Mata Zhafry terpaku ketika melihat atur cara sepanjang program sempena ‘Hari Mesra Pelanggan’ yang dipamerkan di hadapan pintu wad. Kali ini acara tahunan itu disambut secara besar-besaran sempena jubli emas usia hospital tersebut. Hebat! Bisik Zhafry apabila melihat program yang disenaraikan.
“Sabtu, Ahad dan Isnin, tiga hari lama tu” ujar Zhafry lagi.
“Kenapa Zhaf” tanya Ziana melihat Zhafry bercakap seorang diri.
“Template tu!” tunjuk Zhafry dengan mulutnya ke arah helaian kertas yang dilekatkan di hadapan pintu.
“Jubli emas, tentulah hebat dari sebelumnya. You tahu tak yang program hari Ahad tu wajib untuk kita. Kena bawa ahli keluarga sekali, kalau you terpaksalah bawa Angel” balas Ziana sambil memberitahu tentang kemestian mereka untuk hadir pada hari tersebut.
“Pulak!” Ziana tersenyum mendengar jawapan Zhafry.
“Bukan ada apa pun, sukaneka saje, hadiah-hadiahnya pun menarik. Pihak atasan yang sponsor” beritahu Ziana lagi.
“Tengoklah nanti kalau Angel nak, I ni bukan berminat nak buat kerja-kerja macam tu” balas Zhafry seperti tidak bersemangat.
“Janganlah tengok-tengok, pujuklah Angel tu. Bukanya selalu, tahun ni je buat macam tu” Zhafry tidak bersuara lagi kemudian berlalu meninggalkan Ziana untuk memulakan tugasnya hari itu. Ziana melihat senarai hadiah yang bakal perolehi oleh para pemenang untuk acara-acara yang dipertandingkan.
“Kalau Mia dan Syafik dapat tolong bolot salah satu hadiah tu kan best” bisiknya dalam hati kemudian menoleh melihat kelibat Johan dan Azani.
“Kamu orang ke yang rancang acara tu?” tegur Ziana ketika Johan dan Azani sudah mendekat.
“Sebahagiannya, kenapa doktor?” tanya Azani kepada Ziana.
“Menarik jugak terutama hadiahnya tu” balas Ziana sebelum berlalu meninggalkan Johan dan Azani. Kedua-dua doktor pelatih tersebut tersenyum mendengar jawapan Ziana.
“Kau rasa Doktor Zhafry ajak Angel tak?” tanya Johan ketika menyaingi langkah Azani menuju ke wad.
“May be, tapi kalau nak lebih tahu kau tanyalah dia” Azani tergelak selepas memberi jawapan membuatkan Johan menolak tubuh lelaki itu hingga terdorong ke depan. Beberapa jururawat dan pesakit yang berada di wad tersebut tersenyum dan ada yang tergelak melihat kelakuan Johan dan Azani.
“Kau ni Joe, kalau aku terlanggar pesakit yang tengah nazak kan mati orang tu” Johan menggeleng kepala sambil tersenyum mendengar rungutan Azani.
“Lain kali cakap tu biar betul sikit. Tu baru aku tolak dengan tangan, kalau aku tendang dengan kaki tadi, tu ICU sana tempat kau” sahut Johan sewaktu menyaingi langkah Azani.
“Yalah tu, macamlah aku ni lembik sangat biar kau buat sesuka hati. Kau tunggu tiba dan ketikanya nanti. Kau tahulah langit tu tinggi atau rendah” balas Azani kemudian terus menuju ke salah satu katil pesakit untuk mendapatkan maklumat tentang pesakit tersebut.Angel tergelak apabila Zhafry merungut apabila mendapat tahu setiap orang mesti menyertai sekurang-kurang empat acara wajib. Selain berjogging memang Angel belum pernah nampak Zhafry menyertai apa-apa permainan atau sukan. Mungkin ada yang tidak percaya jika Zhafry diketagorikan sebagai kaki bangku kalau dilihat susuk badannya yang tegap dan sasa itu.
“Dady ni, bukannya susah sangat pun buat benda-benda tu” tegur Angel tidak puas hati dengan sikap Zhafry.
“Dady bukan apa, kalau tak menang nanti, kan malu” Angel ketawa kuat mendengar pengakuan Zhafry. Rupa-rupanya perkara itu yang Zhafry risaukan. Memang tiada semangat kesukanan langsung rupanya lelaki tersebut.
“Nak malu apa, dalam sukan mesti ada semangat kesukanan. Dah adat bermain kalau ada yang memang mesti ada yang kalah” sahut Angel cuba memberi samangat dan keyakinan pada Zhafry.
“Tu dady tahulah tapi tetap tak boleh terima kalau dady yang kena bermain. Angel tolonglah ganti tempat dady nanti ya” beritahu Zhafry sambil tersengih memandang Angel.
“Kalau berterus terang dari awal kan senang cerita tak payalah nak mereka alasan bagai" Zhafry tergelak kecil selepas mendengar komen Angel tentang permintaannya.
Hari yang dinanti sudah sampai dan walaupun kurang berminat untuk menyertainya namun Zhafry yang sudah lengkap dengan baju T dan seluar sukan sudah bersedia untuk keluar ke destinasinya. Angel yang juga kelihatan lengkap dengan pakej pakaian untuk bersukan sedang menikmati roti bakar yang merupakan menu sarapan untuk mereka berdua pada pagi tersebut.
“Jom sayang! Nanti lambat kita sampai” ujar Zhafry sambil memandang Angel yang masih lagi tidak bergerak meninggalkan meja makan.
“Dady pergilah dulu, Angel tumpang Indra, Angel ajak Indra sekali” sahut Angel sambil tersengih memandang Zhafry. Zhafry mengerut dahi mendengar jawapan Angel sebelum tersenyum apabila idea baru menjelma di fikirannya.
“Good idea! kita jumpa dekat sana nanti tapi jangan tipu dady tau. Kalau Angel tak muncul tahulah dady nak buat apa nanti” Angel sudah tergelak mendengar jawapan dan amaran Zhafry kepadanya. Tak menakutkan langsung!
“Macam biasa je dengar” balas Angel membuatkan Zhafry hanya tersenyum dan tanpa membalasnya Zhafry kemudian terus berlalu meninggalkan Angel sendirian.
Lima minit selepas kereta Zhafry bergerak, kereta Indra muncul pula di halaman rumah tersebut. Angel tersenyum apabila melihat ketampanan kekasihnya. Dua hari lepas mereka berdua membeli jersi couple King dan Queen berwarna hitam.
“Betul awak free hari ini?”ucapnya sebaik sahaja mendekati Indra. Lelaki itu tersenyum kepadanya.
“Ya, saya akan temankan awak ke mana saja awak ingin” balas Indra kemudian sebaris senyuman terukir di bibirnya.
“Dan bagaimana awak tahu saya akan ikut dady ke hospital hari ini” soal Angel lagi.
“Cak!, awak lupake” Mata dan telinga Cak adalah cctv bergerak yang saya pasang untuk mengawasi awak setiap masa” Angel tergelak mendengar jawapan Indra. Awal pagi tadi Indra menghubungi dan bertanyakan perancangannya hari itu dan Indra menawarkan diri untuk menemaninya. Kenapa dia lupa tentang kewujudan Cak. Benar kata Indra, Cak bukan sekadar kawannya tapi adalah cctv Indra ketika lelaki itu tiada di sisinya.
“Mana Angel?” soal Ziana apabila melihat Zhafry datang sendirian. Sudah ramai kakitangan dan pekerja-pekerja hospital yang akan mengambil acara berkumpul di tapak sukaneka yang terletak bersebelahan kawasan parkir kereta.
“Sekejap lagi. Zi, I tak sihat, giliran I nanti Angel akan ganti tempat I” beritahu Zhafry sambil memandang Ziana. Wajahnya memang cuba untuk melakonkan watak orang yang tidak sihat walaupun Zhafry tahu Ziana bukan orang yang sesuai untuk diberinya alasan seperti itu.
“Tak boleh, You salah oranglah nak keletong” balas Ziana yang memang tahu taktik yang cuba Zhafry lakukan untuk mendapatkan pengecualian.
“Ok, kalau you tak percaya nanti I tunjukkan surat pengesahan doktor pada you” balas Zhafry kemudian memalingkan wajahnya ke tempat lain. Termakankah Ziana dengan perangkapnya kali ini.
“You jangan nak buat lawak boleh tak. Surat doktor mana you minta kalau bukan you sendiri” jawapan Ziana membuatkan Zhafry tidak dapat menahan gelaknya.
“Doktor Zhafry sila lapor diri” mendengar namanya dipanggil Zhafry mula menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
“Five minutes!” laung Zhafry meminta sedikit masa kepada pendaftar peserta.
‘Mana Angel ni’ rungut Zhafry dalam hatinya. Kelibat kereta Indra memasuki kawasan parkir melegakan hati Zhafry. Akhirnya datang juga penyelamatnya. Beberapa pasang mata juga turut berpaling melihat kemunculan semula kereta tersebut di kawasan hospital.
“Dady, apa acara pertama?” tanya Angel sewaktu dia dan Indra mendekati Zhafry.
“Melontar masuk bola ke dalam jaring tu dalam jarak 8 meter” Angel melihat jaring yang dimaksudkan oleh ayahnya. Angel mengerutkan dahinya apabila semua peserta yang bersedia untuk acara tersebut adalah lelaki. Dia tidak mungkin menggantikan Zhafry untuk acara itu. Kelihatan kelibatan Johan dan Azani juga turut mengambil bahagian untuk acara tersebut.
“Dady, mana aci kalau Angel nak lawan dengan orang lelaki” Zhafry juga baru tersedar perkara tersebut. Zhafry terus mendapat akal apabila terpandang Indra yang berdiri di sebelah Angel. Indra harus mencurah bakti kepada hari itu kalau dia mahu terus keizinannya untuk bersama Angel. Bukan jual anak tapi sudah terdesak.
“Mus, kalau I minta tukar dengan anak saudara I boleh tak. Tangan I ni masih belum oklah lepas terseliuh semalam” tanya Zhafry ketika mendekati pengurus pertandingan tersebut.
“Boleh, tapi ada syaratnya. Untuk acara pertama ni, kalau bukan kaki tangan hospital, orang luar kena lontar dalam jarak 10 meter” beritahu Zhafry sambil tersenyum memandang Zhafry. Sengaja mahu mengenakan Zhafry dan kelihatannya Zhafry tidak ambil kisah tentang syarat tersebut.
“Indra, tolong ganti tempat uncle” beritahu Zhafry sewaktu mendekati Indra. Indra tersenyum mendengar permintaan Zhafry. Apa salah memberi bantuan kepada ayah kepada gadis kesayangannya. Mungkin berbaloi apa yang dibuatnya hari itu dan lelaki yang sentiasa merenung wanitanya dari tadi harus diberi sedikit amaran.
Sepuluh orang peserta dan sehingga peserta kelima tiada seorang pun yang mampu melontar dengan tepat masuk ke dalam jaring. Giliran Johan sebagai peserta ke lapan dan lontarannya tepat masuk ke dalam jaring membuatkan semua bertepuk tangan dan memuji kehebatan doktor muda tersebut. Azani sebagai peserta ke sembilan tapi gagal membuat lontaran yang tepat.
Peserta terakhir dan semua mata tertumpu melihatnya ketika lelaki tampan itu mendapatkan bolanya. Dengan langkah perlahan Indra bergerak 12 meter ke belakang walaupun dia sepatutnya melontar dalam jarak 12 meter. Indra mengenyitkan matanya kepada Angel membuatkan Angel juga turut tersenyum kepadanya manakala sepasang mata yang menyaksikannya menyumpah di dalam hati.
Ketika membalas senyuman Angel dan tanpa memandang jaring, Indra terus membuat satu lontaran yang memeranjatkan semua peserta dan penonton. Bola tepat kesasaran dan terus masuk ke dalam jaring membuatkan semua mata terpukau dan tersentak kemudian kedengaran tepukan yang gemuruh dari orang ramai yang berada di padang tersebut. Johan dan Azani saling berpandangan apabila menyaksikan kejadian yang menakjubkan itu.
“Itu baru wakil I, belum lagi I sendiri yang buat” Zhafry sudah menunjukkan lagaknya di hadapan peserta lain yang berada di padang tersebut. Ziana menjuihkan bibirnya mengejek membuatkan Zhafry kemudian ketawa terkekek-kekek.
“Dengkilah tu” usik Zhafry pada Ziana.
"Tak da maknanya nak dengki, baru game pertama tu" Zhafry yang tersenyum mendengar jawapan Ziana kemudian menepuk bahu Indra menguji kehebatan lelaki itu.
“Perhatian, kita ada tiga lagi acara untuk menentukan pemenang keseluruhan untuk tempat pertama, kedua dan ketiga” kedengaran juruacara sukaneka mengumumkan sesuatu.
“Acara kedua, menyepak tiga biji bola masuk ke dalam lubang. Dalam acara ini ramai peserta yang hanya mampu menyumbat dua bola ke dalam lubang. Kembali mengejutkan apabila Indra berjaya menyumbat ke tiga-tiga bola tersebut ke dalam lubang. Angel dan Zhafry adalah orang yang paling gembira ketika itu.
Angel mengambil alih tempat untuk acara ketiga dan keempat kerana acara tersebut adalah untuk peserta perempuan. Acara ketiga ialah acara menyumpit belon hingga pecah. Sepuluh biji belon harus dipecahkan dalam masa 30 saat dan dalam acara tersebut Angel mengalahkan peserta lain apabila berjaya memecah sembilan biji belon. Acara keempat adalah acara terakhir untuk sukaneka pada hari itu. Acara memanah sasarannya adalah ke dalam bulatan atau titik tengah dalam jarak 25 meter. Indra memandu dan membantu Angel untuk membuat panahan yang tepat.
“Ratna, pandang ke depan dan fokus pada sasaran awak" bisik Indra ke telinga Angel.
“Ratnaku, apa dalam hati awak sekarang” tanya Indra yang sedang berdiri rapat di belakangnya. Tangannya mengatur kedudukan tangan Angel supaya memegang busur panah dengan betul sebelum membuat panahan yang tepat ke sasaran.
“Saya cintakan awak sepenuh hati saya” Bisik Angel membuatkan Indra tersenyum lalu merapati telinga Angel kemudian membisikan sesuatu.
“Ratnaku, awaklah cinta pertama dan terakhir saya. Sekarang pejamkan mata, tahan nafas dan lepaskan panah awak” segala arahan Indra diikutinya satu persatu dan anak panah itu bergerak tepat menembusi titik bulatan tengah. Menakjubkan dan Angel sendiri bagaikan tidak percaya apa yang telah dilakukannya hari itu.
“Ratnaku sayang, saya yakin awak pasti boleh melakukannya” Bisik Indra lalu mencium kepala Angel. Mata Zhafry membutang melihat anak panah Angel telah menembusi titik paling tengah bulatan dan lelaki itu tidak percaya Angel boleh melakukannya. Indra memang seorang jurulatih yang hebat dan mereka adalah pasangan yang benar-benar sepadan. Johan dan Azani menggelengkan kepala turut takjub apabila melihat kejayaan pasangan tersebut memboloti semua acara.
“Angel, Indra! Nampaknya kita yang akan bawa pulang hadiah tu” ujar Zhafry sambil menunjukkan sebuah mountain bike dan hamper makanan dengan mulutnya kepada Angel dan Indra. Pasangan tersenyum mengangkat keningnya kemudian tersenyum kepada Zhafry. Walaupun setiap acara membawa hadiah yang berbeza tetapi kedua-dua benda itu adalah untuk pemenang keseluruhan.
“Angel, untie ucapkan tahniah cuma untie tak puas hati dekat orang yang seorang tu sebab langsung tak join apa-apa acara” ucap Ziana sambil meluahkan ketidakpuasan terhadap Zhafry.
“Biasalah kalau orang tu dah kalah mesti banyak benda yang dia tak puas hati. Tapi rasanya kalau nak komplen baik buat awal-awal sebelum habis perlawanan” Ziana menjuihkan lagi sekali bibirnya apabila mendengar jawapan Zhafry manakala lelaki itu hanya tergelak kerana berjaya menyakitkan hati Ziana.
Johan terus membisu, kemesraan pasangan tersebut dan layan Zhafry terhadap Indra membuatkan hatinya benar-benar sakit. Kesakitan yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Kenapa dia rasa sungguh terseksa apabila melihat bunga pujaannya berada dalam tangan lelaki lain.
“Joe, dia memang lelaki yang cukup hebat dan hari ini dia telah menjadi superhero yang menakjubkan dan kalau I perempuan lelaki macam tulah test I. Aku heran, siapa dia tu yang sebenarnya. Tidak mustahillah Angel cinta giler dekat lelaki tu. Makin tipislah peluang kau nak dapatkan dia” kata-kata Azani membuatkan telinga Johan merah dan berasap. Tiada kata-kata yang mampu terbit dari bibirnya untuk menangkis kata-kata Azani. Jihan terus diam dengan hati yang panas membara.
YOU ARE READING
Dirgantara
FantasySiapakah wanita dan sebuah cinta untuk lelaki ini. Adakah akan wujud wanita yang layak untuk menerima cintanya. Indra Arjuna tidak pernah mengharapkan cinta itu akan muncul dalam hidupnya, jikalau kesudahannya cuma membawa kesedihan dan malapetaka...