Berita bakal wujudnya sebuah hospital swasta yang merupakan sebuah hospital yang terbasar dan tercanggih di Kuching mengejutkan seluruh warga Hospital Umum Kuching. Dikhabarkan pula Zhafry telah ditawar sebagai pengurus besar hospital tersebut dan Zhafry sudah menerima tawaran tersebut.
“Zhaf, you pasti ke dengan keputusan yang you ambil ni?. I dengar hampir semua doktor pakar dari luar negara yang akan diambil bertugas di situ” soal Ziana yang sememangnya terkejut mendengar keputusan yang diambil oleh Zhafry.
“Sebab itu I terima tawaran tu, I bukannya nak bersaing dengan mereka. Hospital tu perlukan I untuk perhatikan dan uruskan semua doktor-doktor yang bertugas di situ” balas Zhafry sambil tersenyum memandang Ziana.
“Maksud you?” soal Ziana yang ingin tahu cerita sebenar daripada Zhafry.
“Hospital tu Indra yang punya. Dia bagi I pegangan saham sebanyak sepuluh percent dan tawarkan I jawatan sebagai pengurus besar hospital tu” jawapan Zhafry membuat mata Ziana membutang melihat wajah sahabatnya.
“Untungnya you, jadi you tak dalah bertugas macam sekarang lagi” balas Ziana yang begitu kagum mendengar cerita Zhafry.
“Tak jugak, mungkin ada kes-kes tertentu saja yang akan I ambil kalau tidak selalu sibuk. Yang paling utama sekarang I nak menaikkan nama hospital tu sebagai hospital yang paling terkemuka dan termasyhur di dunia. Di situ periuk nasi I dan Isha nanti dan mungkin Zhaish sebab I nak dia jadi seorang doktor pakar macam I sebab I terlepas peluang semasa Angel dulu tapi I tetap bersyukur kerana walaupun Angel bukan seorang doktor tapi Angel telah merealisasikan impian I sekarang” Ziana mengangguk serta kagum mendengar azam dan cita-cita yang diimpikan oleh Zhafry dan yakin kemampuan lelaki tersebut berdasarkan prestasi kerja yang Zhafry tunjukkan semasa bertugas di hospital itu bersamanya selama ini.
“I percaya you boleh Zhaf, I akan sentiasa doa dan sokong you. Nampak selepas berkahwin dengan Isha rezeki you semakin melimpah ruah, yalah bukan saja dapat isteri yang muda, cantik lepas tu dapat pula anak lelaki yang comel dan luar biasa. Lepas tu dapat pula peluang ni” Zhafry tersenyum mendengar kata-kata Ziana kepadanya.
“Insyaallah kalau I perlukan tenaga pembantu nanti I akan ambil you sebab I perlukan orang yang boleh I percayai. Sometimes I dan Isha perlu juga bercuti dan berehat dan waktu tulah you akan berguna nanti” sambil tersenyum Zhafry mengangkat keningnya memandang Ziana.
“Yalah tu, you bersuka I sengsara. Tapi I memang berharap agar you jangan lupakan I. Bincanglah dekat Indra agar I pun boleh bekerja di situ” sambung Ziana kemudian menguntum senyumnya selepas mengucapkan ayat tersebut kepada Zhafry.
“Don’t worry! tapi tunggu hospital siap sepenuhnya dan beroperasi barulah kita bincangkan lagi pasal perkara tu” ujar Zhafry memberi harapan kepada Ziana yang begitu ceria selepas mendengar jawapannya.‘Loka Medical Centel’ atau LMC itu papan tanda yang bakal megah terbentang di bangunan utama pusat perubatan yang akan beroperasi tidak lama lagi. Indra masih mengurus LMC untuk mendapat surat pengikhtirafan dan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Separuh daripada pegawai perubatan yang akan bertugas di LMC adalah doktor-doktor pakar terpilih dari luar negara yang telah mendapat tawaran daripada Indra untuk bertugas di situ dan separuh lagi Indra telah memberi kepercayaan kepada Zhafry untuk membuka tawaran kepada doktor-doktor pakar tempatan yang berkebolehan. Manakala jururawat yang bertugas di situ adalah jururawat terlatih lepasan daripada pusat latihan kejururawatan seperti Master Skill dan sebahagiannya jururawat asing yang berpengalaman daripada Korea dan India.
Harga pemeriksaan dan perubatan yang berpatutan dengan perkhidmatan yang berkualiti menjadi tarikan untuk semua golongan masyarakat mengunjungi LMC. Sempena majlis perasmiannya nanti akan dibuka sehari untuk pemeriksaan percuma untuk semua jenis pemeriksaan dan sebulan untuk potongan harga 25 peratus untuk semua bayaran rawatan. Zhafry terpaksa akan melepaskan semua tanggungjawabnya di Hospital Kuching demi menumpukan seluruh perhatiannya kepada tanggungjawabnya sebagai pengurus besar pegawai LMC.
“Sarah! Tengok ni, perempuan tu tak ada apa-apa pun malah makin cantik dan berseri-seri” beritahu DK apabila terbaca petikan akhbar cerita mengenai penubuhan sebuah pusat perubatan swasta yang terbesar dan tercanggih di Asia tidak lama lagi. Apa yang memeranjatkan DK ialah LMC yang bakal dibuka adalah milik sepenuh Loka Holding justeru dia juga adalah Pengerusi Eksekutif LMC dan isterinya adalah pemegang syer kedua terbesar LMC. Ayah mentuanya Dr Zhafry pula adalah pengurus besar LMC. Berita yang membuatkan Sarah membaca berulang-ulang kali petikan yang memaparkan tentang LMC.
“Jahanam! Perempuan ni siapa sebenarnya” ujar Sarah seakan tidak percaya apabila melihat gambar Angel sedang tersenyum bahagia diapit oleh Indra Arjuns dan Dr Zhafry. Tentu sekali khabar ini turut tidak menyenangkan Ratih Hasna dan teman lelakinya.
“Sarah! Kalau susah sangat kita tembak aje perempuan tu” mata Sarah membutang mendengar cadangan yang di nyatakan DK. Masej yang masuk ke teefonnya membuatkan Sarah mengeluh. Sudah tentu Ratih bertanya tentang perkara tersebut dan pasti Ratih kurang yakin dengan keupayaannya.
“Mama nak ikut kamu jumpa perempuan tu!” ujar DK apabila melihat Sarah bersiap hendak keluar. Sarah tidak bersuara hanya tersenyum mendengar kata-kata ibunya.
YOU ARE READING
Dirgantara
FantasySiapakah wanita dan sebuah cinta untuk lelaki ini. Adakah akan wujud wanita yang layak untuk menerima cintanya. Indra Arjuna tidak pernah mengharapkan cinta itu akan muncul dalam hidupnya, jikalau kesudahannya cuma membawa kesedihan dan malapetaka...