Walaupun tidak pernah merasai apa itu kesakitan namun Angel cuba membayangkan dua kesakitan yang ditanggung serentak oleh seorang ibu di saat-saat kelahirannya ke dunia. Peristiwa yang membawa kemunculannya ke dunia dan akhirnya menyebabkan dirinya tidak mungkin berpeluang untuk merasai belaian tangan dan kasih sayang seorang ibu dan sudah termaktub dalam kamusnya hidupnya bahawa dirinya adalah perindu sepanjang hayat.
Di awal tumbesarannya, Angel tinggal bersama ayahnya yang lebih suka memanggil 'Angel' dan lelaki itulah yang mendaftarkan dirinya sebagai pemilik nama Angelya Rydiana Ratna. Panggilan nama Angel terus melekat dan digunakan oleh seluruh ahli keluarganya yang cuma terdiri daripada Tok Ayah, nenek dan dady. Walaupun Syed Hatta mempunyai dua orang abang di Singapura iaitu Syed Jabar dan Syed Bakar namun mereka jarang bersua. Puan Sharifah Aina pula adalah anak angkat dan anak tunggal sebuah keluarga dan kedua-dua orang tuanya sudah lama meninggal dunia.
Semasa menetap bersama Zhafry di Kuching Angel memang tidak pernah mempunyai seorang pun kawan dan ketika berusia 10 tahun Syed Hatta dan Pn. Sharifah Aina membawanya berpindah ke JB. Angel cuma pernah mengenali dan masih ingat lagi seorang budak lelaki bernama Adli. Ketika itu Angel berusia tujuh tahun namun Angel mengisytiharkan budak lelaki berusia sebelas tahun yang bernama Adli itu sebagai musuh pertamanya dalam dunia. Bukan kerana budak itu tidak kacak atau tidak kaya tapi wujud satu kejadian yang Angel tidak mungkin lupa sampai bila-bila. Dendam kesumat yang tidak pernah padam dan kiranya ada kesempatan Angel ingin Adli merasa pembalasannya.
Bukan kerana Angel sombong atau angkuh kerana dirinya cucu Syed Hatta pemilik syarikat tempat ramai orang bekerja menabur khidmat bakti dan mencari rezeki seperti ibu Adli tetapi perasaan ingin rapat atau berminat untuk berkawan dengan sesiapa memang tidak pernah tumbuh dalam hatinya dan sebab itulah kenapa Angel tidak pernah murah dengan senyumannya pada sesiapapun. Angel lebih senang menghabis masanya di hadapan piano atau membaca buku-buku cerita dongeng yang penuh dengan watak-watak puteri seperti Snow White, Sleeping Beauty, Cinderarela, dan banyak lagi dan ada yang sudah berulang-ulang kali dibacanya. Angel suka berkhayal bahawa dialah puteri dalam cerita itu.
Kisahnya bermula apabila ibu Adli yang merupakan salah seorang pekerja syarikat Syed Hatta muncul di majlis yang dianjurkan di rumah mereka. Wanita tersebut akan membawa bersama anak lelakinya yang bernama Adli. Mungkin bukan nama penuhnya dan sememangnya Angel tidak berminat hendak mengetahui nama budak tersebut tetapi nama itu diketahui apabila terdengar ibu budak lelaki tersebut memanggil nama anaknya. Mungkin kerana tiada sesiapa yang menemani Adli di rumah maka wanita tersebut terpaksalah membawa anaknya bersama. Adli tidak pernah lupa tersenyum ketika mereka bertemu pandang namun itu bukan tarikan untuk Angel membalas senyuman Adli maupun menegur budak lelaki tersebut.
Lantaran dari sikap peliknya yang disalah ertikan sebagai sombong itu membuatkan budak lelaki yang bernama Adli tersebut menjuihkan bibir pada Angel kemudian mengelarkannya budak sombong. Lanjutan dari itu dalam diam-diam tanpa pengetahuan ibunya Adli telah membalingnya dengan seketul paha ayam yang sudah diulitnya dengan sedikit cili sos menyebabkan gaun kesayangan yang merupakan hadiah harijadi daripada Zhafry akhirnya kotor. Adli tersenyum dan membuat wajah tidak bersalahnya ketika Angel menangis melaporkan kejadian itu kepada Puan Sharifah Aina.
"Adli!" nama itu diserunya perlahan.
"Mana kau sekarang?, kalau aku jumpa kau lagi tahulah aku bagaimana nak balas dendam" serunya Angel lagi dalam hatinya sambil tersenyum. Walaupun peristiwa itu telah lama berlalu malah sudah bertahun-tahun lamanya tapi entah kenapa setiap kali teringatkan kejadian itu rasa benci dan sakit hatinya tidak pernah padam. Pendendamkah dia!
"Angel! Menung apa tu?, tersenyum-senyum macam orang tak betul" tegur suara seorang wanita membuatkan lamunannya segera terganggu. Puan Sharifah Aina mengangkat kening memandang cucu tunggal kesayangannya.
"Angel teringat kenangan masa kecik-kecik dulu nek" sahut Angel ketika membalas pandangan Puan Sharifah Aina kepadanya.
"Angel rindu dady?" soal Puan Sharifah Aina lagi. Sudah lama Zhafry tidak balik ke JB untuk menjengguk anaknya. Mungkin bebanan tugasnya sebagai seorang doktor pakar di Hospital Umum Sarawak menjadi penyebab utama kenapa Zhafry tidak dapat menumpukan banyak masa kepada Angel. Faktor inilah yang membuatkan kenapa Angel lebih rapat dengan datuknya Syed Hatta berbanding ayahnya sendirinya. Keputusan pasangan tersebut membawa Angel berpindah ke JB menjadikan jarak semakin jauh dan masa semakin kurang justeru itu kenapa Zharif kurang mengenali dan memahami anaknya dan begitu jua sebaliknya meskipun Angelya Rydiana Ratna adalah satu-satunya zuriat pengikat dan penyambung kasih yang teramat berharga yang Sharifah Diana tinggalkan untuknya. Zhafry Harith menamakan bayi perempuan comel yang tidak sempat menatap wajah ibunya apalagi merasa dakapan dan belaian kasih sayang tangan ibunya sebagai Angelya Rydiana Ratna. Angel adalah bidadari dan Rydiana adalah memori terindah daripada gabungan nama Zhafry dan Diana sementara Ratna pula Syed Hatta yang menggabungkan di hujungnya. Ketika menyebut nama tengah anaknya akan mengingatkan Zhafry kepada arwah isterinya.
Angel menggelengkan kepalanya kerana itulah hakikat sebenarnya. Zhafry hanya balik setahun sekali ketika hari raya atau jika ada perkara-perkara penting yang mengkehendakinya balik.
"Kalau macam tu mari tolong nenek susun pasu bunga ni" Angel mengangguk apabila Puan Sharifah Aina memerlukan khidmat dan tenaganya pagi itu. Wanita itu memang gemar pada bunga-bunga hiasan sejak dulu lagi. Pelbagai jenis bunga hiasan yang ditanamnya di atas tanah dan di dalam pasu di halaman rumah banglo pusaka dua tingkat yang tersergam indah di kawasan tapak seluas hampir dua ekar yang di bina oleh suaminya arwah Syed Hatta semenjak mengikut suaminya berpindah ke JB ketika Angel berusia 10 tahun.
Angel tidak pernah ambil tahu apa rahsia dan bagaimana Puan Sharifah Aina menanam dan menjaga tanam-tanaman sehingga begitu subur dan cantik. Semenjak suaminya meninggal dunia dua tahun lepas hampir setiap hari wanita itu menghabiskan masanya bersama-sama tanamannya. Mungkin itu salah satu cara untuk menghilangkan rasa sedih dan kesunyian semenjak suaminya tiada lagi di dunia ini. Angel mungkin tidak selalu dapat untuk menemaninya sepanjang masa kerana perlu belajar dan mengulangkaji pelajaran membuatkan Puan Sharifah Aina menghabiskan masa bersama-sama pokok-pokok tanamannya.
Pokok-pokok hiasan daun menjadi pilihan utama wanita itu. Puan Sharifah Aina kurang meminati pokok-pokok yang jenisnya mengeluarkan bunga kerana menurut Puan Sharifah Aina pokok-pokok tersebut tidak akan kelihatan cantik apabila tempoh berbunganya sudah berakhir tetapi pokok-pokok hiasan daun akan kekal cantik sepanjang masa dengan daun yang perbagai warna dan bentuk. Satu fakta yang tidak dapat Angel nafikan kerana telah melihatnya setiap hari.
"Angel!, jangan pergi dekat si.." belum sempat Puan Sharifah Aina menghalangnya Angel sudah melarikan diri beberapa langkah dan kelihatan beberapa ekor serangga berterbangan mengekorinya. Kesakitan dan bisa yang kuat mula terasa masuk ke dalam kulitnya terutama lengan dan beberapa bahagian lain pada tubuhnya. Angel tidak pasti berapa ekor yang sudah menyengat tubuhnya tetapi selepas Puan Sharifah Aina mengira semua kesan sengatan yang terdapat di tubuhnya matanya terbeliak apabila bilangan kiraan wanita itu sampai ke angka lapan. Namun kesakitannya tidaklah sekuat mana selepas lima belas minit racun penyengat bunga itu masuk ke dalam tubuhnya.
"Lapan ekor, Jom kita ke klinik" sambil menggelengkan kepala menatap wajah cucunya. Jelas terbayang kerisauan di wajah Puan Sharifah Aina ketika itu. Minggu lepas Puan Sharifah Aina telah disengat oleh seekor serangga berbisa itu menyebabkan dia jatuh demam beberapa hari akibat bisa yang masuk ke dalam tubuhnya.
"Tak payahlah nek, dah tak sakit lagi" ujar Angel apabila merasakan bisa sengatan serangga itu tidak lagi dirasainya.
"Kamu jangan main-main Angel, sekor dah buat nenek demam tiga hari minggu lepas" celah Puan Sharifah Aina yang tidak puas hati mendengar jawapan cucunya.
"Betul nek, dah tak sakit lagi. Kalau sakit nanti kita pergi klinik" ujarnya meyakinkan hati wanita itu.
"Entah apa-apa budak ni. Kita sekor pun rasa macam nak pengsan, dia lapan ekor boleh buat tak ada apa" omel Puan Sharifah Aina selepas mendengar jawapan Angel.
"Kalau kami tak nak ke klinik makan ubat ni lepas tu pergi rehat dalam bilik" ujar Puan Sharifah Aina sewaktu tangannya menghulurkan dua butir pil penadol kepada cucunya. Angel mengangguk menurut arahan neneknya. Dua biji pil tersebut akhirnya masuk ke dalam perutnya sebelum berlalu meninggalkan Puan Sharifah Aina sendirian di ruang tamu.
Banyak perkara pelik dan merungsingkan hatinya berlaku sejak dari lahir membela cucunya itu. Angel tidak pernah demam seperti yang selalu berlaku kepada bayi yang baru tumbuh gigi atau hendak mencapai sesuatu kemahiran baru seperti hendak belajar merangkak, duduk, berdiri dan berjalan. Angel melalui semua peringkat tersebut tanpa ada kesan perubahan sampingan pada dirinya. Kebiasaan yang berlaku apabila bayi menangis sewaktu menerima suntikan imunisasi tapi perkara itu tidak pernah berlaku kepada cucunya. Angel sentiasa tenang bermain sendirian dengan barang permainannya dan hanya akan menangis apabila lapar dan haus.
Walaupun tidak pernah jatuh sakit tetapi apabila meningkat remaja terutama sejak kebelakangan ini muncul sesuatu yang baru berkaitan cucunya itu. Angel kerap mengalami gangguan semasa tidur. Hampir setiap malam dan Pn. Sharifah Aina pernah meminta bantuan seorang ustaz untuk merawat cucunya. Puan Sharifah Aina tidak pasti adakah mimpi-mimpi buruk masih lagi mengganggu cucunya kerana sejak beberapa bulan kebelakangan ini tidak lagi kedengaran Angel menjerit dan ketakutan di waktu malam terutama sewaktu malam bulan penuh atau mengambang seperti dulu. Namun dalam kelegaan Puan Sharifah Aina terus mendoakan agar apa saja perkara yang pernah terjadi dan berkaitan dengan cucunya tidak akan membawa sesuatu maksud yang tidak baik kepada Angel kemudian hari.
Sikap Angel yang suka menyendiri dan tidak pernah berkawan dengan sesiapa antara perangai pelik yang dimiliki oleh cucunya sejak kecil lagi. Daripada tingkah laku dan tutur katanya tidak pula membayangkan Angel seorang sombong atau terlalu memilih. Angel menghormati sesiapa saja dan tidak pernah menghina sesiapa melalui kata-kata maupun perbuatannya.
Mungkin ada sesuatu yang terpendam dalam hati Angel yang mengawalnya untuk menerima apa saja yang datang dalam hidupnya. Kehilangan kasih sayang seorang ibu sejak dilahirkan dan kemudian permergian arwah Syed Hatta merupakan kehilangan kali kedua yang terpaksa dilaluinya mungkin satu faktor yang menekan perasaannya untuk lambat menerima kehadiran orang lain dalam hidupnya.
"Nek! Angel nak keluar sekejap" lamunan Puan Sharifah Aina terganggu apabila Angel muncul semula di ruang tamu.
"Kamu nak ke mana?" soal Puan Sharifah Aina ketika menatap wajah cucunya yang segar bugar tanpa sedikitpun ada tanda tidak sihat.
"Kedai kejap, beli aiskrim" balasnya sambil tersenyum.
"Jangan lama sangat" pesan Puan Sharifah Aina ketika melihat Angel sedang melintas menuju ke pintu utama.
"Oh ya, nenek tak da nak pesan beli apa-apa tak?" soal Angel ketika berpaling semula melihat Puan Sharifah Aina. Wanita itu menggelengkan kepala apabila mendengar soalan cucunya. Hidup berdua bersama cucunya tidak banyak keperluan yang mereka perlukan terutama tentang makanan. Kalau malas untuk memasak Puan Sharifah Aina akan mengajak Angel untuk makan di luar atau membeli lauk siap sebagai juadah mereka.
YOU ARE READING
Dirgantara
FantasySiapakah wanita dan sebuah cinta untuk lelaki ini. Adakah akan wujud wanita yang layak untuk menerima cintanya. Indra Arjuna tidak pernah mengharapkan cinta itu akan muncul dalam hidupnya, jikalau kesudahannya cuma membawa kesedihan dan malapetaka...