Bab 16. Pemilik Loka Valley

2 0 0
                                    

Sewaktu kereta Indra menghampiri persimpangan jalan memasuki destinasi yang dituju, kereta Indra berselisih dengan sebuah Honda Civic berwarna merah. Pemandu di dalam menoleh lantas melontar renungan tajamnya ketika melihat Angel. Jelingan maut yang agak menakutkan itu membuatkan Angel cepat-cepat berpaling memandang ke hadapan kemudian menoleh untuk melihat respon Indra. Kelihatan pada riak wajah Indra lelaki itu tidak terkesan dengan apa yang telah Angel lihat sebentar tadi. Seperti tiada apa-apa yang berlaku. Wajahnya nampak tenang dan bersahaja. Angel ingin bertanya sesuatu kepada Indra tapi niatnya terbantut apabila Indra terus memecut laju kereta masuk ke simpang laluan menuju ke Loka Valley.
Loka Valley Park atau Taman Lembah Loka adalah kawasan hutan simpanan milik persendirian dan pemilik kawasan seluas hampir seratus dua puluh hektar yang terletak di kaki lembah gunung Serapi tersebut telah membawa Angel memasuki kawasan miliknya. Akhir Angel berjaya mencapai impiannya apabila berjaya memijak kakinya masuk ke dalam kawasan yang pernah ditegah oleh Johan sebelum ini. Tanpa diduga Indra a Aditya adalah Pemilik Loka Valley yang digelar oleh ayah Johan sebagai manusia syaitan atau hantu. Menurut cerita Indra, tanah tersebut dibelinya dari tuan miliknya sejak empat puluh tahun yang lalu sebelum penubuhan Loka Holding bersama-sama Dato' Seri Amar Zaid dan Syed Hatta. Angel terpana apabila kereta Indra memasuki halaman sebuah rumah agam yang tersergam indah. 'Rumah ini sepertinya aku pernah nampak', bisik Angel dalam hatinya. Ukiran pelbagai corak alam yang menarik pada kayu-kayunya pasti ianya hasil kerja tangan tukang yang mahir. Lama Angel cuba mengingati semula di manakah dia pernah ternampak rumah seperti itu.
"Rumah awak?" soal Angel sambil terpaku melihat rumah yang rumah agam yang bak istana di hadapannya. Memang rumah itu dan Angel tidak silap tentangnya. Rumah yang pernah Angel nampak dalam mimpinya selama ini.
"Ya, kenapa? Pernah nampak rumah seperti ni" soalnya Indra sambil tersenyum memandang gadis yang masih terpana memandang rumah tersebut.
"Memang pernah, dalam mimpi saya" sahut Angel perlahan ketika melangkah keluar dari pintu kereta yang sudah terbuka. Indra kemudian merenung wajah Angel sebelum berkata sesuatu.
"Saya memang sudah agak sebab awak nampak terkejut tadi. Tapi jangan komen kawasan dan rumah saya menyeramkan" ujarnya sambil tersenyum memandang gadis di sebelahnya ketika mereka melangkah menuju ke pintu utama rumah tersebut. Angel tidak menyambungnya cuma kepala ligat memikirkan sesuatu. Tidak pernah terfikir olehnya bahawa kejayaannya masuk ke dalam Matang Valley hari itu akan bertemu dengan satu lagi kejutan untuknya. Sebuah rumah banglo yang begitu indah dibina di sebuah kawasan yang mengekalkan ecosistem alam semulajadinya lebih indah berbanding apa yang pernah dilihatnya dalam mimpinya sebelum ini. Seni bina begitu unik persis sebuah istana yang mengabungkan unsur moden dan tradisional daripada bahan binaan asasnya yang terdiri daripada batu dan kayu. Namun kediaman indah itu kelihatan begitu sunyi dan sepi.
"Saya suka seni binanya, moden dan klasik, indah dan mempersona" sahut Angel kemudian membalas senyuman Indra.
"Saya sendiri arkiteknya dan semua tukang yang membuatnya saya bawa dari luar, kebanyakkannya dari seberang" Angel menganggukkan kepalanya tanda memahami penjelasan Indra.

Tersadai di garaj beberapa buah kenderaan mewah yang terdiri daripada sebuah BMW pacuan empat roda, sebuah Mercedes Sport dan sebuah Porshe Turbo Cabriolet parkir di situ. Tiba di hadapan gerbang pintu masuk utama, kedatangan mereka disambut oleh seorang wanita muda yang begitu anggun dan jelita. Angel tidak pasti untuk meramal usia wanita tersebut dan mungkin dalam lingkugan usia awal tiga puluhan. Senyuman begitu memukau dan kalau wanita secantik itu ada pertalian dengan Indra maka tidak hairanlah kenapa Indra sekacak itu. Tapi wanita itu lebih layak sebagai kakak kepada Indra.
"Kenalkan biyung saya Isti Samira" dalam keterpanaan Angel tersenyum dan kalau dia tidak ingat cerita Indra tadi pasti Angel tidak akan percaya apabila Indra memperkenalkan wanita tersebut sebagai ibunya. Angel membalas senyuman Isti Samira sambil menghulurkan tangannya.
"Angel" ujar Angel perlahan memperkenalkan dirinya kepada wanita tersebut.
"Kamu gadis yang manis dan sangat cantik, dan selamat datang ke taman kami" sapa Isti Samira lalu menarik Angel rapat kepadanya. Kebetulan Angel merebahkan rambutnya dan rambut yang panjang bergulung cantik hampir ke paras pinggang menarik perhatian Isti Samira.
"Cantik, rambut ni aslikan?" Angel mengangguk kepala apabila Isti Samira turut menyentuh rambutnya.
"No wonder la kenapa Indra penasaran kerana kamu" tambah Isti lagi membuatkan Angel mengerutkan dahinya kemudian berpaling memandang Indra. Kenyataan Isti Samira membuatkan lelaki itu tertunduk seperti malu sebelum menarik tangan Angel mengajaknya ke ruang tamu.
"Biyung jarang berjumpa manusia kecuali berkepentingan sahaja" beritahu Indra ketika mereka bertiga sudah berada di suatu ruangan yang dilengkapi satu set kerusi jati dengan ukiran flora yang cantik. Semua perhiasan yang terdapat di ruang tamu rumah itu kelihatan seperti barangan antik. Kebanyakannya berwarna kekuningan termasuk sebuah meja yang dijadikan sebagai meja kopi melengkapi set kerusi jati yang ada di ruangan tersebut. Angel yakin barangan tersebut adalah sebahagian daripada harta milik keluarga Indra sejak ratusan tahun dulu.
"Kami ada beberapa buah rumah lagi di tempat lain di dunia ni tapi semuanya rumah siap yang kami beli. Hanya rumah ini yang paling besar dan di bina berdasarkan plan saya sendiri dan semua perabot dan perhiasannya adalah barangan istana kerajaan Loka Wangsa" segala yang bermain di minda Angel terjawab selepas mendengar penjelasan Indra.
"Mana lagi penghuni lain rumah ni?" tanya Angel bila teringat Indra mempunyai seorang ibu saudara, adik kepada Isti Samira. Wanita itu juga pasti cantik seperti ibu Indra.
"Adik saya selalu kerja lebih masa" Isti Samira menjawab bagi pihak Indra. Angel pantas menganggukkan kepalanya selepas mendengar jawapan Isti Samira.
"Angel berbuallah dengan biyung sekejap sebab saya hendak naik ke atas dulu" beritahu Indra kemudian terus berlalu meninggalkan Angel bersama Isti Samira di ruang tamu rumahnya.
"Tentu setiap hari untie tinggal sendirian dalam rumah ni?" soal Angel apabila memikirkan Indra dan bibinya akan keluar bekerja setiap hari.
"Panggil saja ibu. Angel sudah tiada ibu lagikan?" Angel mengangguk lalu menundukkan kepala dan tetapi selepas itu Angel terkejut apabila Isti Samira meraih tubuhnya ke dalam pelukan.
"Maaflah kalau soalan ibu membuat Angel sedih" sambung Isti Samira lagi seperti memujuk anaknya sendiri. Belaian lembut tangannya yang penuh kasih sayang seorang ibu membuatkan Angel berasa begitu selesa dan tenang sekali. Angel menang dahagakan saat-saat seperti itu dan dulunya Angel selalu mendapatnya daripada Puan Sharifah Aina tapi kini segalanya sudah tiada lagi sejak sudah berbulan lamanya Puan Sharifah Aina pergi buat selamanya.
"Ibu sudah biasa ditinggal sendirian. Kami cuma berjumpa pada sebelah malam atau hujung minggu" beritahu Isti Samira kemudian menarik Angel duduk di kerusi.
"Apa ibu buat kalau tinggal sorang-sorang?" soal Angel lagi sambil memandang Isti Samira yang begitu murah dengan senyumannya.
"Kami ada taman yang begitu luas jadi ibu habiskan masa ibu dalam taman dengan kawan-kawan yang ada di sini" jawapan Isti membuatkan Angel mengerutkan dahi.
"Angel jangan risau, selepas lama Angel kenal kami nanti terutama Indra, Angel akan tahu juga siapa kawan-kawan yang ibu maksudkan itu" Angel tersenyum mendengar penjelasan Isti Samira selepas itu.
"Ibu, Indra sudah ceritakan semuanya pada Angel dan Angel berjanji akan menyimpan rahsia ibu sekeluarga" beritahu Angel sambil matanya tidak jemu memandang keindahan wajah Isti Samira.
"Itulah yang kami harap dari Angel kerana ibu tahu Angel manusia yang boleh dipercayai dan sebab itu ibu gembira apabila Indra sudah dapat menerima Angel. Indraa sudah ketemu menusia yang boleh dijadikannya teman dan Ibu harap Angellah orangnya yang Indra nantikan selama ini walaupun ibu tahu sekarang Indra masih takut dan risau kalau kenyataan sebaliknya" beritahu Isti sambil tersenyum memandang Angel di sebelahnya.
"Maksud ibu?" soal Angel sambil memandang Isti Samira. Apakah yang wanita itu maksudkan dengan kenyataan sebaliknya.
"Ibu ingin supaya sumpahan itu segera berakhir dan Indra boleh hidup bahagia seperti manusia biasa di samping wanita yang dicintai tapi Indra tidak berani mencuba dan membiarkan masa berlalu begitu saja. Sihir Yaman bukan untuk ibu tapi ibu tidak sanggup untuk tinggalkan Indra sendirian dan menghadapi segalanya seorang diri. Rasa kasih seorang ibu membuatkan ibu tidak sanggup berpisah dengannya. Kebahagian Indra adalah kebahagian ibu" lirih dalam nada suaranya bercerita membuatkan Angel turut merasa simpati.
"Mungkin Angel adalah wanita yang dapat memberi kebahagian dan sinar dalam hidup Indra. Perubahan Indra begitu ketara semenjak kemunculan Angel dalam hidupnya. Selama ini Indra tidak pernah nampak resah dan gelisah. Mungkin Angel boleh membantu kami merungkai sumpahan dan sihir yang telah beratus tahun lamanya menyeksa Indra. Indra harus diberi keyakinan dan kekuatan untuk berani mencuba menghadapinya. Seratus tahun lagi terlalu lama untuk Indra terus bersendiri dan terseksa jiwa dan raga" Angel terdiam mendengar kata-kata Isti sehingga Indra muncul semula di ruang tamu.
"Saya nak tunjukkan sesuatu pada awak" Indra meminta kebenaran daripada Isti Samira untuk membawa Angel ke suatu tempat di tingkat atas rumah tersebut. Bilik yang dipenuhi dengan bahan bacaan. Khazah ilmu dari pelbagai kurun semuanya ada di situ.
"Semua buku ini adalah cetakan pertama keluarannya dan semuanya asli. Saya mengumpul sejak kami sekeluarga mengembara ke seluruh dunia dari setiap library yang pernah saya kunjungi" beritahu Indra ketika mengiringi langkah Angel yang melihat tajuk-tajuk buku yang ada di dalam bilik tersebut.
"Tentu awak seorang yang minat membaca" beritahu Angel sambil meneruskan perjalanannya di antara rak-rak yang ada dalam bilik tersebut.
"Itulah hobi yang paling baik dan sesuai untuk orang yang jangka hayat terlalu lama seperti saya. Membaca membuatkan saya lupa sekejap siapa diri saya dan masa juga akan cepat berlalu" Angel setuju dengan jawapan Indra dan lelaki itu memang telah memilih hobi yang sesuai dengan dirinya.
"Tentu banyak perkara yang awak dah tahu, awak sudah merantau ke seluruh dunia dan awak banyak membaca" tambah Angel lagi selepas itu.
"Dan awak jangan lupa satu lagi, semakin lama kita hidup semakin banyak ilmu dan pengalaman yang kita ada" Angel tersenyum mendengar ayat yang diluahkan oleh Indra. Memang itulah kebenaran dan Angel tidak mempertikaikannya.
"Tentu ada buku yang paling awak suka dan paling awak sayang" soal Angel ketika dia secara rambang membaca satu persatu tajuk buku yang tersusun di atas rak.
"Ini, hadiah dari orang saya ceritakan pada awak pagi tadi. Dan Ini, sebab semua yang ada dalam kitab ini adalah sastera dari tuhan. Yang tuhan utusan untuk semua makhluknya melalui seorang manusia yang buta huruf sebagai penerima dan utusannya. Isinya bukan untuk keperluan semasa hidup sahaja malah selepas kita mati"Angel tersenyum apabila melihat senaskah kitab Alquran lama dan sebuah tafsir Alquran yang ditunjukkan oleh Indra kepadanya. Angel tidak menafikannya kerana Alquran membawa ayat-ayat Allah untuk menentukan kehidupan yang paling sempurna untuk manusia. Diturunkan sebagai mukjizat kepada seorang nabi dan rasul yang buta huruf. Allah maha mengetahui mengapa DIA memilih utusannya di kalangan seorang yang buta huruf.
"Kenapa Allah menurunkan kepada seorang yang buta huruf untuk menerimanya dan menyampaikan kepada umatnya" soal Angel untuk menguji lelaki di hadapanya.
"Kerana Allah mahu umatnya menerima sesuatu yang asli dan benar dan bukan yang sudah diubah dan ditokok tambah oleh manusia. Allah juga memilih utusannya di kalangan manusia yang amanah dan tidak pernah bercakap bohong sepanjang hayatnya dan hanya Nabi Muhamad manusia yang mempunyai ciri-ciri seperti itu" Angel tersenyum mendengar jawapan Indra dan ternyata lelaki itu begitu mengetahuinya.
"Saya nak tunjuk pada awak sesuatu yang menakjubkan tentang Matang Valley, jom!" Indra terus menarik tangan Angel keluar dari bilik tersebut dan menuju lagi ke satu lagi bilik yang lain. Bilik itu agak kemas cuma ada satu dua benda yang berselera di lantai.
"Bilik awak?" soal Angel sambil matanya memerhati di setiap pelusok bilik tersebut. Ada sebuah gitar bersadar di tepi almari pakaian yang terbuka separuh. Kebanyakan pakaian yang bergantung di dalam almari itu berwarna ungu, merah dan hitam terutama sut yang digunakan untuk ke pejabat. Jenama dan harganya memang tidak boleh dipersoalkan dan Angel percaya apa saya yang Indra miliki dan gunakan setiap hari pasti ada pereka fesyen khas yang dipilih oleh lelaki tersebut untuk membuatnya.
"Ya, tapi sorrylah ya berselerak sedikit sebab kawan-kawan saya selalu usik?" beritahu Indra sambil tersenyum. Bermula perbualannya dengan Isti Samira dan sekarang Indra pula. Perkataan kawan-kawan itu memang mengelirukan Angel.
"Awak ada ramai kawan ke?" soal Angel sambil bergerak menuju ke sebuah pintu laluan ke anjung yang terdapat dalam bilik itu.
"Memang ramai tapi ada dua yang nakal dan degil sikit. Kerap mencuri masuk ke sini kalau saya terlupa menutup pintu anjung ni tapi sekarang mereka telah keluar mencari makanan, sekejap lagi mereka balik. Rumah mereka dekat pokok tu" beritahu Indra kemudian mendekati Angel yang sedang berdiri melihat pemandangan gunung dan lembah yang memukau. Angel kembali mengikat rambutnya yang terurai dengan gelang getah rambut berwarna merah yang ada di tangannya.
"Mari saya tunjukkan sesuatu pada awak dan laluan ke situ lebih mudah melalui bilik saya ni" Angel terkejut dan menjerit apabila Indra meraih pinggang dan terus membawanya melompat keluar melalui anjung menuju ke sebatang pokok besar yang tumbuh berdekatan dengan bilik tersebut. Saiz batang pokok yang besarnya hampir empat kali pemeluk orang dewasa itu memudahkan Indra memanjatnya dan lelaki itu nampak begitu mahir memanjatnya dengan cepat dan mungkin lebih cepat daripada seekor beruk. Demi melawan rasa gayatnya Angel memejamkan matanya dan hanya kedengaran derap langkah Indra bergerak dari satu dahan ke satu dahan.
Angel masih kaku dan membisu dengan mata terpejam sambil terus berpaut erat di pinggang Indra apabila mereka sampai di dahan yang paling tinggi atas pokok tersebut. Ketinggian pokok balak yang hampir menyamai ketinggian menara Kuala Lumpur itu membuatkan Angel berasa semakin gayat untuk memandang ke bawah. Indra tersenyum lucu melihat muka Angel yang pucat dengan mata yang masih lagi terpejam.
"Ratna, tolong buka mata awak. Dari sini awak akan nampak panorama yang sangat indah. Di sinilah tempat saya selalu membaca buku" mendengar arahan Indra, Angel perlahan-lahan membuka matanya. Pandangannya terus dihalakan ke hadapan dan dari pandangan yang kabur dan berpinar-pinar Angel nampak satu panorama yang begitu indah. Kehijauan alam semula jadi yang menyegarkan pandangan matanya dan Angel juga turut terpandang sebuah kawasan dataran tinggi yang dipenuhi bunga-bunga yang cantik yang pernah Angel nampak sebelum. Keterujaan Angel semakin bertambah apabila matanya terpandang sebuah air terjun yang begitu cantik.
"Indra, saya nak ke situ" jarinya menunding ke tempat yang dimaksudkan. Angel tidak ingin kecewa sekali lagi apabila keinginan telah dihalang oleh Johan sebelum ini. Tempat yang terlalu ingin Angel kunjungi sehingga terbawa ke dalam mimpinya. Makhluk raksasa itu menangkapnya lalu membawanya terjun ke dalam kawah yang sentiasa menadah air terjun yang jatuh dari atas. Jeritannya membuatkan Zhafry berlari masuk ke dalam khemah dan mendapati Angel sedang duduk dengan dahi yang dibasahi peluh.
"Saya akan bawa Angel ke situ sekejap lagi" senyuman yang terukir di bibirnya membayangkan kegembiraan yang dirasai oleh Angel ketika itu. Akhir pemilik Loka Valley sendiri yang berjanji akan membawanya ke situ.
Angel cuba menstabilkan semula perasaan gayat dan gemuruhnya. Dia cuba memandang ke bawah dan bergerak sedikit cuba untuk duduk di dahan besar berdekatan dahan di mana Indra sedang berpaut.
"Ratna, kenapa ya saya kesunyian dan rasa kehilangan kalau awak tiada di samping saya" anak mata keemasannya tajam merenung Angel ketika gadis tersebut terpaku mendengar bicaranya. Tangannya menyentuh rambut panjang yang bergulung cantik bersanggul di atas kepala Angel. Rambut yang menjadi salah satu penyeri kecantikan gadis yang berada di hadapannya sekarang.
"Mata awak cantik" tegur Angel sambil melihat imejnya di dalam anak mata Indra.
"Ratna, saya ingin selalu dekat dengan awak" Angel terus membalas renungan mata lelaki di hadapannya.
"Mata awak bersinar" balas Angel sambil tersenyum.
"Ratna, temani saya selalu" sambung Indra lagi.
"Saya pun ingin selalu hendak melihat mata awak, kalau boleh setiap hari, setiap jam, setiap minit dan setiap saat" bisik Angel sambil terus membalas renungan berbola mata keemasan di hadapannya. Indra tersenyum dengan senyuman yang begitu menawan dan semakin merapatinya membuatkan Angel mulai merasa sesuatu. Debaran dan getaran yang kuat di dadanya membuatkan Angel hilang imbangan dan terlupa dirinya sedang duduk di atas dahan pokok yang tinggi.
"Ratna..! jerit Indra lalu terus menangkap tubuh gadis tersebut dengan sebelah tangannya kemudian menariknya ke dalam pelukan.
"Awak lupakah kita berada dekat mana sekarang?" bisik Indra sambil tersenyum memandang wajah pucat dalam dakapannya. Satu kucupan mendarat agak lama di atas kepala gadis itu membuatkan Angel terus kaku dan membisu dibuai perasaan aneh. Kemudian Angel mendongak memandang wajah Indra yang sedang memeluknya erat. Sebaris senyuman meleret di bibir Indra walaupun wajahnya nampak seperti gelisah.
"Kita akan ke tempat yang Angel inginkan tadi" bisik Indra ke telinganya. Kali ini tanpa di suruh dengan pantas Angel sendiri meletakkan kedua belah tangan memaut leher Indra sementara sebelah tangan Indra memeluk pinggannya dan sebelah lagi tangannya digunakan untuk berpaut pada dahan-dahan pokok yang dilaluinya. Indra bergerak pantas membawanya menuruni pokok besar tersebut. Angel merasakan dirinya mungkin terlalu kurus dan ringan membuatkan Indra begitu mudah menggendong tubuhnya disepanjang perjalanan menuju ke destinasi yang dijanjikan.
Seperti anak kecil tanpa segan Angel menjerit keriangan apabila melihat sesuatu di hadapannya. Deruan air yang jatuh dari tempat yang tinggi menghasilkan gema yang menarik di sekeliling kawasan itu. Tempat yang pernah ingin dikunjungi tetapi dihalang oleh Johan. Kalau menurut kehendak hatinya yang terlalu teruja ketika itu ingin sahaja Angel terjun ke dalam kubah yang sentiasa menadah air yang terjun yang jatuh dari atas.
"Inilah salah satu sebab kenapa saya membeli kawasan ini dari pemiliknya. Sekarang Loka Valley adalah dunia kami. Sekitar kawasan ini kami jadikan sebagai taman permainan yang indah bersama teman-teman kami yang sering meriuhkan suasana. Tu lihat di sana, Mon sedang tersenyum pada awak" Angel mendongak melihat arah yang ditunjukkan oleh Indra. Mencari-cari Mon kawan yang dimaksudnya. Tapi masih tidak kelihatan siapa yang dimaksudkan. Kelihatan Indra membuat satu isyarat yang Angel tidak fahami dan tiba-tiba pokok-pokok di sekeliling mereka bergerak. Burung berterbangan keluar dari pokok-pokok tersebut dan kemudian seekor makhluk berekor panjang melompat turun dari pokok lalu mendekati Indra.
"Ratna, kenalkan ini Mon" melihat monyet itu mengangkat keningnya dan tersengih menayangkan giginya membuatkan Angel tergelak.
"Mon ada kekasih, namanya Boo tapi Boo kekasih yang tidak setia sebab sekarang dia sedang memburu monyet betina yang lain" Angel lantas teringatkan seekor kera yang pernah melontarkan buah jambu kepadanya dan mungkin kera itu Mon tapi Angel tidak berapa pasti kerana sukar untuk mengenalinya haiwan tersebut.
Seronok mentertawakan Mon, Angel menjerit terkejut apabila tiba-tiba sesuatu mendarat di bahu Indra. Seekor anak tupai melompat dari sepohon pokok berhampiran tempat mereka berdiri.
"Indra" jerit Angel sambil menunjukkan binatang itu dengan jari telunjuknya.
"Cak" binatang kecil di bahu terus meniti berlari di atas lengan dan terus ke tangan Indra.
"Kenalkan Cak, setiap inci dalam Loka Valley saya mengetahui dan setiap yang menumpang tinggal dan hidup di sini menghormati kami sekeluarga sebagai pemilik dan penjaga tempat ini. Dari makhluk bumi yang paling halus kepada makhluk yang paling besar kami mengenali dan menghormati satu sama lain. Kami boleh nampak dan dengar semua yang berlaku dalam Loka Valley dan sekitarnya melalui mata dan telinga haiwan yang ada di sini. Ratna adalah tetamu istimewa keluarga kami dan tetamu istimewa seluruh penghuni Loka Valley. Mulai hari ini mereka juga sudah mengenali awak seperti mereka mengenali keluarga saya dan Cak nampaknya sukakan awak" ujar Indra sambil merenung tepat ke dalam anak mata gadis yang mendengar bicaranya. Angel membalasnya dengan sebuah senyuman. Senyuman yang membawa kebahagiaan kepada penerimanya.
"Saya seronok berada di sini dan inilah tempat yang paling indah dan pengalaman paling seronok yang pernah saya alami. Boleh saya pegang Cak" balas Angel kemudian menghulurkan tangan cuba memegang Cak yang sudah bergerak ke bahu Indra. Cak tidak bergerak membiarkan tubuh kecilnya dipegang oleh Angel. Indra tidak berbohong, anak tupai itu memang sukakan Angel kerana mudah saja Angel mengambil dan dalam beberapa saat Cak sudah melentok di tangan Angel membuatkan Angel seronok membelainya.
"Ratba nak mandi" soal Indra tapi Angel menggelengkan kepalanya. Walaupun keinginan itu ada namun apabila memikirkan tidak membawa pakaian ganti mustahil dia akan membasahkan satu-satu pakaian yang ada di tubuhnya. Cak melompat turun dari tangan Angel dan Angel hanya memerhati Cak kembali semula memanjat pokok.
"Tak naklah, saya tak bawa baju" tolak Angel sambil matanya mencari-cari ke mana sudah menghilangnya anak tupai yang comel tadi.
"Tak apa, awak boleh pinjamkan baju biyung atau bibi nanti" belum sempat Angel menolak lagi Indra dengan pantas Indra mengangkat dan mencempung tubuhnya lalu terus membawanya terjun ke dalam kubah besar yang menakung air terjun yang jatuh. Kedengaran jeritan suara Angel bergema di seluruh tempat tersebut. Sekarang Angel tidak boleh berkata apa-apa lagi apabila seluruh tubuh sudah berendam di dalam air dan hanya kedengaran suara tawa Indra yang seronok memercikkan air kepadanya. Angel akhirnya menyerang balas melahirkan keseronokan yang diselangi gelak ketawa yang bersahutan di sekitar kawasan air terjun Loka Valley.
Indra belum menyedari bahawa kebahagiaan yang ditunggunya selama ini sudah menjelma. Kebahagiaan yang muncul secara tiba-tiba bagaikan penawar yang membuatkan Indra lupa pada segalanya. Lupa pada derita dari sumlahan sihir yang mencengkam hidup selama beratus-ratus tahun dahulu. Angel adalah sinar baru dalam hidupnya yang meneragi dunia yang lama tidak disinari cahaya.
'Angelya Rydiana Ratna' dialah gadis pertama yang berjaya mendekati Indra dan mungkin gadis tersebut dapat membantu dan jika semuanya berjalan lancar pasti Indra akan berjaya menghapuskan Yaman dan sihirnya. Dari kejauhan Isti Samira tersenyum sewaktu melihat kemesraan dua insan yang berada di kawasan air terjun tersebut.

DirgantaraWhere stories live. Discover now