpinya sebentar tadi.
“Sudahlah sayang jangan terlampau menyeksa diri. Pergi ambil wuduk solat minta pada tuhan agar Yani kembali semula pada kita” Syed Ismeth mengangguk mendengar kata-kata Puan Sharifah Ratnah sebelum berlalu menuju ke biliknya.
Lama Syed Ismeth memikirkan tentang mimpinya petang tadi. Kenapa mesti wujud Tengku Firhan dalam mimpinya. Memikirkan cuma mainan tidur kerana terlampau memikir dan merindui isterinya Syed Ismeth segera membuka almari pakaiannya untuk memilih pakaian yang sesuai untuk menghadiri jemputan Tengku Firhan malam nanti. Kalau makan malam biasa Syed Ismeth tidak kisah dengan penampilan yang ringkas sahaja tapi memandangkan majlis tersebut adalah majlis perasmian pembukaan cawangan baru syarikat milik keluarga sahabat baiknya itu dan dimaklumkan juga ayahanda Tengku Firhan, Tengku Mahkota Zhaffiruddin dan kaum kerabatnya serta semua pemegang-pemegang saham dan pelabur turut hadir, sudah pasti majlis tersebut berlangsung dengan penuh protokol.
“Handsem anak mama malam ni?” tegur Puan Sharifah Ratnah sewaktu bertembung dengan Syed Ismeth yang sedang melangkah turun tangga.
“Sorry mama malam ni Is tak dapat temankan mama makan malam sebab kawan baik Is jemput ke majlis makan malam” beritahunya sambil tersenyum memandang wanita yang menegurnya.
“Kawan Is yang mana satu?” selepas peristiwa empat tahun lalu Syed Ismeth hanya bergelut dengan dunianya sendiri. Kawan-kawannya hanya atas urusan perniagaan sahaja dan memikirkan tentang perempuan jauh sekali.
“Tengku Firhan, kawan Is masa belajar dulu sekarang syarikat keluarganya buka cawangan baru dekat KL ni jadi malam ni merupakan makan malam sempena pembukaan cawangan baru dan ulang tahun syarikat mereka” Puan Sharifah Ratnah mengangguk mendengar jawapan Syed Ismeth .
“Eloklah tu, mana tahu kawan Is tu boleh mewarnakan semua kehidupan Is” Syed Ismeth hanya diam mendengar kata-kata Puan Sharifah Ratnah kemudian mencium pipi wanita itu sebelum berlalu meninggalkannya.
Bab 68
Mahu tidak mahu terpaksa juga Vyviani Rose mengalah apabila berkali-kali lelaki itu menghubungi untuk mengajaknya menghadiri majlis makan malam sempena pembukaan cawangan baru syarikatnya.
“Please Rose I nak kenalkan you dengan family I” suaranya merayu-merayu memujuk Vyviani Rose. Perkara itulah yang paling ditakutinya akan terjadi. Statusnya yang masih terikat sebagai isteri orang tapi sudah diperkenalkan sebagai bakal isteri pula.
“Huh! You ni memang suka buat I serba salah. Pukul berapa majlis tu?” Tengku Firhan sudah tersenyum mendengar jawapan Vyviani Rose. Akhir gadis itu termakan juga pujuk rayunya.
“Pukul lapan tapi majlis mula pukul 8.30” sahut Tengku Firhan dengan hati yang begitu ceria.
“I datang pukul sembilan tapi balik pukul sepuluh” Tengku Firhan tersenyum lagi.
“Datang tu I boleh terima tapi balik tu I tak boleh, sejam tu tak cukup untuk I spend time dengan you”
“I tak kira, jangan hairan tengok I hilang macam tu saja nanti kalau you tak izinkan I balik pukul sepuluh” balas Vyviani Rose dengan nada yang tegas.
“Tak apalah, you boleh balik tapi I akan ikut. I akan hantar you sampai rumah. I pun lama tak jumpa Adam, I rindu pada anak tiri I tu”
“Perasan, mengada-gada bila pulak I ni jadi isteri you” Tengku Firhan sudah tergelak mendengar rungutan Vyviani Rose. Tengku Firhan tidak pernah ambil hati dengan apa sahaja ucapan wanita itu.
“Coming soonlah sayang” makin sakit hati Vivian Rose mendengar jawapan Tengku Firhan.
“Bila pulak I kata setuju nak kahwin dengan you” soal Vyviani Rose lagi dengan geram.
“Lepas jumpa family I nanti you sudah secara rasmi akan I perkenalkan sebagai my wife future” balasnya sambil senyuman sudah melebar hingga ke telinga.
“You ni dah gila kah apa?” tanya Vyviani Rose yang masih berterusan geram mendengar jawapan Tengku Firhan yang memang tak pernah faham bahasa itu.
“I menang gila sayang, Gila pada you and gila I dah di tahap yang kritikal. Hanya you yang mampu mengubatnya” balas Tengku Firhan dengan ayat yang membuatkan Vyviani Rose semakin risau.
“Tak tahulah nak cakap apa lagi dengan you. I tak tahu bahasa apa yang boleh you faham”.
“You cakaplah you cintakan I dan setuju kahwin dengan I. Kan senang I nak faham bahasa tu. Bahasa melayu standard pulak tu!” hampir nak tergelak Vyviani Rose mendengar jawapan Tengku Firhan.
“Melayan orang macam you ni memang menyakitkan hati. Dah! I nak tidur, selamat malam” tidak menunggu jawapan Tengku Firhan talian terus saja ditamatkan tanpa sebarang amaran. Beberapa saat selepas itu kedengaran isyarat whatsapp masuk.
“Love, mimpilah aku dalam tidurmu. I love you everytime and always love forever” Vyviani Rose mengeluh selepas membacanya. Mana mungkin dengan status yang masih aku miliki aku menerima lamaran lelaki lain, kan kerja giler tu, bentak Vyviani Rose dalam hatinya.
Sememangnya Vyviani Rose tidak pernah menghadiri majlis-majlis makan malam glamour bersama golongan-golongan VIP dan elit walaupun semasa bersama suaminya dulu. Usia perkahwinannya yang terlalu singkat membuatkannya tidak sempat merasa semua pengalaman seperti itu.
Vyviani Rose memerhati dirinya berulang kali di hadapan cermin. Dia cuba berpenampilan sesederhana yang boleh ketika menyarungkan gaun labuh navy blue yang dihiasi libuci kristal berwarna putih dengan selendang warna senada memberi kombinasi yang begitu menyerlah dengan warna kulit Vyviani Rose yang putih melepak. Vyviani Rose sengaja melambat kedatangannya kerana tidak mahu menarik perhatian dan berasa begitu segan ketika harus bersuai kenal dengan kaum kerabat Tengku Firhan, pemegang-pemegang saham, rakan-rakan niaga serta rakan kenalan yang memenuhi dewan hotel yang ditempah khas untuk majlis makan malam tersebut.
“Thanks Syed sebab you sudi hadir malam ni” Tengku Firhan mendahului protokol untuk menyambut ketibaan tetamu jemputan khas malam itu. Syed Ismeth diperkenalkan kepada semua kaum kerabatnya yang kebanyakkan terdiri dari ahli lembaga pengarah. Sebagai tetamu jemputan khas dan sahabat baik, Syed Ismeth mendapat layanan yang sungguh istimewa pada malam tu. Syed Ismeth dipersilakan duduk bersebelahan di antara Tengku Firhan dan ayahandanya Tengku Mahkota Zhaffiruddin.
“Fir, majlis sudah nak bermula, mana orang yang Fir nak kenalkan pada bonda?” tanya ibunya yang duduk di sebekah ayahandanya.
“Dia akan sampai lewat sedikit bonda, pukul sembilam barulah dia boleh datang” Engku Zakiah mengangguk mendengar jawapan Tengku Firhan. Tidak sabar hatinya hendak melihat perempuan yang digilai oleh puteranya itu.
Sedikit ucapan pembukaan daripada Tengku Mahkota Zhaffiruddin selaku Pengerusi Eksekutif syarikat dan dikuti bacaan doa. Selepas selesai mengaminkan doa Tengku Firhan tersenyum melihat whatsapp yang masuk ke telefon bimbitnya. Vyviani Rose sudah sampai di lobi hotel tersebut dan sudah dalam perjalanan menuju ke dewan. Tengku Firhan terus meminta diri daripada kedua orang tuannya untuk menyambut kedatangan tetamu paling istimewanya malam itu.
Semua mata tertumpu melihat kemunculan seorang gadis melangkah seiringan di sebelah Tengku Firhan. Gadis cantik yang membuat sesiapa saja terpukau melihatnya. Syed Ismeth yang sedang seronok melayan Tengku Mahkota Zhaffiruddin berbual tidak pula memberi perhatian kepada kemunculan Tengku Firhan dan Vyviani Rose sewaktu mendekati meja mereka. Syed Ismeth hanya berpaling sebaik sahaja Tengku Firhan memperkenalkan Vyviani Rose kepada bonda dan ayanhandanya.
“Bonda, perkenalkan calon menantu bonda Vyviani Rose, bonda I Engku Zakiah, ayahanda I Tengku Mahkota Zhaffiruddin, and my best friend Syed Ismeth Syaqimie Al-Walid” satu-satu tetamu di meja itu yang lapan orang semuanya diperkenalkan kepada Vyviani Rose.
“Patutlah Fir angau sangat sampai setiap hari desak mama datang KL” Tengku Mahkota Zhaffiruddin tersenyum mendengar kata-kata isterinya manakalaTengku Firhan pula hanya tersengih.
“Jadi apa komen bonda, ayahanda?” tanyanya tanpa malu-malu.
“Buatlah apa yang Fir fikir terbaik untuk diri Fir, ayahanda dan bonda setuju saje asalkan Fir bahagia” Tengku Firhan senang mendengar jawapan bondanya sambil mengenyitkan mata melihat Vyviani Rose yang duduk di sebelahnya.
Hanya sepasang mata yang tidak berhenti memandang Vyviani Rose. Walaupun nama yang didengar bukan nama isterinya namun hatinya tetap mengatakan perempuan itu Rose Aryani yang menukar namanya kepada Vyviani Rose. Tidak mungkin dia boleh lupa dengan mudah seraut wajah itu. Wajah cantik yang memiliki seulas bibir seksi dan ghairah yang dulu sering menjadi sasaran bibirnya. Seraut senyum yang sering menjadi igauan tidurnya. Tidak mungkin dia boleh melupakan wanita yang pernah hidup bersamanya, tinggal sebilik, tidur sekatil dan sebantal dengannya. Wanita yang setiap malam yang mengulit tidurnya, lena dalam pelukannya. Perempuan itu nampak tenang walaupun sesekali meleparkan senyuman kepada Engku Zakiah yang sedang berbual dengannya. Sepanjang majlis berlangsung, Vyviana Rose langsung tidak memberi tatapan pada Syed Ismeth sedangkan lelaki itu sentiasa menunggu kesempatan untuk bertentang mata dengan wanita itu.
“Di mana you berdua berjumpa?” soalnya pada Tengku Firhan.
“Masa I sambung belajar dekat Sydney, Macquarie University. Kebetulan Rose kawan baik cousin I Ku Redya. Mereka berdua buat degree dekat sana” balas Tengku Firhan sambil tersenyum kepada Vyviani Rose sedang berbual dengan bondanya.
“Vyviani Rose, namanya seakan menyerupai tetapi orangnya seperti dia, tapi tak mungkin pelanduk dua serupa kot” tambah Syed Ismeth lagi. Walaupun nampak seperti tidak memberi tumpuan namun perbualan Tengku Firhan dan Syed Ismeth jelas kedengaran di telinganya.
"Maksud you?"
"Lupakan, mungkin I silap".
YOU ARE READING
Maafkanlah Aku
RomanceRose Aryani begitu terluka dan kecewa setelah mendengar seorang wanita mengakui sebagai kekasih suaminya. Aryani yang merasa cintanya hanya bertepuk sebelah tangan akhirnya tidak lagi mampu untuk bertahan. Aryani akhirnya pergi membawa diri untuk me...