12.Pilihan Yang Ada

62 3 0
                                    

Walaupun sedang berdepan dengan masalah yang berat Bakar dan Siti tetap ceria melayan Syed Ismeth yang menjadi tetamu istimewa di rumah mereka. Masih lagi mampu bergelak dan ketawa ketika berbual. Syed Ismeth kagum dengan pasangan suami isteri tersebut.
Aryani menghabiskan masa duduk menyendiri di atas buaian besi yang sudah menjangkau hampir sepuluh tahun umurnya. Menurut cerita Siti buaian itu adalah hadiah daripada Cikgu Aidil yang pernah mengajar di kampung mereka. Berkat usaha Bakar meminta bantuan dan sokongan Dato' Kadir yang merupakan wakil rakyat ketika itu, Cikgu Aidil dapat berpindah mengajar ke negeri asalnya Sabah.
"Boleh saya tumpang duduk" Aryani terkejut melihat kemunculan Syed Ismeth mendekatinya. Lelaki itu tersenyum memandangnya.
"Duduk ajelah sebelah tu. Tu pun nak minta izin" fulamak garangnya minah ni, Syed Ismeth tersengih mendengar jawapan Aryani.
"Muram je. Banyak masalah ke, boleh saya beli sikit?" Aryani membutangkan matanya merenung tajam kepada lelaki di depannya. 'Barangkali Mamat ni nak kena lagi agaknya', rungut Aryani dalam hatinya.
"Awak fikir selama ni saya berniaga jual beli masalahke?" Syed Ismeth tergelak mendengar jawapan Aryani.
"Saya nampak muka awak macam PM yang sedang fikir masalah negara. Kalau berat sangat pas-paslah dekat saya. Mana tahu kot-kot saya boleh tolong ringan masalah berat awak tu" cuba memaniskan bicaranya sebaik mungkin.
"Yang awak sibuk pasal masalah orang ni kenapa?. Selama ni awak tak pernah ada masalah ke?" sakit hatinya bila lelaki itu suka menyibuk bertanyakan masalahnya.
"Ada jugak tapi mungkin tak seberat masalah awak. Kadang-kadang ada masalah yang kita perlu luahkan atau yang memerlukan buah fikiran atau pendapat orang untuk membuat keputusan atau cari jalan penyelesaiannya" sahutnya cuba menarik perhatian Aryani. Gadis itu kelihatan menjuih bibirnya mendengar pendapat Syed Ismeth. Syed Ismeth tersenyum menahan gelora dalam hatinya. Geram! bibir itu semakin memukau apabila dibuat Aryani begitu.
"Awak tak perlu masuk campur, masalah saya tak perlukan pertolongan orang seperti awak" Aryani mempertahankan keegoannya tetapi Syed Ismeth masih tidak berputus asa.
"Awak takkan temu jalan penyelesaian dan ia akan terus menyeksa awak kelak" lelaki itu memberanikan diri untuk terus cuba melembutkan hati Aryani. Walaupun apa respon dan layanan gadis itu Syed Ismeth tidak akan berputus asa.
"Itu hal saya, awak orang luar. Tak perlu sibuk untuk ambil tahu" sahut Aryani kemudian memalingkan wajahnya. Tidak mahu menatap wajah lelaki di depannya.
"Opps sorry, tak sedar pulak yang saya ni orang luar. Boleh beritahu saya siapa orang dalam maksud awak" bisiknya sambil membongkokkan tubuhnya merapati Aryani.
"Ahli keluarga saya macam atok dan nenek" mulutnya menjawab walaupun matanya tidak mahu memandang muka lelaki itu.
"Suami awak nanti?" tanya Syed Ismeth sambil tersengih.
"Saya belum kahwin mana ada suami" sahutnya pantas.
"Tapi awak akan kahwinkan?" tanya Syed Ismeth sambil memandang tepat ke mata Aryani yang sudah membutang memandangnya. Bungkam sekejap mendengar jawapan lelaki itu.
"Macam mana awak dapat cerita ni?" soal Aryani tidak puas hati.
"Cakap siang pandang-pandang, cakap malam-malam toleh-toleh mana tahu ada orang mencuri dengar awak tak sedar" sahut Syed Ismeth kemudian mengangkat keningnya memandang gadis itu.
"Jadi semalam awak mengintai perbualan kamilah ya" wajahnya tegang memandang Syed Ismeth .
"Saya bukan mengintai tapi terdengar orang bercakap-cakap dalam bilik atok masa saya hendak ke bilik air". Jelas Syed Ismeth merungkaikan persoalan gadis itu.
"Oh terdengar? Kalau awak dengar sekali pun itu bukan masalah awak" Syed Ismeth orang luar tidak perlu lelaki itu masuk campur dalam urusan keluarganya.
"Kalau orang luar nak membantu, macam mana? Sudi tak awak terima bantuan saya" Aryani terdiam mendengar jawapan Syed Ismeth .
"Kenapa diam. Kata orang kalau diam tandanya setuju" Syed Ismeth menambah lagi.
"Saya tak mahu menyusahkan orang lain. Saya dah buat keputusan" akhirnya Aryani membuka mulutnya. Alang-alang lelaki itu sudah mencuri dengar masalahnya.
"Tak ada cara lain ke?" Syed Ismeth mula mewujudkan situasi yang serius bila Aryani akhir sudi berbual tentang masalahnya.
"Apa pilihan yang saya ada?" tanya Aryani sambil mengangkat keningnya memandang lelaki di depannya. Melayan juga Aryani akhirnya.
"Ada, kalau awak sudi terima bantuan saya" balasnya sambil membalas renungan Aryani.
"Awak nak tolong macam mana?"
"Kalau saya yang ganti tempat lelaki tu, macam mana?" Syed Ismeth mengangkat keningnya memandang Aryani. Riak wajah Aryani yang terkejut membuatkan Syed Ismeth tersenyum.
"Maksud awak?" masih tidak pasti walau hatinya boleh meneka.
"Saya tolong tebus harga tanah tu" menjurus kepada maksudnya.
"Mampukan awak, saya takut awak tak mampu" lirih suaranya
"Berapa?".
"Lima puluh ribu"
"Tak banyak tu" dahinya berkerut mendengar jawapan Syed Ismeth .
"Tak banyak pada awak tapi pada saya banyak. Kalau saya nak bayar balik macam mana?" kalau diharapkan gajinya sekarang sampai ke tua pun mungkin dia tidak mampu membayarnya.
"Awak boleh kahwin dengan saya" membutang matanya mendengar jawapan Syed Ismeth. Lelaki itu tersenyum nakal.
"Saya hanya akan kahwin dengan lelaki yang saya cinta"
"Jadi tiada bezanya kalau awak berkahwin dengan Encik Helmi tu" jawapannya mengembalikan Aryani pada persoalan asal.
"Saya sudah jelaskan tadi pada awak. Saya terpaksa dan tidak ada pilihan" sahut Aryani kesal.
"Perkahwinan kita adalah pilihan yang ada. Saya cadangkan perkahwinan kerana saya risaukan awak dan keluarga awak tidak akan terima pertolongan saya kalau kita tiada hubungan apa-apa. Kalau saya berkahwin dengan awak sekurang-kurang sudah menjadi tanggungjawab saya kepada keluarga sebelah isteri saya. Awak jangan risau sebab saya tidak akan memaksa awak menerima saya. Kita sama-sama baru kenal tapi saya sudah sayangkan keluarga baru saya ini. Saya rasa bersalah pada nenek. Sebab saya nenek sampai masuk hospital. Kekesalan dan rasa bersalah saya membuatkan saya ingin menjaga dan bertanggungjawab dengan keluarga awak. Supaya tidak menimbulkan fitnah saya ingin menjadi sebahagian dari ahli keluarga awak. Awak jangan risau I am still single". Syed Ismeth terus merenung Aryani selepas menghabiskan ayatnya. Wajah itu kini sering mengganggu tidurnya. Hati Aryani belum terbuka untuknya tetapi hatinya sudah lama terbuka untuk Aryani. "Awak fikirlah nanti saya bincangkan dengan atok" tambah Syed Ismeth lagi sambil terus menatap wajah Aryani yang sedang memaling wajahnya memandang tepi. Gadis itu termenung seperti sedang berfikir. Kalau kahwin dengan Encik Helmi comfirm isteri kedua tapi kalau kahwin dengan mamat ni aku tidak bermadu.
'Kalau dibanding dua orang ni, yang depan aku ni lagi elok. Kalau dikira lawa dah lepas syarat mamat ni tapi perangai pulak macam mana. Sekarang memanglah baik sebab belum kahwin' monolog Aryani dalam hatinya.
"Awak! Kalau kita tunang dulu boleh?, sebab saya belum kenal awak. Saya takut awak orang yang tak baik dan saya ni tak sesuai untuk awak" Syed Ismeth hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum memikirkan permintaan Aryani. Akhirnya kau lembut hati juga wahai sayangku!.

Maafkanlah AkuWhere stories live. Discover now