Sepanjang majlis persandingan dan resepsi semua memuji pasangan pengantin baru tersebut. Semua pekerja Al-Walid Mega terkejut melihat isteri majikan rupa-rupanya setiausaha sementara yang menggantikan tempat Fatima dan lebih memeranjatkan apabila Syed Ismeth memberitahu semua pekerjanya bahawa semasa Aryani menggantikan tempat Fatima mereka sudah pun bertunang.
Katrina adalah orang yang paling terkejut dan tidak selesa dan tidak gembira di sepanjang majlis. Pada mula mata Katrina terkejut melihat Rose Aryani tetapi dia tidak mengetahui nama gadis yang sebelum ini menyandang jawatan setiausaha sementara Syed Ismeth Patutlah hatinya curiga melihat layanan baik Syed Ismeth kepada perempuan itu rupa-rupa mereka berdua ada hubungan yang disembunyikan.
"Taniah Is, tapi belum ada hadiah yang sesuai untuk kamu berdua" Syed Ismeth dan Aryani saling berpandangan mendengar kata-kata Katrina."Hadiah tak penting buat kami. You sudi datang ke majlis ni pun kami dah cukup bersyukur dan berterimakasih. Kita tetap kawankan?" Katrina berpura-pura membalas senyuman pasangan pengantin baru tersebut meskipun hati sedang sakit terbakar.
"I doakan you berdua bahagia dan gembira selagi...." kata-kata terhenti di situ sahaja apabila Puan Sharifah Ratnah muncul mendekati pasangan pengantin tersebut. Jelingannya tajam memandang Aryani yang sedang tersenyum bahagia melayan tetamu yang mengucap tahniah. Puan Sharifah Ratnah pula begitu berseri-seri apabila rata-rata tetamu memuji menantunya cantik dan bersopan santun.
"Dia menantu kesayangan saya dan perempuan yang terbaik untuk anak saya" balas Puan Sharifah Ratnah apabila terdengar teman-temannya memuji Aryani.
Aryani begitu terkejut apabila tiba-tiba suaminya menarik tangannya dan membawa duduk di hadapan sebuah piano. Aryani duduk di sisi suaminya sambil tersenyum apabila terdengar suaminya mengucapkan sesuatu kepadanya.
"Sayang! You Are The Reason" ucapnya kemudian mencium pipi isterinya membuatkan majlis bertukar gemuruh apabila semua tetamu bertepuk tangan.There goes my heart beating
'Cause you are the reason
I'm losing my sleep
Please come back now
And there goes my mind racing
And you are the reason
That I'm still breathing
I'm hopeless now
I'd climb every mountain
And swim every ocean
Just to be with you
And fix what I've broken
Oh, 'cause I need you to see
That you are the reason
There goes my hands shaking
And you are the reason
My heart keeps bleeding
I need you now
And if I could turn back the clock
I'd make sure the light defeated the dark
I'd spend every hour, of every day
Keeping you safe
And I'd climb every mountain
And swim every ocean
Just to be with you
And fix what I've broken
Oh, 'cause I need you to see
That you are the reason
I don't wanna fight no more
I don't wanna hide no more
I don't wanna cry no more
Come back I need you to hold me (you are the reason)
Be a little closer now
Just a little closer now
Come a little closer
I need you to hold me tonight
I'd climb every mountain
And swim every ocean
Just to be with you
And fix what I've broken
'Cause I need you to see
That you are the reasonAryani sebak dan terharu mendengar setiap bait senikata lagu yang dinyanyikan oleh suaminya. Tidak disangkanya suaminya boleh bermain piano dan menyanyi dengan baik. Pertama kali ada orang menyanyikan lagu yang ditujukan khas untuk dirinya. Aryani mendoakan agar kebahagian akan jadi milik mereka berdua untuk selamanya.
Memang Aryani begitu bahagia menempuh kehidupan barunya sebagai seorang isteri. Balik selepas berbulan madu di Eropah kebahagian rumah tangga mereka bukan sahaja pada lahir pasangan tersebut malah pada zahirnya jelas pada pandangan sesiapa sahaja. Ismeth melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami. Tiada apa yang kurang Syed Ismeth berikan kepada isteriya baik perhatian, cinta dan kasih sayang. Tiada istilah menyesal muncul dalam kamus hidup setelah mengakhiri zaman remajanya untuk bergelar isteri kepada seorang lelaki bernama Syed Ismeth Syaqimie.
Fatima terkejut apabila mendapat berita sepanjang ketiadaannya kerana bercuti majikannya yang kacak, tampan dan berharta itu sudah bertukar status menjadi seorang suami orang.
Syed Ismeth mengekalkan Aryani sebagai setiausaha pertamanya yang berfungsi untuk urusan luar manakala Fatima sebagai setiausaha keduanya yang menguruskan hal-hal di pejabat sahaja.
Di samping bekerja sebagai setiausaha suaminya Syed Ismeth mendaftar isterinya menyambung pengajian peringkat ijazah sebagai pelajar separuh masa di OUM dan Aryani akan mengikut kuliah sekali seminggu pada setiap hari Sabtu.
"Kalau saya tak nak belajar pun abang tak kisah, sayang tetap yang teratas dan paling istimewa di hati abang" beritahunya sambil menarik isterinya duduk di atas ribanya.
"Saya nak belajar jugak sekurang-kurang untuk menimba ilmu. Mana tahu suatu masa nanti Yani perlukannya untuk teruskan hidup" balasnya sambil merenung wajah suaminya.
"Sayang cakap apa ni, untuk terus hidup apa bendanya. Apa yang abang ada sepuluh keturunan pun tak luak" tidak setuju mendengar kata-kata isterinya.
"Kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan segalanya" balas Aryani pula.
"Betul tu sayang tapi kita sama-sama doa agar kita bahagia sampai bila-bila. Kita sama-sama hidup sampai ke tua. Kalau boleh menutup mata pada detik yang sama" Aryani terharu mendengar jawapan suaminya. Lantas dia mengangguk dan tersenyum.
"Abang, terimakasih kerana semuanya, kerana mencintai Yani"
"Abang pun sama sayang, terima kasih kerana terima abang dan cinta abang dan membalasnya" tengkuk isteri ditarik mendekati wajahnya, menzahirkan perasaan cinta melalui sentuhan hangat bibirnya. Bertaut seketika menyulam rindu dan asmara yang bergelora.
Fatima yang masuk tidak mengetuk pintu terkejut kerana bertembung adegan XY. Merona muka Aryani menahan malu lalu segera melompat turun dari riba suaminya.
"Opps sorry bos menganggu" beritahu Fatima sambil tersenyum. Fatima sudah beberapa kali tidak sengaja bertembung dengan adegan seperti itu tapi memandang mereka pasangan suami isteri Fatima melupakan saja apa yang pernah dilihatnya. Syed Ismeth pun seperti tidak marah dan tidak kisah apabila Fatima terserempak ketika dia dan Aryani sedang berasmara ringan dalam biliknya.
"Ada apa Fatima?" tanya Syed Ismeth memandang setiausahanya.
"Surat ni perlu bos sign sekarang" sambil menghulurkan surat yang dibawanya kepada majikannya. Selepas mendapatkan tandatangan Fatima terus meninta diri untuk keluar.
"Fatima!" Fatima segera berpaling bila namanya disebut.
"Lain kali ketuk dulu bila isteri I ada dalam bilik ni" Fatima mengangguk lalu tersenyum.
"Ok bos saya minta maaf, lain kali saya ketuk dulu. Tapi bos!"
"Apa dia?"
"Lain kali kunci pintu takut terserempak orang lain, now to be continue!" mata Syed Ismeth membutang mendengar jawapan Fatima tapi kemudian dia tersenyum sebaik sahaja Fatima sudah keluar dari biliknya. Aryani tersenyum melihat suaminya yang kemudian bangun dari kerusi lalu mendekatinya.
"Fatima suruh kita sambung" katanya dan tanpa sempat Aryani berbuat apa-apa bibirnya sudah menjadi sasaran suaminya dan tubuh kecilnya sudah terbenam dalam pelukan suaminya dan kemudian diheretnya mendekati sofa. Selepas makan tengah hari nanti mereka berdua terpaksa singgah ke Mega Hotel untuk membersihkan diri sebelum solat Zohor.
"Apa abang dah buat ni, kita menyalah gunakan bilik dan masa kerja" Syed Ismeth tersengih mendengar teguran isterinya setelah segalanya berakhir.
"What can I do, lama sangat nak tunggu balik rumah. Malam tadikan kita tak buat sebab abang kesihan bila tengok isteri abang su9dah tertidur" balasnya sambil tersenyum nakal.
"Yalah tu!" balas Aryani kemudian ikut tersenyum memandang suaminya.
"Abang ada conference hujung minggu ni di Penang, sayang ikut ya. Lepas tu kita pergi Langkawi"
"Bila tu?" tanya Aryani memandang wajah suaminya.
"Hari Sabtu" Aryani diam sekejap mendengar jawapan suaminya.
"Tapi Yani ada kuliahlah hari tu sampai malam"
"Abang lupa, tapi boleh datangkan lepas tu. Lewat pun tak apa sebab malam tu abang ada jemputan dinner party dari rakan kongsi Al-Walid Mega" Selepas rasmi bergelar pasangan suami isteri mereka berjanji tidak akan berpisah walaupun untuk semalam.
"Yani cuba balik awal tapi tak janjilah pukul berapa sampai sana sebab tak pasti lecture boleh bagi balik awal atau tak?" Syed Ismeth mengangguk mendengar jawapan isteri. Walaupun lewat asalkan isterinya boleh datang. Sejak berkahwin dia tak dapat tidur kalau Aryani tiada di sebelahnya.
"Kalau Yani boleh sampai sebelum majlis abang tu selesai, Yani tunggu abang dekat bilik ajelah nanti" mungkin ketika sampai di Pulau Pinang nanti dia keletihan dan perlu berehat.
"Ok! Nanti cakap je dengan pekerja hotel dekat reception lobi minta kunci suite kita" Aryani mengangguk mendengar pesanan suaminya.
YOU ARE READING
Maafkanlah Aku
RomanceRose Aryani begitu terluka dan kecewa setelah mendengar seorang wanita mengakui sebagai kekasih suaminya. Aryani yang merasa cintanya hanya bertepuk sebelah tangan akhirnya tidak lagi mampu untuk bertahan. Aryani akhirnya pergi membawa diri untuk me...