Pertama kali pasangan tersebut hadir di dalam satu majlis koporat. Aryani menemani suaminya Syed Ismeth mewakili Al-Walid Mega. Pasangan tersebut menjadi tumpuan sejak di awal ketibaan mereka di situ. Majlis makan malam yang dianjurkan oleh Tan Sri Harris salah seorang rakan niaga Al-Walid sempena ulang tahun syarikatnya juga menggundang beberapa orang kenamaan sebagai tetamu terhormat pada malam itu termasuk insan yang paling dicemburi oleh Syed Ismeth.
Aryani dan suaminya cuba berlagak biasa apabila mata mereka bertembung pandang dengan Tengku Firhan sepanjang majlis itu berlangsung. Aryani merasa tidak selesa apabila Tengku Firhan sentiasa merenung dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Syed Ismeth juga menyedari apa yang berlaku di sekelilingnya yang sentiasa membuatnya tidak mahu berenggang dari isterinya. Sakit hatinya apabila Tengku Firhan sentiasa melemparkan pandangannya dan merenung Aryani isterinya tanpa memperdulikan kewujudannya di situ.
“You bertuah Ismeth sebab dapat berkahwin cucu Tan Sri Dato' Wong yang begitu cantik” Tegur Tan Sri Harris sewaktu mereka sedang menjamu selera.
“I jatuh cinta dan melamarnya dan kami berkahwin sebelum I tahu dia cucu tunggal Tan Sri Dato' Wong” ujar Syed Ismeth menjelaskan cerita yang sebenarnya.
“Tapi you memang bertuah. Macam mana you berdua boleh berjumpa?” Syed Ismeth tersenyum ketika mendengar soalan Tan Sri Harris pantas dia menoleh memandang isterinya yang sedang duduk di sebelahnya. Aryani juga tersenyum kepadanya.
“Nak dicerita pun mungkin tak cukup semalaman jadi pendeknya kami memang dah ditakdirkan untuk bersatu. Tuhan dah jodohkan kami berdua sebagai suami isteri sebelum kami mengenali satu sama lain”. Balas Syed Ismeth tersenyum memandang Tan Sri Harris.
“Apa plan you berdua lepas ni. Kalau kamu bergabung I rasa you berdua mewujudkan empayar perniagaan yang cukup besar dan hebat. You berdua akan jadi King and Queen dalam bidang ni” Syed Ismeth sudah tergelak. Aryani pula tersenyum memandang Tan Sri Harris setelah mendengar kata-kata lelaki tersebut.
“Kami belum merancang apa-apa plan pun tentang tu. Walaupun kami berkongsi bilik, katil, bantal dan selimut tak semestinya syarikat kena berkongsi jugak. Company ada matlamat masing-masing tapi saya akan jadi guardian my wife, bantu dia untuk berjaya dalam kerjayanya begitu juga dia pada saya, she is my life, my goal, my inspiration, motivation and my angel di dunia dan di syurga" Tan Sri Harris begitu kagum mendengar jawapan Syed Ismeth.
“Hai!” kemunculannya mematikan selera Syed Ismeth dan Aryani yang sedang menikmati makanannya.
“Ya, Tengku Firhan, silalah duduk”. Tegur Tan Sri Harris memperlawa lelaki bangsawan itu duduk.
“Bual apa?” tanya Tengku Firhan memulakan bicara.
“Bual Biz!” sambung Syed Ismeth membuatkan Tan Sri Harris tergelak begitu juga Aryani.
“Kami berbual tentang rezeki kawan kita ni yang sentiasa melimpah ruah. I tak boleh bayangkan apabila dua waris tunggal syarikat number one Malay and Chinese bersatu dengan ikatan perkahwinan” Tan Sri Harris menjelaskan alur ceritanya.
“Ikatan perkahwinan yang berlandaskan harta dan kekayaan, boleh kekal bahagia ke?” Syed Ismeth dan Aryani mengangkat kepalanya mendengar jawapan Tengku Firhan. Tan Sri Harris kemudian tersenyum.
“Insyaallah sebab ketika mereka jatuh cinta mereka tidak saling mengenali pasangan masing-masing. I sudah tua dan banyak pengalaman dalam hidup. You berdua lain dari yang lain. Dari mata saja I dah tahu you berdua bahagia kerana true love bukan kerana harta” tambah Tan Sri Harris sambil tersenyum. Tengku Firhan hanya diam mendengarnya.
“I tidak akan membuka sedikit celah pun untuk memberi ruang kepada perosak. meskipun nyawa I jadi taruhannya” Aryani menatap mata suaminya setelah ucapan itu lahir dari mulut suaminya. Pasangan tersebut sudah padam selera makan sejsk kemunculan Tengku Firhan di meja itu
“Abang, temankan Yani ambil angin sekejap. Tapi Yani nak cari pencuci mulut dulu dekat situ” ideanya untuk menjauhkan mereka dari Tengku Firhan. Syed Ismeth tersenyum dan mengangguk membalas ajakan isterinya sebelum meminta izin dari Tan Sri Harris untuk berlalu menemani isterinya.
Setelah sepinggan pembasuh mulut mereka masukkan ke dalam pinggan, Aryani dan suaminya bergerak menuju ke sebuah meja kosong di tepi kolam renang.
“Abang kalau boleh memang dah tak boleh pandang wajah dia lagi” ujarnya memulakan perbualan mereka setelah menikmati sehiris pudding yang disuapkan oleh isterinya.
“Yani minta maaf sebab Yani abang berkonflik dengan sahabat baik abang” balasnya menysmbung kata-kata suaminya.
“Kalau dia sahabat baik, dia tidak akan buat abang begini. Sudah tahu sayang isteri abang dia masih jugak nak menyakitkan hati abang dan tak mahu mengalah. Sahabat baik apa yang sanggup suruh abang ceraikan isteri supaya dia boleh ambil isteri abang” membutang mata Aryani mendengar kata-kata suaminya.
“Dia pernah cakap macam tu ke pada abang?” tanya Aryani yang terkejut mendengar cerita suaminya. Syed Ismeth menganggukkan kepalanya. Aryani sudah bangun berdiri.
“Sayang nak ke mana?” hairan melihat isterinya tiba-tiba berdiri.
“Nak jumpa dia. Yani nak tanya kenapa dia boleh cakap benda bodoh dan giler macam tu. Bila masa Yani pernah janji nak kahwin dengan dia” Syed Ismeth segera menahan isterinya dan meminta isterinya duduk semula. Kali ini kerusi isterinya ditarik lebih dekat di sampingnya supaya perbualan mereka tidak didengari sesiapa.
“Jangan rosakkan majlis orang. Abang tak nak sayang jumpa dia sampai bila-bila. Abang dah beri ingatan padanya. Dia takkan dapat isteri abang selagi abang bernafas. Sayang milik abang sampai bila-bila” ujarnya sambil menggenggam kemas dan erat tangan isterinya.
“Abang! Jangan tinggalkan Yani sampai bila-bila” ucapnya sambil memandang wajah suaminya.
“Abang tak pernah tinggalkan sayang dan tak pernah terfikir untuk tinggalkan sayang. Abang akan setia di samping sayang sampai ke akhir hayat abang. Sampai ajal memisahkan kita. Abang takkan benarkan sesiapapun menyakiti isteri abang dengan apa cara sekalipun. Baik dengan perkataan atau perbuatan” Aryani terharu mendengar jawapan suaminya. Mereka saling bertatapan buat seketika.
“Kenapa? You tak yakin dia akan jadi milik you sampai bila-bila? You tak yakinkan Syed?” Tengku Firhan tiba-tiba muncul mendekati meja pasangan tersebut. Syed Ismeth dan Aryani saling berpandangan.
“You tak diperlukan di antara kami. I tak ingin dengar apa saja datang dari mulut you” sahut Syed Ismeth sambil memandang tajam ke arah Tengku Firhan.
“Sebab you takut kata-kata I menjadi kenyataankan? Better you sedar dan ceraikan dia. Are yuu sure selama empat tahun dia tinggalkan you dia tak pernah melepaskan keinginannya dengan lelaki lain” Tengku Firhan sudah tersenyum sinis selepas menuturkannya.
Kemarahan Syed Ismeth segera meluap, tanpa sedar tangannya sudah berada di leher baju Tengku Firhan. Tengku Firhan menepisnya tapi Syed Ismeth pantas memberi satu tumbukan di muka lelaki itu. Syed Firhan terus membalas dengan tumbukan di tempat yang sama. Pergaduhan yang berlaku membuat Aryani turut masuk campur lalu segera menghalang dan menolak tubuh Tengku Firhan.
“I cintakan suami I Fir dan cintakan dia sampai bila-bila dan tak pernah mengkhianatinya. I benci you Fir, benci you sampai bila-bila. You yang dah mengkhianati persahabatan you dengan I dan suami I” Aryani terus meraih tangan suaminya lalu mengajaknya meninggalkan majlis tersebut tanpa memandang ke kiri dan ke kanan. Kesal hatinya mendengar mulut lancang Tengku Firhan yang sewenang-wenangnya cuba menjatuhkan maruah suami dan maruah dirinya.
YOU ARE READING
Maafkanlah Aku
RomanceRose Aryani begitu terluka dan kecewa setelah mendengar seorang wanita mengakui sebagai kekasih suaminya. Aryani yang merasa cintanya hanya bertepuk sebelah tangan akhirnya tidak lagi mampu untuk bertahan. Aryani akhirnya pergi membawa diri untuk me...