29.Takkan Mengalah

53 1 0
                                    

Katrina berdegus mendengar jawapan Syed Ismeth. Semua waktu yang disebutnya jawapan lelaki itu tetap tak boleh dan tak dapat. Semakin sukar untuknya mencuri masa lelaki itu. Setiap hujung minggu lelaki itu lesap entah ke mana, hilang tanpa jejak. Hampir semua tempat yang kerap Syed Ismeth kunjungi dilawatinya namun kelibat lelaki itu tiada di situ.
"Esok kita lunch bersama ya" Katrina masih tidak berputus asa menunggu peluang lelaki itu meluangkan masanya.
"Esok I ambil cuti separuh hari may be petang baru I masuk ofis"
"Huh..! susah betullah nak cari masa you ni. You cuti pasal apa, Datuk you sakit lagi ke?" tekanya mengingatkan keadaan Tan Sri Dato' Syed Bahrin yang baru sahaja keluar hospital beberapa minggu yang lalu.
"Tak, datuk I semakin sihat. I nak uruskan something yang lebih penting untuk masa depan I. Nanti bila sampai masa you akan tahu jugak" balasnya sambil tersenyum memandang Katrina.
"Whatever, oh ya I nak tanya. How dengan cabaran I, ada perkembangan menarik ke?. Tempoh lima bulan tu cukup ke untuk you atau you nak tarik diri dan hantar rombongan melamar I" Syed Ismeth terus tergelak mendengar kata-kata Katrina.
"You sabarlah, I takkan mengalah. I takkan hampakan you dan takkan kecewakan diri I" Katrina mengerutkan dahinya tidak faham makna di sebalik ungkapan Syed Ismeth .
"Tapi I harap you tak ganggu I sebelum tamat tempoh tu dan apa juga yang berlaku kita kena sama-sama reda menerimanya. Takdir, jodoh, ajal dan maut semua itu ketentuan tuhan" Katrina mengangguk dan turut setuju dengan kata-kata Syed Ismeth .
"I pun nak beritahu you satu perkara. I akan keluar dengan sesiapa saja yang I suka sebab you tak ada masa dah banyak sangat alasan tapi I harap you tak akan cemburu" Syed Ismeth tergelak lagi mendengar kata-kata yang dituturkan oleh Katrina.
"I memang tak kisah sebab I bukan suami you yang ada hak untuk melarang atau menyekat kebebasan you. You buatlah apa yang you suka asalkan tahu batasnya, halal dan haramnya. Itu saja mampu I nasihatkan sebagai seorang kawan". banyak cerita yang sampai ke telinganya mengenai Katrina tapi Katrina bukan sesiapa kepadanya Cuma seorang kawan. Hanya nasihat yang mampu diberikan itupun kalau Katrina mahu mendengarnya.
"You tak risau kalau I jatuh tersangkut dengan orang lain?" Syed Ismeth menggelengkan kepalanya.
"Asalkan lelaki tu baik dan boleh membahagiakan you dan you juga kena reda kalau itu berlaku pada I" Katrina pula kedengaran tergelak mendengar jawapan Syed Ismeth .
"You ni suka sangat cakap yang bukan-bukan. I takkan cari dan terima lelaki lain selain you dan you takkan jumpa perempuan lain yang sesuai dengan you melain I. Kita sudah saling mengenali dan hanya I perempuan yang layak untuk you. Kita serasi bersama Is dan hanya I yang akan faham you"Syed Ismeth tidak memberi sebarang komen mendengar tutur Katrina. Dia tidak mahu Katrina kecewa apabila mengetahui tentang kewujudan Aryani dalam hidupnya.
"Tapi Kat, Kita kena percaya pada jodoh yang tuhan tentukan untuk kita. Kalau tiada jodoh antara kita I harap you terima dengan hati yang terbuka. Mungkin I bukan yang terbaik untuk you" Katrina diam memikirkan kata-kata Syed Ismeth kemudian dia tersenyum.
"You tetap yang terbaik untuk I cuma you yang cuba menolaknya dan tidak menyedarinya. I pergi dulu" ucap Katrina sebelum berlalu pergi.Syed Ismeth menggelengkan kepalanya selepas mendengar bicara Katrina. Sikap dinginnya yang ditunjuknya selama ini untuk menolak gadis itu secara baik masih tidak mampu untuk menyedari Katrina tentang cintanya yang hanya bertepuk sebelah tangan. Katrina memaksanya menerima cinta yang tidak pernah berputik dalam hatinya.
"Maafkan I Kat, I dah cuba tapi I memang tak boleh mencintai you. Cinta I untuk orang lain dan dialah yang terpilih untuk memiliki cinta I dan akan menjadi teman hidup I untuk selamanya" Syed Ismeth meraup kedua belah tangannya ke wajahnya kemudian menghembuskan nafasnya. Masej yang masuk ke telefon bimbitnya membuatkan Syed Ismeth kembali tersenyum.
Petang itu cepat-cepat Syed Ismeth meninggalkan pejabatnya. Mahu segera balik ke rumah untuk berjumpa kekasih hatinya. Hukuman mamanya terlampau berat. Empat jam telefon bimbit Aryani tidak dapat dihubungi membuat rindunya sudah tidak tertanggung.
Setiba di rumah Aryani sedang duduk bersendirian membaca majalah wanita di atas buaian berhampiran kolam renang.
"Sayang buat apa tu?" Aryani menoleh dan agak terkejut mendengar suara yang menegurnya.
"Buat bodoh" balasnya pantas. Syed Ismeth tersenyum kemudian mencuit hidung tunangnya.
"Nakal, dah pandai nak kenakan saya ya"
"Nampak apa saya buat kenapa tanya soalan tu, tanyalah soalan lain. Awak sihat ke tak?" balas Aryani sambil menutup majalah yang sedang dibacanya.

"Saya hilang idea bila tengok awak. Awak sihat, Awak tak rindukan saya ke?" Aryani tergelak mendengar soalan Syed Ismeth . Melampaulah lelaki ni. 'Patut ke aku cakap aku rindukan dia walaupun sebenarnya itu yang aku rasa sekarang'.
"Saya malu nak jawab soalan tu. Kita cakaplah pasal benda lain" Syed Ismeth tersenyum mendengar jawapan Aryani.
"Saya jelouselah kat awak"
"Kenapa?" Aryani hairan mendengar kata-kata tunangnya.
"Sebab saya dah kehilangan kasih mama saya" Aryani sudah tergelak mendengar jawapan Syed Ismeth .
"Macam budak-budaklah awak ni, awak tak suka ke saya manja dengan mama awak".
"Memanglah saya suka tapi mama tu yang macam dah tak sayangkan saya lagi" dengan wajahnya yang sedih.
"Kalau macam tu nanti saya cakap dengan mama awak"
"Janganlah cakap nanti mama makin marah pulak, tak apa saya tak kisah tapi awak adakan. Awak sayangkan sayakan. Awak akan ganti tempat mama untuk tempat saya bermanja" Aryani tersenyum kemudian menganggukkan kepalanya.
"Saya bersyukur sangat sebab akan dapat ibu mentua yang baik macam mama awak. Dulu saya pun cemburu pada awak sebab atok dan nenek layan awak baik sangat" balas Aryani sambil membalas pandangan Syed Ismeth yang duduk di sebelahnya.
"Jadi sebab tulah awak marah sangat pada saya sampai tak mahu senyum dan tegur saya" Aryani menganggukkan kepalanya kemudian tersenyum.
"Tapi sebenarnya saya memang suka atok dan nenek awak. Mereka berdua tu nampak bahagia dan saling menyayangi. Saya tak sangka Nenek yang saya langgar tu ada seorang cucu yang cantik. Lembu tu rupa-rupa tolong temukan saya dengan awak" Syed Ismeth kemudian tergelak kecil mengingatkan kenangan hari pertama berjumpa Aryani.
"Awak tahu tak? Atok beli tiga ekor lembu daripada tuan lembu yang menyebabkan awak kemalangan hari tu untuk disembelih masa kenduri kahwin kita nanti. Dua ekor daripada lembu tu adalah lembu yang menyebabkan awak melanggar nenek hari tu" terbeliak Syed Ismeth mendengar cerita Aryani.
"Biar betul, best jugak macam ni. Nanti saya nak makan daging lembu tu puas-puas sebab nak ucap terima kasih" Aryani mengerut dahinya mendengar kata-kata Syed Ismeth kemudian mereka sama-sama tergelak.
"Sebab awak memang suka makan dagingkan?"
"Ya lebih-lebih daging lembu yang segar, sedap masak kari" Aryani menggelengkan kepalanya mendengar jawapan Syed Ismeth .
Perbualan mereka berakhir apabila terdengar azan maghrib. Selepas solat Maghrib Syed Ismeth membawa Aryani keluar makan malam di satu tempat yang sudah di tempahnya siang tadi.
"Kita nak pergi mana ni?" tidak pasti ke mana Syed Ismeth ingin membawanya untuk makan pada malam itu.
"Kita ke Mont Kiara" sahutnya sambil sewaktu Lamborghini Sian yang dipandunya berhenti di lampu isyarat menunggu lampu hijau.
"Tempat apa tu?"
"Kita dinner di Restoran Meat Works dekat situ" mendengarnya Aryani terus mendiamkan diri malas untuk bertanya lagi.
Mereka berdua akhirnya tiba di Jalan Solaris 5, Block H, Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur. Restoran yang begitu ekslusif untuk golongan yang berpendapat mewah. Sebuah meja khas menanti kedatangan mereka. Aryani memerhati menu yang disenaraikan. Hidangan istimewa: MeatWorks B.Y.O Burger, BBQ Spare Ribs, Creamed Potato Mash, Philly Cheese Steak Sandwich dan Homemade Tiramisu. Memang lelaki itu suka makan daging sebab itu Syed Ismeth memilih restoran yang menyediakan hidangan istimewanya berasaskan daging.
Balik dari Restoran Mont Kiara Syed Ismeth membawa Aryani meronda Putra Jaya dan sekitar Kuala Lumpur.Aryani tidak membantah dan mengikut sahaja ke mana lelaki itu membawanya kerana Aryani percaya Syed Ismeth tidak akan melakukan sesuatu yang boleh mengugat kepercayaannya.
"Awak selalu datang KL ke?" Aryani menggelengkan kepalanya.
"Jarang, dan tak pernah tanpa atok dan nenek. Pergi hari tu kali yang ke tiga dan ni yang keempat. Saya memang tak tahu mana-mana tempat menarik di KL ini" ceritanya jujur kepada tunangnya.
"Tak ada apa-apa pun yang menarik sebenarnya. Nanti lepas kita kahwin saya bawa awak ke tempat yang lagi special"
"Ke mana tu?" tanya sambil memandang wajah tunangnya.
"Ke bulan" sahutnya sambil tersenyum.
"Tak nak!, awak pergi sorang saya tak nak ikut" Syed Ismeth tergelak mendengar jawapan Aryani. Tangan gadis itu diraihnya kemudian digenggamnya erat.
"Sayang, selepas kahwin nanti saya akan bawa awak berbulan madu ke tempat yang indah tapi sebelum tu saya nak beritahu awak sesuatu" Syed Ismeth merenung kasih wajah gadis kesayangannya sementara Aryani menunggu dengan sabar ayat seterusnya yang bakal diucapkan oleh lelaki itu.
"Sayang..saya cintakan awak. Sebenarnya awaklah lukisan wajah cinta saya. Wajah wanita yang saya dambakan untuk menjadi ratu di hati saya. Saya akan tunjukkan pada awak selepas kita berkahwin nanti" Syed Ismeth mahu Aryani mengetahui apa yang sebenar ada di hatinya.
"Saya tak faham maksud awak?" soalnya sambil memandang wajah Syed Ismeth .
"Nanti awak akan faham. Saya mahu bersama awak sampai ke akhir hayat saya. Awaklah wanita impian saya. Tiada perempuan lain yang boleh menggantikan tempat awak di hati saya" ucapnya sambil mata redupnya merenung dalam anak mata Aryani. Getaran perasaannya yang bergelora membuatkan Aryani menundukkan kepalanya.Gembira di hatinya hanya tuhan yang tahu dan pinta agar semua yang didengar saat itu bukannya khayalan atau hanya mimpi indah yang menemani tidurnya.
Aryani kaget apabila Syed Ismeth tiba-tiba duduk melutut di depannya. Lelaki itu tersenyum.
"Awak kenapa?" tanyanya hairan melihat perbuatan tunangnya yang seperti hamba yang hendak merapat sembah di hadapan raja.
"Izinkan saya sentuh kaki awak sekejap" permintaan yang membuatkan Aryani terkesima.
"Untuk apa?" tanyanya lagi, gelabah mendengar permintaan Syed Ismeth .
"Saya takkan buat perkara yang tak baik pada awak, sekejap aje" melihat lelaki itu terlalu mengharap Aryani menganggukkan kepalanya.
Sesuatu dikeluarkan dari poket seluarnya lalu dipasangnya di kaki tunangnya. Seutas rantai kaki emas yang tergantung dua huruf 'R dan A'. Syed Ismeth tersenyum, puas hatinya melihat pergelangan kaki tunangnya yang putih melepak sudah terikat dengan rantai kaki pemberiannya.
"Saya harap awak suka dan menjaga dengan baik. Ikhlas dari saya untuk gadis yang saya cintai" Aryani tersenyum sambil memerhati rantai kaki yang sudah melekat di kakinya.
"Cantik! Terimakasih! Saya akan menjaganya seperti saya menjaga nyawa saya sebab saya terlalu sayangkan orang yang memberinya" mata mereka bersatu. Itulah kali pertama Aryani berani mengeluarkan apa yang tersimpan di lubuh hatinya.





Maafkanlah AkuWhere stories live. Discover now