24.Saya Akan Menjauhinya

73 1 0
                                    

Laungan azan subuh yang sayup-sayup menerpa ke corong telinganya membuatkan Aryani perlahan-lahan membuka matanya. Tangannya mencapai telefon lalu melihat jam yang dipaparkan oleh alat komunikasi miliknya yang sudah diaktifnya semula sejak malam tadi.
"Selamat pagi sayang, I love U!" Aryani terpana membaca masej yang dibukanya.
"Dia cintakan aku?, betulkah semuanya ni atau saje nak ambil hati aku" Aryani cuba mengingatinya peristiwa malam tadi. Saat dirinya hampir lemas dan tewas dalam dakapan Syed Ismeth dan hampir membuatkan mereka melakukan perkara itu. Dentuman guruh yang kuat dan kemunculan cahaya kereta atoknya akhirnya menjadi penyelamat kepada mereka berdua dari terus hanyut dengan godaan makhluk ketiga.
"Atok mana nek?" tanyanya kepada Siti yang sedang berada di dapur apabila melihat Bakar tidak ada dalam biliknya ketika lalu di hadapan bilik neneknya.
"Atok dan Is solat subuh di masjid" mendengar jawapan Siti, Aryani tersenyum sendiri. Memang betullah Syed Ismeth sampai semalam dan semua yang bermain di mindanya tadi bukan igauan mimpinya. Aryani terus menyambung langkahnya menuju ke dapur.
"Kita buat apa untuk sarapan pagi ni nenek?" tanyanya sambil menuang segelas air kosong untuk menghilang dahaganya.
"Nenek fikir nak buat nasi lemak, kamu tolong nenek basuhkan beras dalam periuk tu" sambil mengangguk Aryani menjalankan tugas yang diarahkan oleh Siti.
Syed Ismeth bersyukur melihat layanan elok Bakar dan Siti kepadanya sejak kedatangannya malam tadi. Semalam Syed Ismeth mendapat panggilan telefon daripada Jamal memberitahu tentang kepulangan Bakar dan keluarganya. Selepas habis waktu pejabat Syed Ismeth terus memecut kereta menuju ke kampung tunangnya. Jiwanya begitu terseksa kerana terlalu merindui tunang kesayangnya merangkap wanita pujaan hatinya itu. Syed Ismeth tidak mahu menunggu tempoh yang lama lagi untuk menyelesaikan salah faham yang membuat tunangnya terus prasangka kepadanya. Malam itu dia akan meluahkan segalanya untuk meyakinkan hati tunangnya dan sekaligus meraih cinta gadis pujaan hatinya itu.
"Minggu lepas Is ada telefon atok tak?. Atok tanya sebab ramai kawan-kawan atok yang tanya kenapa atok tak angkat telefon. Telefon atok ada masalah agaknya sebab tak ada bunyi bila ada orang cal" tanya dan cerita Bakar ketika mereka menikmati sarapan pag,,i.
"Ada tok, selalu. Mungkin telefon atok ada masalah. Kalau rosak nanti saya belikan yang baru" tanya Syed Ismeth sambil memandang Bakar yang sedang menikmati nasi lemaknya.
"Dah elok rasanya, Yani aturkan untuk atok semalam, kalau tak tentu atok tak dengar lagi waktu Is cal atok petang semalam" balasnya sambil terus menikmati sarapannya. Mendengarnya jawapan Bakar Aryani tersenyum sendiri kemudian memandang tunangnya yang ralit memandang kepadanya kemudian lelaki itu turut tersenyum. Syed Ismeth dapat menangkap maksud senyuman Aryani. Mesti angkara cucu comelnya itu kenapa telefon atoknya tiba-tiba meragam.
Aryani yang sedang duduk di atas buaian memerhati tunangannya yang sedang khusyuk menjawab panggilan telefon. Sesekali lelaki itu berpaling memandangnya tetapi Aryani pantas memalingkan wajah ke arah lain. "Sayang! Mama nak bercakap dengan awak" sejak malam tadi Aryani terpaksa membiasakan telinganya mendengar lelaki itu memanggilnya begitu dan barulah Aryani tahu bahawa lelaki itu rupa-rupanya sedang berbual dengan mamanya. Aryani menerima telefon yang diserahkan oleh Syed Ismeth kepadanya dan melayan perbualan bakal ibu mertuanya.
"Mama kata apa?" tanya sambil tersenyum kemudian melabuhkan punggung di sebelah tunangnya. Comel Aryani mengenakan sepasang baju kurung Kedah kain kapas berwarna merah jambu.
"Panggil saya ke sana, KL" balas Aryani sambil menyerah kembali telefon kepada Syed Ismeth .
"Macam mana, nak?" tanyanya Syed Ismeth sambil mengangkat keningnya.
"Kena minta kebenaran atok dan nenek dulu" balas Aryani lantas melarikan pandangan tidak mahu membalas tetapan tunangannya.. Kejadian malam tadi membuatnya rasa malu untuk berdepan apalagi bertentang mata dengan lelaki itu.
"Mama yang akan cakap sendiri dengan atok dan nenek dan saya rasa mereka tak akan keberatan" Aryani diam mendengar jawapan Syed Ismeth. Mungkin itu yang lebih baik.
"Awak bila balik, bukankah hari ini awak sepatutnya bekerja atau awak buat cuti sendiri ehh.." risau kalau lelaki itu terpaksa meninggalkan kerjanya kerana sesuatu yang tidak penting.
"Petang nanti tapi bersama awak" sahutnya sambil tersenyum. Aryani masih tidak mahu menentang pandangannya. Mungkin peristiwa malam tadi menyebabkan Aryani malu menatapnya. Semalam juga dia baru tahu Aryani memiliki rambut yang lebat dan panjang hingga keparas pinggang walaupun sesekali hanya melihatnya melalui pancaran cahaya kilat. Kedatangannya malam tadi bukan sahaja memberinya berpeluang untuk melihat keindahan yang disembunyikan disebalik tundungnya tapi buat pertama kali dia menikmati bibir seksi milik belahan jiwanya itu.
"Saya nak masuk tolong nenek masak untuk makan tengah hari" Syed Ismeth tergelak mendengar alasan Aryani. Dia tahu kenapa Aryani cuba mengelakkan diri dan malu memandangnya.
"Kita baru saje lepas sarapan, mari temankan saya pergi beli lauk untuk masak tengah hari nanti" kening Aryani menaut mendengar kata-kata tunangnya.
"Awak ajak saya ke pasar?" tanyanya kemudian.
"Ya, tadi saya dengar nenek suruh atok pergi, jadi saya tawarkan diri dan mereka suruh saya ajak awak sebagai teman. Atok suruh kita guna kereta dia" Tiada ayat untuk Aryani membantah lagi.
"Saya masuk tukar pakaian dulu" Syed Ismeth hanya membalasnya dengan anggukan dan senyuman. Matanya memerhati setiap gerak dan langkah Aryani meninggalkannya menuju ke rumah.
"Saya nak makan udang masak lemak dengan nanas macam sayang masak hari tu, sedap" Aryani terpana kerana lelaki itu masih lagi ingat lauk pertama yang dihidang ketika pertama kali Syed Ismeth makan di rumah mereka. Itu lauk kegemarannya dan tidak sangka lelaki itu juga meminati lauk yand sama dan memuji masakannya.
Selepas membeli semua pelbagai bahan mentah yang Aryani tidak larat hendak membantah mereka bergerak menuju ke kereta untuk menyimpannya. Syed Ismeth membawa semua bungkusan beg plastik yang berat dengan bahan-bahan mentah seperti udang, ikan dan ayam sementara Aryani hanya membimbit beg plastik yang berisi sayuran dan bahan kering.
"Yani!" sedang asyik membantu tunangnya menyimpan barang di dalam but kereta suara seorang lelaki menyebut namanya. Razis tersenyum memandang Aryani namun gadis tersebut menatapnya dengan begitu serius tanpa membalas senyumannya. Razis memandang lelaki yang berdiri di sebelah Aryani. Memang bagai langit dan Bumi untuknya bersaing dengan lelaki itu dari semua segi. 'Mungkin lelaki ini tunang Aryani' fikirnya dalam hati. Razis mendengar berita pertunangan Aryani daripada Sahir. Walaupun kecewa namun Razis akur Aryani bukan miliknya dan tidak mungkin menerima cintanya} sampai bila-bila. Sejak kejadian hari tersebut dan kerana kebodohannya membuatkan Aryani semakin membencinya.
"Hah Razis, kenalkan tunang aku" sebelum Razis terus keliru lebih baik dia memperkenalkan tunangnya kepada Razis.
"Oh, tunang kau. saya Razis" Razis menghulurkan tangan kemudian disambut baik oleh Syed Ismeth .
"Syed Ismeth Syaqimie" sahutnya Syed Ismeth memperkenalkan dirinya.
"Saya minta diri" selepas berjabat tangan Razis meminta diri untuk pergi. Hajatnya untuk melihat bakal tunang Aryani akhir tercapai juga. Razis kecewa kerana lelaki yang bakal menjadi suami Aryani terlalu hebat untuk disaingi olehnya.
"Siapa Razis tu, peminat awakkan?" tanya Syed Ismeth ketika melabuhkan punggungnya di tempat duduk pemandu.
"Salah ke kalau ada yang minatkan saya?" balasnya sambil tersenyum.
"Asalkan bukan peminat finatik. Saya tak mahu buah hati saya menjadi pujaan lelaki lain". Balasnya sambil menjerling melihat Aryani di sebelahnya.
"Tapi kalau awak pun ada peminat yang lain dan awak tahu dia cintakan awak" soalnya bila teringatkan kata-kata lelaki itu semalam.
"Saya akan menjauhinya kalau sayang tak suka" tangan Aryani diraih dan dipengangnya erat kemudian dibawanya ke bibir lalu dikucupnya lama. Aryani kaget melihat tindakan spontan tunangnya itu.
"Sayang, saya cintakan awak dan percayalah saya sedia lakukan apa saja untuk kebahagian orang yang saya sayang walaupun nyawa saya terpaksa menjadi galang gantinya" matanya mereka saling bertatapan erat dan kemudian Aryani segera menundukkan kepalanya.
"Saya harap awak jujur dengan kata-kata yang awak ucapkan. Saya tidak tahu apa ada dalam hati awak dan saya tidak mampu menilaikan dari perbuatan dan sikap awak terhadap saya. Saya hanya berserah pada tuhan untuk menunjukkannya" Aryani lantas menundukkan wajahnya, menatap pandangan mata Syed Ismeth yang redup memandangnya membuatkan jantungnya berdebaran.
"Sayang, saya akan pastikan yang awak tidak akan menyesal menerima saya dan akan menghargai setiap kasih sayang dan cinta saya pada awak. Kebahagian awak adalah kebahagian saya". Ucapnya sambil mengelus perlahan jari jemari tunangnya yang berada dalam genggamannya lalu membawanya sekali lagi ke bibir untuk mengucupnya untuk kali kedua.
"Dah lambat, kita balik sekarang" Syed Ismeth tersenyum mendengar jawapan Aryani apatah lagi melihat gadis itu agak gelabah dan malu memandangnya.

Maafkanlah AkuWhere stories live. Discover now