42.Aman Menyesal

64 1 0
                                    

Persoalan mula timbul di benak Aman macam mana Aryani boleh berkenalan dengan ahli perniagaan jutawan itu. Satu negara mengenali lelaki itu sejak mewarisi perniagaan datuknya Tan Sri Dato' Syed Bahrin. Aryani tidak pernah ke mana-mana selain di kampung dan sesekali ke Bandar Kuantan itupun ditemani oleh datuknya.
"Man, ni cek seratus ribu untuk Man selesaikan semua hutang-hutang kamu dengan along tu. Bayar semuanya, jangan ada apa-apa lagi kaitan kamu dengan Along tu" Aman terkejut melihat sekeping cek bernilai seratus ribu yang dihulurkan oleh Bakar kepadanya.
"Tapi ayah? Macam mana ayah dapat wang sebanyak ni" menjadi tanda tanya bagaimana Bakar boleh mendapat wang sebanyak itu dalam masa yang singkat.
"Itu kamu tak perlu risau tahulah ayah mana nak cari duit. Yang penting sekarang kau telefon Along tu suruh datang jumpa kau di sini dan bayar hutang kau. Selepas ini ayah tak mahu dengar kamu libat diri dengan along lagi" Aman malu pada dirinya kerana terpaksa menerima pertolongan ayahnya.
"Ayah! Ayah minta bantuan tunang Yani kan?" itu yang berligar di fikiran Aman sejak tadi. Bakar diam dan berpaling memandang Watie dan Suri.
"Kebetulan kita berkumpul di sini, walaupun Yani dah beri kad jemputan pada kamu tapi sebagai ayah dan mak kamu, kami berbesar hati menjemput kamu semua datang ke majlis perkahwinan Yani. Insyaallah perkara itu hanya sekali berlaku pada Yani. Tolong bahagiakan hatinya untuk kali ini. Ini permintaan terakhir ayah kalau kamu masih sudi menganggap ayah dan ibu ni orang tua kamu" Bakar memandang wajah anaknya satu persatu sebelum meneruskan kata-katanya.
"Semua yang ada dan ayah serta apa kamu terima hari ini adalah rezeki kerana memelihara seorang anak yatim piatu. Rezeki yang tuhan sediakan untuk cucu ayah yang malang tu" Siti mengesat air mata tatkala mendengar ucapan suaminya. Memang benar tanpa Yani mungkin tuhan tidak mengizinkan keadaan hidup mereka akan sebaik itu.
"Insyaallah ayah kami sekeluarga akan datang" Aman memberi janjinya dengan nada yang lirih.
"Saya juga ayah, saya sekeluarga juga akan datang nanti. Kalau ada apa-apa yang perlu ayah dan mak beritahu pada saya terutama tentang persiapan untuk Yani" Suri menghampiri Siti lalu mengenggam erat tangan ibunya.
"Insyaallah tapi setakat ini mak tak risau langsung sebab sebelah Yani pun bakal ibu mertuanya yang aturkan semuanya. Kalau kamu tak keberatan singgahlah ke rumah mak sebelum balik nanti. Dan kamu Man doktor kata tadi kalau tak ada masalah lain insyaallah boleh keluar hospital dalam minggu ni. Singgah rumah mak terus biar Watie dan Shela saja yang balik ambil pakaian kamu" sambil memandang Aman di katilnya. Aman mengangguk mendengar kata-kata ibunya.
Menjelang lewat tengah hari Bakar dan Siti balik ke rumah, seperti permintaan Siti tadi Suri dan anak-anaknya menaiki kereta Vivanya sendiri membuntuti kereta Bakar menuju ke rumah ayahnya.
"Mak, Yani tu cantiklah. Bukan je cantik dan putih melepak tapi waktu Mun salam dia tadi halusnya tangan dia. Dekat pipi dia langsung tak sebiji pun jerawat atau pigmentation lagilah tak da. Licin sungguh. Kalau Yani jadi artis atau model mesti laku. Tentu ramai orang minat kat dia" Munirah yang terus bercerita kekagetan dengan kesempurnaan Aryani.
"Kau ni tak sudah-sudah sebut pasal budak tu kenapa?" Maisarah menegur adiknya yang sejak dari hospital tadi asyik sebut dan cerita pasal Aryani. Sakit hati melihat segala yang ada pada Aryani baik paras rupa dan potongan badan. Semuanya yang ada pada Aryani tidak mampu ditandinginya. Kenapa tuhan mengurniakan segala keindahan itu pada Aryani. Melihat bakal suami Aryani yang terlalu kacak, kaya raya dan terlalu baik pada Aryani menebalkan rasa cemburu dalam hatinya.
"Bakal suami Yani dahlah handsem giler, CEO pulak tu. Pak Long cakap lelaki tu billionaire" Maisarah mencebik mendengar celoteh Munirah yang tidak berhenti-henti. Suri tidak menyambung atau bersuara membiarkan sahaja Munirah yang sememangnya jenis mulut yang tidak pandai diam.
"Fuyo! Besarnya rumah atuk" tegur Munirah sebaik sahaja kereta ibunya berhenti di sebelah kereta atoknya di hadapan sebuah rumah banglo. Suri dan Maisarah juga turut terpegun.
"Betulkan ini rumah baru ayah" bisik Suri dalam hatinya. Melihat Bakar menuju ke pintu utama dan membukanya. Suri tidak ragu lagi lalu dia dan anak-anak melangkah membuntuti ibunya masuk ke rumah tersebut.
"Cantiknya rumah ni, kalah rumah kita kat KL. Rumah ni ada berapa bilik nek" Munirah terus membuat lawatannya. Cucunya yang seorang ni memang peramah dan perangainya sedikit sebanyak menyamai Aryani.
"Wow! Semua bilik dah ada perabut, mana bilik Yani nek?"
"Bilik hujung sebelah kiri" sahut Siti menunjukkan bilik Aryani.
"Fulamak bilik ni" mata Munirah membutang melihat bilik Aryani. Bilik yang sudah lengkap dengan segala perabot dan semua kelengkapan Aryani. Gambar Aryani dan tunangnya semasa majlis pertunangan mereka kelihatan begitu cantik melekat di dinding. Semalam Syed Ismeth yang menghias bilik tersebut dengan barang-barang yang mereka beli dari Kuala Lumpur. Semburan penyaman wangian udara 3 minit setiap menambahkan lagi kesegaran dalam bilik tersebut. ' Dah macam bilik hotel lima bintang', bisik Munirah dalam hatinya.
"Rumah ni bakal suami Yani yang buatkan untuk kami. Dia tak ada kampung jadi kampung Yani kampung dia jugak. Dia buat rumah besar supaya mudah semua ahli keluarga bermalam di sini kalau teringin nak rasa hidup suasana kampung sebab tu semua bilik dia lengkapkan dengan perabot dan aircorn" Suri terkedu mendengar cerita Siti. Beruntungnya nasib Aryani kerana bertemu jodoh lelaki jutawan yang mengambil berat pasal keluarga bakal isterinya.
"Macam mana Yani boleh jumpa lelaki tu mak?" cerita yang ingin benar Suri tahu sejak mengetahui siapa bakal suami Aryani.
"Jodoh pertemuan ajal dan maut tuhan yang tentukan. Mereka dah saling suka jadi kami terima saja, Ismeth tu pun baik budaknya tak pernah menunjuk-nunjukkan diri. Sabar melayan kerenah Yani. Mula kami anggap dia sebagai cucu angkat tapi lepas tu dia melamar Yani sebagai isterinya. Yani yang minta mereka bertunang dulu sebab Yani bukan jenis yang cepat percaya pada orang. Takut Ismeth tu tak jujur dengan dia" Seperti pesan Bakar Siti tidak mahu bercerita kisah sebenar bagaimana Syed Ismeth muncul dalam keluarga mereka. Nanti panjang pulak ceritanya dan takut pula yang pendek dipanjangkan dan yang kecil diperbesarkan.
"Jadi sekarang Yani memang sukalah lelaki tu" tanya Suri lagi.
"Dah lebih sukalah tu, dah tak boleh berengang. Kalau ikut Ismeth nak kahwin terus tapi Yani yang tak nak. Memang sengaja nak menduga hati Ismeth tu. Malam lepas bertunang 24 jam bergaut di telefon tak cinta apa namanya tu" sahut Siti lagi. Suri diam mendengar cerita ibunya. Suri mengakui kecantikan Aryani memang mewarisi kecantikan ibunya dan tak hairan kalau lelaki itu terpaut dengan kecantikan anak saudaranya itu.
"Berapa duit hantaran lelaki tu bagi mak?" kalau lelaki tu kaya mestilah banyak dan tentulah Ayah dan ibunya akan menjemput ramai tetamu yang datang ke majlis perkahwinan cucu kesayangannya nanti.
"Ismeth bagi dua ratus sembilan puluh ribu" mata Suri membutang mendengar jawapan Siti.
"Tapi persiapan sebelah perempuan mereka tanggung jugak sebab tu ayah kamu tak tahu nak guna wang tu untuk apa. Ismeth suruh ayah kamu guna untuk belanja makan dan apa-apa yang perlu saja. Ayah kamu cuma pegang lima puluh ribu, yang selebihnya masuk akaun bank Yani sendiri untuk Yani beli apa-apa yang dia rasa perlu dan nak" Suri menelan air liur mendengar cerita ibunya. Mewahnya hidup anak saudara dan kedua orang tuanya sekarang. Timbul rasa menyesal dalam hatinya kerana tidak membela Aryani dulu. Kalau dia tahu anak itu membawa tuah dia sanggup bersusah payah membela Aryani.
"Tu kad jemputan mereka tapi tu untuk sebelah perempuan aje. Ismeth dan Yani bawa hari mereka sampai pagi semalam. Sebelah lelaki mereka buat seminggu selepas buat dekat sini. Semua rumah kampong ni sudah ayah kamu suruh Zek sebelah rumah tu hantarkan, dan separuh lagi dia dah hantar ke kampung sebelah menyebelah. Ada lagi baki tu kalau kamu nak bagi dengan jiran tetangga atau kawan-kawan kamu" terang Siti lalu mengambil kad jamputan perkahwinan Aryani yang tersimpan di atas kabinet televisyen di ruang tamu.
"Saya nak bawa dalam sepuluh keping nak bagi kawan-kawan dan jiran dekat sana nanti" balas Suri sambil tangannya mengambil kad jemputan tersebut dan menghitungnya. Siti menganggukkan kepalanya.
"Yang lebih ni mungkin mana tahu Kak Watie kamu nak jemput kawan-kawan dia atau kawan abang long kamu" tambah Siti lagi kemudian meletakkan kembali kad tersebut di atas almari berdekatan.
Di hospital, Aryani masih lagi menjadi bahan bualan Watie dan Aman.
"Cantik betul anak saudara abang tu, bawa tuah pulak pada ayah dan mak abang" Watie membetulkan selimut di tubuh suami selepas semua ahli keluarga meninggalkan wad tersebut. Roshela ke kantin untuk membeli makanan.
"Saya menyesal kerana tidak sanggup membesarkannya dulu kalau tak kita yang menumpang senang dari tuah anak saudara abang tu. Saya terkejut dan malu apabila berdepan dengan bakal suami Yani tu tadi. Malu rasannya teringatkan kata-kata yang pernah abang cakapkanpada ayah dulu. Tuduh tunang Yani tu bukan-bukan" Aman cukup menyesal bila memikirkan tentang tanggapan terhadap lelaki yang menjadi tunang Aryani. Kalau dia hadir ke majlis pertunangan Aryani dulu tentu dia akan lebih awal mengenali lelaki tersebut.
"Kaya sangatkah lelaki tu bang?" Watie masih belum tahu lebih lanjut identiti tunang Aryani walaupun dari pengamatan semasa Aryani dan tunangnya sampai tadi lelaki itu memang nampak berkarisme seperti seorang yang hebat dan berpengaruh. Orangnya masih muda dan ketampanan memukau sesiapa saja yang memandang, wajah arabnya memang manis di pandang mata.
"Awak tengoklah majalah Biz keluaran bulan lepas, ada muka dia dekat situ. Rancangan Biz Malaysia dalam tv1 hari tu pun dia dijemput sebagai tetamu dalam bual biz. Masa tu abang tak tahu dia tunang anak saudara abang sebab kita tak pergi majlis pertunangan mereka. Bila dia sampai tadi dan Yani sebut namanya memang dia orangnya dan abang malu sendiri dibuatnya. Dia pewaris mutlak kekayaan datuknya Tan Sri Dato' Syed Bahrin lelaki Melayu terkaya di negara kita. Sekarang dia CEO Al-Walid Mega mengambil alih tempat datuknya yang sekarang ni menjadi Chairman Al Walid Holding" mata Watie membutang mendengar cerita suaminya.
"Patutlah sampai pasang empat orang bodyguard ikut dia" tambah Watie pula.
"Abang yang sememangnya tolak tuah sebab tak nak bela Yani, kalau abang tahu jodoh budak tu dengan lelaki tu biar makan nasi dengan garam pun abang tetap akan bela Yani"Aman meluahkan rasa kesalnya.
"Tuhan tahu niat kita ke situ sebab tu tuah tu bukan milik kita. Tapi Alhamdulillah abang juga dapat tempiasnya, boleh tolong selesaikan hutang along abang tu. Kita doa ajelah Yani bahagia dengan lelaki tu sampai ke akhir hayat. Saya dah janji dengan diri saya untuk berbaik dengan keluarga abang sebab tanpa pertolongan ayah abang mungkin abang tak mampu bayar hutang along tu. Kita jual balik rumah yang dekat KL tu untuk bayar hutang bank. Kita mula lagi dari bawah" Aman gembira mendengar kata-kata isterinya, perubahan positif dan mungkin itu hikmah di sebalik semua yang berlaku.


Maafkanlah AkuWhere stories live. Discover now