Aryani merebahkan kepala di sebelah suaminya. Syed Ismeth seperti tidak menyedari kehadirannya dan seperti sedang memikirkan sesuatu. Serius benar wajahnya. Geram dirinya tidak diendahkan suaminya Aryani segera menarik wajahnya lalu membelakangkan suaminya. "Kalau dah tak cinta nak pandang pun tak ingin"rungut Aryani dengan wajah cemerut.
Syed Ismeth tergelak mendengar rungutan isterinya lalu memeluk tubuh isterinya dengan erat.
"Abang fikir apa tu, perempuan?" tanyanya kepada suaminya terus dengan wajah cemerutnya.
"Abang tak pernah pun berniat ke situlah sayang. Sayang dah cukup lebih dah untuk abang, cantik, bijak, pandai masak, pandai buat anak, cepat merajuk" sahutnya kemudian mencium dahi isterinya.
"Yalah tu, memang Yani ni cepat merajuk sebab tu Yani ni tak sesuai untuk abang" sambung Aryani pula dengan nada yang lirih.
"Hah mulalah tu, ke situ pulak sayang abang ni. Sayang memang tak pernah nak percaya ketulusan cinta abang selama ini".
"Memang pun sebab dari dulu lagi Yani sedar siapa diri Yani ni sebab tu abang cari perempuan lain kan?" jawapan Aryani seperti cuba mengungkit cerita lama yang tiada kebenarannya.
"Kenapa sayang?, macam mana abang nak buktikan yang abang tak pernah buat semua tu. Sayang nak abang buat apa untuk abang buktikan ketulusan cinta abang pada sayang" wajah isterinya direnungnya sayu menanti jawapan.
"Abang tak perlu buktikan dan tak nak susahkah abang. Yani hanya berserah pada takdir untuk tentukan untung nasib Yani bersuamikan abang. Yani tetap redha dan bersedia dengan apa saya yang Yani terima sebagai isteri abang meskipun lepas ni abang akan tinggalkan Yani atau ceraikan Yani" Syed Ismeth cepat mulut isterinya dan menggelengkan kepala mendengar jawapan isterinya. Payah benar meraih kepercayaan Aryani selepas peristiwa itu. Aryani seperti telah menutup pintu hati untuk mempercayainya.
"Jangan ulangi lagi menyebut perkataan itu. Sampai mati pun abang tidak lepaskan sayang. Abang tidak tahu bagaimana lagi untuk menyatakannya. Abang dah tak ada ayat lagi untuk meraih kepercayaan sayang. Mungkin abang perlu serahkan nyawa abang untuk buktikannya kalau itu dapat membuat sayang mempercayai cinta abang" balasnya sambil merenung tajam ke mata isterinya.
"Kenapa perlu susahkan diri sedang abang tak bahagia. Sudahlah Yani tak nak cakap pasal tu lagi, nak tido?" tambah Aryani kemudian kembali terus memalingkan tubuhnya membelakangkan suaminya. Matanya sudah terlalu berat menahan rasa mengantuk.
"Sayang! Sebenarnya tadi abang sedang fikirkan tentang keselamatan sayang dan anak-anak kita. Apa yang sayang miliki sekarang merisaukan abang. Kita perlu berhati-hati. Setiap pergerakan kita akan menjadi perhatian sama ada yang berniat baik atau sebaliknya. Semua yang ada di sekeliling kita bernilai. Abang tak tahu lagi berapa nilai yang kita ada kalau sayang dapat sepenuh warisan dari Tan Sri Dato' Wong" Aryani faham maksud suaminya. Tan Sri Dato' Wong juga terus mengambil langkah berjaga-jaga selepas membuat pengumuman malam tadi. Enam orang pengawal peribadi sudah diupah menjaga Aryani dan Adam. Aryani hanya memasang telinga dan tidak mencelah lagi kata-kata suaminya.
"Sayang hati-hatilah, tak boleh bebas keluar macam dulu tanpa bodyguard begitu juga Adam. Jangan benarkan Kak Nora bawa Adam keluar bermain di taman sendirian. Esok kita balik tinggal rumah mama. Di situ lebih selamat sebab dikawal sepanjang masa" Aryani hanya mengangguk mendengar cadangan suaminya sebelum menutup matanya untuk membawanya ke alam lain. Melihat Aryani sudah jauh pergi ke alam mimpi, Syed Ismeth tersenyum lalu terus mencium pipi dan mendakap erat tubuh isterinya. Syed Ismeth ingin mendapatkan Aryani di dalam mimpinya.
Tan Sri Dato' Syed Bahrin dan Puan Sharifah Ratnah yang turut mendengar perkembangan terbaharu pasangan tersebut. Keputusan Syed Ismeth memilih untuk membawa isteri dan anaknya tinggal bersama mereka begitu mengembirakan hati mama dan datuknya. Di situ Adam boleh bergerak bebas dan ada kawasan yang luas untuk bermain. Puan Sri Ratnah sudah mencadangkan untuk membina tempat permainan yang lengkap untuk Adam dan cucu-cucunyanya yang bakal lahir nanti.
"Kamu berdua beranaklah ramai-ramai, mama nak rumah ni riuh rendah dengan suara anak-anak kamu berdua" Syed Ismeth dan isterinya tergelak mendengar cadangan mamanya.
"Saya mampu beranak dua orang je mama, selebihnya isteri abang yang lain akan mengandungkannya" Syed Ismeth membutangkan matanya mendengar jawapan isterinya. Hidung Aryani terus dipicitnya hingga merah membuatkan isterinya menjerit sambil memukul tubuhnya.
"Tuhan memang bijak mengatur perjalanan hidup hambanya. Siapa sangka perempuan kampung yang kamu jumpa dan jatuh cinta cucu kepada seorang ahli perniagaan cina yang terkenal. Ada hikmahnya kenapa tuhan menemukannya dengan kamu. Penyatuan kamu berdua sesuatu yang luar biasa dan membuat semua pihak terkejut. Kamu kena selalu mengawasi isteri kamu dan memimpinnya sebagai seorang suami dan rakan niaga. Sebagai suami walaupun WCC milik isteri kamu tapi kamu kena beri buah fikiran dan pendapat dan harus ada kekuatan di dalamnya. Di bawah isteri kamu semuanya peniaga cina dan alhamdulillah isteri kamu ada kekuatan untuk mengetuai mereka kerana dia mampu bertutur bahasa cina. Nasib baik datuknya hantar cucunya belajar di sekolah cina" ujar Tan Sri Dato' Syed Bahrin sewaktu Syed Ismeth minum petang bersama datuknya di banglo mereka.
"Mama gembira sangat mendengar keputusan kamu berdua. Bolehlah jugak mama merasa menjaga cucu-cucu mama. Kamu pun memang berhak ke atas rumah ni" ujar Puan Sharifah Rantah sambil tersenyum memandang anak dan menantunya.
Di rumah agam rahsia milik Desmond, Katrina seperti tidak percaya membaca petikan akhbar yang ada di tangannya
"Perempuan kampung ni, isteri Am cucu Tan Sri Dato' Wong" ujar Katrina atau Catrine selepas membaca petikan akhbar tersebut.
"Ya, isteri jutawan tu cucu uncle I, anak Vivyana Wong. Itu yang buat I tak puas hati sebab dia dapat segala kekayaan Tan Sri Dato' Wong termasuk WCC. Dia pewaris tunggal uncle I dalam wasiatnya.
"Al-Walid Mega dan WCC mesti akan jalinan banyak kerjasama kalau semua ni benar dan mungkin satu masa nanti akan digabungkan" Catrine menyatakan apa yang terfikir di kepalanya.
"I tak fikir ni akan berlaku. I tak mahu bangsa lain campur tangan dalam bisness bangsa I. I memang dari awal tidak setuju dengan idea uncle I tapi I tak punya kuasa membantah" Desmond takut rahsianya akan terbongkar sekira CEO Al-Walid Mega campur tangan dalam WCC untuk membantu isterinya.
"You ada fikir nak buat apa?" tanya Catrine sambil menatap wajah Desmond. Lelaki itu telah menunaikan janji. Syarikat ayahnya sudah terlepas dari cengkaman hutang dan sudah mula menggorak semula langkah untuk membangunkan semula syarikatnya. Tugas Catrine sekarang adalah menjadi wanita untuk Desmond melepaskan nafsu dan menjalan urusniaganya di kelab-kelab esklusif.
"You tunggu dan lihat, I tak suka benda yang menyusahkan ada di bumi ni" itu saja yang terdengar di cuping telinga Catrine sebelum lelaki tersebut beredar.
Rose Aryani muncul di pejabat WCC bersama Tan Sri Dato' Wong. Dia diperkenalkan dengan semua staf yang bertugas di pejabat Tan Sri Dato' Wong sahaja kerana mengambil masa untuk memperkenalkan Aryani pada pekerja WCC di bahagian yang lain kerana jumlah terlalu ramai jumlahnya. Rata-rata pekerja terdiri dari kaum cina.
"Ini bilik Yani, sebelah tu bilik grandpa. Grandpa bagi Rose masa untuk beberapa bulan ini untuk Rose memahami dan belajar tugas-tugas Yani sebelum ambil alih sepenuh tahun baru cina tahun depan" beritahu Tan Sri Dato' Wong ketika menunjukkan bilik Aryani di sebelah biliknya. Atas permintaan Aryani sendiri Tan Sri Dato' Wong memanggilnya dengan nama Yani. Nama itu sudah sebati dengan dirinya dan dia suka orang-orang terdekat dengannya memanggilnya Yani.
"Nanti kalau Yani ambil alih syarikat guna bilik grandpa dan bilik ni untuk PA Yani. Tempoh belajar sekarang Yani akan jadi PA grandpa" Aryani tersenyum mendengar penerangan Tan Sri Dato' Wong.
"Grandpa, Yani rasa belum bersedialah untuk pegang jawatan CEO terlalu awal. Kalau boleh setahun dua lagi ke?" Aryani memaniskan wajahnya memujuk Tan Sri Wong.
"No sayang, grandpa dan granny sudah ada plan lain dalam hidup kami. Grandpa nak berehat dah tak larat lagi nak fikir pasal bisness. Jangan risau, suami Yani boleh bantu. Dia seorang yang cekap dan berkebolehan dan boleh tunjuk ajar Yani. Selalulah bertanya dan berbincang dengannya" Aryani mengangguk mendengar nasihat Tan Sri Wong.
"Hai, I am Susan Tee, Tan Sri Dato' Wong secretary" seorang wanita dalam usia lingkungan awal tiga puluhan menegurnya ketika Aryani dan Tan Sri Dato' Wongkeluar dari bilik. Wanita itu menghulurkan tangannya kepada Aryani.
"I'm Rose Aryani, cal me Yani" balas Aryani sambil tersenyum menyambut tangan Susan.
"You can speak Chinese?"
"Yes, Mandarin and Hokkein" balas Aryani lagi.
"Oh, great. Ok will speaking or speak chinese with you, ok, now I want to do my work, see you later" Susan meminta diri untuk kembali menyambung kerjanya dan membiar Tan Sri Dato' Wong dan Aryani melangkah masuk ke bilik mereka.
"Sekarang Yani tinggal di mana?"
"Rumah Tan Sri Dato' Syed Bahrin, susah nak kawal Adam kalau tinggal di kondo" Tan Sri Wong mengangguk mendengar jawapan Aryani.
"Suami Yani ada plan nak buat rumah?" Aryani tersenyum mendengar soalan Tan Sri Wong kemudian mengangguk. Perkara itu sudah dibincangnya dua hari lepas dengan suaminya. Lokasinya sudah ada, atas bukit hanya 1 KM daripada kediaman Tan Sri Dato'Syed Bahrin.
"Lokasi sudah ada mungkin dalam bulan depan kerja pembinaan di mulakan" beritahu Aryani kepada Tan Sri Wong kemudiannya.
'Di mana tu?"
"Bukit Intan, suami Yani beli tiga tapak lot untuk rumah kami " Tan Sri Wong menganggukkan kepalanya lagi kerana di tahu di mana lokasi yang di sebut oleh Aryani. Kawasan tanah tinggi yang hanya mampu dimiliki oleh golongan mewah. Setiap lot rumah nilainya puluhan juta ringgit.
"Cantik lokasi tu, boleh tengok seluruh KL dari sana. Besar kawasannya kalau tiga lot?" sahut Tan Sri Wong apabila membayangkan keluasan setiap lot.
"Lot tengah untuk rumah, dua lagi kami nak jadikan landskap dan kawasan untuk anak-anak bermain" Tan Sri Wong mengangguk lagi kerana faham apa yang dikatakan oleh Aryani.
YOU ARE READING
Maafkanlah Aku
RomanceRose Aryani begitu terluka dan kecewa setelah mendengar seorang wanita mengakui sebagai kekasih suaminya. Aryani yang merasa cintanya hanya bertepuk sebelah tangan akhirnya tidak lagi mampu untuk bertahan. Aryani akhirnya pergi membawa diri untuk me...