Jeritan suara Aryani sudah memenuhi seluruh rumah banglo tiga tingkat milik pasangan jutawan yang merangkul gelaran pasangan suami isteri yang paling romantik di Malaysia itu. Tidak pernah muncul sendirian dan tidak pernah berpisah walaupun di mana saja majlis-majlis yang mereka hadiri.
Hujung minggu adalah hari keluarga dan mengikut perjanjian dan kesepakatan bersama, cuti hujung minggu tidak dibenar bercakap tentang perniagaan walaupun sepatah perkataan. Kalau melanggar perjanjian tersebut maka denda dan hukuman akan dikenakan. Dendanya Adam dan Aryana yang akan tentukan.
Setiap hujung minggu adalah hari kelepasan untuk Nora dan dua lagi pembantu rumah tersebut. Banglo mewah Syed Ismeth dan Aryani bebas tanpa seorang pun insan lain kecuali mereka sekeluarga sahaja. Semua pengawal peribadi berada dalam bilik kawalan khas di sebelah pos jaga di hadapan pintu pagar masuk ke rumah tersebut.
Rose Aryani dan Syed Ismeth tidak kisah keadaan rumah banglo mewah mereka selepas dua hari tanpa pembantu rumah. Memanglah seperti kapal pecah disebabkan Adam dan Aryana begitu juga keadaan dapur rumah itu selepas Aryani dan suaminya memasak menu-menu yang mereka inginkan. Petang Ahad semua pembantu rumah mereka akan kembali semula untuk menjalankan tugas masing-masing.
"Kenapa ni Adam, kenapa Adam suka sangat kacau adik" Adam semakin nakal. Kalau tak mengusik adiknya bukan Adam nama budak tu. Aryani sudah bercekak pinggang, sebelah tangannya pula sedang memegang senduk dan dahi sudah putih kerana terpalit tepung yang digunanya untuk membacuh cup cake coklat kegemaran Adam.
"Mana ada, adik tu yang mengada-gada, manja sangat"Adam yang sudah berumur sembilan tahun memang lihai membela dirinya. Selamba menujukkan wajah tidak bersalahnya. Manakala Aryani yang baru berumur lima tahun memang jenis yang langsung tidak boleh disentuh, 'macam itulah aku masa kecil-kecil dulu' desis Aryani dalam hatinya.
"Apa yang tak adanya. Yang adik menangis tu kenapa?" bidas Aryani pula sambil mata membutang memandang anaknya lelakinya.
"Betul!, Adam tak kacau adik. Adik ambil pensel warna Adam sebab tu Adam ambil balik. Adam nak warna gambar ni" beritahunya sambil menujuk lukisan yang siap dilukisnya.
'Cantik juga lukisan anak aku ni, macam papa dia tapi papa dia hanya tahu lukis muka aku je' desis Aryani dalam hatinya lagi sambil menahan senyum di hadapan anaknya. Darah seni papanya yang berbakat dalam bidang lukisan mengalir dalam tubuh Adam.
Mendengar suara kecoh dan bising, Syed Ismeth yang berehat selepas menarik beberapa alat senamannya di dalam gim di tingkat atas rumahnya segera muncul di ruang tamu. Hampir hendak tergelak Syed Ismeth melihat isterinya. Dahi dan hidung isterinya sudah putih terkena tepung. Hanya menggunakan baju T ketat dan seluar getah separuh betis Aryani nampak begitu seksi. 'Mengacam sungguh isteriku, masih macam anak dara 17 tahun', bisik Syed Ismeth sambil mengangkat kening memandang isterinya.
"Apa yang kecoh-kecoh ni, hah sayang bermake up dengan tepung ni kenapa, belum siap-siap lagi cup cake tu" tanya Syed Ismeth sambil memandang wajah isterinya. Walaupun sudah bermake up dengan tepung tapi wajah Aryani tetap comel walaupun sedang berwajah serius marahkan anaknya.
"Mana nak siap?, Adam ni asyik kacau adik dia. Tak sedap tau buat kerja kalau dengar suara Yana asyik menangis" beritahu Aryani sambil merenung tajam kearah Adam.
"Adam kan dah cakap, Adam tak kacau adik, adik tu yang sikit-sikit nak nangis" sahut Adam masih tetap membela dirinya.
"Hah! Tengok tu. Tahu menjawab je kerjanya" rungut Aryani lagi.
Hidung Aryani sudah tercium sesuatu begitu juga dengan suaminya.
"Bau apa ni sayang. Apa sayang masak kat dapur tu?" tanya Syed Ismeth pada isterinya. Mereka berdua saling berpandangan sejenak.
"Alamak, cup cake mama hanguslah, Ni semua sebab Adam lah ni" jerit Aryani sebelum berlari menuju dapur.
"Adam lagi!" Adam menepuk dahinya dengan tangannya selepas mendengar tuduhan mamanya. Syed Ismeth sudah tergelak melihat telatah anak-anak dan isterinya. "Ah.! bahagianya, terimakasih Ya Allah kerana memberikan di sekelilingku insan-insan yang membahagiakan hati ku setiap masa.
"Ini hah Adam makan yang hangus ni" Aryani hampir nak tergelak melihat wajah Adam ketika cup cake yang hangus diberi kepadanya.
"Tulah lain kali bila mama buat kuih yang Adam suka ni jangan kacau adik. Kalau adik menangis nilah jadinya" ceramah Aryani membuatkan Adam sudah mencebik bibirnya kepada Aryana adiknya.
"Tengok abang tu mama, kacau adik"Aryani sudah membutangkan matanya. Syed Ismeth yang menunggu isterinya menghidangkan minum petang hanya menggelengkan kepala.
"Abang, jadi tak program esok. Kalau tak jadi mengamuk pula hero kesayangan abang tu" Syed Ismeth menjerling Adam yang sedang menikmati cup cake coklat kegemaran buatan tangan mamanya.
"Jadi, tapi tak pastilah sama ada Kaz dan Shima jadi ikut kita".
"Mereka berdua tu tak pernah tak jadi, dulu baru lepas pantang Shima beria-ia nak ikut kita pergi Langkawi" bunyi orang memberi salam membuatkan Syed Ismeth dan Aryani saling berpandangan. Segera Aryani mencapai tudung ekspress yang tergantung dekat kerusi makan.
" BFF kita dah sampai tu" Syed Ismeth tersenyum mendengar kata-kata isterinya. Ku Redya sedang mengendong bayi perempuan mereka yang sudah berumur lima bulan. Adam dan Aryani terus berlari mendapatkan pasangan suami isteri tersebut untuk bersalaman.
"Comelnya baby untie" puji Adam sambil memicit-micit paha dan tubuh Tengku Vyviani Rose, nama yang dipilih oleh Tengku Firhan untuk anaknya dan Ku Redya tahu kenapa Tengku Firhan memberi anak mereka nama itu. Mungkin sebagai tanda ingatan kepada seorang perempuan yang hanya tinggal sejarah dalam hidupnya.
"Nak panggil baby ni nama apa untie" tanya Adam sambil tersenyum menatap wajah baby perempuan yang begitu seronok tergelak apabila Adam bermain dengannya sambil membuat pelbagai mimik muka.
"Adam boleh panggil apa-apa saja yang Adam suka" sahut Ku Dya sambil tersenyum kepada Adam .
"Kalau macam tu Adam panggil baby Rose, cantikkan macam tu untuk baby untie" Aryani menelan air liur sambil memandang suaminya. Syed Ismeth hanya membuat muka selamba sebalik Tengku Firhan kelihatan tersengih selepas menyumbatkan sebiji cup cake ke mulutnya.
"Sedapnya cup cake ni, beli dekat mana?" Tengku Firhan mengalih tajuk perbualan tapi sememangnya cup cake itu sedap rasanya.
"Kuih kegemaran anak-anak kami jadi kenalah mamanya pandai buatkan untuk anak-anaknya" Aryani sudah tersenyum mendengar jawapan suaminya.
"Hari tu pernah cuba buat sekali ikut resepi dalam buku. Tengok Adam suka makan jadi belilah dekat kedai tapi Adam tak suka, tak sedap katanya. Jadi kalau free dan kadang-kadang every week kenalah bergelumang dekat dapur dengan tepung buat kuih ni untuk Adam" Syed Ismeth sudah tergelak mendengar jawapan isterinya. Mana tidaknya dia sendiri menyaksikan tepung sampai ke dahi, hidung dan rambut isterinya.
"Nanti baby Rose belajar buat kuih dekat untie Yani ya" gurau Ku Dya dengan bayi yang berada di ribanya. Aryani mendekati Ku Dya lalu mendapatkan baby Rose kemudian menciumnya pipi tembam bayi itu berkali-kali. Geram! desis Aryani.
"Hah! Dengar tu baby, nanti boleh buat untuk suami dan anak-anak" sambung Aryani pulak sambil memandang muka baby Rose di tangannya. Wajah baby Rose di dekat ke wajah suaminya. Syed Ismeth tersenyum kemudian turut mencium pipi bayi tersebut.
"Nampak calon suami baby dah ada dekat sinilah tu" sambung Syed Ismeth pula sambil mengenyitkan keningnya.
"Siapa papa?" tanya Aryana. Comel Aryana memang sebijik fotostat wajah mamanya.
"Tu!" tunjuk Aryani dengan mulut ke arah Adam. Adam hanya tersengih nampak sangat sukanya nak dijodohkan dengan baby Rose.
"Muah.." Adam terus mencium pipi baby Rose sepuas-puasnya. Semua yang ada di meja tersebut tergelak melihat aksi Adam.
"Pewaris gatal abanglah tu" tegur Aryani yang turut sama ketawa. Syed Ismeth langsung
tergelak mendengar sindiran isterinya.
Dua tahun selepas itu Ku Redya yang mengandung semula anak kedua mereka dan mengalami alahan yang teruk menyebabkan Tengku Viviyani Rose terpaksa berpisah dari ibu buat sementara waktu kerana dijaga oleh nendanya Engku Zakiah.
Persahabatan, perselisihan dan kembali semula menjadi sahabat baik yang begitu rapat dan mesra. Syed Kazi dan Shima yang sudah mempunyai dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan juga sesekali datang ke Kuala Lumpur dan bermalam di rumah Syed Ismeth dan Aryani juga turut mengenali Tengku Firhan dan Tengku Redya melalui Syed Ismeth dan Rose Aryani.
YOU ARE READING
Maafkanlah Aku
RomanceRose Aryani begitu terluka dan kecewa setelah mendengar seorang wanita mengakui sebagai kekasih suaminya. Aryani yang merasa cintanya hanya bertepuk sebelah tangan akhirnya tidak lagi mampu untuk bertahan. Aryani akhirnya pergi membawa diri untuk me...