Mata pasangan suami isteri tersebut terpaku melihat kediaman yang tersergam di hadapan mereka. Janah pula sempat membilang deretan kereta mewah yang tersadai di tempat parkir di sebelah kanan kediaman tersebut. Kediaman yang bagaikan sebuah istana tersebut kelihatan begitu sunyi dan kedatangan mereka disambut oleh sepasang suami isterinya. Ketika sampai di situ tadi kereta yang dipandu oleh Ustaz Zaini telah membuntuti kereta Indra dari belakang.
“Angel! Betapa malunya kami bila ingat masa kamu tinggal di rumah kami dulu. Pasti kamu tak selesa sebab rumah ummi tu mungkin besar bilik air kamu saja rasanya” Angel cepat menggelengkan kepalanya.
“Tak ummi, walaupun kecil Angel selesa dan seronok sangat. Kerana selesa tulah Angel boleh tinggal lama dekat rumah tu dan kalau suami Angel tak datang jemput mungkin sekarang Angel masih lagi tinggal dengan ummi” ujar Angel sambil menjerling Indra di sebelahnya.
“Jangan harap, sampai lubang cacing saya akan cari sayang sampai dapat” bisik Indra ke telinga isterinya.
“Sunyi je rumah kamu ni Angel, yang dua orang tadi tu siapa?. Rasanya yang lelaki tadi tu yang temankan kamu hari tu kan? Soal Ustaz Zaini sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas kerusi di ruang tamu.
“Oh mereka suami isteri, saudara suami Angel. Mereka tinggal bersama kami dan tolong kami jaga rumah dan tempat ini” sahut Angel apabila Ustaz Zaini bertanyakan tentang Isqan dan Banu.
Indra yang tidak banyak bercakap hanya tersenyum melihat reaksi Ustaz Zaini yang kelihatannya sedang ligat matanya memerhati persekitaran rumah tersebut.
“Kenapa abah?” soal Angel apabila turut sedar apa yang sedang diperhatikan oleh suaminya.
“Tak ada apa cuma abah nampak rumah ni macam istana, semuanya barangannya berharga tapi terdedah macam tu saja” Angel memandang suami sambil tersenyum selepas mendengar jawapan Ustaz Zaini.
“Setakat ni tak ada manusia yang pernah mencerobohi rumah ni walaupun terbiar kosong macam tu saja” sahut Angel menerangkan kepada Ustaz Zaini. Lelaki tersebut kelihatan menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.
“Kebetulan malam ini malam Jumaat, lepas solat Asar nanti baru abah mulakan kerja abah. Angel boleh solat tak?” Angel menganggukkan kepalanya kemudian berpaling memandang suaminya dan kelihatan Indra tersenyum kepadanya.
Banu muncul menatang minuman dan sedikit biskut ke ruang tamu dan Angel bagaikan hendak gelak memikirkan bagimana Banu menyediakan semua benda-benda tersebut.
“Jemput abah, ummi. selepas ni Angel tunjukkan mana bilik kalau abah dan ummi nak berehat” beritahu Angel mempersilakan pasangan suami isteri tersebut untuk menikmati minuman yang dihidangkan oleh Banu.
“Abang, ni rumah ke atau istana?. Abang tengok je bilik ni, ruang tamu rumah kita pun tak sebesar inii dan abang tengok semua benda-benda yang ada dalam bilik ni. Tak pernah saya nampak kain yang lembut sangat macam ni. Entah-entah ni kain sutera tak bang” suaminya menggelengkan kepalanya sebelum menjawab soalan yang ditanya oleh isterinya.
“Saya tak tahu nak cakap apa dekat awak. Banyak sangat perkara yang pelik dan memelikkan terutama suami Angel tu. Sekarang ni cuma saya dapat fikir mereka berdua tu minta pertolongan melalui saluran yang betul. Mereka masih percaya adanya kuasa yang lebih hebat dan mempercayai kewujudan dan kekuasaan Allah. Abang cuma dapat faham yang suami Angel cuba menentang sesuatu yang telah membawa keburukan pada diri mereka berdua. Saya akan tolong selagi termampu sebab Angel tu sudah tuhan jadikan dia anak kita jadi suaminya secara tidak langsung dia tu menantu kita” Janah yang tersenyum mendengar jawapan suaminya kemudian menganggukkan kepalanya.
Selepas sahaja usai melakukan proses memagari di setiap sudut penjuru halaman rumah tersebut, Ustaz Zaini masuk semula ke dalam rumah. Hanya Angel sahaja yang berada bersama mereka dan menurut Angel Indra terpaksa keluar petang tadi kerana ada pertemuan dengan ahli perniagaan. Banu dan Isqan pula keluar kerana ada urusan.
Selepas solat maghrib, Angel berkumpul dengan kedua orang tua angkatnya di ruang rehat berdekatan ruangan yang menempatkan meja makan.
“Kamu selalu tinggal sendirian saja di rumah ni” Angel menggelengkan kepalanya.
“Tak pernah ummi sebab ibu mentua Angel akan temankan Angel” Angel menghidangkan makanan malam yang terdiri daripada lauk yang telah ditempahnya dari sebuah restoran kemudian dipanasnya semula sebelum dihidangkan.
“Bila suami kamu balik kalau dia keluar macam ni" tanya Janah lagi yang begitu perihatin dengan anak susuannya itu. Timbul rasa risau dan kesihan apabila melihat keadaan Angel yang sudah berat dengan kandungannya ditinggalkan sendirian oleh suaminya.
“Sekejap lagi, Indra tak pernah balik lewat sebab tadi pun penting sangat dia terpaksa pergi dan ambil kesempatan abah dan ummi ada dekat sini untuk temankan Angel” Janah rasa lega setelah mendengar penjelasan Angel.
“Lauk restoran aje ummi, abah. Restoran ni tempat kami selalu pesan makanan dan petang tadi Isqan ambil dari restoran tu sebelum pergi” beritahu Angel tentang lauk pauk yang terhidang di atas meja.
“Kami tak kisah Angel, kami pun tak nak menyusahkan kamu. Lauk ni pun nampak sedap. Jomlah kita makan” celah Ustaz Zaini pula. Hampir di penghujung mereka menikmati makanan kedengaran bunyi kereta memasuki halaman rumah dan Angel tahu itu bunyi enjin kereta suaminya.
“Suami Angel sudah balik” beritahu Angel kepada pasangan suami isterinya tersebut. Indra muncul di ruang dapur lantas mendekati isterinya. Ustaz Zaini dan isterinya tersenyum melihat reaksi Indra mencium kepala isterinya.
“Indra, jemputlah makan sekali” Indra menggelengkan kepalanya.
“Minta maaflah abah, ummi sebab saya sudah makan tadi semasa jumpa klien. Abah dan Ummi jemputlah ya. Tu aje lauk pauk yang kami mampu sediakan” sahut Indra kemudian tersenyum sambil mengangkat kening kepada isterinya.
“Sudah banyak ni, sedap pula macam makan dekat hotel pulak rasanya” Angel dan suaminya tergelak kecil mendengar jawapan Janah.
“Dimaz pergi mana tadi?” soal Angel pada suaminya sebaik sahaja mereka sudah berada di dalam bilik. Ustaz Zaini dan isterinya turut masuk ke dalam bilik kerana ingin berehat.
“Dekat Taman Flora biyung” beritahunya tentang pemergiannya sebelum maghrib petang tadi.
“Saya sudah uji, walaupun mereka berjaya menembusi masuk ke dalam Loka Valley tapi mereka tidak akan dapat nampak dan masuk ke kawasan rumah ini. Sayang akan selamat tinggal di sini sehingga anak kita dilahirkan” Angel mengangguk mendengar penjelasan suaminya.
“Isqan dan Banu, macam mana dengan mereka?” tanya Angel apabila belum lagi melihat pasangan tersebut balik ke rumah itu.
“Nanti saya ajar mereka cara macam mana nak masuk” balas Indra apabila Angel bertanyakan tentang pasangan tersebut.
“Ada caranya ke nanti kalau musuh kita dapat tahu bagaimana?” soal Angel sambil mengerutkan dahi memandang suaminya.
“Ada, mereka kena sucikan hati dan kena memeluk agama kita barukan mereka boleh nampak rumah ni dan boleh masuk ke sini” akhirnya Angel faham tentang cara yang dimaksudkan oleh suaminya. Sekarang hatinya rasa tenang, setenang seperti semasa menetap di rumah ibu angkatnya di kampung beberapa bulan yang lalu.
Indra berdiri di anjung balkoni sambil menikmati jus hayatnya selepas menjemput Banu dan Isqan dan membawa masuk pasangan tersebut ke dalam rumah. Indra sudah tahu pagar yang di bina oleh Isti Samira semakin nipis dan Ratih Hasna dan bala tenteranya akan berjaya menembusinya bila-bila masa sahaja. Indra meramalkan mungkin mereka telah berjaya melakukan selepas maghrib tadi kerana sekarang Indra nampak sudah banyak yang berkeliaran dan cuba memasuki halaman rumahnya pula.
“Isqan, biarkan mereka. Semakin mereka mencuba mereka akan semakin sakit dan tenaga mereka akan lemah” beritahu Indra apabila Isqan melaporkan sesuatu kepada sebentar tadi. Persetujuan Ustaz Zaini untuk di ajak berkunjung justeru memagari rumah tersebut pada petang tadi benar-benar membuat Indra rasa begitu bersyukur. Satu daripada masalah mereka sudah dapat diselesaikan. Hatinya tenang apabila memikirkan Angel dan anak mereka sudah berada di tempat yang selamat.
Indra melontarkan senyuman kepada Ratih Hasna dan Braja yang sedang menentang pandangan dari jauh. Pasti Ratih Hasna sedang memikirkan seseuatu kenapa jampi dan menteranya tidak berkesan untuk menembusi pagar halaman kediaman tersebut. Selepas beberapa percubaan yang telah dibuat kelihatan bala tentera Ratih Hasna bertempiaran lari. Suara meraung dan menjerti kesakitan. kedengaran di telinga Indra mungkin berpunca ketidakamanan bala tentera yang dibawa oleh Ratih Hasna yang cuba merempuh pagar.
Indra tersenyum apabila melihat Ratih Hasna dan Braja juga turut berundur. Kemerduan ayat-ayat Allah yang dialunkan oleh tetamu di rumah tersebut adalah peluru-peluru panas yang menembusi telinga-telinga yang mendengarnya. Keadaan cuaca yang tiba-tiba berubah buruk membuatkan Angel terbangun oleh bunyi dentuman guruh yang kuat. Deru angin yang kuat membuatkan kain tirai balkoni biliknya melayang-layang ke sana ke mari.
“Dimaz!” seru Angel sambil matanya mencari kelibat suaminya. Bayangan Figura seseorang yang sedang berdiri di balkoni bilik tersebut membuatkan perasaan Angel lega. Indra segera berpaling memandang isterinya.
“Sayang, tadi mereka datang beramai-ramai mengelilingi rumah kita. Mujurlah kita tidak terlambat. Sekarang saya tidak akan membuang tenaga untuk menentang mereka sekarang walaupun tadi berkali-kali Braja dan Ratih Hasna mencabar saya” Angel hanya mendengar suaminya berkata-kata. Pancaran cahaya kilat terang membuatkan Angel nampak jelas wajah suaminya.
“Kita tunggu beberapa jam lagi sebelum subuh” sambung Indra lagi kemudian merebah tubuh isterinya menyuruh Angel menyambung semula tidurnya.
“Dimaz! Jangan tinggalkan saya” Indra mengangguk sambil tersenyum memandang wajah isterinya.
“Sayang tidurlah, saya tidak akan ke mana-mana” ujarnya kemudian mencium lama kening isterinya. Angel rasa begitu tenang dan bahagia. Alunan ayat-ayat suci masih sayup-sayup kedengaran. Indra tahu puncanya kenapa sekarang jasadnya merasai pelbagai suhu yang berbeza dalam dirinnya.
“Dimaz kenapa?” soal Angel apabila melihat Indra kelihatan tidak selesa.
“Ada ketika ia memberi saya ketenangan dan ada waktu saya terpaksa berperang melawannya. Sekarang saya merasakan seluruh tubuh saya lemah dan saya tak akan mampu melawannya” suara Indra kedengaran begitu lemah ketika memberitahu isterinya. Angel merenung suaminya dan dari matanya dapat menjelaskan keadaan yang dialaminya ketika itu..
“Dimaz!” panggil Angel lantas memeluk tubuh suaminya.
“Peluk saya kuat-kuat, saya terlalu cinta dan sayangkan dimaz. Di kala jasad kita bersatu hati kita bertaut erat. Saya adalah air sejuk yang mencurah ke dalam api yang panas” Indra mula merasai tindakbalasnya. Aliran sejuk mula bergerak ke dalam nadinya dan kekuatannya mula tumbuh kembali. Selagi kutukan itu tidak berakhir, kehadiran Angel adalah penawar yang sentiasa diperlukannya. Tanpa Angel mampukan dia bertahan untuk seratus tahun lagi atau mungkin bumi telah hancur kalau kesabarannya sudah berakhir.
“Sayang, terimakasih!” ujarnya ketika memantap wajah isterinya
“Panasnya sudah padam. Ketenangan, kekuatan dan keyakinan saya sudah kembali” sambungnya lagi sambil tersenyum memandang wajah isterinya.
“Dimaz, saya tercipta untuk awak dan saya akan berkhidmat untuk orang yang saya sayangi. Saya tidak pernah menyelesai pada apa saja yang pernah terjadi sebelum ini kerana saya percaya setiap apa yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya. Setiap persoalan pasti ada jawapannya dan begitu juga penyakit. Tiap penyakit itu pasti ada penawarnya” Indra mengangguk menyokong kata-kata isterinya.
YOU ARE READING
Dirgantara
FantasySiapakah wanita dan sebuah cinta untuk lelaki ini. Adakah akan wujud wanita yang layak untuk menerima cintanya. Indra Arjuna tidak pernah mengharapkan cinta itu akan muncul dalam hidupnya, jikalau kesudahannya cuma membawa kesedihan dan malapetaka...