Bab 38. Majlis Resepsi Zhafry Dan Isha

0 0 0
                                    

    Isti Samira, Indra dan Angel  sudah muncul di Hotel Pullman lebih awal untuk memastikan majlis persandingan dan resepsi yang akan berlangsung malam nanti berjalan lancar. Isti Samira sendiri menjadi mak andam untuk adiknya yang semestinya mereka tidak memerlukan peralatan dan kelengkapan seperti manusia biasa kecuali dua persalinan pakaian yang ditempah khas oleh Angel untuk digunakan oleh Zhafry dan Isha Wristi. Sepesalinan tuxedo dan gaun putih untuk majlis persandingan dan sepesalinan baju melayu kain songket dan kebaya labuh berwarna kelabu untuk majlis resepsi. Majlis yang bertemakan warna kelabu dan putih  adalah berdasarkan persetujuan Zhafry. Zhafry dan Isha mahukan Indra dan Angel  menjadi pengapit mereka pada malam tersebut.
Majlis berlangsung pada pukul lapan  malam namun seawal jam tujuh malam  lagi  grand ballroom hotel Pullman sudah mula dipenuhi oleh tetamu jemputan yang sudah mengambil tempat duduk di meja-meja yang telah disediakan.
“Adakah ayahanda tahu tentang pernikahan Isha dengan Zhafry”soal Isha Wristi ketika memandang wajah Isti Samira yang sedang menyarungkan pakaian ke tubuhnya.
“Isha, seperti yang pernah berlaku pada kakak, ayah dan ibu memang tidak akan merestui apa yang kita buat. Kakak akan sentiasa di sisi Isha untuk teruskan kehidupan kita di dunia manusia walaupun apa saja yang akan berlaku. Keluarga kita sudah mula berkembang dengan adanya Zhafry dan Angel. Zhafry akan menjadi suaminya yang baik kerana dia seorang manusia yang baik. Dia tidak pernah mencintai wanita lain selepas ditinggalkan oleh ibu Angel  tetapi kehadiran Isha mendapat tempat di hatinya dan cintanya pada Isha sebanyak cinta yang pernah diberinya pada bekas isterinya dulu. Jadilah isteri yang terbaik untuk suami Isha” Isha menganggukkan kepalanya dan tersenyum ketika mendengar nasihat Isti Samira kepadanya.
“Wahai saudaraku Isha Wristi, terbitkan senyuman yang seindah mekarnya kuntuman bunga di pagi hari dan serikanlah wajahmu seperti mentari pagi yang menyinar di ufuk timur” Senyuman terus melebar di wajah  Isha Wristi apabila Isti Samira menyeru ungkapan kata-kata itu kepadanya. Cahaya terang mula menerangi bilik itu ketika Isti Samira mengibarkkan selendang emasnya bertujuan untuk menambahkan seri di wajah Isha Wristi yang bakal menjadi tontonan beratus-ratus pasang mata manusia sebentar nanti.
Bukan sahaja Zhafry malah Angel  juga terpegun melihat Isha Wristi sebaik sahaja wanita itu melangkah keluar dari bilik. Mengingatkan siapa  wanita itu Angel akhirnya hanya tersenyum kemudian menepuk bahu Zhairy yang tidak berkelip memandang isterinya.
“Dady lah lelaki paling bertuah dalam dunia ni sebab mengahwini seorang puteri raja yang cantik jelita” Zhafry tergelak kecil mendengar kata-kata Angel  yang difikirkannya hanya sekadar kata-kata pujian kepadanya kerana mengahwini wanita secantik Isha Wristi. Suasana dewan yang dipenuhi beratus-ratus tetamu jemputan serta merta senyap sebaik sahaja Zhafry melangkah bersama isteri serta pengapitnya menuju ke singgah sana pengantin yang berada di pentas utama.  Isha Wristi tidak lekang dengan senyumannya dan setiap inci yang wanita miliki memukau setiap mata yang berada dalam majlis tersebut. Tiada kekurangan yang boleh menjadi kritikan malah ada yang memandangnya tanpa berkelip.
“Abang risau sebab banyak mata yang tak berkelip tengok sayang malam ni” Isha Wristi tersenyum mendengar bisikan Zhafry ke telinganya.
“Biarlah, mereka hanya mampu memandang, saya hanya milik abang sampai bila-bila” giliran Zhafry pula tersenyum mendengar jawapan isterinya. Angel tersenyum memandang Indra yang berdiri di sebelah Zhafry dan lelaki itu membalas senyumannya. Pasti ramai tetamu wanita yang sedang  mencuci mata malam itu apabila melihat ketampanan anak saudara Isha Wristi itu. Lelaki itu segak menyarungkan kemeja kuning dan tuxedo hitam diluarnya sebagai pengapit Zhafry bergandingan dengan Angel  yang begitu cantik dan manis mengayakan sepasang gaun labuh berwarna kuning muda.
Selepas memotong kek perkahwinan pasangan pengantin bertukar persalinan kedua mereka untuk majlis resepsi. Majlis yang berlangsung sehingga pukul 12 malam itu berjalan dengan lancar. Indra dan Angel  turut membantu Zhafry dan Isha Wristi melayan para tetamu yang hadir pada malam itu. Walaupun agak kekok untuk berhadapan dengan manusia namun demi keluarga barunya Indra berusaha menyesuaikan dirinya.
“You memang sengaja tunggu Angel  besar supaya dapat aturkan majlis perkahwinan you barulah you nak kahwin lagi” teguran Ziana membuat Zhafry tergelak.
“Tak jugak macam tu Zie, kalau tak jumpa Isha mungkin belum  I akan kahwin lagi” sambil tersenyum menjerling isterinya di sebelah.
“Berapa sebenarnya umur you Isha” soal Ziana sambil tersenyum memandang isteri sahabat baiknya itu. Wanita itu nampak jauh lebih muda daripada Zhafry.
“Guess?” soal Isha pula. Isha tidak mahu memanjang persoalan tentang usianya.  Usia sebenarnya sudah lebih tiga ratus tahun cuma Isha boleh mengira tarikh pertama Isha dan Isti memijak kaki ke dunia manusia yang sudah menjangkau hampir 280 tahun.
“Awal 30an” teka Ziana, Isha tersenyum kemudian menganggukkan kepalanya.
“Maknanya you boleh dapat ramai anak nanti Zhaf” tambah Ziana lagi sambil bergurau. Zhafry ikut tergelak mendengar gurauan Ziana.
“I sayangkan isteri I dan I tak nak sakitkan isteri I untuk lahirkan anak yang ramai. Seorang pun kalau tuhan nak bagi rezeki sudah memadai” Zhafry tidak sanggup peristiwa lalu berulang sekali lagi dalam hidupnya. Sharifah Diana ditimpa kemalangan di saat-saat mereka bakal mengecap kebahagiaan hendak menimang cahaya pertama namun kerana kecederaan yang parah yang dilamaninya Sharifah Diana terpaksa melahirkan Angel di tempat kejadian dan Sharifah Diana meninggalkannya semasa ambulan yang membawanya dalam perjalanan ke hospital. Perkara yang paling membuatnya Zhafry rasa kesal dan sedih adalah dia gagal bersama isterinya pada saat-saat terakhir itu.
Perkahwinan keduanya kali ini Zhafry tidak pernah terfikirkan anak sebagai penyebabnya. Angel  sudah ada sebagai penyambung zuriatnya. Isha terpilih sebagai teman hidupnya  kerana Zhafry mencintai wanita itu dan hanya Isha yang mampu menggetarkan hati dan perasaannya selepas pemergian Sharifah Diana lebih dua puluh tahun yang lalu.
“Bertuah you Isha sebab dapat suami macam Zhafry ni. seorang lelaki yang setia dan baik hati. Zhafry sahabat baik I, kami kenal sejak mula-mula belajar di IPT lagi dan sekarang  you pun akan jadi sahabat I juga. I boleh jadi spy you kalau you mahu” Isha Wristi dan Zhafry sama-sama tergelak mendengar kata-kata Ziana.
“Zhaf, siapa sebelah anak you tu” tegur Iskandar apabila terpandang Isti Samira yang sedang berbual dengan Angel  dan Indra.
“Oh, itu Isti Samira, kakak ipar I. Ibu Indra” beritahu Zhafry sambil melihat siapa yang dimaksudkan oleh Iskandar. Iskandar mengerutkan dahinya mendengar jawapan Zhafry.
“You biar betul, takkan perempuan semuda tu sudah ada anak besar macam tu” Zhafry dan Isha tersenyum mendengar jawapan Iskandar.
“Why not, dia kahwin muda dan orangnya pun awet muda.  I pun macam you jugak tak percaya masa first time I jumpa dia” Iskandar mengerutkan dahinya mendengar penjelasan Zhafry. Wanita itu tiada jauh bezanya dari Isha, cantik dan berkulit cerah cuma wajahnya menunjukkan ia lebih matang dan berpengalaman berbanding adiknya.
“Cantik orangnya Zhaf,  spesies isteri you memang cantik dan menawan. Membuat sesiapa saja yang memandangnya pasti terpukau” Zhafry tergelak mendengar jawapan Iskandar, nampaknya lelaki itu sudah terpaut sekali lagi.
“Tapi I tak sanggup you jadi abang ipar I” gurau Zhafry pula membuatkan Iskandar membutangkan matanya. 
“Nak buat macam mana kalau dah itu takdirnya” giliran Zhafry pula tergelak sambil menggelengkan kepalanya.
“Zhaf, buat pengetahuan you I nak resign” ujar Iskandar kemudian membuatkan senyuman Zhafry segera pudar.
“You dah termakan pujukan Dato’ Haikal malam tu” sambung Zhafry selepas itu. Iskandar menggelengkan kepalanya.
“Mungkin ya mungkin tidak tapi ayah I dan syarikat keluarga I memang benar-benar perlukan I sekarang. I dah fikir masak-masak sejak malam tu” sambung Iskandar pula.
“Terus terang I katakan pada you, berita ini memang tidak menggembirakan I sebab kita sudah kehilangan seorang  tenaga pakar tapi kalau itu yang terbaik untuk you teruskanlah. Mungkin takdir sebenar hidup you di situ” balas Zhafry sambil menepuk bahu Iskandar. Lelaki itu tersenyum dan mengangguk.
“Zhaf, Isha! I minta maaf atas sikap tidak profesional I pada you berdua sebelum ni. I doakan you berdua bahagia sampai bila-bila. Tapi Isha, boleh I minta tolong satu” Isha mengerut dahinya memandang Iskandar. Lelaki itu tersenyum dan Zhafry sudah mula dapat menangkap maksudnya.
“I memang kecewa kerana tak dapat you, tapi I lagi kecewa kalau tak dapat jadi abang ipar you. Sampaikan salam I pada wanita di sana tu” Isha Wristi berpaling memandang Isti Samira yang sedang berbual dengan Angel  dan Indra kemudian berpaling semula memandang Zhafry yang sedang tersenyum kepadanya.
“Why not kalau you memang jodoh kakak I seterusnya, tapi buat pengetahuan you kakak I bukan sebarangan. She is queen but suatu masa dulu” mulanya Iskandar mengerutkan dahi namun selepas itu lelaki itu tersenyum.
“I akan jadikan dia queen semula di hati I” Isha dan Zhafry saling berpandangan sebelum berbalas senyuman selepas mendengar kata-kata Iskandar. Lelaki itu kemudian meminta diri untuk menemui rakan-rakan yang dikenali dan mengenali mereka.
“Iskandar lelaki yang baik cuma I tak beranilah nak komen pasal perkara ni. Kakak you sudah dewasa dan dia boleh fikir sendiri dan Indra pun ada untuk memberi pandangan dan nasihat pada ibunya” Isha setuju mendengar pendapat Zhafry tapi Isha tidak pernah risau memikirkannya kerana Isti Samira tahu melihat sesuatu yang ada di hati manusia.
Angel  menarik tangan Indra mendekati sebuah meja piano yang terletak di suatu sudut di dalam ballroom hotel tersebut. Angel  sudah berniat akan menyampaikan sebuah lagu untuk Zhafry apabila tetamu sudah berkurang di penghujung majlis itu nanti sebagai hadiah untuk hari perkahwinan Zhafy dan Isha Wristi.
“Angel!” Angel  yang baru mengatur tempat duduknya di meja piano menoleh apabila namanya disebut seseorang.
“Johan, segak you malam ni. terimakasih kerana sudi datang” tegur Angel  memaniskan bahasanya selepas menyedari kehadiran lelaki itu walaupun Angel  sudah menyedari di awal majlis tadi.
“Thanks, Ini majlis Doktor Zhafry jadi I menghadirinya kerana I menghormatinya dan menyanjunginya. Tapi I sedih dan kesal sebab Doktor Zhafry telah mengikat dirinya dengan orang  yang tak sepatutnya. Walaupun cantik bagaikan bidadari tapi bolehkan manusia hidup bahagia bersama makhluk syaitan” Angel  mengetapkan bibirnya mendengar kata-kata Johan. Lelaki itu tersenyum sinis selepas menuturkannya. Indra dengan wajah yang tenang memandang lelaki itu tanpa berkelip sebelum berkata sesuatu.
“Apa bezanya manusia syaitan dengan manusia yang meminta pertolongan syaitan” soal Indra kemudian merenung tajam  mata Johan. Lelaki itu seperti terpana mendengar kata-katanya kerana Indra tahu Johan memang faham kata-katanya.
“Mengikat diri dengan syaitan bukan satu keputusan yang boleh kau anggap mudah dan boleh kau gunakan sebagai alat untuk kau dapatkan sesuatu” sambung Indra lagi dan nampaknya Johan sukar untuk menafikan kebenaran kerana Johan kemudian berlalu tanpa membidaskan kata-kata Indra kepadanya.
Bukan itu lagu yang ingin Angel  disampaikan tetapi hatinya sakit mendengar kata-kata Johan sebentar tadi terus jari-jemarinya menekan butang piano lalu menyanyikan lagu sebuah lagu. Johan yang sudah meninggalkannya beberapa langkah segera berhenti lalu menoleh.

Biarkan aku menjalin asmara
Dengannya yang ku cinta
Jangan ku dihalang
Walau pedang bukan penghalang ooo..
Gelora rindu buat ku merasa terseksa jauh darinya
Andai ku punya sayap
Kau di Bulan akan ku jelang
Kasihku dengarlah suara hatiku
Kata hati ini hanya dirimu sorang yang ku sayang
Kekasih tulis namaku
Di dalam dairi hatimu
Kekasih setiap senyummu
Pengubat rindu di hatiku
Puisikan segala janji-janji kita
Bakar semua kepalsuan

Tepukan gemuruh tetamu-tetamu yang masih berada di dewan itu membuatkan Angel  terpana dan Indra tersenyum kepadanya.
“Saya tidak tahu awak boleh menyanyi dan bermain alat ni dengan baik” ujar Indra sebaik Angel  mengakhiri persembahannya.
“Saya belajar bermain benda ni sejak umur lima tahun. Saya tiada kawan jadi dengan benda nilah saya habiskan masa saya. Datuk dan nenek selalu suruh saya buat persembahan  bila ada majlis yang dibuatnya dekat rumah  kami dan setiap tahun bila tiba hari anniversary mereka berdua” cerita Angel  sebelum tersenyum melihat kemunculan Zhafry dan Isha mendekati mereka.
“Lama dady tak dengar Angel main benda ni, kenapa tiba-tiba malam ni. Semua kawan-kawan dady  puji Angel  tadi” soal Zhafry sambil tersenyum memandang anak gadisnya.
“Untuk hadiah pada dady  tapi sebenar Angel  nak bawa lagu lain tadi tapi ada gangguan Angel ubah lagu” balas Angel  sambil menjerling memandang Indra. Indra pasti tahu apa gangguan yang dimaksudkannya itu.
“Gangguan apa?” soal Zhafry dengan dahi yang berkerut memandang Angel.
“Gangguan emosi tapi small matter je dady jangan risau” balas Angel  sambil mengangkat kening memandang Indra. Lelaki itu sedang menoleh memandang ke suatu arah, Isti Samira sedang berbual dengan seorang lelaki dan lelaki itu anak seorang tokoh perniagaan yang diperkenalkan oleh Dato’ Haikal kepadanya semasa majlis perasmian Klinik Kota semalam. Indra memasang telinganya untuk mendengar perbualan Isti Samira bersama lelaki tersebut. Angel di sisinya turut tersenyum apabila memikir ada lelaki yang sedang cuba untuk memikat Isti Samira. Kecantikan Isti Samira dan Isha Wristi memang akan memukau sesiapa sahaja yang memandangnya. Adakah Dr. Iskandar akan menjadi lelaki kedua yang bertuah selepas Zhafry.
“Awak tak kisah?” soal Angel  sambil tangannya pantas  memeluk lengan Indra di sisinya. Indra mendahului jawapannya dengan sebuah  senyuman.
“Seperti saya dan bibi, biyung juga berhak  berteman dan bahagia seperti manusia lain” jawapan Indra memang menunjukkan sikap rasionalnya dalam berfikir. Isti Samira pula tidak memerlukan pendapat sesiapa untuk membuat keputusan kerana tahu apa yang terbaik untuk dirinya terutama dalam menentu atau menilai hati dan fikiran seorang manusia. Justeru itu, Isti Samira akan tahu siapa manusia yang berniat baik dan yang berniat jahat kepadanya atau kepada manusia lain.





DirgantaraWhere stories live. Discover now