53.Aku Yang Cabar Dia

52 1 0
                                    

Selepas hampir tiga bulan Aryani bergelar isteri kepada Syed Ismeth, hari ini pertama kali Katrina muncul menemuinya di pejabat. Mungkin itulah tempat yang paling sesuai perempuan itu menemuinya tanpa pengawasan Eta dan Jackson kerana kedua-dua mereka akan berada lobi bangunan di ruang rehat khas untuk semua body guard.
Renungan sinis dan tajam Katrina sudah memberi pembayang kepada Aryani tentang niat perempuan itu datang menemuinya. Katrina seolah-olah menunggu peluang ketika ketiadaan Syed Ismeth yang sedang bermesyuarat dengan ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.
"Hey perempuan kampung yang tak sedar diri. Kau pernah terfikir tak kenapa Is kahwin dengan kau. Kau pernah tak cerminkan diri kau tu betul-betul" Aryani mengetapkan bibirnya mendengar kata-kata Katrina.
"Aku tak peduli kau nak kata apa pun sebab aku percaya cinta dan keikhlasan suami aku" Katrina sudah tergelak mendengar jawapan Aryani.
"Kau tak tahu sebab itu kau boleh cakap macam tu. kalau tak nak tahu kenapa?" soal Katrina sambil tersenyum sambil matanya merenung tajam Aryani. Aryani malas hendak melayan Katrina lalu cuba untuk menjauhkan dirinya. Katrina segera mencengkam lengan Aryani.
"Is kahwin dengan kau sebab aku yang cabar dia. Dia nak tunjukkan pada aku bahawa dia boleh membeli cinta dan perempuan dengan kekayaan yang dia ada. Dia akan tinggal dan ceraikan kau kalau dia sudah jumpa perempuan yang benar-benar sesuai, layak dan setaraf dengan dirinya. Semua ucapan cinta dan janji-janji yang Isl cakap pada kau selama ni semuanya bohong. Dia dah ceritakan segalanya tentang kau pada aku. Aku kesihankan kau dan tak nak tengok kau kecewa kelak. Aku nak sedarkan kau supaya kau tak terus tertipu" selepas menuturkannya Katrina terus berlalu meninggalkan Aryani yang diam membisu. Biar Aryani keliru setelah mendengar kata-katanya sebentar tadi.
Aryani memicit kepalanya yang kerap pening sejak kebelakangan ini. Selera makannya juga sudah berkurangan. Mungkin kata-kata Katrina sedikit sebanyak mengugat perasaannya.
"Kenapa Yani?" tegur Puan Sharifah Ratnah melihat Aryani memicit-micitkan kepalanya.
"Pening sikit mama sebab semalam tidur lewat sebab nak siapkan assignment" sahut Aryani sambil memandang ibu mertuanya.
"Ala..upah je orang buat. Tak payah susah-susah diri" Aryani tersenyum mendengar jawapan ibu mentuannya.
"Abang pun suruh macam tu mama tapi Yani nak cuba buat sendiri dulu untuk sem ni. Sem depan nanti Yani upah orang buat" balas Aryani lagi.
"Is mana?" tanya Puan Sharifah Ratnah kemudian.
"Atas, gim" bila hujung minggu petang-petang selepas solat Asar suaminya akan bersenam di dalam gim yang ada terdapat di tingkat atas banglo tersebut. Aryani berlalu meninggalkan ibu mertua untuk naik ke bilik apabila terdengar telefon bimbit suaminya berbunyi. Tidak sempat menjawab apabila panggilan sudah berhenti.
Aryani melihat nama pemanggilnya 'Shasha'. Aryani cuba memikirkan sesuatu. Tidak pernah dia mendengar suaminya menyebut nama itu sebelum ini. Satu isyarat masej whatsapp masuk ke telefon tersebut juga dari Shasha.
'Is, kenapa tak angkat cal I. Sejak hari tu, I rindu tau nak jumpa you lagi. Malam nanti I belanja you dinner, jangan tak datang tau. I miss you'
Berdegup kencang dada Aryani selepas membaca whatsapp dari Shasha. Tergiang-ngiang di telinga kata-kata Katrina dua hari lepas. Aryani meletakkan semula telepon suaminya ditempat tadi. Kepalanya yang pening semakin bertambah pening apabila terbaca whatsapp dari Shasha sebentar tadi. Aryani memejamkan mata cuba melupakan perkara itu dari terus mengganggu perasaan buat seketika.
Laungan azan Maghrib membuatkan Aryani tersedar dari tidurnya. Tubuhnya diselimut rapi, mungkin suaminya yang menyelimut tubuhnya kerana sebelum tidur tadi dia tidak berselimut. Tapi di manakah suaminya?. Aryani segera bangun lalu menoleh ke kiri dan ke kanan dan ke bilik juga ditujunya namun kelibat suaminya memang tiada di situ.
"Sayang! Abang keluar sekejap jumpa Kaz. Sorry sebab tak dapat imankan solat petang ni" memo kecil yang ditinggal suaminya di atas meja soleknya.
"Jumpa Kaz, atau jumpa Shasha?" hatinya mula curiga. Tanpa mahu memikirkan lebih lama Aryani segera melangkah menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan berwuduk. Di dalam solatnya nanti Aryani akan berdoa meminta pertolongan daripadaNYA untuk menetapkan hati agar dan memberikannya pertunjuk kejalan yang benar.
Panggilan telefon daripada Syed Kazi hendak berbincang sesuatu membuatkan Syed Ismeth tidak sempat menunaikan solat berjemaah di rumah bersama isterinya.
"Hah! Apa hal penting sangat tiba-tiba kau nak jumpa aku ni" sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas kerusi di hadapan Syed Kazi.
"Aku nak kahwin".
Syed Ismeth membutangkan matanya mendengar jawapan Syed Kazi tapi selepas itu dia langsung tergelak.
"Apa pasal kau gelak, lucu ke aku kata nak kahwin?" tanya Syed Kazi yang tidak puas hati kerana diketawakan oleh Syed Ismeth .
"Tak ada ribut tak ada taufan, tiba-tiba nak kahwin ni kenapa?" soalnya apabila gelaknya sudah berakhir.
"Tapi kena landa tsunami" Syed Ismeth tergelak besar lagi mendengar jawapan Syed Kazi.
"Siapa perempuan malang tu?" soalnya tapi masih gelak memandang wajah Syed Kazi.
"Sampai hati kau kata macam tu. Mana ada perempuan tu malang, bertuah tau sebab aku cintakan dia sepenuh hati" bidas Syed Kazi terkilan mendengar jawapan Syed Ismeth .
"Ok! ok!. Siapa perempuan tu boleh aku tahu" tanya Syed Ismeth lagi.
Syed Ismeth sampai di rumah sekitar jam sepuluh setengah malam. Panjang juga perbincangan dengan Syed Kazi tentang niat baik lelaki itu ingin mengakhirkan zaman bujangnya. Apa yang mengejutkannya adalah gadis yang menjadi pilihan Syed Kazi. Syed Ismeth tidak menyangka Syed Kazi betul-betul terpikat pada Shima kawan baik isterinya. Syed Kazi meminta pandangan Syed Ismeth tentang rancangan yang telah diatur untuknya melamar Shima sama ada untuk bertunang atau terus berkahwin.
Wajah suaminya yang nampak ceria selepas berjumpa Syed Kazi menabahkan kerisauan di hati Aryani. Suaminya juga sesekali termenung dan mengelamun seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Sayang! Pelikkan dunia ni. Kita tak pernah menyangka seorang gadis itu akan menjadi jodoh untuk kita. Kenapa kita dijodohkan dengannya. Di samping harta dan wang ringgit, cinta adalah faktor yang paling penting untuk kebahagiaan suatu hubungan. Hubungan suatu ikatan itu tidak akan ke mana kalau kita tidak saling mencintai di antara satu sama lain" Aryani hanya diam mendengar bicara suaminya yang seperti berhujah tentang cinta. Apakah suaminya sudah mula ragu tentang hubungan dan cinta mereka.
"Kalau ada rasa cinta barulah rumah tangga akan bahagia. Tidak guna meneruskan sesebuah perkahwinan yang tanpa ada rasa cinta" tambah Syed Ismeth lagi. Perbualan panjangnya bersama Syed Kazi membuatnya asyik memperkatakan cinta sebagai tajuk utama percakapannya malam itu. Siapa sangka cintanya membantu menemuikan cinta Kazi kepada seorang perempuan.
"Kita hanya akan bahagia setelah menemui cinta sejati" tambah suaminya lagi.
"Kenapa abang pilih perempuan kampung seperti Yani yang serba kekurangan ni sebagai isteri sedangkan abang layak mendapat perempuan bandar yang cantik, educated, glamour, kaya dan setaraf dengan abang?"Aryani akhirnya bersuara.
"Abang tak nak jawab sebab jawapannya dalam hati abang? Kalau abang jawab dengan mulut abang ia masih tidak mampu menzahirkan apa yang ada di hati abang ni" Aryani terdiam mendengar jawapan suaminya.
"Jadi benarlah apa yang Katrina cakap padanya dua hari yang lepas" desis hati kecilnya.
"Kita mesti percaya kata hati. Cinta datang dari hati dan cuma hati yang boleh mengenal mana cinta kita" Aryani semakin hiba mendengar kata-kata suaminya. Semakin banyak kebenaran yang terbit setelah mendengar kata-kata itu.
"Ya Allah, apa harus akau lakukan?" Aryani merintih dalam hatinya.
"Perlukah aku undur diri sekarang atau menunggu aku disingkir apabila tidak diperlukan lagi" bicara hatinya membuatkan airmata laju mengalir keluar dari kelopak matanya. Suaminya sudah terlelap beberapa minit yang lalu tanpa ucap selamat malam yang menjadi rutinnya setiap malam. Aryani cuba memejamkan mata demi melupakan kecurigaan dan keresahan yang membalut tangkai hatinya. Walaupun hatinya pedih namum matanya terlena juga.
Syed Ismeth terjaga dari lenanya yang sekejap tadi. Teringat dirinya belum menunaikan kewajipan kepada yang Esa, Syed Ismeth segera bangun melangkah ke bilik air untuk berwuduk. Usai solat Syed Ismeth segera kembali ke katil untuk menyambung lenanya yang terputus tadi. Wajah Aryani yang sedang lena diulit mimpi ditatapnya kasih. Ada kesan seperti menangis di wajah itu membuat hatinya gusar dan tertanya-tanya. Satu ciuman ucapan selamat malam yang berinti cinta dan kasih sayang mendarat lembut ke kening dan kemudian ke bibir isterinya.
"Selamat malam sayang, mimpilah yang indah-indah bersama abang. I love so much for ever" dalam igauan mimpinya kata-kata itu kedengaran jelas di telinganya namun dia gagal membukakan matanya. Syed Ismeth lantas melabuhkan tubuhnya di sisi isterinya lalu terlena ketika mendakap erat tubuh isterinya.

Maafkanlah AkuWhere stories live. Discover now