Di samping gembira ketika memikirkan hatinya kini telah dimiliki namun jauh di sudut hatinya tidak tenteram memikirkan tentang gadis tersebut. Benarkah Angel sudah ada teman lelaki? Siapa orangnya dan sudah lamakah mereka menjalinkan hubungan. Kenangan semasa perkhemahan begitu memberi kesan dan makna kepada Johan. Nama dan seraut wajah yang kini menjadi mimpi indah dalam tidurnya. Walaupun bukan mendapatkannya melalui Angel sendiri kerana nombor telefon gadis tersebut diperolehi secara tidak sengaja apabila Doktor Zhafry tercicir telefon di tapak perkhemahan. Melalui telefon Doktor Zhafry itulah Johan memperolehi maklumat yang amat berguna itu.
Johan mengharapkan tentang teman lelaki Angel tidak benar dan Angel cuma bergurau. Kalau benarpun mungkin hubungan Angel dengan teman lelakinya masih baru dan lelaki tersebut tidak sehebat mana dan Johan masih belum terlambat untuk mencuba memenangi hati Angel. Mengaku kalah dan menyerah sebelum mencuba itu bukan prinsip hidup Johan. Johan nekad untuk mencuba walaupun bermula sebagai seorang kawan. Dia akan mencuba dari masa ke semasa berusaha agar Angel menerimanya lebih daripada seorang kawan kerana Johan yakin mampu menjadi lelaki dan kekasih yang Angel banggakan.
"Di mana awak dapat nombor saya?" soal Angel ketika pertama kali menerima panggilan daripada Johan.
"Nak seribu daya. Kalau awak free, sudi tak kalau saya ajak awak keluar" balas Johan terus menjurus kepada tujuannya menelefon gadis tersebut.
"Tak nak seribu dalih. Saya bukan tak nak tapi saya sudah janji dengan dady yang saya takkan keluar malam. Kalau awak ajak siang mungkin saya boleh tunaikan" Beritahunya apabila memikirkan itu adalah alasan yang sesuai untuk diberikan kepada Johan. Beberapa kejadian pembunuhan yang berlaku sejak kebelakangan ini memang merisaukan Zhafry dan selalu mengingatkan Angel supaya berhati-hati ketika keluar rumah terutama pada waktu malam.
"Oh ya ke? Saya cuma ada masa free dua malam saja dalam satu minggu. Kalau siang tu mungkin tak ada langsung kecuali petang Jumaat itupun dua jam saja untuk kita orang solat Jumaat" beritahu Johan apabila agak kecewa selepas mendengar jawapan Angel menolak perlawaannya.
"May be next times, tapi saya kena minta izin dady saya dulu" balas Angel yang tidak mahu Johan kecewa kerana penolakannya. Bukan Angel jual mahal apabila menolak perlawaan lelaki seperti Johan. Mungkin Angel harus bersyukur kerana Johan yang cukup pakej untuk menjadi lelaki pujaan ramai wanita sudi memperlawanya. Namun masalah yang muncul sekarang ialah Angel tidak pernah terfikir untuk berkawan atau rapat dengan sesiapapun setakat ini. Mungkin untuk kali yang kedua Angel tidak akan menolak kerana Johan mungkin ada ciri-ciri untuk dijadikan seorang kawan. Zhafry juga mengenali Johan dan Angel tidak perlu bersusah payah untuk bercerita tentang Johan kepada Zhafry sekiranya Angel bergaul rapat dengan Johan selepas itu.
Tidak mahu Johan berjauh hati Angel terpaksa membuka ruang melayan Johan untuk terus berbual lanjut dengannya. Daripada perbualan telefon itu Angel telah mengetahui sedikit sebanyak perkara tentang Johan terutama nama penuh lelaki tersebut.
"Johan Adli" Angel cuba mengingati sesuatu berkaitan nama lelaki tersebut
"Adli! " ujar Angel menyebut nama kedua Johan.
"Macam sama je" desis Angel dalam hatinya.
"Masa kecik-kecil dulu mak dan ayah panggil saya nama tu tapi kawan-kawan dan cikgu sekolah panggil saya Johan sekarang saya lebih suka orang panggil saya Joe. Saya memang asalnya orang Kuching" sambung Johan lagi yang begitu ramah menceritakan tentang kisah hidupnya.
"Angel, saya benar-benar berharap awak sudi menerima perlawaan saya selepas ini!" Balas Johan mengakhirkan perbualkan mereka pada malam itu.
Lama Angel terpaku cuba memikirkan tentang Johan. Angel telah menjadikan pesanan Zhafry sebagai alasan untuk menolak perlawaan Johan. Nama Zhafry terpaksa dilibatkannya kali ini agar Johan tidak berkecil hati. Angel sendiri tidak tahu kenapa hatinya masih beku, tapi Angel tidak menafikan kalau suatu masa pintu hatinya akan terbuka untuk menerima perlawaan Johan itupun kalau dia masih ada peluang dan tidak terlambat kerana lelaki seperti Johan memang cepat laris di pasaran.Cuaca awal pagi yang ceria dengan sinar sang suria yang memancar terang, Angel melangkah memasuki bangunan sebuah syarikat. Kemunculannya disambut dengan ramah oleh penyambut tetamu syarikat tersebut dan Angel dimaklumkan bahawa kedatangannya pagi itu sememangnya dinantikan dan gadis tersebut dan terus menemani Angel bertemu seseorang.
Sedikit sesi bual mesra dengan Dato' Haikal yang begitu ramah dan mesra alam. Kemunculan Angel buat pertama kalinya di syarikat tersebut disambut dengan layanan baik dan senyuman manis oleh semua pekerjanya setelah Dato'Haikal memperkenalkan dirinya kepada semua pekerja terutamanya mereka yang bertugas di bahagian pentadbiran. Zaleha, Sue, Sham dan Zack semuanya dengan ramah memperkenalkan diri masing-masing. Zack antara yang terlebih ramah di antara mereka membuatkan Angel cepat dapat menyesuaikan diri dengan rakan sekerjanya di situ. Menurut Dato' Haikal, CEO syarikat tersebut belum sampai lagi walaupun jam sudah menunjukkan pukul sepuluh pagi.
"Cik Angel boleh panggil saya Zaleha tau Zal je" sapa Zaleha sambil menemani Angel menuju ke bilik yang disediakan untuk Angel di sebelah bilik CEO.
"Zal pun panggil saya Angel saja" jawapan Angel pula membuatkan Zaleha tersenyum senang dan dari kesimpulan awalnya kini Angel agak mudah didekati dan seorang majikan yang mungkin senang untuk mereka berurusan dan tidak menakutkan seperti CEO syarikat tersebut.
"Dato' Haikal suruh kita orang kemaskan bilik ni dua minggu lepas" beritahu Zaleha sebaik saja mereka masuk ke dalamnya. Mata Angel meliar memerhati di sekitar bilik yang akan dihuninya sejak hari itu. Dalam kegairahannya memerhati bilik itu telinganya terdengar pintu bilik sebelah terbuka dan kemudian tertutup kuat membuatkan Angel dan Zaleha saling berpandangan kerana sama-sama terkejut. Figura seorang lelaki tercegat berdiri di hadapan pintu bilik Angel yang sedang terbuka luas ketika itu membuatkan Angel dan Zaleha menoleh serentak. Secara spontan sepasang mata budar milik Angel membalas renungan tajam sepasang mata yang merenungnya. Berbolanya berkilauan dan warnanya begitu menarik. Pernah dilihatnya sebelum ini tapi bila dan di mana Angel cuba untuk mengingati sesuatu. Beberapa saat kemudian figura tersebut berlalu pergi tanpa mengucap sepatah perkataan pun mahu menegurnya.
Gagal mendapat jawapannya Angel terus terpaku berdiri di sisi Zaleha untuk beberapa saat. Seakan terpukau dan ada ketikanya Angel merasakan jantungnya berhenti berdenyut. Renungan tajam matanya seakan menghentikan aliran darah yang mengalir ke jantungnya.
"Siapa tu?" Tanya Angel selepas Angel mendapat semula kekuatannya.
"Indra Arjuna Aditya. Namanya memang klasik dan orangnya juga pelik tapi dialah CEO kita. Walaupun dia lelaki yang pelik tetapi I rasa dia lelaki terkacak dalam dunia ni yang pernah I lihat. Semakin dia pelik semakin I minat dekat dia tu. Tak ada siapa pekerja Loka Holding yang berani menegurnya. I pun rasa tidak ada perempuan dalam dunia ni berani nak cuba dekat walaupun semua perempuan dalam dunia ni terpersona dan terpukau melihatnya termasuklah I" Angel diam dan perasaannya agak takjub mendengar cerita Zaleha tentang lelaki pelik yang baru sahaja dilihatnya sebentar tadi. Benarlah kata orang, kalau kita pelik mungkin ada lagi orang yang lagi pelik dari kita. Kata-kata renungan itu tiba-tiba muncul dalam hatinya.
Belum sempat hendak melabuhkan punggungnya di atas kerusi Zack terpacul di depan pintu biliknya membuatkan Zaleha dan Angel menoleh serentak sekali lagi.
"Huh! Banyak betul pengacau dalam syarikat ni", rungutan Zaleha membuatkan Angel tersenyum memandang lelaki yang muncul ketika itu.
"Cik Angel, Dato' Haikal panggil Cik Angel masuk ke bilik dia sekarang" beritahu Zack sambil tersenyum pada Angel .
"Kalau tak keberatan I boleh temankan you ke sana" Zack memperlawa dirinya.
"Tak payahlah Zack sebab Angel tahu jalan mana nak ke bilik dato' tu" celah Zaleha kemudian menjuih bibirnya memandang Zack.
YOU ARE READING
Dirgantara
FantasySiapakah wanita dan sebuah cinta untuk lelaki ini. Adakah akan wujud wanita yang layak untuk menerima cintanya. Indra Arjuna tidak pernah mengharapkan cinta itu akan muncul dalam hidupnya, jikalau kesudahannya cuma membawa kesedihan dan malapetaka...